CSS

Showing posts with label nasi. Show all posts
Showing posts with label nasi. Show all posts

Thursday, April 5, 2012

Nasi Impit Kuah Kacang


Assalamualaikum..


Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa

Muekekee... lantak situ.
Sebenarnyakan, resepi kuah kacang ni dah lama saya simpan.
Dah lama saya googlekan semula nak cari sumber.
Tapi masih belum berjumpa.
Jadi saya nak mintak izin empunya resepi dan mendoakan semoga tuan resepi sentiasa dilipatgandakan pahalanya kerana berkongsi ilmu. 
Pertama kali, dengan jayanya saya dapat buat kuah kacang yang rasanya 
mcm kuah kacang. Kiki
Sodap u olss, dan ada saya tambah daging untuk mewarnai lagi kelemakkan n kesedpannya.



RESEPI KUAH KACANG
sumber: internet

1/2 kilo kacang tanah
*Goreng dengan minyak penuh dan blend dengan kulit sekali. Separuh diblend kasar, separuh lagi diblend sedikit halus.

Bahan tumis dan kisar:
3 btg serai
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
sedikit udang kering
cili kering mengikut citarasa pedas
sedikit halia
air asam jawa
gula & garam

*200-300 gm daging lembut dihiris * izah tambah


Caranya:
Bahan blend ditumis sehingga garing
Masukkan kacang tanah dan air asam jawa.
Masukkan daging.
Perasakan gula dan garam.
Masak lama dalam 1-2 jam sehingga naik minyak.
Sedia dihidang.




Tuesday, April 3, 2012

Nasi Impit Goreng Mabeless


Assalamualaikum..

Bertemu lagi kite dengan menu yang saya baru je discover kesedapan yang tiada taranya.
Mengunyahnya bagai terasa awan nano menyentuh pipi.
Begitulah awan nano.
Sering saja tak terduga hadir.
Dan tak akan tercapai jejarimu.
Motif? Ekekeke...
Speechless gak la dengan kesedapan bila nasi impit ni dibuat goreng.
Teringat lagi memula tengok rumah CMG dulu.
Tapi masa tu rasa mcm tak leh ngam je ngan menu ni.
Macam tak connected. *yo lah sangat
Tapi bila ada lebihan nasi impit, saja google dan keluarlah nasi impit goreng kak Anymz ni.
Bila tengok gambor je dah membayangkan kesedapan yang menggores bibir.
Terima kasih kak Anymz, i lebiu too much.. akakakaa...
Tapi bila tengok resepi kak Anim tu, nampak mcm tak glem je kan.
Tak sukat2, tak de gram2, tak de cawan2.*maklomm orang terror.


^_____^




NASI IMPIT GORENG
sumber terpelihara : kak Anymz



bahan2

nasi impit
udang kering
cili kering
bawang besar
bawang putih
bawang merah
udang basah
isi ayam
kobis
sawi
kicap manis
garam

cara

kisar cili kering bersama udang kering dan bawang besar
panaskan kuali
tumis bwg merah dan bwg putih yang dah di tumbuk halus
masukan bahan kisar dan masak hingga terbit minyak
masukan garam
masukan udang basah yang sudah di buang kulit dan isi ayam
kacau hingga masak
masukan sawi dan kobis
masukan nasi impit yang sudah di potong2
masukan kicap manis
gaul bersama
jgn kacau lama sgt nnt nasi impit jadi lembik
angkat
dan sedia untuk di hidangkan

NOTA: Kak Anim cakap.. jangan derhaka dengan resepi ni. Nanti tak sedap mcm kena sumpah. Kikiki.. So saya tak derhka. Semua saya letak ikut arahan resepi.



Monday, April 2, 2012

Nasi Goreng Cina


Assalamualaikum..

Morningg..
Jom jamu selera dengan nasi goreng cina sempoi ni.
Sangatsss sesuai untuk kanak2.
TQ kak Liza


NASI GORENG CINA

Bahan
1 mangkuk besar nasi sejuk [peroikan]
2 biji telur
isi ayam
udang
sayur campur [boleh gantikan dgn potongan kacang buncis dan carrot]
daun bawang
salad
minyak
garam


Bahan Tumis [tumbuk]
2 ulas bawang putih
1 s/k lada hitam


Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehinga wangi.
2. Masukkan telur dan biarkan sebentar.
3. Bila nampak telur separuh masak kacau supaya hancur sedikit.
4. Masukkan kacang campur dan udang. Kacau rata.
5. Masukkan nasi dan garam. Kacau supaya rata.
6. Masukkan potongan daun bawang dan kacau.
7. Angkat dan hidangkan dalam pinggan bersama dengan salad dan keropok.





Monday, March 26, 2012

Bubur Nasi & Ikan Bilis Serai

Assalamualaikum..

Saya rombak bloglist baru. Kalau2 ada bloglist kawan2 yang saya tak masukkan dan terrr remove sila bagitau yeeee.. ^____^




Bubur untuk si Muaz yang batuk.
Mak nyer amik kesempatan jugak, memadankan bubur dengan ikan bilis serai.
Sempoi dan segar sesekali makan bubur nasi gini.
Senang je masak bubur nikan.
Masukkan aje bahan2 yang menyedapkan bubur.
Saya masukkan isi ayam, kentang, cendawan tiram dan sotong.
Dan faktanya, saya yang beria ria makan bubur ni.
Hehehhe.. 
Dan Ikan bilis ni saya goreng garing2 bersama serai dan cili padi.
Pergghh berpeluh mkan bubur.;-)



BUBUR NASI
by:izah

1/2 cwn beras dimasak dengan air yg banyak

bahan yang dimasukkan sekali:
2 ulas bawang putih ketuk
1 btg serai titik
2 hiris halia
segenggam isi ayam
2 ekor sotong
1 biji kentang dadu
segenggam cendawan tiram
1 sk pati ayam
sedikit lada hitam
sedikit garam

Semua bahan dimasukkan sekali, kecuali cendawan tiram. Masukkan cendawan diakhir proses setelah bubur tadi masak. Angkat dan hidangkan bersama ikan bilis serai.




IKAN BILIS SERAI
by: izah

segenggam ikan bilis
1 biji bwang besar
10 biji cili padi
2 btg serai hiris nipis

Panaskan minyak. Goreng ikan bilis sebentar dan terus masukkan bawag besar.
Bila bawang nampak layu dan ikan bilis nampak hampir garing, masukkan serai.
Goreng hingga garing dan akhirnya masukkan cili padi.
Angkat dan hidangkan.







Thursday, February 2, 2012

Nasi Kari Ayam


Assalamualaikum

Ramaiii yang dah tahu kesedapan nasi ni. Saya je terlambat nak mencuba. Kunun alasan beras basmathi tak de. Tapi bila saya buat dengan beras siam aje, fuhhh memang kagom dengan kesedapannya. Sangaaaaat sedap. Anak2 makan bertambah2. Saya buat ni memang untuk anak2 makan lunch. Jadi saya dah ejaskan kepedasan kekarian dan kerempahan dalam nasi ni. Tapi still... alhamdulillahh.. kesedapan disetiap butir nasi! Terima kasih kak Pah dan teman2 blogger yang sudi berkongsi kesedapan nasi ni. Musti diulangi lagi. Anak2 suke sangat, sebab ayam nyer sangat lembut bila dimasak cenggini kan.  Skali lagi kak Pah TQ. Dan kak Nor, sebab saya duk teringat yg kak Nor kata nasi ni sedap!



NASI KARI AYAM




Bahan:
3 cawan beras basmathi *izah guna beras siam
1/2 ekor ayam ataupun lebih dipotong biasa
4 sudu besar butter atau majerin
8 cawan santan dari sebiji kelapa
3 sudu besar rempah kari
4 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 inci halia dihiris panjang
rempah tumis empat sekawan
1 cube stok ayam kalau suka
sedikit daun ketumbar *izah tak letak
daun kari ~ yg ni k.nor tambah
1 sudu besar lada hitam ~ ditumbuk (yg ni k.nor tambah gak)
garam


Cara:
Beras basmathi dibersihkan dan di tos kering airnya. Ketepikan.
Panaskan butter/majerin dalam periuk. Masukkan bawang merah, bawang putih, rempah empat sekawan, dan halia. Tumis sehingga naik bau. Masukkan rempah kari. Tumis sehingga rempah kari masak. Masukkan ayam. Kecilkan api dan biarkan air ayam keluar. Apabila air ayam kering, masukkan santan, garam, stok ayam dan daun ketumbar( k.nor letak daun kari sbb daun ketumbar k.nor masukkan dlm nasi bersama ayam). Masak sehingga ayam lembut dan masak. Padamkan api. * K.Nor masukkan lada hitam yg ditumbuk tu sekali dgn bahan2 lain spt santan, garam dll tu..

Kemudian curahkan kesemua bahan yang dimasak tadi ke dalam penapis. Ambil kuahnya dan masukkan ke dalam beras di rice cooker. Pastikan kuah itu cukup untuk menanak nasi sebanyak 3 cawan beras itu. Kita dah biasa masak nasi dan tentu tahu berapa banyak air yang nak digunakan. Tapi untuk nasi ini, sila lebihkan sedikit airnya daripada ukuran biasa. Kalau kuah tak cukup, tambah sikit dengan air. Kalau kuah terlebih, jangan habiskan. Boleh buat kuah untuk makan nasi nanti.

Apabila nasi sudah 3/4 masak, masukkan ayam dan segala macam tok nenek yang ada bersama ayam itu ke dalam periuk nasi. Gaul dan tanak nasi hingga masak.

Nasi ini boleh dimakan dengan lebihan kuah kari, sayur salad sempoi dan sambal belacan.



*izah ikut cara kak Nor 


Wednesday, January 25, 2012

Nasi Lemak Tumis


Assalamualaikum..

"tak adil.. tak adil.." hati kecil ku berbisik.
Gugur sudah harapan setinggi apartment tingkat 17.
Kemana mahu ku bawa hati yang rawan.
Kalah kepada mokcik tu... oh tidaak.. hahaha
Tahniah mokcik. Memang rezeki ko Mas.
Pas ni buat kek kat aku ye.
Perkara di rujuk DI SINI.


Berbalik pada nasi ni kan, memang saya sukeeeeeeeeee sangat.
Sedaaaap. Terasa lemak n wangi nyer tu.
Patut la Hamka suke sangat, dan en Ajib suami puan Norshaa makan separuh periuk.
Nyaris jugak ai nak makan separuh periuk. Wahaha..
Nasib ku sedar bumi yang dipijak. Klaau idak..huhuhu
Saya buat idak le sampai 3 cawan. Guna sukatan pot yang diberi bila beli periuk nasi.
Kami sekeluarga biasanya tanak 2 1/2 pot nasi. Jadi air dan santannya boleh la disukat seperti air biasa masa memasak nasi. Tapi saya lebihkan sikit je airnya. Lebih kan setakat puas kan hati jee.heehe.
Terima kasih banyaaaaaaaak buat kak jun tuan punya resepi, dan kak Yatie yang mewar2 kan kesedapan nasi ni, dan tak lupa buat Hamka. Kak Yatie pun amik kat dapur Mamasya. Kendian pulak, Noorsha pun dah buat, tu yang abg Ajib makan separuh periuk tu. *eh tetibe ber abg abg pulak..keskeskes* 



NASI LEMAK TUMIS
resepi: kak Jun
sumber: Mamasya, kak Yatie dan Noorsha

Bahan-bahan ( 5-6 orang )
3 cawan beras
2 cawan santan
2 cawan air
1/2 sudu besar halba
1 daun pandan
1 cm halia-hiris halus
1 batang serai-titik
2 biji bawang merah-hiris
garam secukup rasa
1 sudu minyak + 1 sudu minyak sapi


Cara-cara
Panaskan kedua-dua minyak, tumis bawang dan halia hingga garing.
Masukkan air dan santan, kacau hingga pecah minyak.
Bila mendidih, masukkan beras, daun pandan, halba, serai n\dan garam.
Pastu masak seperti nasi lemak biasa..
Hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis/udang/sotong, timun, telur dan ikan bilis goreng.

Nota Dapurmamasya
Utk nasi lemak kuning ni , tambah 1 sb kunyit semasa masukkan santan dan air.



Wednesday, October 12, 2011

Nasi Ayam Hainan


Assalamualaikum..

Nasi ayam hainan yang sempoi simple tapi sedap. Saya suka. Pasti dibuat lagi sebab utamanya ialah nasi ni enak dan mudah. Secukup rasa. Terima kasih Ros Jintanmanis. Cume akak derhaka tang sup tu je, letak sayur2 kat sup tu. Biar anak2 makan. Diorang tak reti lagi makan timun, jadi saya letak sayur2 dlm sup.  Walaupun ayam saya tu tak berapa nampak ke hainan nyer, sebab tak berkilat bila kulit ayam dah dibuang, tapi rasa dia mmg sedap. Anaak2 pun suke walaupun saya agak saspen nak bagi makan ke sikecik kot terfobia bau 'bawang putih'... hehe.. *senyum ke Kak Nor* .tapi alhamdulillah diorg makan dengan seleranya.


NASI AYAM HAINAN


Bahan-bahanya

Bahan A
1 ekor ayam ( ros guna yang se ekor 1kg tu)
3 biji bawang putih dicincang halus atau diblender
1/2 buku halia saiz sederhana ( dipotong nipis)
1 kiub pati ayam maggi
sedikit garam

Bahan B ( untuk sambal lada)
1 biji capcicum merah ( leh guna lada merah)
2 biji bawang putih
1/2 biji bawang besar
3/4 buku halia saiz sederhana ( agak2 je)
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar gula
2 sudu besar sos cili maggi atau sos cili thai
1 sudu besar cuka makan


Bahan C
4 cawan beras biasa atau beras jasmine ( kuantiti beras ikut isi rumah)
2 sudu besar minyak
2 biji bawang putih
2 inci halia ( dihiris nipis)
1 sudu besar minyak bijan
( kalau nak letak daun pandan pun buleh kasi tambah wangi)

Bahan D ( sup Ayam)
1/2 bahagian air rebusan ayam tadi
1/2 bahagian bahan tumis nasi ayam
daun sup

hidangan sampingan
salad
timun
tomato



Caranya ( untuk ayam)

1. Mula-mula letak se-ekor ayam dlm periuk dan masukkan air, biar ayam tenggelam, masukkan juga bawang putih dan halia, kemudian masukkan garam dan kiub pati ayam, rebus ayam hinnga masak lebih kurang 1/2 jam. angkat ayam dan ketepikan.
Air rebusan ayam tu bahagi dua, akan digunakan untuk sup dan nasi ayam nanti.
bila nak makan nnt baru potong dan letakkan sedikit kicap cair ( ros guna soyu), renjis minyak bijan dan hias dgn hirisan daun sup.

2. Buat sambal lada- blender semua bahan B dan masak hingga agak pekat.

3.  Untuk sup dan nasi pula, Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bagi Bahan C iaitu bawang putih, dah halia, setelah agak garing separuh bahan tumis tu di curah dalam
dalam periuk nasi ayam, separuh lagi akan digunakan untuk sup ayam nanti,  masukkan separuh air rebusan ayam tadi, masak nasi seperti biasa dan masukkan juga sedikit minyak bijan.

4. Di dalam periuk lain masak sup ayam hingga mendidih dan masukkan separuh bahagian bahan tumis nasi ayam tadi, akhir sekali masukkan pula daun sup, tutup api, ok dah siap, hidang bersama daun salad, hirisan timun dan hirisan tomato sebagai pelengkap menu nasi ayam hainan ni. Walaupun step nye nampak banyak, tapi bila dah buat senang je, tak guna banyak masa pun. Selamat Mencuba.



Thursday, September 15, 2011

Ketupat Palas n Rendang


Assalamualaikum..

Cam ner nak mula sessi pot pet ngan tajuk ketupat palas ni ye. Hmm.. alkisahnya.. banyak jugak alkisahnya dengan ketupat palas ni. Tapi ketupat dlm gambar tu last week punya menu. Dan dibuat untuk menajamkan skill mengetupat. Bukan menajam, tapi baru nak belajar je pun. Dah berkawin dengan org utara ni la baru saya reti makan ketupat n berjinak2 nak belajar membuatnya. Ada separuh ilmu belajar ngan MIL, separuh lagi melalui internet, lagi belajar ngan Mas, last sekali menuntut ngan kak Ummizaihadi. Masa hari raya saya ada jugak buat, tapi agak fail hasilnya. Bila buat kat KL ni, agak berjaya rasanya, mcm tak percaya diri sendri dah boleh buat ketupat ni untuk dihidang pada suami. *walaupun suami makan 2 ketul je, tidak bermakna ketupat ku itu tidak sedap. Huhu.. Satu lagi jangan ditanya cemana rupa ketupat jantan n ketupat betina. Entah lee... belasah jela mana pun.

Banyak laman blog yang ajor cemana nak buat ketupat ni. Nak lipat ketupat ni pulak cari aje kat YOUTUBE. Banyak je cara nya. Pilih mana satu yang paling mudah. Tapi yang saya agak gagal tu tang pulut tu nak masak takat mana. Lepas dah study balik ajaran si MAS DUNIAKU dan KAK UMMI, baru la agak confident untuk membuatnya kali ke3. Dan hasilnya sangat saya suke. Bebudak pun makan 2-3 ketul jugak la sorang. Makan ngan rendang simple. Tak de kerisik bagai. Cume lemakkan lebih kat santan tu je. Letak daun kunyit n daun limau purut yee..

Jom tengok resepi yang saya jadikan garis rujukan dan sukatan dari blog NASI LEMAK LOVER ni. TQ Sonia!!
*opss tak de lak saya snap gambar hasil pulut ketupat tu bila dibuka. Tapi hasilnya mcm dlm gambar kat blog nasi lemak lover tu jugak la. Kat situ pun ada cara2 melipat daun palas tu jugak.


KETUPAT DAUN PALAS
*dan hasil tunjuk ajar mas n k ummi


400g glutinous rice
1 and ¼ cup of coconut milk *santn pekat
1tsp salt
*izah tambah sehelai daun pandan

Daun palas

Method

1. Cook rice, coconut milk and salt in a rice cooker or steam the rice till half cooked.
2. Fill in half cooked rice into ketupat pouch and wrap accordingly.
3. Boiled ketupat in hot water over low heat for 1-2 hours.
4. Drain and let it cool down for several hours before serve.


Cara lain:

Basuh beras pulut bersih-bersih dan tuskan.
*izah rendam sekejap beras pulut tu.
Perahkan kelapa dan ambil santan pekatnya.

Setelah itu, masukkan santan ke dalam periuk dan sedikit garam, kacau sampai mendidih.
*kak ummi kata, santan tu lebihkan sikit je dari aras beras pulut.
Masukkan pulut dan kacau sehingga sebati dan menjadi setengah masak.

Angkat dan biarkan selama 15 minit sehingga sejuk.

Kemudian bolehlah dimasukkan ke dalam daun palas dan dianyam sehingga menjadi bentuk tiga segi.

Rebus ketupat daun palas yang sudah dianyam di dalam periuk yang telah diisi air pada paras separuh periuk dan rebus sehingga airnya kering. * masukkan daun2 palas lebihan ke dasar periuk untuk mengelak ketupat palas hangit.

Jika hendak memasukkan kacang atau jagung, hendaklah direbus terlebih dahulu bahan-bahan tersebut. Apabila pulut hampir setengah masak, masukkan kacang atau jagung tadi, kemudian kacau sampai sebati.

Bolehlah dihidangkan dan enak dimakan bersama rendang atau kari daging pekat.

*sumber: mesra resepi




Saturday, May 28, 2011

Bubur Nasi Halia


Assalamualaikum..

Sunyi betul kan orang semua cuti ni. Memasing sibuk dengan hal family ye. Terkecuali my hubby yang sibuk ngan hal kerjaya hari ni. Adeh.. Kat Ampang hujan niha beserta petir. Wah dah macam berita cuaca je kan. Ni melayan anakanda yang tak mau makan nasi keras lagi. Bengkak pipi dah tak de, cume tak mau mengunyah lagi. Buatkan simple bubur je. Habis semangkuk jugak dimakannya. Resepi dari buku Aneka Bubur alaf21. Boleh la nak makan ngan lauk apa apa pun kan. Ni saya goreng tofuu lembut makan gitu je.


BUBUR NASI HALIA
sumber : izahdaut

1/2 cawan beras
air  secukupnya untuk menjadi bubur
1/2 sudu kecil halba
1/2 inci halia
sedikit ayam/udang/bebola ayam
1 sudu kecil serbuk pati ayam
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam
bawang goreng

cara:

Basuh beras dan masak hingga mendidih.
Masukkan halia, halba, serbuk ayam .
Masukkan ayam atau bebola ayam.
Kemudian perasakan dengan garam dan lada hitam.
Hidangkan dengan lauk kegemaran.


Monday, March 14, 2011

Nasi Ayam Butter


Assalamualaikum..

Sana sini masak nasi ayam ek. Nasi ayam ni saya buat simple je. Tapi rujukan dari nasi ayam butter yang dah lama simpan dalam list nak buat. Masa tu, amik kat rumah Mas yang dicilok dari rumah kak Hana. Ayam tu saya ikut resepinya, cuma nasi tu saya ada ejas ejas ikut citarasa anak-anak.



Saya buat ni simple je. Tak de sambal pun, sebab anak anak yang makan, (menunjukkan macam mak dia tak makan kan, ayat cover line). Tapi dalam resepi tu lengkap la dengan sambal semua anak cucu cicit nasi ayam bagi melengkap setnya tu. Mekasih mas, dan kak Hana yang masih senyap di negara yang digemparkan dengan tsunami itu. Doa kami semua mengiringi kesusahan mereka di sana. 



NASI AYAM BUTTER
sumber : kak Hana & Mas

Bahan :

Untuk Nasi :
3 cawan beras (hana gune beras thai )- basuh dan toskan
31/2 air rebusan ayam - bergantung jenis beras
Rempah tumis (kayu manis,bunga lawang, cengkih, pelaga..)
1/2 biji bawang besar - dihiris
1 inci halia - ketuk
1 sudu serbuk pati ayam knorr
1 helai daun pandan simpul
1 batang serai ketuk
2 sudu besar butter
*saya tambah halba-memang mewangikan nasi. Sedap!!
garam
*saya tak letak rempah semua tu, sebab anak2 kurang suke.

Panaskan butter. Masukkan rempah tumis, hingga naik bau.. Masukkan bwg, halia.. Tumis lagi. Masukkan pula air rebusan ayam, daun pandan, serai, serbuk pati ayam dan garam secukup rasa. Masukkan beras dan pindahkan ke dalam rice cooker. Masak seperti biasa.


Untuk Sup :
1/2 ekor ayam size kecil - potong
1 sk serbuk@kiub pati ayam
1 batang saderi - potong
2 inci halia - ketuk
Air secukupnyer
garam
daun bawang dan bawang goreng

Rebus semua bahan sehingga ayam masak. Toskan ayam dan ketepikan. Masukkan daun sup dan bawang goreng. Siap utk hidangan sup.
nota: sup ni memang sedap walaupun simple.

UTK SOS MERAH
3-4 batang lada merah*
2 ulas bwg putih*
2 biji tomato*@bleh juga gune tomato puri
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos chili
1 sudu kecil cuka
1 sudu besar gula
>>blend yang bertanda *. Masukkan dlm periuk@kuali dan masukkan sos,cuka, gula n garam. Didihkan sehingga kuah agak2 pekat n matikan api.

Untuk Sos Hitam@Kicap
3 sudu besar kicap
1 sudu kecil madu
2 sudu besar air rebusan ayam
 Campurkan semua. ketepikan. 


Untuk Ayam Goreng Madu 
Ayam rebusan tadi
3 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar madu
1 inci halia - parut
2 ulas bawang putih - parut
blackpepper - optional
bleh tambah minyak bijan jika inginkan lebih wangi

Campurkan semua bahan. Perap lebih kurang satu jam atau lebih. (hana perap 20min jer) Panaskan minyak (gune minyak sedikit sahaja asal tenggelam paras setengah ayam). Goreng ayam tadi hingga keitam2an. Jgn hangus sudah! Jika ingin dibakar boleh juga.Hidangkan dengan nasi ayam, sup n sos tadi dan juga dengan daun salad@ kubis, tomato dan timun.
nota: Ayam ni memang best! Cuma kena duduk depan kuali takut terhangit.

Friday, January 28, 2011

Soto Ayam Madura


Assalamualaikum...

Ini menu kami anak beranak untuk lunch semalam. Sayakan bila tengok orang dan orang yang suka tayang soto kat dapur diakan, dalam hati ada sedikit rasa. Rasa sangat jauh....jauh...jauh sungguh sebab kalau dekat musti bermangkuk mangkuk juga saya telan dan hirup soto. Ye..saya sangat gemar soto!! Tapi peliknya saya tak rajin nak buat.  


Teringat lagi raya dua tahun yang lepas, kebetulan semua rumah mak mak sedara, ada dekat 4 buah rumah yang saya berkunjung tu semuanya hidangan utama adalah soto. Fuhh..dapat imagin tak keseronokkannya. Ye...2 mangkuk setiap rumah. Wakaka...mau muntah darah lepas makan.

Berbalik pada soto ni, bila saya ada kawan yang suka makan sup sup kat rumah ni, maka lepas ni rajin lah sikit saya nak 'mensoto'. Dan pula skill 'menge sup' saya dah makin baik. Ececehh..Maklum ler, masak sendrik makan sendrik kannn...ekeke.. Eh cik abang pun dah puji sup bini dia ni dah makin sedap okey la tuh. Tapi idak le mcm kat restoren, depa tabur cik aji je dah berapa cupakkan. Saya ni orang kampung yang sangat 'perempuan melayu terakhir' ni tak berapa reti nak masak letak aji. eheh..

Many many thanks dedicated to kak Hana for her lovely soto recipe. I likeee and we all like it very much. Tetiba cakap omputih yang salah nahu. Hahaha... Gasakkk..jangan pulak ada org komplen salah bahasa plak. 


SOTO MADURA
sumber: Hanamemories

Bahan-bahan
Bahan rebus ayam
  • 1/2 ekor ayam size kecil - potong empat @ leh gune daging
  • 1 batang serai - titik
  • 1 batang daun saderi - potong dua
  • 1 inci halia - titik
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 ikat sup bunjut - x ltk
  • Air secukupnya
Bahan Kisar
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 biji buah keras
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 sk lada putih
Bahan Tumis
  • Rempah Tumis (kayu manis dan adik beradiknyer)
  • 1 sudu besar rempah sup @ (1sk serbuk jintan manis, jintan putih dan ketumbar)
  • Air rebusan ayam di atas
  • Garam

Bahan Sampingan
  • Nasi impit
  • Ayam siat
  • Taugeh
  • Telur rebus
  • Kentang rebus@goreng
  • Begedil - resepi leh tgk sini
  • Daun sup@daun bawang
  • Bawang goreng
  • Suun goreng & kacang tanah
  • Limau nipis
  • Sambal kicap - resepi leh tgk sini

Cara-cara
  • Rebus ayam dengan bahan2 di atas hingga ayam masak. Angkat dan toskan ayam dan juga air rebusan. Siat2kan isi ayam dan ketepikan.
  • Panaskan minyak, tumis rempah tumis hingga naik bau. Masukkan bahan kisar, rempah sup dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan air rebusan ayam tadi dan didihkan. Perasakan dengan garam secukup rasa.
  • Hidangkan dengan nasi impit dan bahan2 lain.



Sambal kicap lah yang menambah ke 'umpphhhhgrrr'..