Assalamualaikum..
Tak komersial betul namanya kan.
'roti labu".. bila dengor makcik tepi jalan cakap gitu, terencaat je nak beli. Kikiki..
Memang saya tinggalkan sepotong lagi labu kukus untuk meroti atau mendonut.
Tapi selepas kak Nor dan Kak Yatie memosing roti yang cukup menggoda saya, maka saya pun nak meroti jugak.
Memang tak sia-sia setelah lama tak meroti.
Cukup cukup berpuas hati dengan hasil kalini.
Alhamdulillah.. semuanya datang dari Allah dengan keizinanNya.
Memang anak2 gemaarr makan roti ni. Itulah yang saya doakan setiap kali buat roti.
Sebab mereka ni cerewet sikit dengan roti-roti ni. Memilih yang memang mereka berkenan.
Ini lah hasil yang setiap pembuat roti nak lihat hasilnya.
Sungguhhh gebu lembut kebasahan gitu. Kekal lembut hingga esok hari.
Resepi saya ikut Mas yang adaptasikan dari Roti Kentang DI SINI.
Memang saya akui resepi roti kentang ni lembuutt sangat, walau tanpa agen pelembut kecuali telur.
Tapi kali ni saya dah tambahkan sikit pelembut roti.
Siapa yang nak meroti dan ada labu dlm peti es, silakanlah mencuba dan enjoy menikmatinya.
ROTI LABU
Resepi asal : Lemariresep
Sumber : MasDuniaku
Bahan :
300 gr tepung roti
100 gr tepung gandum
100 gr labu, kukus, haluskan *izah letak 150 gm
15 gr susu tepung
2 butir telur
75 gr gula pasir
2 sdt yis segera
77 gr margarine
1 sdt garam
100 ml air sejuk dari peti sejuk *izah letak 80 ml
1/2 sk pelembut roti
Bahan olesan:
1 biji kuning telur dan 50 ml susu cair, campur rata
Izah guna madu campur susu segar.
Mas guna madu + susu segar + sedikit kuning telur
Cara membuat bun :
Campur tepung, gula, susu, labu, yis, aduk rata, ketepikan.
Tambahkan telur dan air sejuk sedikit demi sedikit, uli hingga jadi doh.
Tambahkan marjerin, uli hingga elastis, diamkan 30 menit.
Kempiskan, timbang 50 gr, diamkan 10 menit.
Pipihkan atau bentuk sesuai selera, aku taruh di cup muffin, diamkan 75 menit.
Oles bahan olesan, panggang 190 C selama 12 menit(aku kurang dr sepuluh menit, karena api kebesaran,makanya agak hitam tuh...)
Cara Mas dan Izah :
Saya guna Bread Maker dan campurkan bahan menuruti BM.
Bentukkan bulat2 dan rehatkan 30m minit atau sehingga doh naik lagi dan sapukan madu + susu segar + kuning telur dan paipkan sos kastard atas roti.
Bakar pada suhu 180 C 20 - 25 minit dengan api atas bawah.
Bahan Sos Kastard :
3/4 cawan susu segar
2 camca besar tepung kastard
2 camca besar gula halus
1 camca teh mentega
1/2 camca teh esen vanilla
Cara membuat sos kastard :
Satukan susu, gula dan tepung kastard. Kacau dengan wisk hingga semua sebati. Masak atas api perlahan sambil terus mengacau hingga pekat. Angkat dari api, masukkan mentega dan esen vanilla. Gaul rata dan biarkan suam sedikit.
Tu diaaaaaaaaa aiiiihh..







































