CSS

Monday, March 28, 2011

Bingka Labu


Assalamualaikum..

Jumpa lagi di minggu yang baru dengan tekad dan azam yang baru. Ye, saya ler tu, tiap minggu kena barukan azam untuk mengecilkan badan yang dah mengembang macam bulan purnama ni. :-P  

Nampak bingkakan? Bingka ni sangat sedap, harum dan manis yang tak melapau. Yang sedang sedang ajeee.  Sangat la suka akan texturenya yang lembut, maka berpotong potong juga lah telah di kunyah masuk secara aman sekali ke dalam perut. Bais dan Muaz pun turut serta dalam aktiviti ini. Gemor blaka rupanya bingka ni. 


Encik suami pun suke akan kecedapan bingka neh. Patut aa mek Sue suh buat bingka labu ari tu, rupanya memang best. Setanding kesedapan kuih bako pandan. Tapi bagi penggemar labu musti lagi la suke bingka ni. Kan kan kan.. Mekasih buat kak Zana a.k.a Cikgu Zana kita tu. Kalau kuih bako atau bingka ni memang suke rujuk pada kak Zana sebab dia memang terror buat kuih gini. Saya ikut kak Zana kurangkan penggunaan telur. Rasanya elok je lembut kuih ni. Dan tak de rasa hanyir telur tu yang saya suke tu. Mekasih buat tuan resepi CMG dan kak Zana yang berkongsi ilmu dan resepi. 


BINGKA LABU
sumber: Kak Zana

Bahan-bahan

5 biji telur Gred A  
200 ml air
300 ml pati santan (mat guna santan kotak)
200 g tepung gandum
180 g gula halus
1/2 camca teh garam
1 camca teh esen vanilla
450 g labu manis, dikukus hingga lembut dan dilecek halus.

Cara-cara

1. Satukan kesemua bahan dalam satu bekas kecuali labu lecek. Kacau menggunakan wisk hingga sebati dan gula hancur. Tapis adunan.
2. Masukkan labu manis yg telah dilecek halus tadi. Gaul hingga rata.
3. Tuang adunan tadi ke dalam tin bulat berlubang tengah yg telah di sapu mentega dan dialas dasarnya dgn kertas. Sapu juga mentega pada permukaan kertas tadi.
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 40 minit. Biarkan sejuk sebelum dipotong.



Nota: Saya buat separuh dari resepi. Sizenya sesuai untuk family kecik cam saya. 

Resepi separuh  saya:

2 biji telur M  * ikut kak Zana
250 ml santan segar
100 g tepung gandum
90 g gula halus
1/4 camca teh garam
1/2 camca teh esen vanilla
250 g labu lecek 
1/2 sudu besar butter * saya tambah ikut kak Zana
Bijan secukupnya untuk topping

Cara-cara
* saya ikut cara kak Zana
BLENDER LABU REBUS BERSAMA AIR, GULA, SANTAN,GARAM ESEN VANILA SEHINGGA HALUS, KEMUDIAN MASUKKAN TELUR, TEPUNG dan  BUTTER .. BLENDER SEHINGGA SEBATI).. TUANG DALAM LOYANG YG TELAH DI SAPU MINYAK).. TABUR BIJAN



17 comments:

Azlita Aziz said...[Reply to comment]

aduhhh.... bingka labu lah pulakkkk...
baru aje habiskan labu dlm peti tu... dah nak kena cari labu lagi lah ni...

izahhh... akak tengok pun dah tau sedap! warnanyer yg keemasan tu mmg cantik dan memikat...

Ziey said...[Reply to comment]

izah dah stat melabu semula yer,,sedap jer...

Ina Mohamed said...[Reply to comment]

mmg nampak sedap...dh terasa2 kt tekak ni bingka tu....nak kena cari labu la nampknya ni.....
ni dah licin la ni? nak ngecek x dapek la ni? hehehehe....

izahdaut said...[Reply to comment]

@AZLITA AZIZ
betul kak..warne tu lawa.kalau buat kuih berasaskan labu ni, memang warne dia memikatkan. akak mmg rekomended.best la bingka neh

izahdaut said...[Reply to comment]

@ziey
hehehe.. labu ni yang lebih buat gulai hari tu.punya lama duk dlm peti ais.nasib elok lagi..hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@inaku79
kikiki..tak leh ngecek dah kak.dah pinish..hehehehe.. sedap memang sedap lembut. wangi..lemak..

Mamasya said...[Reply to comment]

Izzah ..kerak kat atas tu yg sedap...bingka labu ni sejak dah cuba sekali rasa nak mkn lagi..

Acik Erna said...[Reply to comment]

izaah..kalau izah yang bagi resepi..memang akak terpikat..nak cari labu jugak..nak buat..
kentang dah buat..pandan dan buat..labu pulak..izah ni betul la..he he..

HaSue said...[Reply to comment]

nih labu yg aritu ke?hihi..salu je ade stok labu umah ko eh..aku masa tnm labu dulu mmg x putus2 je..sedapkan bingka labu..uish peberet suamiku..huhu..dia yg kini jauh di mata.ohhh!*tumpang jiwang kat blog ko jap

kaler bingka tu best..pastu kelembutan pun terserlah...

P/s:azam tu meningkat secara mendadak pas naik scale pagi td ke?haha

Anna Qawina said...[Reply to comment]

haritu kan, aku mmg nak buat rsp ni, tp tgk keadaan labu yg seciput, tak jdla..pastu telur pun 5 bijik..tam,bah lg tak jd kan..hehe..
tp yg rsp aku try tu pun tak bau telur tau,,sedang2 aje manisnya..hihi...bape biji labu ko berbuah???

Sheery Dream Cakes said...[Reply to comment]

wah pepagi dah tgk bingka labu ler kat dapur izah nie... cantik dan nmpk sedap pula tu... nie yg nak p cari labu jap lagi nie.. hehehee

tun_telani said...[Reply to comment]

morningggg!!!!!!!!!!!
baru je bukak lappy tgk dh meriah dh kt sini.. xtau lagi nk wat kuih ape nih..

ps: tertekan betol baca mek sue tu penah tanam labu.. ni labu beli ke labu tanam nihhh

zarin said...[Reply to comment]

cantik aje bingka tu posing..akak suka tengok color dia...

Mas said...[Reply to comment]

aku dah lupa aku dah buat ke belum bingka labu ni...nampak sedappppp tu...
wehhhh..cantik comei jer bingka kau tu makcik...
kau pakai acuan bingka ke...

Yatie said...[Reply to comment]

Slmt pagi Izah,
cantiknya bingka labu tu...rasanya dah tentulah sedapkan..akak mmng suka kuih2 mcm ni...ada lagi ke stok labu tu..akak ada sebiji lagi ni..hehehehe..

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...[Reply to comment]

Tergoda betul tenguk warnanya, tentu rasanya yummy...ok, tukar dengan Nasi lemak sotong.

Unknown said...[Reply to comment]

wahh sedapnya suka part kerak2 atas tu...haha nk tapau yg berkerak tu jer...hehe