CSS

Showing posts with label Laukpauk. Show all posts
Showing posts with label Laukpauk. Show all posts

Monday, December 7, 2015

Resepi Kari Tulang Kambing yg Sedap dan Kerinduan yang tiada taranya,


Assalamualaikum

Salam minggu baru dalam musim cuti persekolahan. Bagaimana ibu ibu .. saya cuba membayangkan bertapa kencangnya ibu semua di dapur. Tak kisah lah ibu yang berkerja atau tidak, pastinya juga sibuk meyediakan hidangan demi anak anak yang sedang bercuti.

Hari ni sangat cantik, Cuaca nya.. moodnya.. semuanya berlalu ceria. Angin kuat di tepi balkoni ini sangat membantu mood yang tenang. Tadi saya mencari resepi lama di blog saya. Bila berjumpa.. saya membaca entry nya semula dan terus membaca komen komen blogger lain. Ya Allah.. tiba tiba hati saya di pagut kerinduan yang tidak bertepi. Tidakkah boleh masa itu diulang semula?  
Sungguh.. sungguh saya rindu.

Masa membataskan saya untuk menjenguk dunia blog. Kabar beberapa teman blogger lain yg kini menjadi teman rapat dan teman seperniagaan tidak lah menjadi soal. Akan tetapi teman teman lama di kalangan  blogger yg saling bergurauan di blog memang sangat dirasai kerinduannya itu. Dimana mereka.. Masih aktif berblog kah? Masih ditempat lamakah.Masih merantau kah. Dan mcm mcm lagi terlintas. Jauh disudut hati saya mendoakan mereka semua.. mendoakan yang terbaik buat blogger atau teman teman pembaca blog yang pernah menghiburkan dunia blog syaa. Yang pernah memberi semangat kepada saya dan memberi cahaya kepada blog ini.


Untuk semua... lauk ini sangat sedap. Husband saya juga gemar kannya.


RESEPI KARI KAMBING SEDAP
Che Nom iresepi
by: izahdaut


Masa:
Penyediaan: 30 minit | Memasak: 2 jam | Keseluruhan: minit
Jumlah Hidangan : 6 orang


Bahan-Bahan:

  • 2 kg daging kambing bersama tulang (bahagian kaki lebih baik)
  • 4 biji kentang, kupas kulit dan potong dadu besar
  • 2 biji tomato, potong 4
  • 6 sudu besar serbuk rempah kari daging
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan santan cair
  • 2 keping asam gelugor, atau air asam jawa
  • Sedikit gula melaka
  • Garam secukup rasa
  • 1 senduk minyak, untuk menumis
Bahan untuk dibancuh dengan air:
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 2 sudu besar serbuk kurma daging
  • 2 sudu besar kerisik
Bahan untuk dikisar:
  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 5-6 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
Bahan untuk rempah tumis:
  • 2 batang kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 batang cengkih

Cara Penyediaan:

  1. Basuh daging kambing bersama sedikit tepung gandum sehingga bersih dan toskan.
  2. Masukkan air anggaran separuh tenggelam daging. Rebus sehingga lembut. Kalau gunakan kaedah rebus biasa masa untuk daging lembut lebih kurang 2 setengah uingga 3 jam. Jika gunakan pressure cooker anggaran masa 30 minit hingga 45 minit.
  3. Panaskan minyak, tumis bahan rempah tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan bahan kisar halus.
  4. Masukkan rempah yang telah dibancuh air dan tumis sehingga pecah minyak. Kacau dengan kerap supaya bahagian bawah tidak hangus. Tambahkan sedikit air jika terlalu kering semasa menumis.
  5. Masukkan daging kambing yang telah direbus. Masak seketika hingga rempah meresap ke dalam daging.
  6. Kemudian masukkan air rebusan daging, santan cair, kerisik, asam gelugor atau asam jawa dan kentang. Masak sehingga mendidih dan sedikit kering.
  7. Masukkan santan pekat, gula melaka dan garam secukup rasa.
  8. Sebelum angkat masukkan tomato dan tutup api















Wednesday, August 11, 2010

Sosej Berkicap


Assalamualaikum..

Selamat berpuasa semua. Menu lunch untuk anak-anak. Sedap la kot kan bila tengok anak2 makan tu laju je. Simple dan sedap.

Mekasih kak Ayu untuk resepi simple menawan hati ini.

sumber: KAK AYU

SOSEJ BERKICAP
(aziemasmyR)

Bahan2 untuk 3 orang:-

10 ketul sosej - dihiris nipis
1 biji cili merah - dihiris nipis
3 bawang merah - dimayang
2 ulas bawang putih - dimayang
2 sudu teh serbuk kari
4 sudu makan kicap -(Ayu campur kicap masin + kicap manis)
1/2 batang lobak merah - dpotong pnjg
Sedikit air
garam
Minyak utk menumis
 
Method:-
Panaskan minyak - tumis bawang merah & putih hingga kekuningan
Masukkan cili merah dan lobak merah - gaul
Masukkan serbuk kari - kacau rata
Tuangkan kicap & sedikit air
Masukkan sosej seketika, perasakn dgn garam
Boleh diangkat & terus dihidang

Wednesday, August 4, 2010

Sosej Goreng Kunyit


Assalamualaikum..

Lauk lunch untuk kanak-kanak riang. Berbaloi mencubanya. Kanak -kanak suka dan ibu gembire. hehee

Mekasih untuk kak Hana yang menayang resepi ini. Katanya resepi ni kak Hana dapat ilham dari Ros, Kak Ayu Sg ngan Izan. Mekasih buat semua.

Sumber resepi: Kak Hana



Sosej Goreng Kunyit

Bahan-bahan
  • 4-5 btg sosej ayam@daging - hiris
  • 1/4 bawang bombay@holand - hiris
  • 2 ulas bawang putih - ketuk
  • 3 atau lebih biji cili padi hijau - ketuk
  • 5+ ketul potong bunga kobis - ms nih xde
  • 1 btg kacang panjang - potong - ganti asparagus
  • serbuk kunyit
  • garam

Cara-cara
  • Gaul sosej dengan garam dan juga serbuk kunyit.
  • Panaskan minyak. Goreng sosej. Jika hirisan daging, goreng hingga garing.
  • Masukkan bwg besar, bwg putih, cili padi, kacang pjg dan bunga kobis.
  • Jika kurang masin tmbh garam lg.Goreng lagi hingga masak semuanya.
  • Angkat dan sedia dihidang.

Tuesday, June 29, 2010

Ikan Pari Masak Hijau

Assalamualaikum.. selamat pagi. Menu makan malam semalam. First time buat ikan pari yang digoreng macam ni. Ha ah memang sedap la, sebab ikan ni lembut je dan rasa bebahan yang digoreng sama tu. Boleh buat lagi nanti. Tapikan lada hijau den udah tak cukup, yang ada lada merah je jadinya macam derhaka banyak la kat resepi ni. Tapi waah sedap tau. Memula nampak kat rumah kak Nor dan asal rumah kak Ayu Sg. Terima kasih akak berdua, memang sedap dan manis bila ikan pari masak cenggini. Mintak izin tepek resepi sini lak.



IKAN PARI MASAK HIJAU
Source: Kak Nor dan Kak Ayu

(resipi ambil kat dapur Ayu)

Ingredients:-
2-3 ekor anak ikan pari-dibersihkan, potong, gaul dengan kunyit & garam.
1 sudu besar bawang putih kisar
2 sudu besar sambal belacan
3-4 batang daun kari
3 batang cili hijau dihiris ~ k.nor tumbuk kasar
1-2 sudu kecil serbuk lada hitam
garam & serbuk perasa secukupnya
5 - 7 bj cili padi ~ dihiris (yg ni k.nor tambah)-ni saya ikut kak Nor



Method:-
Campurkan bawang putih, serbuk lada hitam, sambal belacan dan ketepikan. Panaskan minyak, goreng ikan pari hingga agak garing. Angkat, toskan dan ketepikan. Kurangkan minyak kalau gunakan minyak gorengan ikan tadi. Masukkan campuran, sambal belacan, bawang putih, serbuk lada hitam dan tumis hingga naik bau. Masukkan lada hijau dan daun kari, kacau rata . Masukkan sedikit perasa dan garam kalau necessary dan gaul rata. Masukkan ikan pari yang telah digoreng tadi dan kacau gaul rata. Biarkan sekejap hingga tumisan tadi sebati dan meresap dengan isi ikan. Matikan api. Siap untuk dihidang.
Sources:-From a cooking programme in suria channel

Monday, June 21, 2010

Sambal Hitam Pahang

Assalamualaikum..Ramai juga yang berpuasa hari ni ye. Semalam pun niat nak puasa hari ni, tapi erkk..tapi napa ye..ooo banyak alasan pulak kan nak buat ibadah ni..maka terbatal lah puasa hari ni sebab tak tahan tengok buah banyak dalam peti ais. Hehehe..alasan je tu..kepada yang puasa tak kira la puasa sunat atas puasa ganti tu, slamat memasak n berbuka la nanti ye.



Teringat lak time bulan puasa, menu sahur yang membangkitkan selera nak makan pagi sahur tu ialah sambal ni. Sambal hitam Pahang. Saya pernah terbaca dalam majalah rasa ni memang sambal asalnya Pahang. Saya tak tahu pun sebelum tu, yang saya tahu dari zaman dodulu masa zaman sekolah dulu, memang mak saya buat sambal ni makan dengan nasi panas panas untuk sarapan pagi.

Ini ler bahan-bahan untuk sambal ni:


Segenggam ikan bilis
1 biji bawang besar
5-6 ulas cili padi bergantung citarasa pedas
4-5 biji belimbing buluh rebus
Sesenduk minyak untuk menggoreng


Ini rupa belimbing buluhnya. Mak yang bagi memang duk simpan stok dalam peti ais. Tapi biasanya kalau tak mau rasa masam tak payah letak pun, rasa masih tak terjejas.

Tumbuk cili padi sampai lumat dan masukkan ikan bilis dan tumbuk sedikit hancur bersama belimbing buluh tadi. Panaskan minyak, masukkan semua bahan tumbuk dan bawang. Goreng sehingga garing dan rasakan dengan gula dan garam. Tambah sikit kicap untuk warna yang menawan. Minyak kena banyak sikit untuk garingkan sambal ni. Lepas tu dah garing boleh toskan sikit minyak tu. Sedia dihidang.


Friday, June 11, 2010

Lauk Simple: Gulai Lemak Sardin

Di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah SAW ialah (ketika Rasulullah SAW mengerjakan Haji di bukit Arafah):
2. "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil."

Assalamualaikum..
Entry lauk simple lagi...Lauk simple yang ke empat. Ni time dah habis stok lauk pauk selalu la juga menu ni yang saya buat. Senang jekan. Kalau dah bosan makan sambal sardin, boleh tukar gulai lemak sardin pulak dan letakkan sebiji tomato, baru terangkat rasanya yang pedas dan masam manis tomato ditambah dengan lemak lemak santan. Wah semua dah lengkap.



bahan mudah:
1 tin kecil sardin
semangkuk santan
sebiji tomato potong 6
4-5 biji cili padi
2 biji bawang merah
1 biji bawang putih
sikit halia
sikit kunyit hidup
1 batang serai- kalau tak de pun tak pe



masukkan semua bahan bahan ke dalam periuk dan masak atas api. Jangan lupa selalu kacau gulai ini untuk elakkan kuah santan pecah minyak. Rasakan dengan garam. Siap!!


Thursday, June 10, 2010

Lauk Simple: Sambal Kentang

Di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah SAW ialah (ketika Rasulullah SAW mengerjakan Haji di bukit Arafah):

1. "Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Lauk simple saya yang ketiga ialah sambal kentang. Banyak version sambal kentang ni, ada yang campurkan sekali tempe yang di goreng garing, tapi disebabkan hubby tak gemar tempe, so saya buat simple mcm ni aje. Senangkan.



Bahan-bahannya:
Kentang 3-4 biji dipotong nipis
ikan bilis segenggam
Goreng hingga garing

tumis bahan kisar:
lada kering
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih

Tumis bahan kisar hingga garing dan perasakan dengan garam dan gula. Saya suka sambal ni pedas dan manis. Dah garing masukkan kentang dan ikan bilis yang dah di goreng. Slamat mencuba si anak dara semua ye.. Daaaa

Lauk Simple: Gulai Lemak Daun Limau Purut

Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi sangat sedikit sekali golongan kamu yang dapat melakukan demikian.”
(Riwayat Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)


Nak sambung lauk simple yang selalu ada kat dapur saya. Nila lauk simple yang teragak-agak nak di entrykan dalam blog ni. Tapi bila pikir blog sendiri ada sapa kesah, maka dienrtykan juga. Hahahaa..Teringat time awal-awal menceburkan diri sendiri di alam blogging ni, ada yang kata belog ai ni syok sendiri, ehhh..belog ai, memang la syok sendiri sebab masa tu sendiri tulis sendiri bace juga..



Udah udah merapik, bagi yang memang dah pandai masak, menu ni memang kacang je la, masak lauk ni sesambil tengok wonderpets je pun dah siap dan tak sempat nak berpeluh ketiak pun. Tapi bagi anak dara yang baru nak belajor masak boleh la rajin kan diri ke dapur mencubanya. Ni saya tepek resepi syok sendiri dari my own style, yang memang sedap bebeh.



Gulai Lemak Daun Limau Purut

Ayam setengah ekor- bukan ekor ayam, tapi seekor ayam ye..hihi
Bahan ditumbuk guna lesung:
1 biji bawang besar
1 biji bawang putih
1 inci halia
1/2 inci kunyit
6-7 biji cili padi

1-2 batang serai titik
sekeping asam keping
2 biji kentang
6-7 helai daun limau purut
santan secukupnya
perasa garam dan gula

Tumis sedikit bahan yang ditumbuk bersama serai titik. Bila naik bau masukkan ayam dan kentang. Gaulkan rata bersama bahan bahan tumis seketika. Kemudian masukkan santan setinggi ayam dan kentang. Masukkan daun limau purut dan asam keping. Perasakan dan tunggu kentang empuk dan siap.


Thursday, June 3, 2010

Lauk simple: Tofu masak kicap

Assalamualaikum...Berjumpa lagi hari khamis ni. Tak lama lagi coti sekolah pulak kan. Best la pada mereka mereka yang dah ada rancangan nak bercoti dengan anak-anak. Ada yang nak tunai umrah dan tak kurang pula yang nak menamatkan zaman solo.

Mmm perasan tak? Saya perasan..saya perasan yang saya tak banyak buat entry lauk pauk. Sebab apa? Sebab lauk pauk saya biasanya yang bese bese aje. Tak seperti kawan kawan blog yang lain, lauk yang sangat bervariasi dan berwarna warni. Contoh blog yang saya suspect (respect) blog Nurindah yang sungguh indah dengan laukpauknya. Walaupun simple tapi adakala banyak cubaan berani pada laukpauknya. Sangat bervariasi dan berwarna warni dengan lauk pauk berlainan pada tiap tiap hari. Selalu saya melukut di rumah blognya untuk menskodeng resepi resepinya itu. Mengikut tahap simple saya ni, maka lauk simple jugalah telah mencetuskan idea nak masak ini lepas penat melukut kat blog nurindah tu. Lauk ni untuk anak-anak saya. Suka bila mereka makan dengan berseleranya.



Apa yang diperlukan:

Tofu digoreng sebanyak suka hati
Isi ayam segenggam di goreng
Carrot dipotong racik
Bawang merah, putih dan sedikit halia
Kicap dan sedikit sos tiram



Mudah aje kan. Ikuti kisah lauk simple saya seterusnya hasil melukut di tepi blog orang lain pulak. Sekian terimakasih.