CSS

Thursday, September 8, 2011

Bertemu akak Blogger- kak Madihaa dihari raya





Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. dapat saya berjumpa dengan akak blogger yang sorang ini. Saya memang kagum hasil n menu2 kak Madihaa a.k.a kak Ratna ni. Dari semua jenis masakan dah akak ni cuba. Cube la jenguk dapur akak ni kat Dari Dapur MadihaA niha. Macam2 ada. Teringat saya satu roti pintal twist tu, memang brpa kali duk study nak try, tapi terbantut sebab rasanya susah benor nak buat. Tapi akak Madihaa ni buat sangat cantik hasilnyaa. Sebenarnya lupa nak tanya nama akak ni betul2 nyer apa. Hehe.. Madihaa ke Ratna?

Kami berjumpa ni raya ke 2 kat rumah kampung saya Kuala Lipis. Kebetulan akak Madihaa ke rumah moyang suaminya kat Benta. Dah dekat la tu. Memang ontheway nak balik Raub semula  bila ikut sg Koyan tu. Memang terkejut juga kak Madihaa call. Dah petang dah masa tu, lepas tu mengejut je kan, kata dah ontheway. Jadi jamu apa yang termampu. Maaf la kak, bila dah ke petang tu paham2 jela kan. Hehee... Kalau call awal sikit ada jugak la yang special. Memang terkejut tergempar jekan. Nanti nex time leh datang lagi ye kak. Sebab dah tahu dah tu kat mana rumah.





Ni anak anak kak Madihaa. Ada sorang lagi yang kecik comel tak de dalam gambar. Geram menengoknya. Banyak je gambo tapi tayang banyak nanti tanpa izin kak Madihaa lak karang. Akak Mdihaa  ni cakap slow je, sopan dan santun. Suami akak tu pulak suka buat lawak. Siap bawak pengiring lagi kak Madihaa ni tau. Hehee... Sebab adik2 suami nyer pun ada berkonvoi naik motor . 3,4 biji motor jugak la. 

Terima kasih buat kak Madihaa sekeluarga sebab sudi berkunjung ke rumah kami. Maaf segala kekurangan yang ada, terima kasih sekali lagi. Nex time boleh jumpa lagi ye kakkk..



Sebenarnya sedang risau mendapat berita anak buah suami kat Kulim, accident semalam, motor bertembung motor. Motor bertentangan terbabas n melanggar motor anak buah ni. Yang terbabas tu meninggal. Yang membonceng hancur kaki. Anak buah ni pulak, memula nampak ok cume benjol sebesar telur kat kepala. Tapi bila bangun terus pengsan, tak sedar, darah keluar ikut telinga. Dan dia pun tak ingat apa berlaku. Dah ke hospital besar, katanya doktor duk keliling dia. Tak tahu sebab apa. Terus berdoa...




34 comments:

tun_telani said...[Reply to comment]

besh nyer.. besh nyerrr.. bila laa tun nk dpt peluang jumpa.

ps: semoga anak buah suami akak selamat dan kembali sihat.

izahdaut said...[Reply to comment]

TUN..
insyaAllah one day nantikan... musti dapat jumpe jika Allah menjodohkan. insyaAllah..amin

Diana @ Melley Mey said...[Reply to comment]

Assalamualaikum izah...
seronoknya dapat jumpa akak madihaa yer izah....

n akak doakan moga anak buah suami izah selamat dan sihat2 hendaknya.. Amin

Ummi said...[Reply to comment]

Waaaah best kan, gader2 gini..kena lak time raya...bila la akak nak tersesat ke Lipis ntah..hehe..
Apapun, akak doakan anak buah Izah di Kulim tu selamat dan tidak kritikal hendaknya...amiiinnn

K.Nor said...[Reply to comment]

izah... ingatkan tak snap gambo bersma dgn ratna tu.. eh.. nama dia ratna la jah.. madihaa tu kalau tak silap gabungan nama anak2 dia rasanya..

semoga BIL tu selamat dan segera sembuh hendaknya

Gee® said...[Reply to comment]

Seronoknya dpt jumpa teman blogger camtu... Izah, byk ke menuntut dgn kak madihaa tu...?

Juwita Jamaludin said...[Reply to comment]

seronok duduk dekat2 leh kunjung mengunjung ye.. kat KL tak jumpa di kamung jumpa pula ye

MaDiHaA a.k.a Ratna said...[Reply to comment]

Salam Izah..

mula2 nak ucap terima kasih byk2 atas layanan mesra izah suami isteri tempohari. Kiranya memang tak serik kalau nak dtg lagi nnt.. hehe.. (ada hati nak dtg lagi tu... kikiki..) oh.. nama sebenar Ratna.. tp nama MaDiHaA pun dah serasi ngan akak.. tak kisah nak panggil mana satu.. semua boleh..

minta maaf sebab dtg bwk pengiring.. hehe.. ingatkan adik2 ipar yg bujangan tu taknak ikut.. rupanya semua nak ikut kitorang.. nasib baik lagi 4~5 buah kereta yg konvoi tu terus balik tak follow sama.. kalau idak mau fengsan tuan rumah.. kikiki...

maaf memang tak call izah awal2 sebab tak kompem lg dpt dtg ke tidak.. itupun nasib baik kebetulan dorang buat perancangan nak ke Benta.. kalau tak rasanya mungkin tak kesampaian nak berjumpa Izah.. t.kasih ye sudi menerima kunjungan kami.. pasal hidangan tu.. tak kisah takde yg special pun.. apa yg ada tupun kami dah kasi licin.. hahaha.. malu betul kat tuan rumah.. nampak sgt kelaparan.. apa taknya.. memang belum mkn t'hari.. kat Benta tu mkn ringan2 aje tak sampai hati nak nyusahkan keluarga kat sana masak2 sbb kami dtg tak bagi tau dorang.. dah tu dtg menyerang 5 ~ 6 buah kereta.. so sendiri mau ingatlah kan.. hehe..

nanti jemputlah dtg umah akak pulak.. kalau nk dtg PJ bagitau awal2 ye.. akak tak wat open house.. tp dtg ajelah.. bolehlah masak apa yg patut... tp tak reti nak masak yg special2.. hehe..

p/s: akak doakan semoga anak buah suami Izah selamat.. harap2 takde yang seriuslah hendaknya.. sama2 kita berdoa..

nOOrsha said...[Reply to comment]

insyaallah moge anak buah ko tu selamat hendaknya..... doa byk2 k....

seronok jumpe kawan blogger :) muke kak madihaa macam seseorang yang aku pernah kenal... hehe...

Naz said...[Reply to comment]

Izah, semoga Allah takdirkan yang terbaik utk family Izah terutamanya anak buah izah tu..

Seronok yer jumpa kak Ratna...hehehe.. Bila jodoh kita ni Zah???

mizwa said...[Reply to comment]

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

salam...
dgn kOi biler lak, hehehee...thn lepas kOi jumpa kak madiha tp tepi jln aje...

harap anak saudara aok ok, dan cepat sembuh...

~~zAnAfAhMi~~ said...[Reply to comment]

lepas ni kalau akak balik KL dari Kelantan, boleh la singgah rmh ye? tapi Izah dok mana pulak? bukan menetap kat sana kan?

Acik Erna said...[Reply to comment]

semoga nak buah suami izah selamat..
seronok kan izah..bila dapat berjumpa..bertentang mata ni..biasanya melalui tulisan je..

HomeKreation said...[Reply to comment]

Waaah... best nya gather2... sape pun takda teringin nak datang Miri lagi ni.... cepat angan tangan sape nak... kita sponsor tambang... hehe (tambang bas dari airport jer tau, teket kpltbg beli sendiri...kikiki.

sitiezahim said...[Reply to comment]

semoga anak sedara kak izah ok...huhuhu

zarin said...[Reply to comment]

macam adik beradik pulak bila tengok gambar izah ngan kak madiha tu
anyway, selamat hari raya buat izah n family dan semoga anak buah suami selamat hendaknya

Amie said...[Reply to comment]

bestnya... tentu raya kali ini sangat bermakna buat Izah dan Madihaa...

cikmanggis said...[Reply to comment]

bestnya:)

anymz said...[Reply to comment]

salam zah,selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin.maaf banyak2 sbb lama tak berkunjung balas dan terimakaseh sbb update status akak di fb tempoh hari..selamat hariraya maaf zahir dan batin jugak dari akak dan abang buat en daut dan anak2.
nanti bila semua sudah kembali normal akak akan mula berblogging semula.sekarang ni kami sekeluarga baru nak mula beraya.hari tu bp akak tak berapa nak normal jadi di nasihatkan berehat panjang.
insyaallah kalau tak ada aral melintang hari sabtu akak buat jamuan sikit.kalau sudi turunlah ke rembau....:)

izahdaut said...[Reply to comment]

@Diana @ Melley Mey
waalaikumussalamwarahmatullah..

tu la, seronok bla dapat bersua muka. terima kasih kak diana

izahdaut said...[Reply to comment]

@Ummi
tu la kak ummi, tak pe tunggu saya sesat ke kuantan la nampaknya kan. hehe...

terima kasih kak ummi, khabarnya mlm semalam da stabil.

izahdaut said...[Reply to comment]

@K.Nor
a ah nama akak ratna rupanya. sedap je namanya. snap je kak nor, mcm retis gitu ada kamereman mengikut. hehee

tq kak nor, katanya mlm semalam dah stabil dah anak buah tu. darah beku

izahdaut said...[Reply to comment]

@Gee®
ala kak gee tak sempat menuntut pun, borak2 manja jee.. hehee

izahdaut said...[Reply to comment]

@Juwita Jamaludin
tu la kan ita.. kadang2 gitu la, sebab lain nyer lipis ni laluan org KL balik kelantan. kdg2 memang jumpa kawan kat kampung. hee

izahdaut said...[Reply to comment]

@MaDiHaA a.k.a Ratna
tak pela kak ratna... suke je kalau ramai pun. bak kata org kalau ramai dtg makan cara ramai kan. dah rasa dah tepion last minit tu sebab tak sure kan. nanti kalau balik raub kena datang lagi tau.. tak pun kami lak ke raub kan kan ...

tapi maaf banyak2.. hari tu, tu je la yg ada. sebenarnya raya ke2 kami buat nasi minyak n nasi dagang. petang tu, tu la yang last nyer, pastu gorengkan sardin before akak sampai. hehee...maaf la ye kak.janji licin.. syukur. kiki

apa pun tq kak sudi berkunjung.

izahdaut said...[Reply to comment]

@nOOrsha
muka aku familiar tak? ngeh ngeh.. bila wat open house? aku nak makan kek coklat ko

izahdaut said...[Reply to comment]

@Naz
tu la kak naz, tahun ni kita ada jodoh tak?

alhamdulillah, katanya semalam dah stabil dah anak sedara tu.

izahdaut said...[Reply to comment]

@mizwa

aok balik pahang dok raya baru neh? bile nok jumpe nyeh? ajok ler kome ke perok..lame doh kome tak jenjalan perok. eh aok duk perok kan?kikiki

izahdaut said...[Reply to comment]

@~~zAnAfAhMi~~
saya duk KL kak, tapi balik raya ke lipis.. kampung saya kat lipis. biasa memang jumpe je kawan yg ontheway nak balik kelantan. nanti bagitau kalau blik klantan yee

izahdaut said...[Reply to comment]

@Acik Erna
acik duk mana ek? jom jom kite gader2

izahdaut said...[Reply to comment]

@HomeKreation
hehehhee.. alaaa..along dah jumpa ngan hasue la ye. kat miri kan.. nak angkat kaki jugak suh sponsor tiket kapal trobang skali. hehe

Mas said...[Reply to comment]

makcik...bestnya kau dah jumpa kak madiha....
jeles aku tau..he3....
harap anak sedara kau tu cepat2 sihat yerk...
insyaAllah....

HaSue said...[Reply to comment]

semoga anak buah ko tu sihat sepenuhnya nanti...risau jer kite dengor berita gini kan..

apa2pun aku jeles ko jumpa blogger nih..aku x berkesempatan nak gi umah alongroz walaupun x jauh mana dah..insyaallah thn depan kot..kalau dpanjangkan umur..hehe

Lovely Kitchen said...[Reply to comment]

jumpa kak madiha pulakkkk...adussss jeles gak laaa...hiks

moga anak buah izah cepat sembuh.