CSS

Monday, April 4, 2011

Bubur Som Som


Assalamualaikum..

Tengahari tunjuk dessert lak ye. Sesuai ler buat untuk minum petang. Atau pun dessert lepas makan lunch. Rasanya som som ni mmg perfect dah. Sesuai dengan kahendak tekak saya. Texture dia memang licin dan lembut ala ala tofu lembut tu. Wangi pandan dan lemak masin santan dimakan dengan air gula melaka memang  tak puas menyudu ke mulut . Lepas sesudu mesti nak sesudu lagi dan lagi. Resepi ni saya amik dari kak Rose. Dah lama simpan dlm list hingga ternampak semula kak Rose buat baru ni. Mekasih akak! Mintak izin copy sini pulak ye.



BUBUR SOM SOM

Bahan-bahan
100 g tepung beras
100 g tepung jagung
1,600 ml santan (500 ml KARA+ air)
100 ml air pandan (atau 100 ml air + pandan pes)
1 sk garam atau secukup rasa
sedikit pewarna hijau (opt)

SIRAP GULA MELAKA :-
500 g gula melaka
1000 ml air
2 helai daun pandan - disimpul

Cara-cara:
Masak sirap gula hingga gula larut dan tapis.Ketepikan.
Satukan kesemua bahan2 dalam periuk dan gaul rata.Masak hingga pekat dan kilat,hingga adunan meletup-letup.
Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan dan sejukkan.
Sajikan bersama sirap gula melaka.

Nota: saya buat separuh dari resepi. Dapat dalam 6 biji som som standard bekas yang saya gunakan di atas.


41 comments:

nOOrsha said...[Reply to comment]

sedapnye bubur som²..rase cam bln pose lak.. aku mmg suke bubur som²...lemak2 sket, masin2 sket..ekekkee....

izahdaut said...[Reply to comment]

noorsha..betui tu. sedap benor menyudu som2 neh.. aku pun buat time puasa ari tuh.tapi entah bila dah lupa.haha...tapi texture resepi ni mmg aku rasa dah sedap dah..dah elokkk je lembut licinnyer tu

Wanieyra said...[Reply to comment]

heee izah ni! tak patut betul tunjuk dessert waktu2 macam ni..perut tengah berbunyi ni....ingatkan nak singgah lunch kat sini...saja je kasi kita cuci mata je..huhuhuhu

izahdaut said...[Reply to comment]

wanieyra..
hahaha.., aloo sian dia. tengah panas gini dapat bubur som som sejuk memang la best..waduhhh sedap bangat!! kiki.. berasap telinga ira..kiki

Mas said...[Reply to comment]

makcik..kau baru try ke resepi ni....dah berapa lama peram ini resepi...he..he..

aku dah try buat dulu..memang best dessert ni..aku pun suka..
lama dah tak makan..meh sikitttt

Ayu Safieza said...[Reply to comment]

Izah....adeh dah kene foot bite ni....berterabur duk kejor entry hang...tadi nampak kueh pakcik gandus yg glamor tu...baru je nak komen pasal museum toy tu....mmmmm, dah kuarlah puding makcik som ni.....mmmm hebat hebat......:)

Busy sket...sbb minggu depan...baliiiiik...yippppey!!!

nOOrsha said...[Reply to comment]

mokcik izah...nak copy recipe tu ko highlight cam biase, tekan serentak ctrl+C, padtu paste tekan serentak ctrl+V...

HomeKreation said...[Reply to comment]

Kuih2 camni makan byk2 & selalu2 pun tak jemu. Masalah nya nak buat... tak susah tapi kenapa ler byk ngat halangan... nak mintak Izah punya pun buat 6 ketul jer...hehe

ziey said...[Reply to comment]

ermmm sejuk rasanya izah panas2 terik kita kat sini..

Jiya said...[Reply to comment]

ingat posa ingat bubur som som.. akekekekeke..

♥♥azatiesayang ♥♥ said...[Reply to comment]

Salam Izah...klu dpt mkn yg sejuk2 bubur som2 mmg best!

HaSue said...[Reply to comment]

bubur som2 nih mmg gini ke ghupanyer?aku x penah mkn kot..aku tggu laa aku rajin byk nak gak try resepi nih..sementara tu suapkan laa aku banyak kali smpai aku kenyang ye

fara dean said...[Reply to comment]

salam izah
lama tul x singgh kt dpur izah! bz je..
som2 kegemaran kita..tp ayah yg slalu buatkan..ekekke..ada ke patut..
texturenya lembut..ayah kita siap puji lg izah..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...[Reply to comment]

lama tak buat bubur somsom.. sedapnya... lemak2 manis.. suami akak suka kuih ni..

suri solehah said...[Reply to comment]

salam izah..tengok resipi ni terus berair mulut..tak tahu lah nape akhir2 ni akak suka yang manis2 huhu

ady said...[Reply to comment]

as-salam
bubur som som ni my whole family feberet.. memang best..

dZana said...[Reply to comment]

biasa bulan puasa jer rajin buat som2 ni.. tgh2 musim panas skrg ni pun sedap jugak dpt mkn som2 yg sejuk2 kuar petiais

kak Erna said...[Reply to comment]

izah..bubur yang akak paling suka..dulu2 arwah mak selalu buat.sedap sangat.

Yat Maria said...[Reply to comment]

Zahhh...bak sini 3 ketui wat akak...akak peberet som2 nih...tapi tak peberet nak kacau2 adunan dia sampai letup2..heheh

Sizuka said...[Reply to comment]

izah,

another kuih yg ala2 bubur som2 ni, is lompat tikam. akak tak penah makan bubur som2. orang kata bubur som2 ni from utara. kita org from pantai timur, makan lompat tikam je. kuih fav my hubby :D

Bee said...[Reply to comment]

ukanya kuih2 mcm ni, nak tunggu line clear..nak posa & buat bubur som2 tuk berbuka, bestnya!!!

izahdaut said...[Reply to comment]

@Mas
aku neh mmg lambat sokmo makcik.hehehee.. memang best kan som som ni.lembutt je

izahdaut said...[Reply to comment]

@Ayu Safieza
balik mesia ke? ambboii seronoknyee diaaaa

izahdaut said...[Reply to comment]

@nOOrsha
tq sha... mueehehee

izahdaut said...[Reply to comment]

@HomeKreation
betul betul.. hehe.. tak susah mana pun, senang je.tapi nak buat tu lambat bebenor nak ke dapo nyer..hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@ziey
tu la, dapat sejuk2 amboii sedap bebenor

izahdaut said...[Reply to comment]

@Jiya
ye la kan.biasa bulan pose je jumpa.

izahdaut said...[Reply to comment]

@♥♥azatiesayang ♥♥
rasa cam tak cukup je dua ketul kan kak. nak menyuapp je.hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@HaSue
erkk napa weh.ada rupa lain lak ke? ko try la. memang sedapp. licin cam puding karemel tuu.. saja menggoda.. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@fara dean
wahhh best lah kalau ayah yang buat kan... haha.. kite tumpang makan je la ekk

izahdaut said...[Reply to comment]

@MaDiHaA a.k.a Ratna
kalau somi suka lagi la rajin membuatnyer kak kak..

izahdaut said...[Reply to comment]

@suri solehah
uikk ngapa tu? hehe.. jangan kencing manis sudah kak.. hehe gurauu..kalau crite manis ni, saya pun suke sangat la kuih manis2..uii bahaya betull

izahdaut said...[Reply to comment]

@ady
wah boleh buat banyak2 kan.makan ramai2 seronokkk

izahdaut said...[Reply to comment]

@dZana
tu la kak. saya makan suam ngan leps kuar peti sejuk..hamboii yang kuar peti sejuk tuu sedap beebnorr

izahdaut said...[Reply to comment]

@kak Erna
ye ke kak..senang je ni buat nyer kan. saya pun 1st time cube.sukeee

izahdaut said...[Reply to comment]

@Yat Maria
hahaha..akak neh memang lawak tau.. ala nah amik 3 ketui gi makan jauh jauh nun,.hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Sizuka
betul tu kak.. macam lompat tikam pun ada walaupun ada kelainannya..dua dua pun saya suke jugak..hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Bee
oye.. memang sesuai buat berbuka..yang ni masuk mulut dulu.hehe

Lyn said...[Reply to comment]

Hi..saya baru cuba resepi ni smlm...mmg best! Nk tanye sikit...brape lama bole simpan kat dlm peti ais? Masi ade bynk ni..lepas sehari basi tk?

izahdaut said...[Reply to comment]

@Lyn
insyaAllah lama jugak tu.. elok cara masak seminggu pun ok lagi. simpan dlm bekas elook :-)

ruhilah abdkarim said...[Reply to comment]

Alahai...seddappnya!!!alhamdulillah menjadi bubur sum dum hari ni...