Tuesday, April 26, 2011

Sardine Rolls


Assalamualaikum..

Sardine rolls ni memang best. Saya buat separuh adunan je, tak cukup la pulak. Dak kecik tu pun suke. Abangnya aje tak gemor sardine. Pasti dibuat lagi dan lagi. Pastry dia sedap, inti sardine pun sedap masam2 secukup rasa.


Nak buat pun tak susah mana. Bila tengok balik gambo ni rasa terliur jeee... Mekasih Noorsha untuk resepi best ni. Sebenornya dah lama duk simpan resepi ni dlm folder. Masa belum berblog lagi. Dan umah kak Hana pun ada sardine roll tapi tukor tuna rolls.


SARDINE ROLLS


Bahan-bahan ( Untuk Pastri - 27 biji small size )
200 gm Tepung Gandum
100 gm Mentega Sejuk
Air Sejuk
Secubit Garam

Bahan-bahan untuk inti
1 Tin Besar Sardin
1 Biji Bawang Besar - Dihiris
* 3 Ulas Bawang Putih
* 5 Biji Cili Api (boleh tambah kalau nak pedas lagi)
1 Biji Lada Merah - Dihiris
Garam
Secubit Gula
1 - 2 biji limau kasturi

Cara-cara

Untuk Pastri :
Ayak Tepung Gandum bersama Garam ke dalam mangkuk.
Potong mentega sejuk kepada saiz 1 cm dan masukkan kedalam adunan tepung.
Ramas tepung dengan mentega sejuk sehingga menjadi seperti breadcrumb @ serbuk roti.
Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit dan uli hingga doh licin &; tak melekat di tangan.
Balut doh dengan plastic wrap dan masukkan dalam peti sejuk sebelum sediakan inti.

Untuk Inti
Asingkan sardin dengan sos dan hancurkan.
Bahan-bahan bertanda ( * ) ditumbuk halus dan tumis sehingga wangi
Masukkan hirisan bawang besar &; tumis bersama hingga layu.
Masukkan 3 sudu besar sos sardin yang telah diasingkan tadi. Tumis hingga garing.
Masukkan sardin yang telah dihancurkan tadi, lada merah yang dihiris dan perasakan dengan garam, gula &; limau kasturi.
Tumis hingga betul² garing.
Cara menyediakan Sardine Roll
Canai nipis pastri &; potong kepada sais segi empat tepat (saiz roll terpulang pada citarasa. Saya buat kecil²)
Masukkan sedikit inti sardin &; gulung.
Susun dalam dulang pembakar &; sapukan permukaan roll dengan kuning telur
Dengan menggunakan hujung gunting, gunting sedikit permukaan roll tadi &; bakar sehingga kuning keemasan.



22 comments:

Rabiatun Adawyah said...[Reply to comment]

aduihhh...comeyy nyer la aiiiiihh..nak kena buat jugalah nih..hihi

Ayu said...[Reply to comment]

kalau sedap, bolehlah selalu buatkan izah..boleh perbagaikan intinya tu..

CT Delima said...[Reply to comment]

A'salam izah..selamat pagi :D

ewahhh.. cepatnya memasak, bak lah sikit. K.ct nak merasa air tangan izah ni. kalau habis masak lah lagi... hihihi

Cendana Kasih said...[Reply to comment]

mmg tergoda dgn sardin...apapun yg berasaskan sardin mesti sedap

Mas said...[Reply to comment]

rajin kau buat pastry sendiri makcik...
ehh..pastry tu sama tak rasanya macam pastry jenama kawan tu..
masuk list...nanti2 aku nk try buat...
beli sardin dulu..muahaha...

Zaliedana said...[Reply to comment]

Kak Izah,nmpak pong comey ajer..Rasa mesti xyah ckplah,sure sedap kan..

izahdaut said...[Reply to comment]

@Rabiatun Adawyah
sangat best.. rekemanded.. heheh..suke sardine memang berbaloi buat ni

izahdaut said...[Reply to comment]

@Ayu
betul tu kak ayu.ada yang buat inti sosej.

izahdaut said...[Reply to comment]

@CT Delima
waalaikumussalam warahmatullah..
kak ct nak rasa ke? aduhh kena buat lagi la ni. bagi alamat nanti saya mai hantar..wahhh..haha

izahdaut said...[Reply to comment]

@Cendana Kasih
betul tu kak noorma.. sedap ngat apa apa ngan sardin ni

izahdaut said...[Reply to comment]

@Mas
kalau ikut tekak aku, aku suke pastry mcm ni lagi. rangup..sedap.. anak aku pun suke. kalau guna puff jenama kawan tu diorang tak reti plak makan. yang ni rangup lembut gitu. sedap

izahdaut said...[Reply to comment]

@Zaliedana
sedap ct.. kalau buat untuk tetamu pun bagus ni.. untuk anak2 bekal ke sekolah pun elok

izahdaut said...[Reply to comment]
This comment has been removed by the author.
K.Nor said...[Reply to comment]

peeewwwiiitttt! ku ternampak sesuatu yg berbau kedai :)

K.Nor said...[Reply to comment]

agak2 lepas ni keluar gak n3 souffle hehe

nOOrsha said...[Reply to comment]

sedapnye..aku da lame x wat sardine roll nih.. psst.. klo kat umah ni, wat 1 adunan tu ngam2 je abih, hu8bby suke...aku je malas nak wat... hehehe....time kaseh yer sudi mencube resepi ni... ^^

kaksu said...[Reply to comment]

izah...wah sedapnya sardin roll tu...comel2 lagi... nak kena try jugaklah...

Mas said...[Reply to comment]

sedapnya tgk sardine rolls tu :)

HaSue said...[Reply to comment]

aku pun dah buat nih..mmg best..lama lak rasanya x mkn sardin..huh..

cik cek said...[Reply to comment]

Salam Izah...

tetengahari dtg kat sini...jumpa Sardine Roll....terus rasa teringin nak makan...lapo pun ada ni...nak mintak seketultak tau la ada lagi ke tak...nampak gaya cam kena buat sendiri je ni...kak cek amik resepi lagi ya Izah...

Nazrah Bakery & Dunia Kuih said...[Reply to comment]

comelnya..sekali ngap je boleh masuk mulut...

Sari Yusa Ibrahim said...[Reply to comment]

mcm senanglah buat, tapi hubby akak lak tak mkn sardin kecuali sandwich sardin jer... :(