Thursday, September 15, 2011

Puding Roti Sos Kastard


Assalamualaikum..

Opss kuah tak tuang lagi tu. Tak nampak menyelerakan. Tunggu nak tuang kuah yee..



Adehhh sedap nyerr... Cara saya, saya suke makan puding roti tu masih suam2 panas bersama kuah kastard yang sejuk sejuk. Alahaiii memang sedapp la sangat. Kalau Bais n Muaz suke sejuk2 belaka. Katanya makan aiskrim. 2 potong sorang habis untuk bebudak tu. Teringat akak saya duk mintak  buat kan puding ni, tapi tak sempat jugak nak buat. Nah amik la resepi ni kakak Hamidah ye. Sure menjadi dan elok dipotong dan semestinya sangat yummeh. Resepi amik kat rumah kak Hana dan asal dari maya.zakry dan  F&N@ myR.




PUDING ROTI SOS KASTARD
sumber: Hanamemories

Bahan-bahan

8 keping Roti
* 500 ml Susu segar
* 4 sudu besar Gula halus
* 2 sudu besar Butter- cairkan

* 2 biji Telur
* 1 sudu teh Esen vanilla
* 1 sudu besar Tepung Jagung
* 1 sudu kecil serbuk cinnamon
2 sudu besar Kismis *saya ganti kurma

Untuk Sos Kastard

1 tin susu cair
2 s/b tepungkastad- hana ltk 11/2 sb je..
2 s/b gula

Cara-cara

Koyakkan roti dan susun dalam loyang yang telah digris dengan sedikit butter.
Gaul rata bahan-bahan bertanda * dan tuang ke atas roti tadi.
Biarkan sebentar dalam 20-30min agar roti terendam sepenuhnya.

Taburkan kismis diatas adunan.
Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat.
Tuang ke atas puding roti tadi.



16 comments:

K.Nor said...[Reply to comment]

jah.. kita serupa la.. suka puding roti yg suam2 panas.. baru best :)

Ida,Japan said...[Reply to comment]

emmm...enaknyer...lama tak buat puding roti

izahdaut said...[Reply to comment]

kak norr..
gimme 5.. khann.. sedap je time tu lembut lembik gituu

kak ida..
saya pun dah lama sungguh tak buat. tu yang teringat2 je nak ngap. pulak lepas tengok kak nor buat puding roti croissant tu. lagi lerr

Sheila Shafeareen said...[Reply to comment]

betul akk pun suka puding roti ni...lama pulak x buat...mkn gan sos kasted curah lebih2...nyam nyam

Mas said...[Reply to comment]

makcikkkk...
aku lama dah tak buat puding ni...
jadi teringin lak..
bebahan semua dah ada..
tinggal rajin dan idak jerk membuatnya..
meh hulur kat aku sepiring...
dah menitik air liur dah ni..'
aku suka sangat sos kastard tu..
melelehhhh...

Sue @ Nenie said...[Reply to comment]

Salam..Lama betoi tak memuding roti cenggini..Sedapnya..

Hezrin Ahmad said...[Reply to comment]

dah lama sgt xwat puding ni.... anak2 suka... xpe one fine day... tapi bila...tetttt

Nurul said...[Reply to comment]

ala, sedappp plak tgk puding roti tuh... :)

Nazrah said...[Reply to comment]

tak der stok roti la plak...

Maria said...[Reply to comment]

sedapnya ni puding roti cicah ngan sos kastard..yummy..

sitiezahim said...[Reply to comment]

aa la dah lama tak buat..tengok kak izah nye tayangan amal ni, anak tekak saya meronta2 plak..hehehe

tun_telani said...[Reply to comment]

sedap! sedap!! tun pun suka wat kastad dulu pastu simpan lama2 dlm fridge kasi sejuk. pastu siap je bakar, terus kerat puding roti..sedapnyer..tambah pulak choc chip dlm puding.. fuhh.. mmg xsedar diri dh gemuk bila mkn.

RAJA ZARINA RAJA OTHMAN said...[Reply to comment]

nampak sungguh menyelerakan dari sehari ke sehari nak buat x juga buat2 pas nie mesti buat.....:))

Diana @ Melley Mey said...[Reply to comment]

Assalamualaikum izah akak cayang...
wah... cantiiiknya... mmg nampak menyelerakan sungguh... suka tgk pic2 tu... cantiiik...

Wiyah said...[Reply to comment]

salam.. mmg nampak menggoda btol puding ni akak,,& wiyah dah try buat mmg sedap..wiyah pinjam C&P resepi akak kat sini http://ayiewiyah.blogspot.com/2011/09/puding-roti-berkastad.html

Williamsbgvr said...[Reply to comment]

Never let yourself be fooled with other companies that provide fake ones. Tagged as british television, peter kosminsky, tv drama. Unique hoodia comes directly from farmers.1 brand of hoodia diet product on the market.