CSS

Tuesday, March 31, 2015

Resepi Kek Puding Karemel


Assalamualaikum

Kek ni adalah antara kek kegemaran en asben dan anak anak saya. Resepi ni juga saya buat untuk tempahan.
 Kalau saya buat kek ni untuk tempahan kastemer, mesti anak anak buat ayat.. Umi dah lama tak buat kek ni kat kami. Aduhh kesian menusuk ke hati ayat diorang ni.
So bila dah berkurun tak buat, bebaru ni saya merajinkan diri baking kek karemel.
Dan baru tersedar kek ni saya tak pernah share lagi resepinya di blog. 
Saya tak pasti resepi ni kepunyaan siapa..tapi di bawah ada menyebut sumber resepi ni.
Saya doakan tuan punya resepi dilimpahi rezeki sentiasa.
Terima kasih.
Saya copy paste resepi ni dari belog Hasue. Dan ada di kongsikan tips untuk membuat kek ini.
Tq kepada semua yang terlibat.




KEK PUDING KARAMEL

Sumber Asal: Puan Munira, Puan Shasha Rahmat & Puan Sha Hafizi (KR)
Sumber: Anna Qawina
By: HaSue


Bahan-bahan : Loyang 22cm/25cm
9 inci round

(A)-Gula Hangus

2 sudu besar gula (utk gula hangus)
*tabur gula dlm loyang n masak atas api perlahan..biar gula hancur dan warna tukar jadi perang)
Ketepikan dulu (gula tersebut akan mengeras & berbunyi macam kaca pecah gitu)

(B) - Bahagian Atas

1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur
2 biji telur (putih & kuning)


(C) - Lapisan Kek

140 gm tepung gandum *Ayak bersama baking powder
70 gm gula kastor
3 bj kuning telur
135 ml air biasa
1 sudu teh baking powder
45 ml minyak masak


D) Merinque

6 bj putih telur
70 gm gula kastor
1 sudu teh krim of tartar-hasue tak letak

Gini posing biasa aku tengok kalo orang buat kek karamel nih..baru nampak yer dak.. ok tak pilihan warna ni? Agak2 napa warna biru tu harus ada..haihh.. ;)


Cara-cara :
  1. Sediakan bahan (A) dahulu, ketepikan.
  2. Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nanti tak jadi pudingnya..
  3. Tapis bahan (B) td dlm loyang gula hangus (A) tadi..ketepikan.
  4. Pukul bahan (C) *Campurkan semua sekali & pukul guna senduk je..ketepikan
  5. Pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang & bila kita angkat ia tak jatuh...(meringue)
  6. Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..jangan terlebih kacau, agak-agak bercampur sebati je.
  7. Bahagikan kepada beberapa bahagian & letak pewarna n paste kalau suka..
  8. Masukkan ke dlm loyang yg ada gula hangus & keremel tadi (A + B)..selang seli warna, letak ditengah2 loyang, adunan kek akan terapung.
  9. Bakar cara double boiling/waterbath (Loyang kek berada di dalam loyang berisi air panas) - selama 1 jam 10 minit dengan suhu 175'C, menggunakan api bawah dahulu selama 40 minit, kemudian api atas bawah sehingga masak *Boleh juga menggunakan api atas bawah tetapi guna suhu 160'C / 170'C sahaja, (bergantung kpd oven masing-masing juga ya)
*OVEN IZAH SUHU 160C SELAMA SEJAM , KEMUDIAN API ATASBAWAH 30 MINIT.


TIPS:Jika tak pasti puding dah masak ke belum boleh tambah lagi masa membakar lebih kurang 10 minit,
Bila masak angkat & rehatkan sekurang2nya 25 minit/setengah jam baru terbalikkan kek yg dibakar tadi...masa ni dah agak sejuk jadi senang nak keluarkan kek.
Masukkan dlm peti sejuk 1 jam n lepas tu mkn sejuk2. Lebih sedap selepas semalaman.
Sedap dimakan sejuk. Selamat Mencuba..!!

Untuk Tips Tambahan,terutama untuk korang baru nak mencuba gak resepi ni..aku syorkan korang gi rujuk kat dapur cyber Anna Qawina..sila2 laa klik SINI. Agak2 masih malas gak nak buat, korang order jer kat beliau..hehe..














Monday, March 30, 2015

Aryan Birthday Cake- Kek coklat Moist 2kg




Kek coklat moist
2 layer dengan krim coklat
disalut fresh cream
2kg+
9"



wa 0135122180


Kuih Bom Kentang


Assalamualaikum

Cemana hari kamo kamo semua?
Ada ok ka?
Saya mcm biasa.. lepas menghantar anak-anak ke sekolah, balik rumah menjalan kan rutin seorang suri sura, dan setel kan apa yang patut. Pas tu  laju laju menghapdate belog. 
Kejadian bom ni disebabkan teruja tengok biz kak Yatie membuat kuih muih frozen. Dan di antaranya kuih bom kentang ni yang hangat di pasaran. Nak  ngoder ngan kak yatie jauh nun di selatan. So saya menggerakkan badan yang agak badak ni utk membuat kuih yang tak perah lagi saya buat, hatta bom biasa tu pun.
Bahan basic je, so mmg ada je kat dapur. Uli uli ula.. dah siap n goreng. Kebetulan suami mmg ada dirumah berehat kerana tidak sihat. *formal betui ayat. Asal ayat berkenaan suami je dan dan formal. Memang tanda-tanda istewi solehah la tuh. Hhahaha.. 
So incik hasben pun makan laju je kuih ni, sampai gaduh plak anak-anak tak cukup. Dan dan mak buat muke, sbb malas nak menggoreng . kikiki... Banyak dapat ni, Saya buat half adunan je.
Kuih yang lembut dan sedap. Saya buat inti kacang , tapi saya penggemar inti kelapa. Rasanya kalau inti kelapa lagi aummmm mulut aku mcm rimau.ngeee

Jom buat kuih simple ni. Resepi asal dari kak Besah My r. Terima kasih kak Besah.




KUIH BOM KENTANG

Bahan-bahan ( sepinggan penuh )

  • 2 cawan padat kentang lecek
  • 11/2 cawan tepung pulut
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu garam
  • inti kelapa secukupnya
  • bijan utk menggolek
  • minyak utk menggoreng terendam



Cara-cara

  1. gaul & uli sebati kentang lecek bersama garam & tepung2 segingga mnjadi doh yg bleh dibentuk. tambah sesudu dua santan @ air jika perlu. jgn sampai terlembik ya..
  2. mcm biasa, bulat2kan inti dengan menggenggamnya dgn kuat spaya padat.
  3. Dsc03434
    ambil sejemput doh, leperkan, isi inti dan kelim kemas. bentukkan bulat.
  4. Dsc03435
    golekkan pd bijan. lalu dimasukkan kedalam kuali berisi minyak.
  5. pasang api dapur dan gorenglah hingga perang..
  6. onde2 kentang ni ada beza gak rasa dia.. ia lbih lembut tau..











Wednesday, March 25, 2015

Puding (agar-agar) Roti Marble



Assalamualaikum

Saja taruk perkataan agar-agar , agar bisa dipahami bahawa bila sebut puding roti tu tak lah tersilap ngan puding roti yg bakor makan ngan sos kaastard tu.kaaann...
Ini resepi kak Hana. Ulang sekali lagi RESEPI KAK HANA JEPUN balik KUANTAN. ngeee
Puding kegemaran anak-anak tak kira la musim panas melengit atau musim tengkujuh hatta musim salji. Memang mereka akan makan tanpa jemu. Yang agak melampau nya sekali hadap je dah habis. Biasaaa dia..
Saya post skali lagi resepi ini dengan sedikit perbezaan cara sukatan nya. Tapi ianya masih resepi KAK HANA. Haa hurup beso koo. Haha..
Makcik.. ai tukor sikit sukat nya tu ye. Supaya senang tak yah bateri scale aku habis nak timbang. Hahaha..



PUDING ROTI MARBLE

10gram agar agar serbuk
3 cawan air
1/2 cawan gula kastor

1/2  cawan air
2 biji telur
4 keping roti
3/4 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat

2 sb mentega
1 sk esen vanila



Cara-cara

Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.
Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan  air  1/2 cwn. Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api.
Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. (Jika menggunakan serbuk koko, bancuh dahulu dgn sesudu air panas jadikan pes agar tidak berbiji2@bergentel2 serbuk koko tersebut).
Ambil sesenduk warna putih@plain dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna putih@plain tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. ulang smula kaler putih@plain dan buat hingga habis.. ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.
Nota : Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing2. dan bagi yang kurang gemar berlemak, kurangkan sukatan susu pekat.







Tuesday, March 24, 2015

Resepi Roti Kentang Sedap


Assalamualaikum

Subhanallah.
Alhamdulillah.
Allahuakbar.

Sesungguhnya hidup tanpa ujian tidak lah menduga iman kita. Betui ke idak? Hehe
Rasanya bulan ini saya lalui dengan bermacam macam perasaan yang hadir.
Semoga kehidupan dapat berjalan dengan lancar dan penuh keberkatan hendaknya..

Gian meroti sedang datang. Ye masih ada giannya.. cume kekangan masa membantutkan hasratnya.
Tapi demi sesuap roti homemade ku gigihkan juga, mentelahan lagi anak-anak memang suke roti suam suam lepoas di bakar. 

Jika dirujuk, resepi ni ada lebih kurang resepi dari cik mat gebu. Bezanya cume ditambah mentega. Ye.. sangat sama.. saya pernah juga buat roti ni guna resepi cmg dan tambah kan sedikit mentega. Memang lembut wangi dan enak resepinya.

Bagi yang mahu mencuba boleh membaca resepi terlebih dahulu.
Bukan baca sahaja, tapi imejin kan terus stepnya. Baru nanti mudah kerja di dapur.
Baca dan faham itu adalah penting, terutama buat yang baru belajar. 

Selamat mencuba dan terima kasih tuan resepi. :)





ROTI KENTANG SEDAP
Mathari(resepi ikut buku potostat ibu, semua resepi dalam tu mesti menjadi katanya) 


bahan
2 @ 3  biji Ubi kentang- 70 gm  
300 gm Tepung Protein tinggi - tepung roti 
3/4  sb susu tepung 
50 gm Gula Kastor atau biasa 
2 st Yis 
1/2 st garam 
30 gm mentega atau margerin 
1 biji telur dibahagi 2 kemudiannya 
135 ml air sejuk dari peti sejuk


 CARA-CARA BUAT : -
Bismillahirrahmanirrahim.. ingat pada Allah bila mula2 nak buat, selawat pada Nabi Junjungan kita.. moga2 apa yang kita masak orang suka hendaknya.. inshaALlah..
 - macam aku guna BreadMaker, letak je semua bahan dalam breadmaker ikut urutan.. basah di bawah dan kering kat atas.. buh je semua bahan atau boleh je ikut seperti arahan di bawah ni. 
-Masuk semua bahan kering,kacau sebentar. -Masuk telur 1/2 biji bersama kentang. -Masuk air sejuk,mentega kemudian putar atau gaul .
 -Sampai doh menjadi licin kemudian bulatkan.
 -Perap doh,tutup dgn plastik sehingga naik 2 x ganda. 
-Setelah doh naik tumbuk doh utk keluarkan udara didalamnye. -Bulat2 kan menjadi bebola yg sama saiz 70-80gm 
-Susun dlm loyan yg telah digris. -Biar selama 45 minit lagi. 
-Sapukan permukaan roti dgn telur dan paipkan cream kastard ditengah-tengah permukaan roti. 
-Bakar pada suhu 180 c selama 20 minit. -Sekiranya permukaan roti sudah perang sebelum 20 minit,tutup suis oven dan biarkan roti didlm oven hingga habis minitnye. Resepi Topping Garisan Kastad 1 sudu besar tepung kastard atau tepungg jagung 1 sudu besar tepung gandum 2 biji kuning telur 1 cawan susu segar secubit garam 4 sb gula 1 sb mentega
 -Bancuh tepung,gula,garam dan tuang susu sedikit2 sambil kacau agar tidak berketul. -Masukkan telur dan kacau lagi. 
-Masak diatas api sederhana sehingga pekat. -Sentiasa kacau agar tidak berketul. -Apabila sudah pekat angkat dan masukkan mentega,kacau sebati. -Sejukkan dulu sebelum dimasukkan dlm piping bag. aku letak dalam plastik bungkus tu, lalu digunting hujungnya sedikit =)


Tuesday, March 17, 2015

Kek Tunang Purple Theme


9"
Cotton Blueberry Cheese Cake 
Edile Image








Wednesday, March 11, 2015

Apam Karemel ber Cheese


Assalamualaikum

Dengan kelajuan semaksima mungkin, saya mengeluarkan satu lagi entry yang sedap iaitu apam menggebu dengan mengecheese. Hehehe.. 
Wangi n gebu n sedap yang amat bila di kunyah dengan cheese yang masam masam lemak.
Apam ni mmg kemain gebu nya. Resepi che mat. Maap ye en mat gebu, den dah curah cheese pulak atas apam niha. Bagi menambah lelemak kat ferutt.. huwaaa

Terima kasih en cmg.



APAM KAREMEL BER CHEESE
by: izahdaut
resepi apam: Cik mat gebu

untuk cheese
125 gm krim cheese
1 biji telur
1/2 sb tepung gandum
sedikit susu segar
sedikit esen vanilla
sedikit 

Bancuh dengan mixer semua bahan di atas. pukul hingga licin.



APAM KAREMEL


BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan gula pasir
3/4 cawan air
1/2 camca teh esen vanilla
2 biji telur gred A
2 camca besar penuh mentega atau majerin
1/2 cawan minyak masak (che mat guna minyak jagung)
2 camca besar penuh susu pekat manis
1 1/2 cawan tepung gandum (che mat tambah lagi 1 camca besar)*
1 camca teh soda bicarbonate*(*disatukan dan diayak)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masak gula hingga menjadi karamel, guna api sederhana dan kacau selalu. Bila karamel kelihatan berbuih, kecilkan api dan tuang air sedikit demi sedikit, pastikan anda kacau guna senduk bertangkai panjang untuk mengelakkan percikan dari gula panas. Kacau rata, biar mendidih dan matikan api. Biarkan sejuk seketika.
  2. Panaskan kukus, balut kukus dengan tuala dapur yang bersih. Alas acuan dengan paper cup atau lenser acuan apam kegemaran anda dengan minyak masak. Ketepikan. Kacau mentega, telur dan minyak masak hingga berkrim, gunakan whisk. Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam adunan mentega, kacau rata.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, sambil dikacau rata. Tambah esen vanilla dan gaul sebati. Sudukan ke dalam acuan 3/4 penuh, buah hingga siap dan kukus 15 - 20 minit bergantung pada saiz acuan yang anda guna. Keluarkan dari acuan dan biar sejuk sebelum dihidangkan...


* Selepas masukan adunan apam 1/2 penuh, tuang sedikit bancuhan cheese di atas, dan kukus.







Tuesday, March 10, 2015

Roti Manis Gebu Tangzhong


Assalamualaikum

Lama juga saya tak update belog selepas beberapa kali blog terupdate.
Seminggu saya berkampung di kampung suami Kulim Kedah. Anak-anak pun seminggu juga tak bersekolah.
Alhamdulillah.. minggu ni minggu exam dapat juga anak-anak ke sekolah. Mujur juga, kalau tak berkampung saya berlanjutan la  sampai 2 minggu. Semoga kesulitan dan ujian ada rahmat dari Allah. InsyaAllah.

Saya dah lama buat roti ni. Sementelah kak Aznim berkongsi resepi, apa lagi kita pun terasa nak terai. Thanzhong ni tak asing lagi bagi blogger masakan seawal tahun 2010 xsilap saya. Dedulu saya suke, sangat suka dan amat suka mentelaah resepi dari blog/fotopages Mamafami. Kira mamafami ni idola saya sehingga kini la. Dan setelah kenal blog mama ni la kemudian nya berjangkit jangkit berjumpa dengan blogger tersohor  yang lain nya.



Tangzhong ni ialah wateroux. Sejenis bancuhan untuk melembutkan roti. Bancuh tepung gandum je pun. Tapi kaedah kaum cina ni mampu melembutkan roti. Simple je kan. Saya kenal wateroux ni dari mamafami dan Ros Jintanmanis. Dan masa tu masih buat roti uli tangan je. Sekarang improve sikit kemalasan bila ada bread maker. Hehehe

Terimaksih Kak Aznim dgn ucapan bila nak update belog mu. Dan seterusnya terima ksih buat pemilik resepi Zurina Kifli.




ROTI MANIS GEBU TANGZHONG
by: Zurina Kifli

4  cwn tepung gandum
4 sb gula kastor
1/2 sk garam
3 sb mentega
3 sb susu pekat manis
3 sb susu tepung
1 cwn air suam
1 peket mauripan
4 sb penuh tangzhong

1. kacau bersama yis, gula, susu sejat, mentega dan air selama 10 minit hingga berbuih. 
2. setelah 10 minit satu kan semua bahan lain.dan gaul rata. buat lubang ditengah dan tuang separuh air sambil uli sebati.
3. masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga licin dan tidak melekat di tangan. uli dalam 20 ke 30 minit. tutup bekas dengan tuala lembab dan biar selama 45 minit atau sehingga naik 2 kali ganda. 
4. tumbuk perlahan untuk membuang angin. Bentukkan doh sebarang bentuk yg disukai dan tunggu hingga doh naik 2 kali ganda. 
Sapu bancuhan susu, telur dan madu ke atas roti. Bakar 160-180 selama 20-25 minit bergantung kepeada oven masing-masing. 
Terus sapu butter setelah keluar dari oven.