Friday, September 30, 2011

Kuih Bakar Pandan


Assalamualaikum..

Waduh, ingatkan nak ngentry awal pagi lagi. Tapi mcm2 karenah bebudak niha nak dilayan. Hari ni dah jumaat ye, jgn lupa perbanyakkan selawat atas nabi junjungan kita, nabi Muhammad s.a.w.  Kuih ni buat petang semalam. Tersama lak menu minum petang ngan kak Anna Qawina. Sebenornya, dah pernah buat kuih ni, tapi terrlembik sampai tak leh potong. Semalam terbuka ati nak try skali lagi. Yang kali ni dah cun jadinyer ha. Kuih ni jugak la dipromote oleh Hasue. Best best... Resepi kak Zana ni dah seantareo Malaya dah tahu. Memang elok sangat kejadiannya. Tq kak Zana dan kakak kakak yang promote ye. Kak Anna... muekkekee..

Boleh juga rujuk di blog kak Hasue untuk TIPS membuat KUIH BAKAR




KUIH BAKAR PANDAN
resepi: kak Zana  atau zana08@myR


Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan air pandan
1 cawan santan1 cawan susu cair (sejat)
3 biji telur
Sedikit pewarna hijau
Sebagai hiasan- sedikit bijan jika suka
boleh tambahkan esen vanila jika suka...

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan
2. Blender hingga sebati
3. Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan bahan tadi kedalamnya.
4. Taburkan bijan (jika suka)
5. Bakar 40 - 55 minit pada suhu 180c/ hingga masak / berkerak..







35 comments:

Anna Qawina said...[Reply to comment]

ketuk pale lutut Izah nih..lawak jek..
ayat baik2 je ko rini..Jumaat yg ceria buat Izah Daut..ngeheee..
cantik gambo..hijau yg memukau..ishk..terasa nak buat lg tapi santan dah yilek..

Umm Mymoonah said...[Reply to comment]

Soft and spongy, absolutely delicious.

Ayu said...[Reply to comment]

wah berjanji dengan anna juga buat kuih bakar ya..akak suka kuih bakar luarnya garing2 ..suka makan keraknya tu..hehe

Rosalia said...[Reply to comment]

nk belajar la :) hihi mcm sedap.

rahel said...[Reply to comment]

Hohoho...warna yang cantik..permukaan yang garing..memang wangi dan sedap sangatlah tu...

nuwairani ismail said...[Reply to comment]

cantiknya kuih dia bila potong tu...sekata aje...

Kak Sam said...[Reply to comment]

Amboi pakat2 uols yea.

Ryo Azhar Rahza said...[Reply to comment]

aku nak 2 potong setengah!

Zaliedana said...[Reply to comment]

Kak izah,hehe arijumaat,ayat baik jer,hihi..Cantik potongan kuih n pic pon cun bangat..Mesti sedap kan lemak2 santan..

quinnie said...[Reply to comment]

elok cantik licin je kuih ko izah...nak kena skoding rumah hasue ni nak tau tips..hehehhe

Nazrah said...[Reply to comment]

cantik...ijau...

Mamasya said...[Reply to comment]

Aslmkum Izah..cantik warna hijau kuih bakar Izah ni. suka terutama tang kerak tu...lama tul tak buat.

izahdaut said...[Reply to comment]

@Anna Qawina
ko makan ke kuih gini na? aku ingat ko tukang buat je. sebab tak nampak sangat lemak2 kat badan ko tu. ikiki

izahdaut said...[Reply to comment]

@Umm Mymoonah
kuih bakar ni sangat wangii dan lembuttt... lemakk dan manis yg sedang2.

izahdaut said...[Reply to comment]

@Ayu
betul kak. mmg suke makan keraknya kan. yang saya snap ni area tengah, tak berapa berkerak. yg tepi2 tu sedapnya

izahdaut said...[Reply to comment]

@Rosalia
bukan mcm dah ni, memang sedap ni. kalau suke mkn kuih bakar mcm ni, lagi la suke

izahdaut said...[Reply to comment]

@rahel
saya tambah skit pewarne hijau apple, sebab daun pandan tak kuat warne

izahdaut said...[Reply to comment]

@nuwairani ismail
kena tunggu sejuk bebetul dulu baru elok potongannya. kalau tak sabo tu memang wassalam la kena gak potong time suam2 tu. tapi lembik2 la skit. tapi time tu la yangs edapnya. ehhe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Kak Sam
pakat membawa berkat. muekeke

izahdaut said...[Reply to comment]

@Ryo Azhar Rahza
ko suh sis hasuriah buat. laki dia kan suke kuih gini.. kiki

izahdaut said...[Reply to comment]

@Zaliedana
ct .. tak nah buat lagi ke? sedap.. lemak2 gitu kan. yg berlemak kan mmg sedap... hari jumaat kannnnn.. koooo ctt.. sabau jela..

izahdaut said...[Reply to comment]

@quinnie
aa gi la tengok dia bercerita panjang tu. kutip la tips2 kat situ.

izahdaut said...[Reply to comment]

@Nazrah
tambah sikit pewarne ijau apple kak. baru naik seri pengantin nyer tu. kiki

izahdaut said...[Reply to comment]

@Mamasya
ni pun area tengah kak, tak berapa nampak keraknya tu. kalau area tepi tu, tu dulu yg kite berebutkan.hehe

Ummi said...[Reply to comment]

Yeaaahhh...kuih bakar, i liiikkeee... Izah mintak 5 potong...ngancamsss jek tgk... :)

izahdaut said...[Reply to comment]

kak ummi datang lambat. dah habis ssssssss.. esok akak buat bagi saya 5futun ye.. hehehe

Gee® said...[Reply to comment]

nak jugak!!

Cheq Ana said...[Reply to comment]

suker..sukerr..cantik cantik.. come come...

**puji beria ni..ada upah x?

Diana @ Melley Mey said...[Reply to comment]

mengoda btl kuih bakar pandan yg izah buat nie tau... akak suka makan kuih bakar mcm nie.. sedaaapnya tu... mesti wangi jer kan kuih bakar nie.. suka2!

Mas said...[Reply to comment]

penat2 aku taip panjang lebar..
tak masuk rupanya komen aku tadi..
merajukkkkkk la..

HaSue said...[Reply to comment]

wahh geramnyaaa..
dah la memula kuar
Error 106 (net::ERR_INTERNET_DISCONNECTED): The Internet connection has been lost.

pastu taip msg pepanjang lebor..error lagik..bila refresh lagik..xleh recall msg td..huwaa..leceh gak google chrome neh yer mekk..

aku x puas ati x nmpk gambo nih..hehe
eh ko dah tau ke apa mistek sebelum nih lembik tu?ke ko tambah air cam buat gulai semasa membako tu sebab ko ingat nak bg empuk ke..bukan ek?eheh..aku nmpk tajuk gulai ko kat atas tu td..nampak tajuk jela..gambo tadek.geram okeh..ferasss..
sibbaik aku x majuk cam mas..wehh mas..udah2 ler majuk tu..meh aku pinjam broadband ko mas..haha

izahdaut said...[Reply to comment]

kak GEE..
Apa lagi kak. godek ler kuih ni. sedap sedap.. tetibe teringat lemak yang melekat kat perut akibat kuih ni. hahaha

CHE ANNA..
nak upah apa? nak upah kena tolong basuh loyang dulu ek. hehehe


KAK DIANA..
suke je makan kan kak. kengkadang tu yang tak suke tu nak kena membuat dulu. hehee

izahdaut said...[Reply to comment]

mas..
ko nak majuk ngan aku ke ngan blog aku.. akakaka..aku pun selalu gak kena gitu. especially mengomen guna enpon

HASUE..
hahaa.. sian aku mendengar keluh kesah ko neh.. tak pe.. ko sabo banyak, tiap2 hari ko dapat pahala.. ikiki..

sebenarnya aku tau napa kuih aku tu lembik ritu. ahakkk.. aku dah terkhilaf pemikiran, aku sukat air pastu masuk terus kat kelapa. aku sesiap perah tu lupa nak sukat balik. zaapp aku masuk je terus dlm tepung. sekian terima kasih. hehee

ceritera-chinta said...[Reply to comment]

kuih fav.tapi tak der oven nak bakar ermmm bakar atas api saje boleh ker hehhe

Anonymous said...[Reply to comment]

salam..nape saya buat x jadi pn...lembik...smp 2 jam bakar x jd jg.... semua blend kecuali bijan.... mcm x masak je kt dalam..kt luar je cntk..dalam macam baru lps blend jer..