Thursday, September 15, 2011

Ketupat Palas n Rendang


Assalamualaikum..

Cam ner nak mula sessi pot pet ngan tajuk ketupat palas ni ye. Hmm.. alkisahnya.. banyak jugak alkisahnya dengan ketupat palas ni. Tapi ketupat dlm gambar tu last week punya menu. Dan dibuat untuk menajamkan skill mengetupat. Bukan menajam, tapi baru nak belajar je pun. Dah berkawin dengan org utara ni la baru saya reti makan ketupat n berjinak2 nak belajar membuatnya. Ada separuh ilmu belajar ngan MIL, separuh lagi melalui internet, lagi belajar ngan Mas, last sekali menuntut ngan kak Ummizaihadi. Masa hari raya saya ada jugak buat, tapi agak fail hasilnya. Bila buat kat KL ni, agak berjaya rasanya, mcm tak percaya diri sendri dah boleh buat ketupat ni untuk dihidang pada suami. *walaupun suami makan 2 ketul je, tidak bermakna ketupat ku itu tidak sedap. Huhu.. Satu lagi jangan ditanya cemana rupa ketupat jantan n ketupat betina. Entah lee... belasah jela mana pun.

Banyak laman blog yang ajor cemana nak buat ketupat ni. Nak lipat ketupat ni pulak cari aje kat YOUTUBE. Banyak je cara nya. Pilih mana satu yang paling mudah. Tapi yang saya agak gagal tu tang pulut tu nak masak takat mana. Lepas dah study balik ajaran si MAS DUNIAKU dan KAK UMMI, baru la agak confident untuk membuatnya kali ke3. Dan hasilnya sangat saya suke. Bebudak pun makan 2-3 ketul jugak la sorang. Makan ngan rendang simple. Tak de kerisik bagai. Cume lemakkan lebih kat santan tu je. Letak daun kunyit n daun limau purut yee..

Jom tengok resepi yang saya jadikan garis rujukan dan sukatan dari blog NASI LEMAK LOVER ni. TQ Sonia!!
*opss tak de lak saya snap gambar hasil pulut ketupat tu bila dibuka. Tapi hasilnya mcm dlm gambar kat blog nasi lemak lover tu jugak la. Kat situ pun ada cara2 melipat daun palas tu jugak.


KETUPAT DAUN PALAS
*dan hasil tunjuk ajar mas n k ummi


400g glutinous rice
1 and ¼ cup of coconut milk *santn pekat
1tsp salt
*izah tambah sehelai daun pandan

Daun palas

Method

1. Cook rice, coconut milk and salt in a rice cooker or steam the rice till half cooked.
2. Fill in half cooked rice into ketupat pouch and wrap accordingly.
3. Boiled ketupat in hot water over low heat for 1-2 hours.
4. Drain and let it cool down for several hours before serve.


Cara lain:

Basuh beras pulut bersih-bersih dan tuskan.
*izah rendam sekejap beras pulut tu.
Perahkan kelapa dan ambil santan pekatnya.

Setelah itu, masukkan santan ke dalam periuk dan sedikit garam, kacau sampai mendidih.
*kak ummi kata, santan tu lebihkan sikit je dari aras beras pulut.
Masukkan pulut dan kacau sehingga sebati dan menjadi setengah masak.

Angkat dan biarkan selama 15 minit sehingga sejuk.

Kemudian bolehlah dimasukkan ke dalam daun palas dan dianyam sehingga menjadi bentuk tiga segi.

Rebus ketupat daun palas yang sudah dianyam di dalam periuk yang telah diisi air pada paras separuh periuk dan rebus sehingga airnya kering. * masukkan daun2 palas lebihan ke dasar periuk untuk mengelak ketupat palas hangit.

Jika hendak memasukkan kacang atau jagung, hendaklah direbus terlebih dahulu bahan-bahan tersebut. Apabila pulut hampir setengah masak, masukkan kacang atau jagung tadi, kemudian kacau sampai sebati.

Bolehlah dihidangkan dan enak dimakan bersama rendang atau kari daging pekat.

*sumber: mesra resepi




44 comments:

Sheila Shafeareen said...[Reply to comment]

salam ..ketupat palas mmg wajip ada rime raya kat area pantai timur..kira ketupat palas manis, dan ada yg letak serunding, kacang merag, jaggung, area utara palasnya kosong ye....suka ketupat ni...kat komplak shah Alam dia org jual se biji 80sen...nak try belajar buat lah...

Citarasa Rinduan said...[Reply to comment]

izah..
cayalah.....................
akhirnya berjaya.. tahniah

izahdaut said...[Reply to comment]

kak shiela.. tau tau.. yg pantai timur punya ketupat rasa manis. kalau kat kuala lipis ada jugak diorg jual kat pekan sari. tapi kat utara kosong je. makan ngan gulai kari daging biasanya. tapi saya lebih suke makan ngan rendang. berlawan pedas n lemak tu.

izahdaut said...[Reply to comment]

ayu..
tq tq.. lap peluh kat dahi ni... hehehe

dedetea said...[Reply to comment]

Assalamu'alaikum,,ketupatnya nampak enak tuh,,salam kenal yah,saya follow your blog,,boleh,,follow me back ok,,thank you before,,

cikmanggis said...[Reply to comment]

masa kecik kecik dulu Cm mahir membungkus ketupat palas ni tapi sekarang tak pernah buat lagi.Insyallah niat tu ada cuma blom ada kekuatan nak mengadap pulut kukus dan nak membungkus.Selalu bersedia untuk kopek dan makan je hehe

inaku79 said...[Reply to comment]

waaahhh...rajinnya ijah. tabik spring la. akak tau makan jer. buatnya tak retiiiii. eh, bukan ketupat palas utara ke yg ada kacang tu? sbb akak penah mkn umah kwn akak kt kedah dulu, dia buh kacang. klu kt pantai timur maybe lain2 kot sbb kt tmpat akak ketupat palas mmg kosong x bubuh apa pun kt dalam. rasanya lemak cam pulut biasa tu la. lg satu ketupat palas kt tempat akak biasanya dorang goreng plak lepas dh rebus tu. cara lipat tu wallahualam la, x reti tp kena ada skil jgk la, klu x nanti ketupat tu meletup masa goreng. mcm2 version jgk yer ketupat ni.

HALAMANKU said...[Reply to comment]

Tepukan wat Izah yang berjaya wat sendiri.. fuh hebat tu.. raya 3thn yg lalu masa tu x kawin lagi kakak ipar org berserah kuantan.. so merasalah tgk diaorang wat.. wat sendiri x reti.. wat ketupat jek.. he he he hebatlah Zah kasik tabik spring.. he he he

tun_telani said...[Reply to comment]

teringat kt time kecik2 dulu selalu gak nolong nenek kt kelantan bungkus ketupat nih.. kalau time raya nunggu org kasi je ketupat nih, biasa ada je muncul tiba2 kt dapur. hihi..

izahdaut said...[Reply to comment]

DEDETEA..
Tq follow my blog n sudi singgah sini

izahdaut said...[Reply to comment]

cikmanggis..
bila dah berjaya buat sendrik ni rasa mcm nak buat je lagi.. ececehh.. tapi bukan la senang2 nak dapat daun palas tu kan kalau bukan time perayaan.. boleh cube cm.. menambah skill.. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

kak inaku..
wohh goreng pulak ek.. tak dapat nak imejin cemana rasanya... betul tu, ada sekali MIL saya masak ketupat ni letak kacang. kacang tu kena rebus dulu. boleh jugak letak jagung kan. tapi yg pasti ketupat ni tak manis ler. ketupat ni rasa lemak2 masin cam lemang. sebab ada jugak versi yang manis kan especially kat area kelantan tu... mcm2 daerah mcm2 versi kot. dan area pahang ni biasanya pekan kuantan slalu jugak juadah ketupat kan...cume area sedara mara saya yg kat lipis ni jaraaangg jumpa ketupat

nonierahman said...[Reply to comment]

best2 ketupat pulut,hr tue mkn ketupat pulut yg manis ada serunding kat dlm

Arizakiah said...[Reply to comment]

Akak suka ketupat inti serunding.Nak buat???uuuu...tak sanggup.... ketupat paling mahal yang pernah akak tempah ialah 90sen sebiji. Bila dah 2-3 hari masih belum habis lagi, akak goreng...berebut-rebut anak-anak akak makan.

Cheq Sue said...[Reply to comment]

cam nak gelak pulak ye tang perkataan mengetupat tu...

tapi kan izah, ketupat ni kalau kita buat jauh dari orang2 yang pandai mcm mak kita...memang insyaallah akan jadi..

umi's cup cake said...[Reply to comment]

Assalamualaikum kak izah,
best kalau tau buat, umi tau makan je..hehe..masa balik terengganu ada ketupat palas yang dah tak ada sarung dan digoreng...nnt akak anta kat rumah umi skit ya, tak puas makan

Ummi said...[Reply to comment]

Izaaaahhh...lor td akak dah try comment, nak publish jek hilang..adeeii.. Waaaaaaaaaa..cayalaaaahhhh! Tu baru belajar kot msj FB jerk..kalau belajar depan mata akak ni harus lagi keless...tp ni dah comeyy sgt dah..x kira lah Izah, jantan pun jantan laa..hehe.. Nnt akak pi KL kita gader2, citer cara nak balut ketupat nina laks eh..hehehe... Apapun mmg terang hati Izah ni...sekali citer jerk dah boleh buat...kelas ko Jah!!! hahahaaha...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...[Reply to comment]

akak mmg tak reti balut ketupat palas ni... sempat belajar masa mak dok rajin buat dulu zaman2 akak anak dara.. tp tak pas jugak.. hehe.. skrg ni mak akak dah jarang buat ketupat palas.. selalu dok buat ketupat nasi aje sebab adik2 sukakan lontong.. mls nak buat byk2 jenis.. pastu skrg ni.. mak akak selalu dok menempah lemang aje kalau2 teringin nak mkn pulut time raya.. umah MIL pulak.. mmg tak pernah nampak buat ketupat palas ni... yg biasa buat lemang aje... adik akak no. 2 yg pandai buat ketupat palas ni sbb dia sempat belajar ngan MIL dia sebelum meninggal dulu.. sebab arwah MIL dia org Kedah.. :-) tp kan Izah.. balutan ketupat org Utara dengan Pantai Timur berbeza tau.. hehe...

HaSue said...[Reply to comment]

zah..kalo kat tmpt aku..ketupat yg dimasak separuh masak tu disebut 'dadih' (bukan dadih yg puding tu)..lepas tu leh dibuat kelupis..kalo nk tengok gugel kat blog aku nun aku rasa ade aku tunjuk rupa dier..tp rasa ketupat palas dgn kelupis tu berbeza sket sbb guna daun lain kan..
sdp kan kalo wat inti..sbb kalo kelupis tu dibuat inti sedap jer..kalo malas nak buat serunding,buh aje ayam masak itam(isi je cam yg dlm pau tu..apa ke namanya..) mesti sedap kan zah..tetibe aku terbayang..huh.

apapun tahniah sbb ko dah berjaya wat tupat palas..bestnya kalo dpt merasa..thn dpn ko wat tuk aku eh

Mas said...[Reply to comment]

ijah....tahniah3...
cantik ketupat kau..
klu kau tanya aku..aku pun tak tahu ketupat kau tu jantan ke betina..he3
janji ketupat tu sedappp..kan makcik..he3
hmm...biasa la tu...lebih kurang macam laki aku....
minta beriya2...
rupanya dia nak lepaskan kempunan jerk..
tak pe..
kau pun jadi pandai buat ketupat..he3

Anna Qawina said...[Reply to comment]

aku rela beli daripada anyam ketupat..tak reti sungguh..hehe..reti makan jek..lamanya tak makan...buatkan tuk aku jah..hehe

kayrul-shah said...[Reply to comment]

cantik ketupat akak buat..kayrul bln puasa nie mengidam sangat nak makan ketupat palas..raya kat johor takde..huhuhu


akhirnya dapat gak makan bila ayah dari penang datang cni semalam bawakan ketupat palas..lepas gak la mengidam tue...

nie menu wajib bagi orang utara nie

noradzlina.kamdani said...[Reply to comment]

suke mkn..xpandai buat apatah lagi nk anyam jd 3 segi...klu arwah tu dibuatnye bentuk mcm ikat jenazah...tp rasanye pkai daun kelapa n org jawa panggil LEPAT

sitiezahim said...[Reply to comment]

saya ketupat ni kureng sket, biasalah asal kuturunan johor so ketupat nasik gak yg menjadi pojaan hatikuu..hehe...btw tahniah kak, dah berjaya..senyum en husben sampai ke telingeeee

Maria said...[Reply to comment]

Salam kenal Izah,dah cantek dah ketupat tu...

izahdaut said...[Reply to comment]

@HALAMANKU
Erma.. Ok lah kan. Kire ada pngalaman buat sendiri. Nanti kalau ada masanya nanti mesti tringin jugak nak buat sendrik kott

izahdaut said...[Reply to comment]

@tun_telani
Kalau kat umah mil akak mmg menu pgi raya ktupat ni. Satu periuk besoo tuha kukus. Gamaknya tak tau la brapa gantang ketupat. Tula tringin nak belajar jugak tu

izahdaut said...[Reply to comment]

@nonierahman
Tu la membayangkan ketupat ada isi serunding. Alamkk mcm sedapp je tuu. Dah tringin je kat tekak ni. Hehee

izahdaut said...[Reply to comment]

@Arizakiah
Tak dpt bayang cemana kejadian digoreng tu. Adakah mcm goreng pisang atau goreg bodo gitu je kak. Tak de salur bagai yee.. Ramai kata ktupat digoreng. Uishh sedqp je bunyi nyer tu

izahdaut said...[Reply to comment]

@Maria
Salam kenal jugak.. Tq singgah blog sayaa

izahdaut said...[Reply to comment]

@noradzlina.kamdani
Dari daun palas ke? Ke mcm pulut panggang tu? Senang jugak mcm tu kan. Asal kemas tk masuk air masa nk rebus

izahdaut said...[Reply to comment]

@noradzlina.kamdani
Dari daun palas ke? Ke mcm pulut panggang tu? Senang jugak mcm tu kan. Asal kemas tk masuk air masa nk rebus

pCL [p@kcikLie] said...[Reply to comment]

salam singgah..sukanya bila tgk ketupat palas..ni yg terus je nk request org rmh buatkan, siap dgn rendang tok sekali...hahaha, request kat dia pon ade caranya...

izahdaut said...[Reply to comment]

@kayrul-shah
Betul betul.. Mesti org utara yg ni pndai jugak buat kan. Hihi.. Akk dah kwin ngn org utara bru pndai makan

izahdaut said...[Reply to comment]

@Ummi
Tak terang mana la kak ummi. Banyak kali fail kan. Hehe. Tapi alhamdulillah penerangan kal ummi tu ssaya paham sikit, tu yg menjadi tu. Tapi bab lipat tibai jela asal jadi 3 segi. Hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@MaDiHaA a.k.a Ratna
sebab tu la gamaknya kat youtube tu bermcm2 jenis jugak cara lipatan nyer tu..ada berbeza tempat berbeza lipat ye kak..

kalau kat pahang especially area saya tu memang tak pernah sebenarnya nampak org hidang ketupat paals even ketupat daun kelapa tu. kat rumah saya hari tu pun sebab akak ipar tu org pekan. dia pandai buat.biasanya memang menu lemang dan nasi dagang jela

izahdaut said...[Reply to comment]

@HaSue
nanti aku google lak blog ko. lubuk ilmu tu.. ko memang terror la weh.. aku rasa ni semua masaakan extrem nak membuatnyer. perlu kemahiran. tapi bila dah try try buat ni memang terharu gak sebab boleh buat

izahdaut said...[Reply to comment]

@Mas
haha.. sama la mas.. aku serender mmg tak kenal jantan ke betina. tapi teringat mil aku kata, kalau jantan tu takut tak kemas jela n susuah nak buka time nak makan. katanya.

betul mas, siorng nak lepas kan kempunan je. dia kata tak puas makan time raya, sekali buat 2 ketul dah puas katanya.. wahhh sabau jela

izahdaut said...[Reply to comment]

@Anna Qawina
ko nak ke na, sebiji 2 hengget. hahaha

izahdaut said...[Reply to comment]

@pCL [p@kcikLie]
betul la nak request mesti ada cara. kdg2 bagi hints dulu. makan tahun dulu baru wife bersedia nak membuat nyer kan. haha.. mcm cakap kat diri sendrik je ni. tq sudi singgah blog saya yee

Anonymous said...[Reply to comment]

izah, nk komen jgk ni, dlm pic tu yg atas sekali ketupat betina, yg bawah tu ketupat jantan, ko main balut je ye? campur jantan betina, asal 3segi dh le ek? hahaha, pe2pun tahniah kerana berjaya membalut ketupat2 itew...
-ROSE-

Arizakiah said...[Reply to comment]

Nantilah...suatu hari nanti akak nak buat entry ketupat palas goreng....

Diana @ Melley Mey said...[Reply to comment]

akak x perna lg buat ketupat daun palas nie... makan jer perna dulu yg d bawa dari kedah... mmg sedap makan ngan serunding.. sedap...

Ftufktucyu said...[Reply to comment]

Salam. Saya nak tempah ketupat palas berkacang utk raya 2013. Minta no. Phone dan sms atau call saya secepat mungkin. Tel. 012 671 9192. Puan Reyna.