Saturday, February 11, 2012

Kuih Kaswi Lagii...


Assalamualaikum..

Ni semua gara gara Kamalia Jepun la ni. Saya kepantangan bila nampak kuih kaswi. Memang dediam karang, siap dah kena kukus kaswi tu. Tinggal nak santap aje. Diulang lagi resepi yang sama. Mudah dan cepat nak sedia. Kuih simple dihujung minggu. Tapi gambar ni memang dah ada dalam folder. Sekarang ni saya mengupdate blog jika terdapat gambar2 yang belum dipostkan lagi. Sebab gambar belum dapat cara tuk transfer. Nak transfer dari memory kad terus, slot kat lappy ni dah rosak kot. Ok sambung ngap kawi yang resepinya dari kak Hanieliza. Dah ramai yang tahu kesedapannya. Saya rekemenkan guna tepung ubi. Baru dapat kesedapan yang maksimum.Tq kak Liza.





Resepinya DI SINI. 






Friday, February 10, 2012

Begedil Daging Burger dan Info Plagiarism


Assalamualaikumm..

Salam dihari Jumaat penuh barakah. Alhamdulillah bernafas dengan segar dihari ini. Teringat pesanan Rasulullah SAW sentiasa setiap minit untuk menyebut istighfar. Kalau selalu amalkan insyaAllah jiwa pun tenang walau dikala kesempitan dan keperitan di derita.  Derita saya hadapi hari ni, kabel nyambung kamera ngan lappy untuk trasfer gambo dah hilang belum dapat dikesan. Tak reti nak transfer gambo masak2 cemana. Saya kalau hal gini  mmg lam mim bab sikit. Masih menderita untuk mencari dalam rumah yang kecik ini. Ntah mana la kabel tu ilang. Kalau terus ilang, sunyi la belog saya tak berupdate. 

Nak share sesuatu ilmu yang berguna. Mesti baca kat SINI yang dikongsi oleh kak Nor dan SINI dari Zack. Terutama buat blogger2 baru, dan khususnya lagi nak masukkan entry masak2. Cuba la baca, insyaAllah kita sama2 dapat ilmunya dan dapat guideline dalam berblog. Saya copy sikit yang telah diterjemahkan oleh Zack:


Entry khas mengenai tatatertib dan etika ketika berblogging serta berkaitan resepi:


Kebanyakan pengarang buku masakan dan penulis makanan mengikut beberapa peraturan ini:

1. Jika anda mengubah suai resipi orang lain, ia HARUS dipanggil "Disesuaikan daripada..." atau "Diadaptasi daripada...".

2. Jika anda menukar sebahagian resipi, anda MUNGKIN boleh memanggil ia resipi anda sendiri. Tetapi jika ia agak sama dengan resipi asal, anda harus mengatakan ia "Telah diiilhamkan oleh..." atau "Inspired by...", yang bermaksud bahawa anda menggunakan resipi lain sebagai inspirasi, tetapi telah diubah secara ketara.

3. Jika anda menukar tiga bahan dari resipi asal, SELALUNYA anda boleh menyatakan ia resipi anda.


Nombor 3 adalah perkara yang sukar, tetapi jika resipi tersebut begitu unik, anda mungkin mahu memberikan kredit sebagai inspirasi. Sebagai contoh, jika anda mencintai idea resipi Russian Black and White Cake, tetapi anda datang dengan keunikan anda sendiri (cth: Hot Cheese Chocolate Cake) yang sebahagian besar bahan-bahannya adalah berbeza (walaupun saya tidak tahulah kenapa), anda tentu boleh mengatakan ia "Diilhamkan daripada Russian Black and White Cake."

Akhir kata, bak kata penulis makanan Laurie Colwin, jika tidak kerana mereka yang berkongsi resipi, manusia sudah lama pupus. Oleh itu, teruskan tradisi lama berkongsi resipi. Ia yang membuat blog makanan istimewa. Tetapi adalah lebih baik, beretika dan mengikut undang-undang jika anda sertakan sumber resepi anda.



Terima kasih zack.

Dan resepi begedil ni pun saya amik dari blog zack. Dah lama cari resepi ni. Masa belum kawin lagi, duk usha adik sepupu sebab dia pandai buat begedil tuk makan pengantin. Katanya dari daging burger je. Dulu2 tanya, tapi tanya gitu je resepinya, lepas tu tak buat pun. Bila ternampak kat blog Zack, terus copy resepi dan baru sekarang nak buat sebab ada daging beger yang dah terbiar kejung gitu. Sedap anak2 suke ratah. Terima kasih Zack. *tak dapat nak memberi tumpuan la mengarang kali ni, ada orang duk berjoget. Haha.. kak Nor balas dendam ke?


RESEPI BEGEDIL DAGING BERGER
resepi: Zack 

16-18 biji kecil atau bergantung pada saiz

Bahan:
2 biji kentang saiz sederhana besar
Sedikit garam
1 keping daging burger
Daun sup/daun bawang dicincang- optional
1/sb - 1sb tepung jagung

1 biji telur, dipukul sedikit + secubit garam
Minyak untuk menggoreng

Cara:
1. Basuh dan buang kulit kentang.

2. Rebus kentang dalam air bergaram sampai tenggelam hingga empuk.

3. Menggunakan garfu, lenyek-lenyekkan kentang hingga lumat (ketika kentang masih panas).

4. Bila kentang agak suam, masukkan daging burger (defrost dahulu) dan daun sup/daun bawang (jika guna) dan gaul sebati. Masukkan 1/2 sb tepung jagung dan gaul sebati. Adunan jangan terlalu kering atau terlalu basah, takut berderai atau hancur semasa goreng. Kalau nampak basah, tambah lagi 1/2sb tepung jagung.

4. Ambil segenggam adunan, kepal-kepalkan sedikit dan bulatkan dengan kedua-dua tapak tangan. Leperkan sedikit dan susun atas dulang/pinggan. Buat sampai adunan habis.

5. Simpan dalam peti sejuk dahulu sementara panaskan minyak dalam kuali (untuk mengelakkan begedil hancur).

6. Celup adunan begedil satu per satu ke dalam telur dan goreng dalam minyak yang sederhana panas. Jangan selalu diterbalikkan, cukup bila satu permukaan sudah nampak keperangan baru terbalikkan begedil untuk masak permukaan yang lagi satu.

7. Angkat dan toskan atas paper towel.



Thursday, February 9, 2012

Cucur Susu Lemak Manis


Assalamualaikum..

Seminggu jugak belog ni tak berupdate. Masuk2 asik nampak cucur tembam kat bawah tu ye. Macam mewakili ketembaman tuan blog ni pulak. Terasa nak berehat dari berblog mcm si Mek Bangkok tu ha. Badan dah menten baru aktif blog balik ek. Tak acii tak aci.. Huhu..  InsyaAllah.. akan difikirkan jugak caranya tu. 

Meh la jamu mata dengan cucur susu lemak manis ni. Ternampak kat rumah Mas, terus aje buat untuk hidangan petang anak2. Betul kata Mas, cucur ni padat tapi gebu lembut mcm kek. Beza dengan cucur bom tu, lebih ringan mcm ke donut. Ternampak jugak kawan2 blog yang lain ada jugak dah menerai cucur ni. Rasa2 ternampak mcm kak Q pun dah buat kan.  Resepi dari kak Fida yang memang tak dinafikan resepi2 kak Fida memang menawan hati sesiapa yang mencubanya, dan terima kasih kak dan Mas.


 psss.. tisu ijau kamben tu datang dari jauh. Dari German. Tq dear!! 

CUCUR SUSU LEMAK MANIS
resepi: kak Fida
sumber: Mas
  

Bahan :

1 1/4 cawan tepung gandum - diayak
1/2 sk baking powder - diayak
1/2 sk bicarbonate soda - diayak
6 sudu besar susu pekat manis - lebihkan jika suka manis
1/2 cawan susu segar @ cair
garam secukup rasa


Cara membuatnya :

Ayak bahan2 kering ke dalam mangkuk.Masukkan susu manis dan tuang susu segar @ cair sedikit2 sambil dikacau hingga adunan licin dan sebati. Mas lebihkan sikit susu segar tu sebab adunan nampak pekat.
Goreng cucur dalam minyak yang panas sambil dibalek2kan untuk mendapatkan cucur yang bulat gelembong hingga keperangan, untuk mendapatkan cucur yang bulat2, jangan goreng banyak sangat cucur tu supaya cucur dapat kembang bulat dengan cantik dan tak melekat2.... :)
Angkat cucur dan hidangkan.




Friday, February 3, 2012

Cucur Udang Tembam


Assalamualaikum..


Memang tembam, montok dan sedap. Cucur udang ni saya buat untuk hidangan diri sendiri for berbuka puasa. Sahla ketika ketiadaan suami. Kesian pulak nanti kalau saya hidangkan dengan udang2 yang menjadi kepantangannya. Pantang nampak pun iye, pantang makan pun iye. Terima kasih Cik Mat Gebu untuk resepi yang sedap ini dan kuahnya juga memang ngam dimakan dengan cucuq tu. TQ.. 

gambo kelabu hasap snap malam hari. tak weti nak setting. mencik..


CUCUR UDANG TEMBAM
resepi : CMG 


BAHAN-BAHANNYA :
2 cawan tepung gandum
1/2 camca besar instant yeast (mauripan)
1 3/4 cawan air (yang ni kurang lebih, tapi mat sukat dekat2 2 cawan air dia)
1 mangkuk taugeh (mangkuk sup kecil)
5 pokok kuchai, cuci dan kerat2
1 pokok daun bawang, hiris
1/3 camca teh serbuk kunyit
1 camca teh garam
20 ekor udang sederhana besar, cuci bersih, tos dan lap kering2 dengan paper towel


BAHAN SOS LADA :
5 biji cili merah
1/3 cawan gula pasir
1/4 cawan cuka
3 ulas bawang putih
1/4 camca teh garam


CARA MEMBUATNYA :
Dalam satu bekas, masukkan tepung, serbuk kunyit, instant yeast, garam dan kacau rata. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau pekat (sukatan kurang lebih 1 3/4 cawan atau lebih sikiiiitttt). Masukkan taugeh, kuchai dan daun bawang, gaul rata dan perap 30 minit.

UNTUK SOS LADA :- Kisar cili dan bawang putih hingga halus, tuang dalam periuk. Masukkan gula dan garam. Masak dengan api perlahan hingga pekat. Tuang cuka, kacau dan masak lagi hingga berada pada konsistensi sederhana pekat. Sejukkan

UNTUK CUCUR UDANG TEMBAM :- Panas kan minyak untuk goreng terendam. Panaskan senduk mungkun bersaiz sederhana selama 1 minit dalam minyak panas. Sendukkan bancuhan cucur udang tadi ke dalam senduk panas 3/4 penuh, lingkarkan dengan seekor udang dan rendam dalam minyak panas. Biar mengeras sedikit dan tanggalkan dari senduk (gunakan sudip tajam untuk menanggalkan cucur udang tadi). Ulangi proses membuat sehingga selesai. Goreng hingga kuning keemasan. Angkat cucur udang yang telah masak, toskan dan letak atas paper towel. Boleh hidangkan bersama sos lada tadi...Selamat mencuba!...






Thursday, February 2, 2012

Nasi Kari Ayam


Assalamualaikum

Ramaiii yang dah tahu kesedapan nasi ni. Saya je terlambat nak mencuba. Kunun alasan beras basmathi tak de. Tapi bila saya buat dengan beras siam aje, fuhhh memang kagom dengan kesedapannya. Sangaaaaat sedap. Anak2 makan bertambah2. Saya buat ni memang untuk anak2 makan lunch. Jadi saya dah ejaskan kepedasan kekarian dan kerempahan dalam nasi ni. Tapi still... alhamdulillahh.. kesedapan disetiap butir nasi! Terima kasih kak Pah dan teman2 blogger yang sudi berkongsi kesedapan nasi ni. Musti diulangi lagi. Anak2 suke sangat, sebab ayam nyer sangat lembut bila dimasak cenggini kan.  Skali lagi kak Pah TQ. Dan kak Nor, sebab saya duk teringat yg kak Nor kata nasi ni sedap!



NASI KARI AYAM




Bahan:
3 cawan beras basmathi *izah guna beras siam
1/2 ekor ayam ataupun lebih dipotong biasa
4 sudu besar butter atau majerin
8 cawan santan dari sebiji kelapa
3 sudu besar rempah kari
4 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 inci halia dihiris panjang
rempah tumis empat sekawan
1 cube stok ayam kalau suka
sedikit daun ketumbar *izah tak letak
daun kari ~ yg ni k.nor tambah
1 sudu besar lada hitam ~ ditumbuk (yg ni k.nor tambah gak)
garam


Cara:
Beras basmathi dibersihkan dan di tos kering airnya. Ketepikan.
Panaskan butter/majerin dalam periuk. Masukkan bawang merah, bawang putih, rempah empat sekawan, dan halia. Tumis sehingga naik bau. Masukkan rempah kari. Tumis sehingga rempah kari masak. Masukkan ayam. Kecilkan api dan biarkan air ayam keluar. Apabila air ayam kering, masukkan santan, garam, stok ayam dan daun ketumbar( k.nor letak daun kari sbb daun ketumbar k.nor masukkan dlm nasi bersama ayam). Masak sehingga ayam lembut dan masak. Padamkan api. * K.Nor masukkan lada hitam yg ditumbuk tu sekali dgn bahan2 lain spt santan, garam dll tu..

Kemudian curahkan kesemua bahan yang dimasak tadi ke dalam penapis. Ambil kuahnya dan masukkan ke dalam beras di rice cooker. Pastikan kuah itu cukup untuk menanak nasi sebanyak 3 cawan beras itu. Kita dah biasa masak nasi dan tentu tahu berapa banyak air yang nak digunakan. Tapi untuk nasi ini, sila lebihkan sedikit airnya daripada ukuran biasa. Kalau kuah tak cukup, tambah sikit dengan air. Kalau kuah terlebih, jangan habiskan. Boleh buat kuah untuk makan nasi nanti.

Apabila nasi sudah 3/4 masak, masukkan ayam dan segala macam tok nenek yang ada bersama ayam itu ke dalam periuk nasi. Gaul dan tanak nasi hingga masak.

Nasi ini boleh dimakan dengan lebihan kuah kari, sayur salad sempoi dan sambal belacan.



*izah ikut cara kak Nor 


Kuih Kaswi (kak Madihaa)


Assalamualaikum..

Memula sekali nak ucapkan tahniah buat Noorsha kerana gambar2 dari hasil tangannya telah disunting oleh pihak majalah Jelita. Bila tengok gambor dalam majalah tu nampak mewah je hasil sentuhan dan kombinasi warne yang digunakan dalam menu2 nya. Tahniah sha. ;-)

Tetibe tekak terasa nak makan kuih kaswi. Kalau tekak ni nak kaswi memang tak menahan2 lah. Buat peminat2 kaswi memang saya dapat bayangkan kalau tekak tetibe nak makan kaswi. Ingat kaswi ingat kak Yatie. Hehe.. Kalau time puasa, saya boleh berbuka dengan makan sepinggan kuih kaswi, tanpa makan nasi. Saya boleh ulang2 makan sampai habis apa yang tak habis, jika ianya kaswi. Dan kaswi tu pasti kena ada wangi2 pandan, fuh lagi naik selera.  Kali ni saya mencuba resepi kak Madihaa yang sempoi dan hasilnya memang best. Lekit2 lembut lembik2 senang je nyior masin tu nak melekat. Wah i likeee.. Saya buat separuh dari resepi di bawah. Terima kasih kak Madihaa a.k.a kak Ratna.



KUIH KOSUI / KASWI

Bahan2 

3 cawan tepong gandum
2 sudu besar tepong ubi kayu
1 1/2 cawan gula merah (kalau utk mkn sendiri.. MaDiHaA letak 1 cawan je)
2 sudu besar gula pasir (ikut manis yang dikehendaki)
6 cawan air (gunakan separuh dari air untuk dimasak dengan gula merah)
3 ~ 4 sudu  besar kicap manis
2 sudu kecil air kapur 
*Izah tambah sehelai daun pandan dimasak bersama air gula 

Bahan salutan
Kelapa parut putih
sedikit garam  


Cara2 menyediakan
1. Masak gula merah & gula pasir bersama dengan  3 cawan air sehingga gula larut.  Tapiskan & campurkan dengan 3 cawan lagi air lalu sejukkan betul2 air gula tadi.  Sementara itu.. panaskan periuk pengukus.
2. Campurkan tepong gandum &  tepong ubi kayu lalu tuangkan air gula yang telah sejuk, air kapur & kicap manis lalu digaul rata.  Tapiskan.
3.  Sapukan loyang dengan sedikit minyak.  Tuangkan bancuhan yang telah ditapis lalu kukuskan selama 45 minit atau sehingga masak.  Sejukkan  betul2 sebelum dipotong & ; dihidang bersama kelapa parut yang digaul dengan garam.

Nota MaDiHaA : kukuskan sebentar kelapa parut supaya ianya tahan lebih lama.

Zaliedana pun dah cuba resepi ni DI SINI




Wednesday, February 1, 2012

Marble Cheese Brownies


Assalamualaikum..

Hari ni orang bekerja di wilayah bercuti sempena Hari Wilayah. Jadi en suami bercuti tapi si Bais sekolah cam biasa sebab sekolah dia dalam Selangor. Jalan pun lengang tak mcm semalam bersondol sodolan. Jom nikmati kelengangan dan ketenangan pagi ni dengan brownies cekelat bercheese ni. Sebab ada cheese sangat membantu dalam keenakkannya. Cuma,bagi saya brownies ni tang kek cekelat tu agak kering, kurang basah. Suami pun kata gitu sebab dia suke kek yang basah2 moist. Apa pun nanti boleh diejas menggunakan adunan yang sedikit basah.  Terpulang pada selera masing2 la kan.Tapi yang memang suke rasa brownies yang asal, memang inila resepi idaman anda. Best!! Terima kasih kak yatie dan tuan resepi Kak Rinnchan. Lain kali nak cuba lagi. ;-)



MARBLE CHEESE BROWNIES
resepi: kak Rinnchan
sumber: Kak Yatie  


 Bahan-bahan Brownies :

250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor *izah letak 3/4 cwn
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder*
1 tsp soda bikarbonate*
1 tsp esen vanilla


Cara-cara:
Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
Masukkan susu cair dan kacau sebati.
Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.

* Bergantung pd oven masing2




Bahan-bahan lapisan cheese:

250g cream cheese
1 cwn gula castor *izah letak 1/2 cwn
1 biji telur gred B


Cara-cara:
Pukul cream cheese hingga gebu.
Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.