CSS

Saturday, January 30, 2010

Aneka Tepung dan Kegunaannya

1. Tepung Serbaguna
Tepung serbaguna sesuai untuk sebarang jenis masakan. Secara lazimnya, kita menggunakan tepung gandum biasa kerana lebih mudah didapati.

2. Tepung Berprotien Tinggi
Tepung berprotien tinggi untuk membuat roti kerana daya menganjalnya yang tinggi, maka ia lebih sempurna setelah diadun dengan yis.

3. Tepung Berprotien Rendah
Ia sesuai untuk dibuat kuih pau dan seumpamanya.

4. Tepung Gandum Biasa
Banyak terdapat dipasaran secara komersial. Fungsinya serupa dengan tepung serbaguna.

5. Tepung Naik Sendiri
Juga dipanggil tepung berserbuk penaik mempunyai kandungan serbuk penaik serta soda bikarbonat. Tepung jenis ini banyak dijual dipasaraya. Namun jika tiada, ayakkan 250 gm tepung gandum dengan satu sudu makan rata serbuk penaik. Hasilnya tetap sama.

6. Tepung Kek
Tidak banyak beza dengan tepung superfine. Anda akan mendapat hasil yang agak sama jika terlebih dahulu ayakkan tepung gandum sebanyak 3 kali.

7. Tepung Kastard
Selain mewangikan, tepung ini akan membuat tekstur kek menjadi lebih padat.

Muffin Coklat Chip


Buat untuk sarapan pagi Bais. Bais suka sebab rasa coklat chip tu. Tapi muffin saya buat ni tak lembut dan gebu, cuma satu muffin yang agak padat tapi sedap. Sesuai untuk sarapan. Saya ambil resepi ni dari mamafami.fotopages. Tertarik dengan resepi ni sebab mamafami buat banyak kali untuk anak-anaknya yang demand mintak lagi. Anak-anaknya gemar muffin ni so saya pun cuba untuk anak saya pula. Macam biasa saya buat separuh dari resepi asal.


Muffin Coklat Chip

180 gm tepung pelbagai guna
195 gm tepung superfine
5 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
210 g gula kastor
2 biji telur (A) dpukul sedikit
300 ml susu segar
110 gm mentega, cairkan dan sejukkan
100 gm coklat chip
1/2 sudu tepung digaul bersama coklat chip

Caranya: Ayak kedua-dua tepung bersama baking powder dan garam. Campurkan mentega cair, epung dan susu ke dalam satu bekas. Satukan bahan-bahan basah ke dalam adunan tepung. Seterusnya masukkan coklat chip. Gaul sebati. Masukkan adunan ke dalam pembakar muffin dan bakar pada suhu 190 C selama 20-25 minit.

info: untuk menggantikan tepung superfine, ayakkan tepung gandum sebanyak 5 kali.

Friday, January 29, 2010

Muffin Coklat Cheese


Jenguk-jenguk peti ais tengok ada lagi separuh cream cheese, coklat chip pun masih berbaki so ingat nak try la muffin yang saya copy resepi dia dari mamafami.fotopages ni. Biasanya kalau namanya cheese mesti sedap so pada suatu hari tu saya dah pun cuba resepi ini. Muffin ni dry sikit tak moist sangat tapi rasa dia sedap la sebab cheese kan. Bais suka makan tapi hubby makan seketul je sebab tak lembab. Hubby saya cakap rasa cheese campur coklat chip ni buat rasa muak sikit. Tu dia la cakap tapi bebudak sure suka punya...Saya kurang pasti samada adunan muffin saya yang tak moist atau pun memang macam ni hasil resepi ni. Yela kadang-kadang muffin saya buat jadi, kadang-kadang tak jadi tu lumrah la. Mungkin satu hari nanti boleh try lagi bagi jadi.

Muffin Coklat Cheese


140 grm coklat chip
100 grm cream cheese
80 grm butter
2 biji telur
60 grm gula
100 grm tepung
2 sudu kecil baking powder

Caranya: Potong dadu cream cheese dan butter. Cairkan secara double boiling butter, coklat chip dan cream cheese. Biar cream cheese berketul-ketul sikit pun tak pe. Angkat dan masukkan telur dan kacau rata. Tuangkan adunan ke dalam tepung yang telah diayak bersama baking powder. Kacau sebati. Bakar adunan pada suhu 180 C selama 20-25 minit.

Thursday, January 28, 2010

Muffin Durian


Kepenatan seharian melayan sikecil 10bulan itu yang mengamuk hari ni. Time makan malam pun terpaksa delay sebab tak boleh nak ke dapur memasak, tapi kena layan si kecil dan tidurkannya. Hubby pun dah frust sebab tak berjaya tidurkan sikecil Muaz, kena hand over pada ummi nya semula. Dari siang Muaz mengamuk sakan, sebelum mengamuk sempat saya mencuba mufin baru, muffin durian!

Macam tak percaya mulanya tengok resepi durian ni. Sebab takut tak jadi ataupun tak menepati citarasa. Tapi bila tengok bahan2nya dan kombinasanya yang agak sedap dan lembab saya pun terasa nak cuba. Kebetulan ada durian D24 hubby beli kat pasar malam dan lupa nak hidang time adik sekeluarga datang dari kajang kelmarin. Pagi time hubby nak pi kerja baru teringat ada durian tak berkopek lagi. Time time tu jugak hubby kopekkan, tapi dia rasa secolek je dan pesan letak dalam peti ais ,balik nanti dia makan. Tapi sepanjang hidup dengan dia, kalau dah durian tu letak dalam peti ais tak de dah dia nak sentuh. Jadi sangat la berpatutan untuk mencuba resepi muffin ni dari durian tu nanti jadi tempoyak je. Eh tempoyak pun sodap..

Berbalik kepada muffin ni, sangat berterima kasih pada kak hanaz Ulu Selangor (hanazmanis.fotopages.com). Muffin ni sangat la sedap dimakan panas-panas atau sejuk. Sangat moist, lembut and gebu. Manis yang sangat sesuai dengan durian tu dan bertambah sedap kalau makan tu dapat yang isi durian ketul-ketul tu. Mmmm BASTA!!



Muffin Durian

1 cawan isi durian
1 cawan susu segar
1 cawan mentega (cair dan sejukkan sebentar)
3 butir telur
1 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder

Caranya: Ayakkan tepung bersama soda dan baking powder sebanyak 3 kali. Pukul telur dan gula sehingga kembang. Dalam mangkuk yang lain satukan mentega cair, isi durian dan susu. Campurkan tepung berselang seli dengan bancuhan isi durian ke dalam adunan telur yang dipukul tadi. Kacau sehingga sebati. Masukkan ke dalam loyang muffin dan bakar pada suhu 180 C selama 18-25 minit.

Tuesday, January 26, 2010

Mufiin Vanilla










Melawat laman-laman blog dan laman-laman tempat berkongsi resepi masakan ni memang menyeronokkan dan meralitkan. Kalau ada time memang saya suka meneliti resepi-resepi yang boleh dicuba dan yang dah comfirm sedap. Kadang-kadang resepi simple je, tapi kalau pandai olah jadi sedap. Teringat pula masa mula-mula belajar masak sambal tumis ikan bilis untuk nasi lemak yang menjadi favourite hubby. Mula-mula masak memang rasanya hampeh. Tengok kat resepi bahan yang diguna sama je yang saya buat. Rupanya teknik masaknya yang nak kena polish. Dah tahu caranya baru bersemangat sikit nak masak dan  terimakasih kepada mak metuaku. Hehe..



Kali ni saya menjengah ke satu fotopages dan sangat kecewa sebab masa copy resepi lupa nak tulis tuan punya resepi siapa, bila nak masuk dalam blog baru perasan tak tulis pemilik resepi ni. Cuma ingat-ingat lupa sebab saya cuba resepi ni ada komen kata antara resepi maffin vanilla yang sedap. So sesedap mana muffin ni terpulang pada tekak masing-masing. Hehe.. pada saya ok dan sedap. Bais suka makan. Tapi my hubby tak suka maffin vanilla. Saya buat ni saja buat marble letakkan sebahagian adunan dengan sedikit serbuk koko.





Muffin Vanilla



250 gm mentega

180 gm gula kastor

4 bji telur

185 gm tepung naik sendiri

60 gm tepung gandum

185 gm susu segar



Caranya: Ayakkan kedua-dua tepung ke dalam mangkuk. Pukul mentega dan gula sampai ringan dan gebu. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati. Campurkan tepung dan susu berselang-seli ke dalam adunan mentega tadi. Sendukkan ke dalam bekas pembakar muffin dan bakar pada suhu 180 c selama 20-25 minit.




Monday, January 25, 2010

Muffin Pisang Yogurt


Resepi muffin ni asalnya saya dapat dari myresepi.com dan tuan empunya yang bernama Yani. Sangat berterma kasih pada tuan punya resepi sebab muffin ni sedap sangat. Ada juga komen yang saya baca antaranya menyebut muffin pisang yang paling sedap antara segala maknenek muffin pisang. Memang muffin ni sangat sedap, lembut, gebu dan aroma yang wangi dan rasa pisang yang bercampur lemak susu. Dah dua kali buat. First time buat dapat 6biji maffin tu, Bais makan non-stop. Sekali hadap je habis di makan masa panas-panas. Second time buat untuk hubby pun sama sekali hadap je dah habis makan masa panas-panas.

Maklumat tambahan yang saya dapat, maffin ni boleh disimpan dalam peti ais dan boleh tahan sampai 2 bulan. Tapi saya tak tahulah kebenarannya sebab apa yang benar adalah keluar je oven, tunggu panas-panas suam, ngap masuk mulut. Sangat berbaloi untuk mencubanya.

Muffin Pisang Yogurt

1 biji pisang (saya guna sebiji setengah pisang emas yang agak besar)
50 gm yogurt
120 gm tepung gandum
50 gm gula
50 gm mentega
30ml fresh cream (saya guna whipping cream sebab tak de freash cream hehe)
1 biji telur
2-3 sudu teh baking powder

Caranya : Pukul mentega dan gula sampai kembang. Masukkan telur dan pukul lagi. Masukkan yogurt, fresh cream dan pisang yang telah dilecek. Gaul sebati. Kemudian masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak. Gaul sebati. Boleh hiaskan dengan hirisan pisang di atas maffin. Bakar maffin pada suhu 180 c selama 18-20 minit.

Saturday, January 2, 2010

Muffin Tahun Baru

Selamat tinggal 2009 dan selamat datang 2010. Malam kelmarin sesak telinga mendengar bunyi rakyat Malaysia menyambut 2010 dengan membakar mercun dan bunga api. Sesak tu bukan apa sebab kena ulang-alik ke katil adik mendodoikan dia tidur bila terjaga dengar bunyi mercun yang kuat. Masih belum paham kenapa kena raikan tahun baru begitu rupa tapi tetap menerima kerana saya hidup dilingkungan bandar yang majoritinya dikelilingi rakyat berbilang bangsa. Begitu juga kalau tiba tahun baru cina, terima lah ia dengan begitu tabah dan sabar. Aha...bagi yang biasa dengan persekitaran bangsa Cina akan paham kenapa perlu tabah. Hehhe..

Sempena cuti tahun baru ni, saya pun cuba lagi satu resepi muffin iaitu mufin coklat chips yohgurt. Sempena suami pun ada bercuti di rumah boleh la merasa resepi baru. Kebetulan pula ada secawan lagi yohgurt lebih buat kek coklat keju minggu lepas. Melepaskan teringin adik yang tengah pregnant lagi nak makan kek coklat keju(ish..ish..rupanya si suaminya yang beria balun..ehe..). Muffin ni sedap dan moist. Mengikut selera tekak saya berbaloi untuk mencuba muffin ini dan kalau tetiba nak makan muffin coklat chips tentu saya akan buat lagi ikut resepi ni. Infact memang nak buat lagi sebab si suami kempunan tak puas makan.Dan saya pula tak puas hati sebab yohgurt tak cukup sukatan dan coklat chips pun cukup-cukup je. Sebab saya suka taruk lebih sikit. Saya bagi 4 bintang untuk muffin ni (ikut tekak saya dan family).

Muffin Coklat Chips Yohgurt

1 3/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh bikarbonat soda
1/2 cawan gula perang
1/4 cawan serbuk koko
100 gram butter, cairkan
1 biji telur
3/4 cawan yohgurt
1/2 cawan susu coklat @ susu segar biasa
1/2 sudu teh vanilla essence
1/2 cawan coklat chips

Panaskan oven 180 C. Cairkan butter biarkan sejuk suam. Ayak tepung, soda bikarbonat dan serbuk koko. Letakkan ke dalam mangkuk dan campurkan coklat chips. Dalam mangkuk yang lain pukul sedikit telur, campurkan vanila essence, gula perang, butter cair, yohgurt dan susu. Masukkan bahan2 basah ke dalam tepung tadi. Gaul rata jangan terlalu lama sekadar bersatu dan bakar selama 16-20 minit.