CSS

Friday, April 8, 2011

Pumpkin Doughnut Muffin


Assalamualaikum..

Selamat pagi di hari Jumaat penuh barakah ini. Jom sarapan dengan muffin donut ni. Texture macam  muffin, coating tu yang macam donut. Rasa muffin ni macam muffin gebu biasa biasa gitu la. Tapi Bais kalau yang coating dengan gula sangat la dia suke walaupun simple cam ni.

Tazkirah of the day:

Abdullah bin Mundzir telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda; 'Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan yang terbesar di sisi Allah. Ia adalah hari yang lebih besar di sisi Allah daripada hari raya fitri. Pada hari itu telah terjadi lima perkara iaitu penciptaan Adam, pada hari itu dia dikeluarkan daripada  syurga, pada hari itu juga dia diwafatkan dan pada hari itu terdapat satu masa di mana tidaklah seorang hamba itu meminta sesuatu daripada Tuhannya melainkan akan dikurniakan kepadanya selagi tidak meminta yang haram. Pada hari itu kiamat akan terjadi dan tidaklah seorang malaikat muqarrabin pun di sisi Allah azza wajalla melainkan ia takut pada hari Jumaat, (tetapi) tidak langit dan tidak bumi melainkan ia merasa kasih pada hari Jumaat.


PUMPKIN DOUGHNUT MUFFIN

Bahannya:

1 cup gula 
1/2 cup butter
2 biji telur
1 3/4 cup labu dilecek
1/4 cup buttermilk
3 cup tepung
1 sk soda
1 sk baking powder
1 sk garam
1/4 sk serbuk pala * saya tak letak

coating:
gula secukupnya
butter
serbuk kayu manis *saya tak letak

cara:
1. Pukul butter dan gula hingga gebu.
2. Masukkan telur sebiji demi biji dan pukul setiapnya.
3. Masukkan pula labu dan buttermilk. Pukul lagi.
4. Ayakkan tepung, garam, soda dan b.powder ke dalam adunan dan pukul lagi hingga lembut dan licin.
5. Adunan agak kental dan berat.
6. Cedukkan adunan ke dalam muffin pan yang digris.
7. Bakar pada suhu 180 C slama 25-30 minit.
8. Angkat dan sapukan butter dan coating dengan gula. Hidangkan.





29 comments:

Zaliedana said...[Reply to comment]

Labu da lagi lam esbox,xtau lagi nak wat pa,kalo wat mapin camnih,hubby kureng ckit,jenuh gak nak pikiaq nak wat pa ngan si labu nih..B4 tuh,meh nak rasa ckit lah mapin akak nih..

suri solehah said...[Reply to comment]

salam izah..kat tempat akak ni susah skit nk jumpa labu..takpalah akak jamu mata dah le..huhu

izahdaut said...[Reply to comment]

@Zaliedana
try buat lepat labu. sedap.. semalam akak buat lepat labu.ngehehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@suri solehah
akak kat mana ek.. susah ye nak jumpa... rasanya 2,3 bulan lepas baru aje musim menimbun labu neh..

Sari Yusa Ibrahim said...[Reply to comment]

creative.. creative... Ijah, awat kita takleh kawan dlm fb?? huhuhu..

izahdaut said...[Reply to comment]

kak yus.. saya ada problem nak add friends.. tak boleh la.tapi saya boleh comfirmkan aje..ce akak add saya.. ce cube ce cube... huhu..sadiss gak kak

Zaliedana said...[Reply to comment]

Kak izah,
Ce cite ce cite ckit resepi lepat labu,malas toi nak search resepi..erm hubby sy msti suka kot..Rini xleh wat lagi dun pisang xda,esk lusa leh la try..

izahdaut said...[Reply to comment]

petang karang akak masuk resepi. senang je. cam buat lepat pisang je. akak buat suku biji labu tu dapat dalam 10 ketul lepat. suku labu+6 sudumakan tepung+gula+kelapa parut+garam.

Mas said...[Reply to comment]

makcik....agak2 ada lagi ke labu tu...
meh sini sikit...he..he...
aku nak mapin ngan lepat labu tu....
ada lagi kan...tak mo kedekut..he..he..

izahdaut said...[Reply to comment]

lepat habisss... nak mapin nak 2 ketul.. kiki..eh ada lagi sesuku labu dalam peti ais.ingat nak buat kek.cam sedaaappp je aku tengok kek labu.

Zaliedana said...[Reply to comment]

Tengs dear..Moga tuhan ajer ygmembalasnya..Pstt kak mas,g sana jauh2,tamak toi nak mapin ngan lepat sekali,muahaha..

izahdaut said...[Reply to comment]

zaliedana.. orait je... hehe.. kadang siok kan main tukor resepi ni. bagi idea dan cara nak derhaka suke mengikut citarasa..

Naz said...[Reply to comment]

Ala izah.. ala tomei2nye pumpkin doughnut muffin tu.. Tuan yg buatnya comel jugak ker? :))

izahdaut said...[Reply to comment]

kak naz.. kura kura dalam perahu, pura pura buat tak tahu.. tanya lagi... sah sah la comel jugak.. *hak hak tuii.. hahahahha

MaDiHaA a.k.a Ratna said...[Reply to comment]

re: izah.. air tangan husband akak lg sedap dari akak.. hehe.. kalau dia buat nasi goreng ke atau gulai kawah ke... hmmm.. bertambah2 mkn.. skrg ni time dia keje shift mlm.. akak balik dr kerja dia dah siap masak.. akak ngan anak2 balik terus leh ngap jer.. hehe.. kami sampai rumah pun dah kul 7 mlm.. dia nak gi keje kul 7.40 gitu.. so dia masak la dulu...

HaSue said...[Reply to comment]

oooo ni laaa menu diet yg x menepek lemak yerr..hahaha...bak aku 2 ketui...cam besh jer tu..aku dah berkurun x jumpa labu nih..anak aku tuh kalo nampak labu mmg x smpt2 jd kuih..

Sheila Shafeareen said...[Reply to comment]

Salam izah- ooo letak labu juga yeee patut npk cantik menarik gebus betul leee..

Wanieyra said...[Reply to comment]

salam izah...

kat loyong muffin tu tak perlu letak cup ke? ke terus tuang je dalam loyang muffin tu?

Yatie said...[Reply to comment]

Assalamualaikum Izah,
Suka tngk muffin2 yg Izah buat..comel2 je mcm tuannya...betul tak Bais dan Muaz???.... Betui..betui...hehehe..(sporting je kanak2 riang ni layan auntie Yatie)

izahdaut said...[Reply to comment]

@MaDiHaA a.k.a Ratna
ha ah..saya pernah bace dulu yg hubby akak dok masa kalau tuko shif gitu kan..hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@HaSue
ko kan suke menanam..tanam la lagi labu.. sejuk tangan ko tu mekk

izahdaut said...[Reply to comment]

@Sheila Shafeareen
ha ah..taruk labu..boleh la..asal anak2 suke makan saya ok je..hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Wanieyra
ira saya tak letak cup mapin pun. gris kan aje pan tu dan ceduk je..kalau jenis nonstick lagi senang tak yah gris pun ngan butter

izahdaut said...[Reply to comment]

@Yatie
hahaa.. ye la tu kak yatie.. mmg sporting aje kalau time tak mengamuk..kiki

Mak Qis said...[Reply to comment]

izah...rasa dua mcm muffin ke mcm donut..hehehe..bahan2 semua ada neh...rasa gedik nk buat dh

Mak Qis said...[Reply to comment]

ishhh typo...nk tanya rasa dia...bkn rasa dua..hehehe...

izahdaut said...[Reply to comment]

Akak. Pada saya rasa dia lebih pada texture mapin yg padat berat gebu gitu. Yg mcm donutnya sebab coating ngan gula tu je.kalau nk try cube la kak. Saya buat half je ni

Nieza said...[Reply to comment]

wahhh melabu lagi ke zah?...ishhh mcm2 menu labu dok tayang ni kita jer tak jumpa labu lagi....kena tanam sendiri la kot labu....hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

hehe... cam ner lak tak jumpa labu kat sana tu.. bukan ke kat sana duk sambut hari labu la pa la..ke bukan? hehee..tanam je la nieza..apa tunggu lagi..hee