Tuesday, September 13, 2011

Sambal Tumis Petai


Assalamualaikum..

Ni pulak sambal tumis petai. Kadang saya buat berkuah sikit, kadang buat kering sikit. Ikut suka hati la nak buat cemana kan. Kalau ada menu lain yg berkuah, so suke buat kering sikit. Satu hal lagi, en suami saya kalau petai ni, dia suka masak sekali dengan kulit petai tu. Berbeza ngan saya, saya tak berapa suke sebab terasa pahit kulitnya tu. Tapi bila dah slalu masak gini, dah rasa sedap aje.. Katanya pahit itu ubat. Kalau ikut mak saya, petai muda memang selalu masak dipotong ngan kulit2 sekali. Dan kulit tu elok je melekat dengan isi petai tu. Tapi kalau petai dah tua ni jarang masak gitu. Kalau cakap kat en suami, suami saya jawab, mak dia masak sekali ngan kulit walaupun tua sebab dulu2 hidup susah katanya. Dengan kulit2 sekali makan.  ;-) Simple sambal tumis dari saya. Sudikan..

SAMBAL TUMIS PETAI
by: izah

1 mangkuk petai
* petai dihiris bersama kulit. Kikis dulu kulit luarnya kemudian hiris. Ikut citarasa, kalau tak mau kulit boleh siang petai mcm biasa.

1 genggam ikan bilis
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
15-20 cili kering
1 sb asam jawa paste
sikit belacan
2 1/2 sb gula
garam secukup rasa
air

Ikan bilis ditumbuk sikit dan goreng kejap bukan sampai garing. *untuk hilang hanyir je. Tak nak goreng pun tak pe.
Celur sekejap cili kering untuk lembutkannya. Blender sekali cili kering bersama bawang besar, putih dan belacan. Tumis bahan kisar dengan minyak yang agak banyak sesuai untuk menumis bahan tersebut. Gunakan api kecik untuk menumis. Sebelum pecah minyak boleh masukkan ikan bilis, asam jawa paste, gula dan garam. Tumis lagi sampai betul2 garing n bau yang wangi. Kemudian masukkan petai kacau sebati bersama sambal dan masukkan air melebihi sikit paras petai. Masak lagi hingga petai masak dan pecah minyak. Boleh buang minyak sebelum dihidangkan.

*kuantiti air bergantung pada citarasa.

21 comments:

Naz said...[Reply to comment]

Uih best ni makan dgn nasi panas2.. sebab tu jarang masak..Kang tambah nasi tak ingat2..hehehe.. Izah akak selalu letak petai dalam sambal tumis udang..Perhhh..meleleh air liur.. Mintak tisu sikit...

Qhaifa Nur said...[Reply to comment]

semalam baru je makan sambal tp sambal udang...

noorsafone said...[Reply to comment]

ermm...best2 sambal petai tu..lama mama tak singgah sini...

Ummi said...[Reply to comment]

Izaaaaaahhhhh...kiijaaamm tauu tayang sambal tumis petai nih...adeeeii x tahan...malas la duk lama2..kang ada cacat pose akak...hahahhaha

Mas said...[Reply to comment]

makcik..aku kan..klu mak aku masak sambal petai gini..
aku gaulkan semuanya dengan nasi..
lepas tu petai tu aku longgokkan kat sebelah nasi...aku jeling jerk petai tu....he3
klu mak aku nmpk..berasap jerk telinga tahan leteran mak aku..he3
kenangan tu...

quinnie said...[Reply to comment]

izah..umur kita 33 thn...hehehhe..kat rumah ni pun ada petai..tapi dah terminat dgn resepi cmg duk post hari ni..sempoi je gulai dia ada petai....ingat nak masak cam gitulak....

sambal tumis petai kalau ada kat umah mesti licin nye...tapi kalau makcik yg masak lagi sedap dari kita....hehhehe

izahdaut said...[Reply to comment]

kak naz..
saya kalau ada lesen tak 'perlu' masak nasi, saya pun tak mau masak gak ah. memang kite yg tukang masak ni yg asik bertambah..huhu

Qhaifa Nur..
oo sambal udang best tu. taruk petai lagi terangkat kan

izahdaut said...[Reply to comment]

kak noorsafone..
a ah kak, busy ke tu? hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

kak ummi..
petai je kak ummi, bukan cheese kek. rilex kak ummi rilex. akakaka... tapikan saya pun negok lauk ni balik rasa.. aii nak capai nasi je ni

izahdaut said...[Reply to comment]

mas..
makcik ko memang. hehe.. tapi tak pe gak sebab walaupun tak makan petai, tapi dicampur sekali ko still leh makan, ada orang kalau dah campur petai terus tak lalu nak maakn lauk tu tau

izahdaut said...[Reply to comment]

kak Quinnie..
oo kakak la nii.. amponn maaf dah ber aku ko dah..a ah menu smg tadi menarik hati jugak nak tryy.. sangat sedap ku rasakan sayur mayur gitu.

HALAMANKU said...[Reply to comment]

Salam Izah.. uihs tu feberet SK tu sambal tumis petai.. maunyer bertambah makan he he he...

sitiezahim said...[Reply to comment]

memang bes kan kak izah..hehehe

suri solehah said...[Reply to comment]

izah..suami akak cukup suka sambal petai..masalahnya akak buat tak penah sedap cam org lain buat..tengok bahan2 tu cam sama akak letak je..tapi..munkin air tangan akak kot ye?

tun_telani said...[Reply to comment]

kak izah.. kt umah tun pun biasa mkn petai ngan kulit sekali =) abah tun pun ckp wat ubat ^^ tun mcm biasa laa, sebiji petai (dgn kulit2 sekali) utk sepinggan nasi. hihi

aroha mizwa said...[Reply to comment]

salam kak izah hehehe...
weh sedap nye kOi nengok...kOi ada buat jgk sambal petai dgn udang tunggu turn nk post heheh

ibundo said...[Reply to comment]

datang sini nampak potai. alanngkah bahagianya jumpa potai..
izah, kat bangi ni petai 3 papan 4 ringgit. mahal yang amat..

izahdaut said...[Reply to comment]

lamanku..
erma.. ingat ingat SK erma suke petai kan. erma je tak reti makan kan. hehee..

izahdaut said...[Reply to comment]

siti zahiem..
fuh lauk evergreen kan hajar.

kak suri.
akak sebenarnya saya memula dulu pun tak reti nak buat sambal. mesti ada something wrong. en suami lak memang makanan dia sambal tumis2 ni. makan tahun jugak nak belajar buat sambal ni. tapi dah dapat teknik tu baru tahu. kalau nak sambal yg betul2 wangi, akak tumis tu guna api sederhana dan tumis lama dalam 30 minit-40 minit. baru bawnag n cili tu betul2 wangi. try la..pastu letak bawang besar yg dipotong. lagi best. tapi suami saya ni kurang suke nampak bawang dipotong2 gitu.tapi sebenarnya yg tu tambah memaniskan sambal

izahdaut said...[Reply to comment]

ibundo..
memang kak pah.. mahal yg amat petai ni. kalau kat kampung lak, susah jugak nak makan petai walaupun petai lebat berbuah bekalang rumah. sebab tak de sapa nak panjat. hehe.masing2 perut dah berat

mizwa..
haha..bila nak post lauk nyer tu. sedapkan lawan ngan udang

tun telni..
at leat makan petai gak walau sikit. tapi pelik gak makan sikit2 tu rasa apa? hehehe

Vivi Lim @ Mrs.Nurulazmi said...[Reply to comment]

terliur saya nengok sambal tumis petai tuh...
vee mmg suka giler apa2 jer masakan yg ade petai..gulai lemak kacang kat entri bwh tu pun bikin nafsu makan vee tergoda =0).