CSS

Showing posts with label Award. Show all posts
Showing posts with label Award. Show all posts

Saturday, October 1, 2011

Award : dari kak Diana


Terima kasih kak Diana sebab memberi sedikit ingatan untuk menganugerahkan THE VERSATILE AWARD ni kepada saya. Dah lama dah tak dapat awards. Rasanya ada jugak la award n tag yang dapat, tapi kengkadang time limited nak buat masa dapat tu, terus ajer terlupa. Maaf ye kalau ada award dari teman bloggers yang tak sempat saya tepek.

Award ni dari kak Diana yang cantik awet muda tu. Pandaaaaiiiiii sangat masak lauk pauk, kek dan apa2 saja kegemaran anak2 nyer. Sangat gojes gambo2 kak Diana tu, kalau siapa tak kenal lagi leh je ke blog kak DIANA DI SINI


Ada tag jugak tu. 7 perkara tentang diri sendiri. Rasanya sebelum ni saya dah pernah jugak buat tag gini. Kira tag yang kena selesaikan yang syok sendrik kan. Hehe... ok simple je ni.

1. Orang kampung yang masih hijau dengan otak kampung.

2. Takut lipas.

3. Tak suke membebel.

4. Tak pernah makan lobster  tapi teriiinggiiinn sangat.

5.  Pernah menjadi peguamcara n peguambela bersijil.

6. Pernah bersawah tolong mak, dari mula semai padi, tanam padi dalam sawah paya *masa ni kalau kena gigit lintah, mcm nak pengsan geli* , jaga burung pipit nak makan padi, tuai padi, mengemping padi, tukang jaga ayam nak cakar n makan padi time padi dijemur, mengikut abah gi hantor padi ke tukang mesin. 

7. Olahragawati sekolah rendah.


Sekian. Dan award ini dialu alukan kepada semua pengunjung blog saya. tq so much!!!





Monday, August 1, 2011

Selamat Berpuasa dan Kad






Assalamualaikum..

Selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia. Bulan penuh keberkataan dan penuh rahsia keredhaannya. Buat semua, saya ucapkan selamat menunaikan ibadah puasa, semoga kite semua beroleh keberkatan dari bulan mulia ini. Saya mohon maaf dari semua andai ada silap dan salah dalam menuturkan ayat, dalam gurau senda, dalam tegur sapa dan sebagainya.


Sudi2kanla ngangkut kad dari saya kat atas tu ye. Ikhlas dari izahmuffinlover. 


Dan terima kasih juga untuk ucapan dan kad dari teman semua.

Dari Along






Thursday, July 28, 2011

Terima Kasih Semua..






Assalamualaikum..

Selamat pagi semuaaa.. Alhamdulillah berkesempatan lagi kite bersua di blogging ni ye. Maaf beberapa hari tak de menu masak masak. Ada hal sikit. Ehem sapa yang tau tu, sesenyap je ekkk.. hehe. Sehari dua ni jugak menyetelkan hal sekolah Bais. Ye la, duk area bandor ni nak kena cari sekolah yang tak jauh dengan rumah tu senang, tapi nak cari sekolah yang betul2 menepati kehendak, pulak2 zaman serba canggih ni, ilmu rohani dan spiritual amat lah penting kan. Alhamdulillah, Allah permudahkan dan semoga dapatlah anakanda saya tu blajor elok2 kat situ tahun depan. Aiii dah sekolah dah rupanya, rasa baru je ngandung kan dia.. hakhak..

Sari dua tak ngapdate ni, my dear follower dah pun bertambah ke 4 angka. Alhamdulillah.. tak sangka makin ramai yang menjenguk blog Izah Muffin Lover ni dan jatuh cinta untuk follow IML. Walaupun mula-mula berblog tak terjangka difikiran untuk membuat orang tertarik dengan blog ni, tapi bila ramai kenalan, banyak medium untuk dikenali dan semakin itulah juga ramai yang sudi klik IML.  Buat semua follower saya .. terima kasih banyak. Bukan saja follower, tapi follower yang rajin mengomen, yang rajin mengusik, yang silent reader, yang suke menerai menu2 kat IML, teman2 FB, teman2 kenalan dan adikberadik tok nek pak nek semua.. saya ucapkan terima kasih.. 

Buat teman2 yang sudi membantu kalau ada kemuskilan, teman2 sifu yang sudi bertegur sapa dengan saya, teman2 yang sudi pos mengepos, teman2 yang sudi bersms, dan teman yang dah bersua muka.. semoga kite terus dapat mengeratkan ukhuwah hingga akgir hayat. Kepada semua teman bloggers , saya harap satu hari nanti kite dapat jua bersua muka kan.

Untuk semua,.. Nah makan mapin. Muffin ni saya beli kat google je. Tak sempat nak siapkan muffin untuk my dear followers. Hehe..  Sudi sudikanlahhhh..








Friday, July 22, 2011

Award dari: Kak Cek dan Zaliedana


Assalamualaikum..

Selamat pagi semua. Wooo suke dapat award. Suke je mengumpul award ni. Award ni antara tanda persahabatan jugakkan. Dan buat Zaliedana dan Kak Cek...Terima kasih untuk award ini. Sangat menghargainya dan semoga persahatan kita dlm blog ni berkekalan dan bertambah ilmu dan keebrkatan. Semoga juga satu hari nanti dapat bersua muka. 



tq.

Award ni nak bagi kat:












Saturday, July 9, 2011

Award : Dari Hasue & Tag


Assalamualaikum..

Apa khabar semuaaaa? Dah kenyang dihidang mapin pisang aje 2,3 hari ni ye Maaflah tuan blog tak sempat nak menghapdate blog dek kerna kebizian yang dicari sendiri. Tak hagak2 amik order 500 biji mapin. Dalam ati, ala 500 biji, kcang ijau jeee.. rupanya2nya bila dah buat mulala duk pikir bila nak capai angka 300 biji ni. Mapin tu dah nampak mcm buah manggis je dah.. Hehe.. alhamdulillah siap jugak tempahan oleh kak Norlida. Harap akak puas hati yeee. Halal ye.

Berbalik pada award dan tag ni. Selesai aje menyetel hal mapin, sesambil membaca bismillah nak merehatkan badan dikatil sambil kelek anak, berbunyi lah sms dari cik puan Hasue ni suh amik award.Award ok je.. uikk ada tag sekali rupanya. Tak pe sebab Hasue ni nak tau 7 perkara aje yg dia tak tahu lagi ate kome boleh aje. Tapi banyak jugak sebenarnya dah tau kot kan? Maklum la rajin jugak nyembang ngan si Hasue ni kalau internet dia ok. Ye dia ni memang sinonim dengan internet aka brodban yang bermasalah. Agak2 nak marah kat brokband, saya la jadi mangsa keluh resahnya tu. Hahaha..

Ok award ni dipanjangkan dari dapur kak Jee retis Malaysia yg dah tak belakon lagi dah. Kemudian Sue bagi lak ke Izah Muffin Lover ni. Nak amik award kena pakai baju lip lap labuci katanya. Warne pulak kena tema biru. Yolah sangat. Apa pun mekasih sue untuk award nya. Dan tag nya pulak ialah:

7 PERKARA YANG ORG BELUM TAHU TENTANG DIRI KITA
*especially to Hasuriah

1. Masa mak aku ngandungkan aku dulu, mak pernah kata kat sepupu aku (spupu aku kawin tak dikurniakan anak) yang mak aku nak kasi anak yg dia kandung tu kat spupu aku . Dngan conditionnya kalau anak yg dikandung tu keluar sebagai anak lelaki. Maklum laaa anak yang ke 7 dah pun masa tu. Orang dulu2 ada ada ajee kan. hehe.. Pas tu sepanjang preggykan aku tu, mak aku cam cuak jugak sebab tendangan dari anak yg dikandung tu katanya cam tendangan bakal pemain bola kebangsaan. Tendangan sipi tendangan penalti semuanya agak dasat. Rupe2 yang keluarnya akuuu.. Weh aku perempaun hokey.. Jadi alkisahnya tak jadi ler mak aku nak bagi aku kat spupu aku tu. *mcm kisah drama lak.

2. Masa aku darjah 6 , aku ni tukang jaga koperasi ngan duitnyer skali yang ditaruk dlm balang gula2. Masa tu seingat aku, lepas aje koperasi tutup, aku dah terkinja2 untuk beraktiviti seterusnya iaitu aktiviti pengakap yg tengah bersiap sedia untuk preparation ke camping. Disebabkan terkinja2 aku tu, aku dah lupa nak simpan duit dlm balang gula2 tu. Aku letak aje atas meja kat kelas, terus callo gi tuko baju nk join the club. Tetibe esoknya cikgu paggil marah2 maki hamun aku dlm bilik guru. Sedihh sampai nangis2. Hilang macho!! Dan yang lagi haru 3 mlm 3 hari aku tak tido dan  nanges cemana nak menggantikan balik duit yang hilang tu. Partner kena marah masa tu Ana Salwa. Aku pun tak pasti cemana dia boleh terlibat sama, rasanya hari jaga koperasi tu aku partner ngan dia. Hahaa.. tapi terus aku glem satu bilik guru sebab katanya aku ni degil, suke menjawab n muncung panjang boleh ikat jadi ampai. Wat the .....?

3. Aku dianugerahkan dengan seorang abang long yang sangat garanggg masa aku kecik dulu. Kalau dia berdehem pun rasa nak terkucil. Masa aku sek rendah, dia dah jadi cikgu, nasib bukan cikgu sek aku. Tapi kalau ada kem motibasi sekolah2, dia mesti ada. Semua org takut ngan pelempang dia tu. Aku salah sorangnya. Tak sanggup nak ngaku dia abg aku, karang ada lak bebudak tunggu aku kat pagor belakang sekolah. Ye la sebb ramai gak yg merasa pelempang sulung dia. Tapi skrg dia dah tak garang. Bila adik2 dia dah masuk u, dia pun nak masuk u balik, dan dah jadi mcm kawan2 jela skrg ni.

4. Aku ada kenangan pahit bila ada budak lelaki yg gerun dan membuat pandangan loya melihat muka aku. Aku rasa masa tu nak sepak2 je muka dia tu. Sek men aku join kem motibasi luar, budak2 terlibat bukan sek aku lah. Tapi ramai geng aku join gak. Bila join ngan budak2 luar ni, biasalah adengan mengurat bagi sekut ngan air pepsi. Bukanlah aku wanita yang kena ngorat tu, aku wanita yang tukang menghabiskan air pepsi tu. Sebab yg kena ngorat tu takut nak minum, takut kena jampi. Aleee setakat baru baligh tu mana la reti sangat nak jampi serapah kan. Ada baiknya aku habiskan sekut n pepsi tu. Agaknya diorg tau aku ni tukang perabih, sorg mamat kaki urat ni leh block laluan aku, dan buat muka loya sambil berkata kehadapan muka aku.."eeee mukeeee".. nasib baik ada kawan aku sebelah pegang tangan aku. Rasa2 mcm nak c4 je budak lelaki kurang hajor tu. Hahhaaa..

5. Aku pernah kena kejor ngan sorang mamat 2 ringgit. Masa tu aku dari kampung nak balik u, naik bas, turun kat puduraya. Dari pudu kena bjalan kaki sikit untuk  amik bus lain ke PJ. Kat Pudu tu la mamat 2 ringgit ni tegor aku. Dia kata moto dia rosak ,nak pinjam 2 ringgit. Rupe sket punya smart tapi nak 2 ringgit. Ah ..kose aku nak bagi.. aku blah, tapi dia duk pujuk aku nak 2 hinggit sampai ikut aku lintas jalan, naik jejantas, turn tangga.. giler cuak aku tengah2 bando berkejar kejaran. Kalau pilem hindustan ok gakkan. Lastnyer aku lompat naik bus ke PJ, tengok blakang mamat 2 ringgit tak de. Syukurrrr..

6. Aku pernah di sexual harassment kan di dalam LRT. Tang mana tuuu? Ala kalau tak situ, sini kan? Masa tu aku buat cambering aka praktikal. Nak balik umah bujang naik LRT. Kejadian berlaku diwaktu bukan org sesak pun. Dalam keadaan tenang aje. Tu la kata org air tenang jagan disangka tiada buaya...lrt tenang jangan disangka tiada buaya darat kan.  Orang 'gila' tu org berbangsa sama dengan aku. Tu la. kalau time sesak naik LRT, aku lebih selesa 'dipaksa kepit' oleh bangsa Cina. Entah ngapa, tapi kalau Cina lelaki aku rasa selamat sikit dengan org berbangsa lain. Hehee.. kire aku bukan perkauman kan?

7. Eh dah 7 dah ek.. hehe. Lastnyee.. aku suke sangat alam blog ni sebab pada aku, keikhlasan dapat dilihat dan dinilai dari blog seseorang itu sendiri. Tak sangka tanpa bertemu muka puN boleh sangat mesra. Kadang2 kalau takonline terasa kehilangan dan kerinduan pada teman2 especiallynya kalau teman yang selalu bergurau senda, bertanya kabar dan bertukar2 pandangan. Menggigil kepala lutut nak cari line internet jugak kan. 

Wehh panjang dah weh... Letih menaip. Senget dah kepala ni. Orait Sue.. nak tau banyak lagi ke? Aku orait aje. Hahaa.. semoga kite terus menjadi teman seperjuangan yang erat n jitu. Cewah..

Terasa nak tahu perkara yg belum tahu pada orang2 ini. Betul2 nak tahu ni.. ececeh.. mcm mak bedah kepoh lak..hehe:


  

Thursday, June 30, 2011

Tahniah Akak Sepinch Salt..


Assalamualaikum..

Tahniah sejuta buat Puan NorAzmihah Mohamed tuan nyer SECUBIT GARAM.
Tahniah untuk blog akak ,hits yang dah mencapai sejuta.
Blog yang menjadi sumber inspirasi ramai.
Inspirasi bukan sahaja dari segi mematangkan skill di dapur.
Juga inspirasi untuk memajukan blog sendiri.
Inspirasi untuk merajinkan diri.
Inspirasi untuk ikhlas berkongsi.
Inspirasi untuk mematangkan erti persahabatan yang dihuluri.
Saya mendoakan blog Kak Nor terus suksess.
Terus subur menghijau memberi hasil kepada ramai orang.
Terus melegakan keresahan memikirkan hidangan.
Terus memberi idea yang memberi keuntungan.
Terus mewarnai menu dimeja.
Terus berkongsi rasa menyelerakan.
Terus memberi info kepada yang kekok.
Terus memberi ilmu kepada yang daif.
Terus menambah skill kepada yang mendambakannya.
Terus maju..terus berjaya..terus gagah dinusantara.
*tetibe nak nyanyi lagu anak kecil main api lak..

Juga tak lupa buat kak Nor yang anggun dan natural beauty tu.
Semoga ilmu2 kak Nor kongsikan.
Terus menambah manfaat dan membantu kak Nor di SANA nanti.
 Kami semua mendoakan kesejahteraan kak Nor.
Rezeki dan kesihatan dan kebahagian buat pemilik secubit garam.

Khas buat kak Nor:

Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
bulan dan bintangnya
punya tanda tanda hubungan mesra

Tanya sama kak Nor
Apa asal secubit garam
Adakah tandanya dapat dirasa
info dan ilmunya
keihklasan dan kejujurannya
punya tanda tanda itu asalnya

*eh mcm tak kena je kan. muekekekeke.
sila baca mcm p ramlee nyanyi yee
apa apa pun kak norr.. u are the best!!


Friday, June 10, 2011

Tahniah Hasue dan Kak Ummi

Assalamualaikum..

slamat pagi semuaaa.. semoga hari yang barakah ni banyak banyak lah kite berselawat ke atas nabi junjungan nabi Muhammad S.A.W.

Tahniah buat Hasue- i love my life dan kak Ummi- home sweet home yang dah mencecah ribu riban followers dan readers. Untuk terimakasih mereka, sejambak dan berjambak jambak bunga dihadiahkan buat pembaca dan pengomen dan followers di blog mereka.



Bunga biru ni kiriman dari sis Hasue kita aka mek mukah yang sangat setia di dapur menghasilkan menu2 segar untuk menambahkan lemak2 follower blognya. Dah pasti lemaknya sendriri jugak bertambah. *ampoonn*.kikiki... Pesan Hasue, kalau nampak kaler biru, kenang daku dalam doamu. Opocot banyak benor kenang daku dalam doamu bila paling2 je dalam rumah ni banyak benor menda kaler biru rupanya. Hehehe.. Buat sue, semoga Hasue: I Love My Life terus suksess walaupun kengkadang saya menerima luahan hati penulis blog ni akan berokbandnya yang sangat kure kure berjalan. Tak pe..kerna semangat yang kebal dan kental yang ada pada Hasuriah Tahir *nama sebenar, yang terus tak jemu cube mengupload gambar2 masakan walaupun berjam jam upload, saya mendoakan blog ini terus suksess, terus berjaya menarik ramai readers, terus glemer dan terus memberi info dan ilmu buat semua. Tahniah Sue!





Bunga yang sweet sangat ni pula dari kak Ummi antara otai geng masak-masak. Tengok aje kat label beratus ratus masakan dah kak Ummi persembahkan dalam blognya. Bukan aje di blog, masakan kak Ummi jugak dah masuk majalah pun. Majalah terkenal tanahair, Jelita. Nanti mesti banyak lagi masakan kak Ummi akan disunting majalah2 di Mesia ni. Kak Ummi ni walaupun sibuk dengan kerjaya tapi tetap ke dapur dan menghidangkan maskaan istimewa buat family dan followers blognya. Semoga kekusutan dan kesibukan kak ummi tak menghalang kak Ummi terus maju dan meneruskan blog kesayangan dan rujukan ramai itu. Saya doakan kak Ummi terus suksess dan Home Sweet Home terus berjaya, terus berinfo dan memberi ilmu dan berkongsi rasa dengan readersnya. Tahniah kak Ummi untuk followers yang ramai tu!

Wednesday, April 27, 2011

Award: Dari Sazahaiza, Tahniah kak Antan dan Tag Fie Jom Berkenalan


Assalamualaikum..

Memula sekali buat kak Antan, tahniah kerna blog kak Antan kita ni dah berumur setahun.
Baru juga berkenalan dengan kak Antan yang peramah tu.
Tapi agak sibuk dengan tugas2 sebagai guru.
Suka masuk blog kak Antan ni.
Tetibe je nak nyanyi lagu "antan bertingkah sahut sahutan.."
Paling suka dan khusuyuk masyuk masuk blog kak Antan ni mendengar nasyid kat situ.
Siapa belum kenal ngan kak Antan meh la jenjalan blognya.
Banyak menu2 yang menawan kalbu tau.
Jemput KE : ANTAN BERTINGKAH



Cantik tak award ni?
Sangat suke sebab belum pernah lagi dapat award ni.
Kreatif dan cantik.
Dari sazahaiza. Baru juga berkenalan.
Mekasih akak..eh akak ke ek.. Hehe.
Apa pun mekasih kerna mengingati jugak blog saya untuk dianugerahkan award ni.
Ada lagi...
Award untuk follower blognya.
Kira tamak jugak saya petang ni, dua dua saya amik. Hehe..


Cantikkan?
Mekasih sazahaiza.
Nak tengok empunya nama ni jemput ke: SAZAHAIZA resepi@ petua




Yang ni pulak TAG NAK BERKENALAN dari Fie.
Wah kena tag pulak. Mekasih sebab sudi berkenalan dengan saya ni ek.
Ececeh..
Walaupun tak de apa yg istimewa sangat saya ni, tapi orang dah nak berkenalan, kite sudi sudikan aje.
Nak ke rumah Fie?

Soalan tag.

STATUS?
Mak dara.
aiiyakkk.. hehe. isteri orang. emak orang. anak orang.

CERITA TENTANG DIRI?
Simple person.
Tak berapa reti bergaya mengikut trend.
Suka yang selesa, nyaman dan of course menutupi mahkota wanita anggun. Ececeh..
Seorang isteri yang sentiasa berusaha menjadi yang terbaik.
Sentiasa mahu mendapat redha Allah yang datang bersama redha suami.
Seorang ibu yang sentiasa belajar memahami karenah anak-anak.
Juga sentiasa berdoa anak2 dan keturunan menjadi orang yang benar2 beriman.
Tak mahu anak2 dan keluarga dalam kategori " mereka kata mereka beriman sedangkan mereka tidak beriman". Nauzubillah..
Bercita2 nak ada kedai mapin dan roti.
Sangat suke mapin.
Suke memasak tapi tak suke kemas pinggan mangkuk.
Surirumah sepenuh masa.
Asal orang Pahang. Tetibee.. haha


CERITA TENTANG BLOG
Titik tolak bermula berblog adalah, saya beriya iya nak bukukan gambar2 anak.
Encik suami, telah suggest pada saya buat blog.
Masa tu dia suruh buka blog via weebly.com.
Saya pun dengan bersemangatnya, mereka la blog tu. Semua kena buat sendiri.
Coding html..apa kejadahnya..susah lah..
hampir putus asa..tapi ada la jugak hasil gambar2 anak..
gambar2 masa dara, masa kawin, gambar family semua saya letak kat situ.
Lepas tu adik saya, yang tahu saya suke masak cadangkan ngapa tak buat blog macam Chef Hanieliza.
Dia juga lah yang rekemenkan  blog kak Lieza tu.
Masa tu saya suke sangat buat mapin sebab, hubby suka makan dan Bais pun suka.
Tak pikir panjang, masa memula hubby create blogspot ni, terus saya sajes guna nama Mapin lover.
dari blog kak Lieza, saya suke dengan blog Mamafami.
Dari situ terus saya kenal sifu2 dalam berblog.
Rupanya berblog ni memberi satu dimensi yang lain.
Seperti kita berada disebuah alam yang lain, alam yang mesra, berkenalan penuh ukhuwah.
Sehari tak online bertegur sapa dengan kawan2 blog rasa..
errr... susah nak kata.. anda rasa?hehe
Jadi seperti maklom, blog saya sarat dengan menu masak2.
yang saya rasa sedap untuk dijamu, akan saya masukkan resepinya.
Suke kan berkongsi resepi ni.
Jadi sokong lah saya. tetibe..

PENDAPAT TENTANG DUNIA BLOG?
Dimensi berbeza.
Tempat luahan rasa.
Tempat beerkongsi rasa.
Tempat mengeratkan silaturrahimm.
Tempat merempit. hehe

NASIHAT PADA NEWBIE BLOGGER?
teruskan usaha anda untuk berblog.
Jadikan blog tempat menambah ilmu dan kenalan.
Ikhlaskan diri..hiasi peribadi..moga kuntuman senyum bersemadi.

KEUNIKAN BLOG ANDA?
Unik blog atas nama Muffin kot.
Iye ke? Ada tu yang mencebik.. haiishh tak beekk tau!!
ce crite ce crite apa yang uniknya blog ni?
hehe

SAMPAI BILA BERBLOG DAN IMPIAN BLOG?
sampai rasa tak boring dengan blog.
sampai kertuuuuu...
sehingga masih duduk dlm kawasan berinternet kan ku gagahi jejari ini berblog.


Wednesday, April 13, 2011

Award: from nieza, mas dan Kak Noorsafone


Assalamualaikum..

Adeh baru nak menggantung cenderahati dari teman2 sempena meraikan blog yang dah setahun. Ni semua hebat hebat belaka ni, dah setahun dah ramai follower diorang. Semua rajin2 dan cekap2 didapur dan handal menghasilkan menu2 yang membuatkan peminat2 blog masing2 ingin mencubanya pulak. Syabas kengkawan ye.

Yang atas tu dari Mas Duniaku. Jemput ke dapur mokcik tu ye. DUNIAKU



Yang ini pulak, duk jauh nun di Findland. Tahniah Nieza.  Pun menyambut ulangtahun pertama blognya. Boleh jemput ke OUR JOURNEY BEGINS


Dan yang ini datang dari kak Norsafone yang menghargai semua followernya dan dititipi dengan sejambak bunga. Mekasih kak. Jemput ke blog STORYOFMAMA


Terima kasih semua!!





Sunday, April 10, 2011

Award: From Love



Assalamualaikum..

Tengok.. amik 2 terus award dari LOVE. Tak tau mana satu Love bagi, agak2 tamak tadi nak je amik semua. Hahaha... Ke dah salah amik award ni? Apa pun terima kasih banyak2 buat Love yang mengingati diri ku ini. 

Rasa segar pagi ni pas bawak bebudak main kat taman bawah ni. Kira mode pasrah hilangla kejap. Pastu kan tetiba nak testing my memory kat kawan2 blog la. Macam LOVE tulis berderet panjang tu. So hari ni dengan bangga hatinya saya mengurniakan 2 awards ni untuk kawan2 bloggers yang tersayang.. ececehh..

To all of u with love:

Kak Nor Ganu
kak Hana Hanamemories
Mas Duniaku
Hasue I love my life
Tun Telani Bintulu
Ziey
Kak Rosliza
Kak Lina pg
kak Azatie Sayang
Mamafami
kak Ummi Zaihadi
Anna Qawina mak yong
mr Mama
Cik Mat Gebu
Ryo adik Hasue
Ady
Diana Skyblue
kak Hazila
Norshaa PD
Kak Yatiememories
kak Azlita aziz masam manis
kak LIeza Ezadlieza
Ct Zaliedana
Ct Hajar sitiezahim
Nieza Findland
Topsyturvymum TTM
kak Rima Singapore
kak Ayu citarasarinduan
kak Yusa Sari
Kak Anym cayang nogori sembilan
kak Yatt Maria
Sally
Kak Zana dzanariah
Chik Mimi
cik manggis
cik min
fiza desperate mama
kak nazrah
kak bee
kak naz
kak inahar doktor
kak inaku79
kak ina kl
kak lizahanum
kak shidah (sizuka)
fashah84
kak nuridah singapore
kak shiela yg baru dapat baby
kak Sam penang
kak cek 
kak Liza@Adzriel AB
kak suri solehah
umi dapur aulad 
wanieyra
nadya anwar
nuanza
sue@nenie
mamahawa
mamasya
kak Paty
kak Rose mykuali
kak Madihaa
staranise
kak Noorma
kak Zarin
kak ain 
kak LG
kak Suzi
gerau gebang
kak wan citarasawan
mamasyipah- saya tak dapat masuk blog mamasya ni sebab malware
alifaimanaqil
aqildarwisy
ribbonandcircus
kak antan
kak azian
kak azita zain
nurindah
moklong
kerull
fmina08
alongroz
ayu kitchencolours
kak am flora
kak zai
kak azlina terminal hijrah'
iza akma 
kak ilah jiya
kak wana
faradean - lama dah senyap
deliah deli
kak ida dapur kecik
kak ct naemah
mokwo
asmara
mama tomei-lama senyap
adikros
ros jintanmanis-thanks to ros for free e-book
kak erna
mamaeina
erma halamanku
mimiey
kak lin rosly
lina
kak maz ilhamdapur
kak aidah
qira ddapur
kak leen
kak asma
kak anis
mummyseri
kak dayang Jack
suzana samsuddin
deetha
kak hamsini
mamazieza
jiya pengembala kamben
azura rahman
mak Qis
CB cikadak biru

aaaaaaaaaa sapa lagi ek.. pening dah.kering otak.. nanti sambung balik..ngeee



Friday, April 8, 2011

Award: Dari Kak Ita, Tun dan Kak Cek


Assalamualaikum..

Dah lama tak dapat award. Bestnyeeee... Terima kasih banyak banyak buat yang mengingati blog saya untuk dikurniakan award yang sweet ni. Terasa diri dihargai..auuwww.. 

Award saya terima dari :

Kak Azlita Aziz yang manisss

Tun Telani yang jauh nun di Bintulu

Kak Cek yang banyak pengalaman di dapur


Tentang saya:

*wanita yang dianugerahkan dengan suami yg prihatin dan penyayang. Juga 2 anak laki-laki yang gemilang dan riang.

*wanita yang berangan-angan tinggi nak punya bakery sendiri.Sapa nak join venture?kiki

*wanita yang suke punya ramai kawan, tapi bukan untuk berlawan cuma mahu berkongsi ilmu dan pengalaman.

*wanita yang diakui oleh  ramai kawan dan taulan, seorang yang sombong dan garang untuk pertama pandang, tapi bila dah mula sembang, rupanya peramah dan tersenyum girang.

*wanita ini masih punya ibu tercinta, adik beradik 8 semuanya, pernah berkerjaya didunia, tapi semuanya sementara belaka.

*wanita ini sangat simple, sederhana, tiada tinggi demandnya, bersyukur seadanya.

Beri award kepada : Ramai rasanya nak diberi award ini. Buat semua rakan blogger yang menyokong perkembangan blog IZAH MUFFIN LOVER, award ini saya tujukan buat anda semua! Semua yang berkunjung ke sini sudi sudikanlah.



Tuesday, February 8, 2011

My Feberet Blog


Assalamualaikum..

Tak sangka sangat bila sifu suka jenguk blog saya ni. Award ni dapat dari kak Hana yang  glemer dalam dunia blog masak memasak. Sangat laa ramah tamah berbudi bahas, sopan dan santuk..(jek lebih sikit).. comel dan loten, lemah dan lembun orangnya.. Blognya pulak sangatlah the vavavasss. Gambo yang mantap dan melecun, menu yang theeee meliurkan, skill yang mengkagoomkan dan gambo gambo family dan negara jepon yang sangat memikat hati..sangat suke melepak tak tentu arah kat blog kak Hana tu. Hanamemories sangat menjadi sumber inspirasi buat saya, walaupun dimana anda berada jasamu totap dikonang. Mekasih kak Hana sudi sudikan menjenguk ku lagi yo..

Syarat:

1. Copy gambar atas ni di entry. Letak kat atas sekali.
  • Udah terpampang

2. Nyatakan dari mana dapat tag ni.

3. Listkan 5 blog yg menjadi favorite serta sebabnya- Nak diikutkan saya ada feberet juga blog bukan khusus masak memasak, tapi kali ni saya akan bagi award ni ke blog yang menjadi sumber inspirasi saya dalam bidang masak memasak. Kalau blog sifu memang semua pun sya suke menepek. Hanamemories sendiri sangat menjadi kegemaran saya, tapi untuk tak jadi pi mai pi mai tang tu..saya nak bagi my favourite blog ni kat blog yang juga saya tak miss menjenguknya.


1. Secubit Garam - Waduhh.. kak nor. Terpaksa bagi juga walaupun kak nor tak suke di tag. Masakan tidak, blog kak nor lah menjadi pojaan hati. Duk melanguk melepaking kat blog akak tu la untuk melihat menu menu segar buat lauk dinner. Blog akak ku sorang ni, semua sedia makelum, gambar nyer  the bom.. tang derhaka edit mengedit resepi tu menjadii je..suke kongsi tips yang sangat membantu..antara bloggers sifu yang awal saya kenal dan ramah. Sangat suke berkongsi ilmu dan semoga ilmu yang kak nor beri mendapat berkat dan pahala hingga ke sana nanti. InsyaAllah.

2. Duniaku- Mas - Yang ni memang wajib singgah tetiap hari. Antara blogger yang ramah tamah dan lemah lembut ayat ayat komennya. Hahaha.. Seorang kawan yang tak pernah bersua muka yang sangat caring dan sangat baik hati juga prihatin. I love u mas!! Hehehe..Blog Mas Duniaku ni menghidangkan menu menu terkini mcm jet turbo jugak ni, kira up to date la. Banyak menjadi rujukan saya dan kaunter pertanyaan saya. Semoga Duniaku terus suksess dan berkembang.

3. Anymz.Kitchen - Blog kak Anim ni bagi saya mencerminkan orangnya. Happy go lucky dan ceria walaupun disebaliknya. Apa sebaliknya ek? Hehee..hentam je la..tapi bagi saya blog kak anim tempat saya suke jenguk dan membaca celoteh celoteh dalam entry entry nyer tu. Selalu tersenyum membacanya bila kak anim bercerita  kejadian lucu disebalik pembikinan masak memasak kak anim tu, dan hidangan yang amat menambat hati ialah apeke lagi..masak lomak la.. orang nogori la katakan.  Kak anim..janji durian jangan lupo den yo...kikiki

4. Topsyturymum - Letak jugak sebab memang tak miss tiap entry hakak vogue ni. Nak buat camno memang feberet blog. Celotehnya tu memang menghilangkan stress. Kengkadang terbalik pun ada, makin stress.. hahaha.. Memang class blog kak sorang ni..tak caya boleh klik jenguk pot pet nya tu.. Mula mula masuk blog kak Razana ni dulu bila lepas baca satu entry, nak jenguk balik entry entry nyer yang dulu dulu. Lawak tul.. Memang otak gila gila punye olang. Moga TTM terus suksess ye..

5. Sinar Kehidupanku -  sama  ngan kak Hana..tapi memang suke blog kak Yatie. Dari sana la saya mula pandai nak buat kuih kukus mengukus ni. Dari sana la bila balik kampung je saya di cop 'rajin buat kuih' kukus mengukus ni. Ye la baru tahu pelbagai resepi kuih kukus yang sedap sedap. Kalau tengok cantik molek kuih kak Yatie ni memang mendatangkan aura nak buat. Dan sangat terpegun dengan kelembutan gaya ibu yang ada pada kak Yatie tu. Tengok je gambo kak Yatie pun dah tau muka slalu kena stim, cantik..kan kan kan..hehehhe. Satu lagi, komen komen kak Yatie selalu terkesan kat hati saya ni. Ok kak Yatie semoga sinar kehidupanku memberi cahaya inspirasi buat semua dan sentiasa suksess.

6. Aik dah 6 ke...looo banyak lagi ni yang feberet ni... baru ingat nak bagi mek Hasue kepala sengal tu. Wanita yang bermasalah..masalah apa ke lagi..masalah internet lah....hahaha.. Selamat ko Sue. Nanti nanti belum tentu..kikiki..

Tag ke blog tersebut dan tinggalkan link.



Award seterusnya dari puan Deliah deli.. Mekasih kerna mengingati diri ku. 


Sunday, January 30, 2011

Begedil Daging dan Bunga


Assalamualaikum..

Bunga pemberian kak Yatie sebagai tanda persahabatan dan sempena blog kk Yatie yang dah mencecah 1000 follower. Tahniah buat kak Yatie dan semoga persahabatan maya kita berterusan sehingga bersua muka ye kak. Mau seh ketemu sama ratu yang satu ini. Ratu kuih talam u!! Hehe..gurau kak ekk..



Bergedil daging ni dah lama buat dan habis makan ngan soto hari tu. Tapi saya letakkan resepi di sini sebagai rujukan saya. Begedil yang saya rasa sedap sangat dan pertama kali saya cuba resepi yang lain dari yang lain ni. Mekasih kak Hana. Sedap bangat!! 


BEGEDIL DAGING
sumber: Hanamemories

Bahan-bahan
  • 200-300g daging cincang
  • 2 biji kentang size besar- potong dadu n dgoreng. then lenyek2kan.
  • *1/2 biji bwg besar (size kecil)
  • * 1 inci halia
  • * 1 sudu kecil ketumbar
  • * 1 sudu kecil jintan manis
  • * 1 sudu jintan putih
  • sedikit lada sulah
  • garam
  • daun bwg/daun sup
  • bawang goreng - lg byk lg sedap!
  • 1/2 biji telur di kocok - utk salut
Cara-cara

  • Blend tanpa air bahan yang bertanda * atau tumbuk.
  • Satukan semua bhn kecuali telur. bulat2kan n tekan nipiskan skit.
  • Panaskan minyak. jgn gune myk byk sgt...agak2 3/4 tenggelam begedil nih.
  • Celupkan begedil ke dalam telur. Goreng hingga masak.
  • tips...jgn balikkan selagi bhgn bawah tak kering lagik.klu tak begedil akan hancur. api kene kecik jerk kang luar dh garing tp dlm tk msk lagik.
  • Dah masak angkat. Hidangkan dengan soto.