CSS

Showing posts with label Snack. Show all posts
Showing posts with label Snack. Show all posts

Thursday, January 26, 2012

Kerepek Setahun Sekali Ngaku


Assalamualaikum..

Kerepek dari buah Arrow head atau Ngaku. 
Pertama kali beli dan jadikannya kerepek.
Beli sekilo, habis sekelip mata.
Sangat sedap, sehingga en asben kata kita beli 10 kilo la pulak.
Muaha.. membayangkan ai feluh2 buat kerepek.
Tapi ai rela, sebab kerepek ni memang best.
Tak letak garam pun best, letakkan perasa garam pun best.
En asben cadangkan  buat kerepek pedas.
Masih memikirkan cemana rasanya..hmmm 




Nak merasa kerepek sedap ni?
Senang je, gi pasar atau pasaraya, dapatkan buah arrowhead ni.
Timbang dan gi bayor. 
Sekilo sekitar rm2.50 je kan. Atau ada tempat lagi murah kan.
Balik rumah, kopekkan kulit dan tinggalkan kepalanya.
Kepala tu sebab senang nak pegang time sagat nanti.


source: here 


Panaskan minyak deep fry.
Masukkan hirisan ngaku, dan goreng hingga hampir keperangan.
Kalau nak rasakan dengan garam boleh je taburkkan garam sebelum menggoreng pada hirisan ngaku tu.
Tapi saya suke masukkan air garam dalam minyak.
Iaitu semasa ngaku tu hampir keperangan, masukkan 1/2 sk air garam dalam minyak.
Gaul rata sampai minyak berenti berbunyi.
Angkat.

Bersedia untuk ngap krup krap.




Wednesday, April 13, 2011

Potato Mayonis


Assalamualaikum..

Buat untuk snack anak anak. Rasa potato mayonis ni macam biskut cream cracker. Hujung2 tu yang sedap rangup, tengah tengah tu macam lembut sikit kat dalam. Sedap la bebudak tu mengunyah sesambil mennengok kartun petang hari. Terima kasih buat Nadia yang sudi berkongsi resepi ye. 


POTATO MAYONIS
sumber:  nadia@myresepi

Bahan-bahan ( 1 orang )

50g mashed potato
50g tepung
1/2sk baking powder
1sb butter
1sb mayonis
1/4sk garam

Cara-cara

Gaul semua bahan-bahan di atas. Canai setebal lebih kurang 2mm dan potong memanjang
Bakar dalam oven pada suhu 170C selama 15-20 minit

Nota izah: Saya tak letak garam sebab saya guna butter bergaram. Rasanya cukup elok, kalau tambah garam agak masin kot.






Friday, April 1, 2011

Kuih Siput


Assalamualaikum..

Pepagi dah tayang kuih krup krap ye. Buat kudapan untuk anakanda berdua tu. Alhamdulillah suke jugak budak berdua tu makan. Saya buat separuh dari resepi. Saja nak cuba menyiput pulak. Pertama kali dalam hidup buat kuih ni. Kalau terjumpa kuih siput, otomatik otak memory teringatkan kuih siput Kak Nor Nagapi. Sepupu saya. Kuih siput dia memang the best yang pernah saya makan. Asyik sungguh mengunyah kalau bertandang raya ke rumahnya, sampai nak balik, cilok 2 genggam  buat makan sesambil bejalan balik rumah. Bukan aje rasanya yang sedap tapi bentukya pun comel. Belum pernah lagi dapat merasa yang setanding kuih siput kak Nor Nagapi tu.


Belum digoreng mcm ulat. Bais kata kuih ni kuih ULAT PUNGGUK. Sebenarnya dia nak kata ulat gonggok. Bila Bais duk kata ulat ulat, tetibe meremang jugak teringat ulat mulung yang putih tu. Sebab bila gerakkan pinggan, nampak seakan2 kuih ni begerak mcm ulat. Mekasih buat penyumbang resepi di Myresepi. Kuih siput resepi yang ini, memang rangup tapi tak serapuh dan selembut yang saya jangka kan. Tapi rasa kuih ni memang rasa kui siput. Hehe..


KUIH SIPUT

Bahan-bahan ( 1 balang sederhana )

5 cawan tepung gandum
1 biji telur
50gm margerine
1 s.kecil serbuk jintan manis
1 s.kecil serbuk jintan putih
2 sudu kecil serbuk udang kering
1 sudu kecil garam (ikut rasa)
Sedikit serbuk perasa (optional)
3 sudu besar cili boh/serbuk cili* saya kurangkan
Daung bawang /daun sup (dihiris )* saya tukar daun kari
Santan secukupnya untuk menguli

Cara-cara

Gaul semua bahan ( kecuali santan ) hingga bercampur semuanya.
Uli dengan santan hingga menjadi doh.
Cubit sedikit adunan, gentel bg bulat dan tenyeh atas papan kuih siput.
Bila semua dah digentel, boleh lah goreng hingga garing.


Friday, March 11, 2011

Homemade Potato Chip


Assalamualaikum..

Yuhuuu.. busy busy ni..entah apa yang busy tak tau. Busy BW kot nengok menu kengkawan yang hebat hebat blaka. Hehe.. Semalam gempa bumi kat Jepun kan, Kamalia bagitau kan semalam. Jenguk kak Hana duk senyap je, rupanya semuanya selamat je. Alhamdulillah kan..teringat jugak kita kat kawan kawan yang dalam kerisauan di sana. 


Ok jom kite krup krap kentang cip ni. Teringin nak makan, tapi memang tak pernah dah beli yang siap tu. Kengkadang datang was was tetibe. Hehe.. Boleh la bebudak mamam sesambil main tu kan. Simple je caranya cam buat kerepek pisang je. Jom cek resepi simple neh.


HOMEMADE POTATO CHIP
sumber: izahdaut

3 biji kentang besor
ketulan ais secukupnya
air
garam dan gula

Caranya:
Kentang dibuang kulit dan hiris nipis. 
Rendam dalam air sejuk atau ketulan ais. Boleh juga rendam dan simpan ke dalam peti ais.
Rendam sekurang kurangnya setengah jam ke sejam.
Bancuh garam dan sedikit gula dengan air panas (dijadikan air garam), ketepikan.
Toskan dan keringkan kentang menggunakan towel bersih.
Goreng dengan minyak yang panas Sehingga keperangan. 
Apabila kentang perang, sudukan sedikit air garam tadi ke dalam gorengan. *berhati-hati kerna minyak akan sedikit percik, tapi tak kuat mana pun. 
Kacau kacau sebentar dan angkat kentang yang garing tadi.
Tos kan minyak dan nikmati kerangupannya.
Boleh simpan dalam bekas kedap udara dan rangup sehingga 3 hari. Mungkin juga lebih kot masih rangup sebab 3 hari dah habis. Hehe..