CSS

Wednesday, September 14, 2011

Donut Gunting a.k.a donut mini


Assalamualaikum..

PC ni buat hal lagi. Suka duk padam2 macam pc Hasue. Berjangkit ke sue penyakit PC ko ke aku? Hehehe.. Susah betui nak BW. Ekcely BW tak susah mana, cume  nak tinggal komen la yg susah. BW mcm biasa walaupun slow sikit la pc ni load, tapi nk komen kdg2 langsung tak leh. Bagi komen tru enpon asik lintang pukang je words yang keluor. Sabo jela kan.

Donut ni saja je saya sebut donut gunting, sebab before goreng saya gunting dulu donut tu. Tengok donut tu dah mengembang besar gedabak, kot kalau goreng takut tak masak bahagian dalam. Nampak nor malas nak membentuk donut tu jadi mini. Pelepap je jadi besor besor. Pastu time nak menggoreng baru insaf jap tengok donut tu gedabak. Solution dia saya gunting kan aje donut tu.

Resepi dari blog kak Ummi yang dilihat di blog My Kitchen Snippets. Gebu gebas donut nyer. Sebab guna tepung roti ni kan memang hasil yg tak mengecewakan. TQ kak!!

DONUT MINI
resepi: kak Nis@mak Daro


Bahan:- (15 biji donut mini)

200 gm tepung roti
20 gm gula
1/2 tsp garam
1 tsp yis kering
140 ml susu segar
20 gm butter
minyak masak untuk menggoreng
powder sugar/gula aising - untuk tabur

Cara Membuat:-

Masukkan tepung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Gaul rata.
Buat lubang di tengah dan masukkan susu dan yis. Gaul lagi menggunakan sudip plastik.
Masukkan pula butter, gaul dengan tangan hingga sebati.
Keluarkan dari mangkuk dan letakkan di atas papan canai dan uli sehingga doh tidak melekat di tangan. (Sesekali bolehlah ditabur sedikit tepung jika terlalu lembik)
Buatkan bentuk bulat. Masukkan ke dalam mangkuk adunan semula dan tutup dengan plastic wrap atau kain lembab. Biarkan doh naik 2 kali ganda.
Buat finger test untuk uji doh naik ke tidak. Kalau lekat kesan jari, bermakna dah naik.
Canai doh setebal 15 cm di atas papan canai dengan penggelek dan terap dengan terapan donut kecil (mini). *Ummi guna bahagian mulut gelas yang kecil jek..hehe
Susun di atas dulang dan rehatkan doh sebentar hingga naik 1 1/2 kali ganda lagi.
Panaskan minyak, goreng di atas api sederhana hingga keperangan kedua-dua bahagian.
Angkat dan toskan di atas kitchen towel. Biarkan donut betul2 sejuk sebelum di salut gula aising. 


Aising Donut:-

4 sudu besar gula aising - ayak
1/2 sudu besar air
Gaul gula bersama air hingga sebati. Sapukan pada permukaan donut dan taburkan kekacang atau hundred thousands.


37 comments:

Suzi said...[Reply to comment]

comel je donat tu...sekali ngap je. dah lama akak tak 'mendonat' ni...

Sheila Shafeareen said...[Reply to comment]

Salam dtg pagi ni nak merasa donat gunting...ok gak kerjanya x payah nak menerap...terus gunting je... nak rasa dlm 10 ketul hehhe

Hezrin Ahmad said...[Reply to comment]

wahhh nak sket... musketeers dh lama suh mamanye wat donut... tp tu la lom sampai seru...huhu

umi's cup cake said...[Reply to comment]

Salam kak izah, patut la malam tadi umi mimpi makan donut...rupanya pagi ni nak tengok donut gunting...bak 5 boleh?

Mas said...[Reply to comment]

makcik..ni bibik yang menguli ke kau yang menguli...he3
aku lama bebenor tak mendonut..
rindu la pulak...he3
sajerk je kau menggoda aku yerk...
cantikk donut2 kau tu..
comei2 jerk..
sah2 tak sedar dah berapa banyak masuk mulut kan..

HALAMANKU said...[Reply to comment]

Salam Izah ok gak ideatu.. kalau tak malas gak nak wat molat2 ni taram jek gunting he he he cepat kejer n comel gak tu... lama x mendonut he he he join sini lah..

Ummi said...[Reply to comment]

Weeee, Izah ni mmg angin R dah melanda sungguh eh...siap gunting2 lagik eh...Xpa nnt akak pi KL, akak serang Ampang eh...sediakan kuih gunting sekali eks...hehe

Kak Sam said...[Reply to comment]

Nampaknya semua bahan ada kat dapur. Tapi cam malas je. izah tolong buatkan boleh tak?

K.Nor said...[Reply to comment]

donut ni no hal kan, tak bentuk tayar .. asal sedap .. ngap.. best.. layan jer :)

humban jer pc tu dlm laut.. ia nak join diet2 kita duk sakan enjoy dlm laut tu :)

Nadz Nazharzan said...[Reply to comment]

Hua..hahaha... Ok gak idea buat jer beso2, pas tu gunting jer masa nk goreng tu...hehehe

Umm Mymoonah said...[Reply to comment]

I can gobble all this in a go, looks too good.

anymz said...[Reply to comment]

hahaha..betul kata nor tu jah..
pi buang pc tu dlm laut buat tukun bela kerang pun bagus gak..kerang pun asyik yg kecik2 je skang ni kan?..mana tau bila pc dah dok dlm laut cepat je membiaknya ternakan dlm laut tu..wakakaka

eh!melalut pulak dah ni.maklum ni lah padahnya lama sgt bercuti.. nak type lain dlm kepala lain..(alasan)...:D

salam bersua kembali jah..rindu korang semuaaaaaa.....eh ahad ni takde kat ampang ek?..ko jah saja je lah tu kan?..takmo basuh pinggan mangkuk le tu bila dgr akak nak dtg kan?..(best tak fitnah terang2 nih)...

Sheery Dream Cakes said...[Reply to comment]

Assalamualaikum izah...
comeynya donut tu izah... rajin izah buat donut... akak sekeluarga suka makan tp buatnya x der.. huhuu... meh nak mintak dr izah jer ler yer.. hehehhee

Ida,Japan said...[Reply to comment]

gunting2 jer la ye izah....senang kerja...tak yah nk gentel2 he.he

Sue @ Nenie said...[Reply to comment]

Salam Kak Izah...Ala..malas dalam rajin takpe..kan kan kan...Malas2 pun jadi gak donutnya

dZana said...[Reply to comment]

donat camni senang nk kunyah.. lain kali akk nk tiru camni jer la..

tun_telani said...[Reply to comment]

tgh pk bape lama dah x wat donut.. guna tepung roti jd lg sedap ye, tun x penah lg try resepi donut guna tepung roti, sayang pulak kt tepung roti tu. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Suzi
masalahnya bukan sekali, ngap nyer selagi tak habis.. ikikiki.. pa lagi kak. jom menggebukan diri ngan donuttt

izahdaut said...[Reply to comment]

@Sheila Shafeareen
akakkk.. dah merasa berapa ketul dah donut nyer tu? hehhee.. sah seketul dua je kan. kata 10 ketui.. tak sesueiiiww

izahdaut said...[Reply to comment]

@Hezrin Ahmad
mendonut ni memang nak kena ikut mood jugak kan. kalau dah datang shiekh mendonut tu haa amik.. asik nak mendonut je koo.. kikiki

izahdaut said...[Reply to comment]

@umi's cup cake
woo sampai termimpi2 ko jah.. haha.. tak pe gak makan donut dlm mimpi, kire kenyang n lemak lemak tinggal dlm mimpi je. hakak ni.. ho ho ho.. sediss

izahdaut said...[Reply to comment]

@Mas
mas..ko banyak mana masuk mulut pun tak pe.. kurusss gitu.. aku neh.. haiyaakkkk.. tak mo cakap banyak lorr

izahdaut said...[Reply to comment]

@HALAMANKU
tu pasal la ma.. asalnya memang bulat2 biasa tu, tapi bial tengok alamak, besor bebenor hasilnya. tu yang kena gunting tu. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Ummi
kak umi, mana nyer R sanagt. tu mlas la tu sebab tu guntng2 je. hehehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Kak Sam
ok..esok ye kak sam. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@K.Nor
kak nor, saya humban boleh je, kak nor bagi satu pc ye.. tak mau second hand. nak the latest.. ngeh ngeh

izahdaut said...[Reply to comment]

@Naz
kak nazzz.. apa gelak2... saboo jela.. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Umm Mymoonah
hehehe.. mee too.. so yummy n smooth

izahdaut said...[Reply to comment]

@anymz
kak nim, sampainya hati mu... nak humban pc akuu..hihii..

kak nim..jgn mengeram lama2 ye... gi post entry baru2 nun

izahdaut said...[Reply to comment]

@Diana @ Melley Mey
kak diana suh je anak dara yang membuat nyer. hehe.. senang je kan buat donut ni. uli2 tinggall je

izahdaut said...[Reply to comment]

@Ida,Japan
sebenornya kak, memula tu saya gentel. tapi tengok kembang sakan je, tu yang gunting tu. hehee

izahdaut said...[Reply to comment]

@Sue @ Nenie
tu la.. asal jadi la kan. asal anak2 makan berselera je... ada ikhlas tu insyaAllah...

izahdaut said...[Reply to comment]

@dZana
lebih kurang donut ball la kan, tapi yg ni kita gunting kan aje. tak yah gentel molat2..

izahdaut said...[Reply to comment]

@tun_telani
tun, kalau sekali try buat donut guna tepung roti, pasti teringat2 kegebuannya... try laaa

Juwita Jamaludin said...[Reply to comment]

sedap nampak donut tu.. boleh la try nanti InsyaAllah

Anonymous said...[Reply to comment]

yis tu kene larutkan dlm susu segar suam or panas ke?

izahdaut said...[Reply to comment]

@Anonymous
tak perlu larut kan. masukkan je terus. tapi kalau tak confiden yis tu masih aktif atau tak, elok jugak larut kan dlm susu segar suam.