CSS

Saturday, April 5, 2014

Roti Sarang Lebah @ Bee Hives Bun




Roti yang sangat best.
Nampak sos tu banyak kan. Tak.. tak ckup pun sebab budak2 duk cicah sambil makan.
Jadi roti yang last2 tu sosnya dah kering. :)
Tq so much to Lydia Honey untuk resepi roti yang simple tapi lembut gebu dengan kekacang yang rangup bersama sos yang sangattt sedap.


ROTI SARANG LEBAH
resepi: Lydia Honey
by: Izahdaut


DOH✏️
2 cawan tepung gandum * izah campur tepung roti
1/2 Sudu teh dry yeast
1/4 Sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt, suhu bilik *yogurt tak de izah ganti buttermilk
¼ cawan minyak sun flower
1/2 cawan air suam +-

**Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch jika suka

Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
Dalam mangkuk adunan, campurkan, garam, tepung gsndum, baking powder dan kacau sebati.
Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.😎
Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan. INGAT..cara ulinya jika tak ada BM adalah macam nak sental baju zaman dolu2 (zaman tak de washing machine basuh kain kat sungai), tolak tarik tolak tarik menggunakan penumbuk lagi bagus.
Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup like dalam oven atau microwave yang TAK di ON ok..🙇
Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginya
Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.
Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.
Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi. 🙇
Sementra menunggu doh naik ON kan over anda.. Setting 180-200C api atas bawah..(ikut oven anda gak ye..my oven suhu ni).
Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.
Time bako dalam 10-15 minit.
Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.
Sedia untuk dihidangkan.



NOTE:-
1) doh memang lembik.. Jsngan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nk bahagi2 doh kecik2.
2) No need perfect bulat sgt just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik.
3) Make sure oven benar2 panas supaya ia lembut bak cotton.
4) JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras
5) Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2.




BUTTERSCOTCH SAUCE
1/2 cup brown sugar bukan gula merah ok
1/2 cup whipping cream(kalau tak de boh jer susu cair)
A pinch of salt
1/2 tsp vanilla essence
25g butter

Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya.
Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.

NOTE:-
Make sure semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan.
Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat.. Berhati2, baik guna senduk jangan guna sudu takut malang tak berbau .











34 comments:

Lydia Honey said...[Reply to comment]

Shukran sbb sudi panjangkan resepi saya
Mmg kalau buat so kena serbu..tk kata budak2 mak budak pon sama naik

izahdaut said...[Reply to comment]

Afwan.. tq lydia izinkan saya share diblog.
Betul tu. Maknya senyap2 dah balun dulu. Haha

Ezadlieza said...[Reply to comment]

salam izah.... lama tak nyibuk kat dapur izah ni....wah dah share resepinya... insyaallah nanti bole try...

izahdaut said...[Reply to comment]

Yelaa.. lama dah tak nampak mengomen di sini. Haha.. sihat ke kak..

Mas said...[Reply to comment]

terliurrr weh...
merata2 dh org tayang roti nie...

nasa mulia said...[Reply to comment]

salam kenal, erm nampak sedap, selalu tengok orang lain post kosong jer, yang ni siap meleleh...

izahdaut said...[Reply to comment]

mas.ko dah buat belum.sik terliur je. haha

nasa mulia..
maybe telah di improvise oleh lydia. makin sedappp :) dan salam kenal juge

Ayu said...[Reply to comment]

Assalam izah,
akak minta izin ambil recipe ya..
macam sedappp akak tengok..adehhh..thank u dear..:)

izahdaut said...[Reply to comment]

Waalaikumussalam kak.. sila la Kak. Mmg sedap sangat

Anonymous said...[Reply to comment]

Saya dah cuba. 3 kali dah buat.. best...tq 4 resepi

Aima said...[Reply to comment]

Salam akak mintak izin copy resepi yer izah...

filzah said...[Reply to comment]

Tq kerana izah share resepi.di tempat kerja saya,orang jual mahal sgt roti ni...yg saiz kecil rm10...x padan saiz roti dan harganya...ni dah ada resepi ni,bolehlah saya buat untuk makan bersama keluarga...puas makan... ;)

Norhana Mansor said...[Reply to comment]

salam minta izin copy resepi ya..

Bb Firdaus said...[Reply to comment]

As salam. Sya nk mintak izin guna resepi ni yer.. slalu tgk kwn2 post ,nk cuba buat sendiri lah.

Marliana Desa said...[Reply to comment]

Tq sis..dh try mmg best..

Anonymous said...[Reply to comment]

Salam akak..nk tanya utk sos 2 kalau susu cair ganti dgn susu segar boleh x??

Anonymous said...[Reply to comment]

@<a href="#c7944552030296 saya tolong jawabkan sebb saya dah buat banyak kali ... Boleh guna susu segar. Rasanya sama jer.

Tq Lydia Honey for sharing.

Anonymous said...[Reply to comment]

mmng sdap..dah try 2x..tq

nafisahnanas said...[Reply to comment]

Waaa kecur tgk..xsabar tggu oven ni..mmg nk buat Sgt InsyaAllah..tq share resepi

ahmad yani said...[Reply to comment]

sukatan gelas tu macam mane kak?

Wan Norasyikin Hj Wan Hasan said...[Reply to comment]

Harap2 cobaan pertama saya menjadi

Wan Norasyikin Hj Wan Hasan said...[Reply to comment]

Harap2 cobaan pertama saya menjadi

Wan Norasyikin Hj Wan Hasan said...[Reply to comment]

Alhamdulillah. ..dah jadik roti cobaan pertama saye tapi nade doh nye lembut sgt ek

rose said...[Reply to comment]

Tq.. Tgk gambar pun dah buat mouth watering... Alamak..nak kena buat nih. Tq for sharing.. Semoga dikira sbg ilmu yg dimanafaatkan.. Aminn

"MissRed" said...[Reply to comment]

Klu da larutkn yis dgn air suam+gula tp xbbuih cmna ye? Tu mksdnya yis xbole pakai eh? Tlg sesiapa yg tau psl ni hihi. Sy 1st time nk buat roti tp xjd. Sedihnya

Anonymous said...[Reply to comment]

yis tu takley pakai. yis mati. nanti kalau guna jugak, roti tak kembang n gebus. Wallahualam

Teresa Tres William said...[Reply to comment]

Hi..nak tanya almond flakes & pumpkin seed tu kena bkr sekejap dlm oven dlu ke seblm tabur atas bun doh tu?

rehana said...[Reply to comment]

Wow! Nampak sedap. Selalu org letak sos asing. ni sekalikan pun nmpk menarik,

Jemput lawat blog sy www.rehanswardrobe.blogspot.com

siti iskandar said...[Reply to comment]

salam kak dah berjaya buat, roti ni memang sedap..izinkan saya copy n share ya-salam perkenalan ct

My Name is Norah said...[Reply to comment]

Assalam... nak tanya bun ni boleh buh inti tak?

ninest123 said...[Reply to comment]

jordan shoes, replica watches, oakley sunglasses, longchamp outlet, burberry, tory burch outlet, oakley sunglasses, cheap oakley sunglasses, louis vuitton, louboutin, ray ban sunglasses, nike air max, oakley sunglasses, christian louboutin outlet, uggs on sale, louboutin pas cher, nike outlet, ray ban sunglasses, gucci outlet, louis vuitton outlet, prada handbags, chanel handbags, kate spade outlet, prada outlet, louis vuitton outlet, ralph lauren pas cher, replica watches, longchamp, longchamp outlet, ray ban sunglasses, oakley sunglasses, air jordan pas cher, air max, nike free, nike air max, tiffany jewelry, tiffany and co, polo ralph lauren outlet, louis vuitton, nike roshe run, louboutin outlet, polo ralph lauren outlet, sac longchamp, michael kors, louis vuitton, nike free, longchamp pas cher, ugg boots, ugg boots, louboutin shoes

ninest123 said...[Reply to comment]

north face, nike roshe, hogan, replica handbags, michael kors outlet, abercrombie and fitch, new balance pas cher, vanessa bruno, ugg boots, nike free run uk, kate spade handbags, michael kors, true religion jeans, nike air max, coach outlet, timberland, michael kors, mulberry, true religion jeans, vans pas cher, true religion jeans, hermes, ray ban uk, ugg boots, lacoste pas cher, tn pas cher, michael kors, sac guess, north face, oakley pas cher, hollister, nike air max, michael kors outlet, hollister pas cher, ray ban pas cher, ralph lauren uk, michael kors outlet, true religion outlet, burberry, lululemon, air force, nike air max, michael kors outlet, converse pas cher, nike blazer, coach purses, coach outlet, michael kors, michael kors outlet, burberry outlet online

ninest123 said...[Reply to comment]

iphone cases, louboutin, soccer jerseys, valentino shoes, asics running shoes, new balance, celine handbags, chi flat iron, wedding dresses, ghd, beats by dre, soccer shoes, baseball bats, mont blanc, nike air max, timberland boots, hollister, nike roshe, ferragamo shoes, lancel, birkin bag, longchamp, converse outlet, jimmy choo shoes, nike air max, north face outlet, herve leger, mac cosmetics, abercrombie and fitch, ray ban, lululemon, gucci, hollister, vans shoes, nike trainers, oakley, hollister, bottega veneta, insanity workout, instyler, mcm handbags, north face outlet, reebok shoes, p90x workout, babyliss, vans, nike huarache, ralph lauren, nfl jerseys, converse

ninest123 said...[Reply to comment]

louis vuitton, links of london, replica watches, moncler outlet, coach outlet, canada goose, moncler, moncler, louis vuitton, juicy couture outlet, swarovski crystal, ugg boots uk, pandora jewelry, doudoune canada goose, wedding dresses, canada goose uk, canada goose, canada goose outlet, sac louis vuitton pas cher, bottes ugg, thomas sabo, juicy couture outlet, ugg pas cher, moncler, pandora charms, marc jacobs, pandora jewelry, moncler, canada goose outlet, montre pas cher, karen millen, hollister, louis vuitton, louis vuitton, canada goose, toms shoes, ugg,uggs,uggs canada, supra shoes, moncler, moncler, ugg,ugg australia,ugg italia, canada goose, moncler, swarovski, pandora charms