CSS

Tuesday, May 24, 2011

Talam Sagu Berlapis


Assalamualaikum..

Lambat sikit hari ni. Melayan anak-anak dan melayan en mood yang tak berapa nk bermood.
Kuih talam sagu berlapis ni saya makan sebiji, kenyang sesangat niha.
Resepi ni 1st time jumpa, cik puan manisss kak Yatie yang dah try.
Kak Yatie kata kuih ni kenyal-kenyal manja.
A ah memang betul.. manja manjakani gitu.
Saya buat half adunan saja.
Sangat la banyak untuk kami bertiga ni ha.
Puas makan sampai ke petang la nampak gayanya.
Mekasih buat kak Yatie dan Kak Wan tuan punya resepi.
Izinkan saya letakkan resepi half di bwah ni pula ye.
Untuk full adunan boleh rujuk di SINI.


KUIH TALAM LAPIS BERSAGU
resepi: kak Wan
sumber: kak Yatie

Bahan-bahan
50 gm sagu

Bahan A
115 gm tepung beras
50 gm tepung ubi / tepung sagu
200 ml santan pekat KARA
175 ml air

Bahan B
160 gm gula
150 ml air
3 helai daun pandan

Loyang 9" empat segi

Cara-cara :
Didihkan air yang banyak, masukkan sago dan masak hingga sago menjadi jernih. Tos dan siram dengan air paip. Ketepikan.
Masak bahan B hingga gula larut. Ketepikan.
Satukan semua bahan A, masukkan bahan B, gaul rata dan tapis.
Ketepikan 150ml adunan untuk lapisan atas, masukkan pewarna hijau dan esen pandan. Ketepikan.(Saya letak pewarna kuning)
Kemudian masukkan sago yang di toskan tadi ke dalam baki adunan. Bahagikan kepada 2 bahagian dan warnakan setiap satu dengan warna hijau dan merah atau warna di sukai.
Tuang 1/2 bahagian dari adunan hijau ke dalam loyang 9" yang telah dileser dengan sedikit minyak. Kukus selama 5 minit.
Tuang 1/2 bahagian dari adunan merah, kukus selama 5 minit. Ulangi melapis adunan hijau dan merah berselang seli hingga habis.
Akhir sekali tuang adunan lapisan atas, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit. Biarkan betul-betul sejuk baru di potong.


            

48 comments:

Sheila Shafeareen said...[Reply to comment]

Salam Izah
wahhhhh dah sampai sini yee tama sagu..menarik suka gan kuih basah cam ni..lawa le pepel lagi...nak cikit

ijayuji said...[Reply to comment]

aaarrrgghhhhh izahhhh i hate uuuu i hateeee uuuuuu ahahahaha..... ai suke kuih2 gini! ni yg tak leh jadi niiiii... mau carik sagoooooooo ASAP!!! huh!

izahdaut said...[Reply to comment]

@Sheila Shafeareen
kak shiela jom kita mamam sama2.. sama potongkan tuk akak. sebab saya dah kekenyangan dah ni. hehee..jemput jemput

izahdaut said...[Reply to comment]

@ijayuji
hahahaha.. eh tak sedor diri lak ke?muahahaha.. gi cari gi...asap la konon.. kang berasap zup zap je kang hilang mek siam ni

StarAnise said...[Reply to comment]

cantik wananya...wana pepel tu perisa keladi ek? beli bran ape? memang asal color pepel gitu ek?

Zuwairi Aiman said...[Reply to comment]

Salam kunjungan.. singgah la ke blog saya ;)

CT Delima said...[Reply to comment]

As'salam izah

alahai... sagu2 ni kak ct sangat suka. esok izah buatkan sagu gula melaka pulak eh khas untuk kak ct jerrrr... hehehehe

Fiza Nordin said...[Reply to comment]

kaler maler, cun!!!

Gee® said...[Reply to comment]

syanteknya, syedapnya...terlioq laa...

nuanza said...[Reply to comment]

mengiurkan sbb kalerfullll!!

TopsyTurvyMum said...[Reply to comment]

Cantik la Izah kaler2 diaa..
Aku ada gak tepung ubi tak bersentuh lagi tuuu..tapi kena tunggu tahap kerajinan tu naik macam ko haha

Sheery Dream Cakes said...[Reply to comment]

Assalamualaikum izah...
wah menarik sungguh warnanya tu... cantik gitu...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...[Reply to comment]

akak ni kan.. projek sagu belum on lagi... dah berderet2 resepi dari sagu yg masih Q.... aduhhhh... mentang2lah sagu tu tahan lama & mcm tak reti nak rosak... so selalu jer terkebelakang.. cian kat sagu kat rumah tu... setengah kilo dok menunggu.. lom lagi masuk sagu yg berwarna.. yg saiz sedang, yg saiz besor.. bila mau abis daaa....

Anna Qawina said...[Reply to comment]

aku sagu takde lam gobok lagi..bnyk dah rsp sagu tu yg dok tunggu masuk dapo..haha..

Yani said...[Reply to comment]

cantik kaler maler talam sagu tuh

Zalieda Zaliedana said...[Reply to comment]

Kak izah,cantik sagu,eheh2 silicon mould eks..Eh akak kalo mkn sagu nih kira sedap+perapat lah,yerla kan manja manjakani,ngee..

inahar ali said...[Reply to comment]

uiisshhh...cun bebeno talam izah nih..rasa sayang lak nak ngaap! hehe..

KakAsma said...[Reply to comment]

mengancam sungguh sagu lapis ko nie zah..tertambat gak ler sagu lak dah habissss....

Nadz Nazharzan said...[Reply to comment]

Izah...cantiknya talam awak...Sampai sini dah talam sagu ni... Cepat Izah jogging di dapur ni...

tun_telani said...[Reply to comment]

omey nyerr!!!!!!!!!!! ish, xleh jadi ni.. dh laa tun ni suka mkn kuih yg ada sagu.. mlm karang smpai KL nk gi mkn kuih ni jap b4 blk segamat. hihi

Yatie said...[Reply to comment]

Assalamualaikum Izah,
Bila tngk kuih sagu Izah ni buat akak terliur semula...padahal baru buat aritu, siap satu adunan...mmng sedapkan...tak sangka satu family akak suka sangat...bila di sejukkan lagilah sedap...tak sabar nak balik cuti sklh ni nak buatkan utk mak akak...mesti mak suka....lalalala...

Juwita Jamaludin said...[Reply to comment]

Comel kuih dan warna lapisannta.. Buat saya juga tergoda

Unknown said...[Reply to comment]

wahh sungguh mengancam warna talam izah ni..warna purple tu yang suka bangat...sure sedap ada sagu tu kan...nk kena pi cari sagu dulula..hehe

anymz said...[Reply to comment]

zah,akak dah buat talam ni semalam tapi tak masuk entri lagi..tgk ko punya dulu..hahaha..sebenornya akak tersilap masuk loyang .yatie suh buh loyang 9".Akak pi buh loyang 8"..hah!hambik...dia jadi 5 tingkat..tinggi cam umah ko zah.
tu ada lagi lam esbok.anak2 makan dgn santan..jadi macam makan kueh sago pulak dah...

Yana said...[Reply to comment]

salam Izah...mak ai!!Kuih talam sudah mali...Yana xtau le bila nak mulakannyer....resepi dah ambik...tgk Izah punya kuih..tergodak pulak!! Mesti cuba nie..Nak kena beli sagu dulu..stok sagu pun xde...huhuhu....

Mas said...[Reply to comment]

kau dah buat makcik......
jelessnya tengok.....
aku pun nak buat nanti...

wehh....cantiknya talam kau...

izahdaut said...[Reply to comment]

@StarAnise
bukan perasa keladi pun nis, tu memang kaler purple. jenama kedai baking tu kot. adeh tak pasan lak. sebab ni kiriman dari jauh. kat kedai baking sini susah nak dapat kaler gini. 1 drop pun kaler dia dah kuat. cantik

izahdaut said...[Reply to comment]

@Zuwairi Aiman
tq..

izahdaut said...[Reply to comment]

@CT Delima
waalaikumussalam warahmatullah..
akak... saya pun suke sagu gula merah u. kalau buat takut tak sempat nak kirim kat akak je ni. hehehe..

izahdaut said...[Reply to comment]

@Fiza Nordin
tq kak fiza..try aa kalau suke kui lapis mmg layan je kuih gni

izahdaut said...[Reply to comment]

@Gee®
kalau dah terliur tu kena stim muka la nak buat kuih lapis ni. hehehe.. simple je ni, tak susah. leh try

izahdaut said...[Reply to comment]

@nuanza
betul tu, sebab buat ni pun duk terliur kuih kak yatie buat kanmain lawo

izahdaut said...[Reply to comment]

@TopsyTurvyMum
weh, elok je lagi ye tepung ubi akak tu, aku kalau tepung ubi ke pulut ke, kejap aje tak eloknya. napa ek.. letak juge dlm bekas kedap udara pun sama. huh

izahdaut said...[Reply to comment]

@Diana @ Melley Mey
waalaikumuusalam warahmatullah..
mekasih kak... suke main ngan kaler. budak2 pun excited kan.

izahdaut said...[Reply to comment]

@MaDiHaA a.k.a Ratna
wah akak sagu warne2 pun ada ye.. tak dapat saya nak bayang stok sagu umah akak ni. harus dibuat kuih jugak tu kak. hehehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Anna Qawina
gi beli cepat. banyak aje kuih sagu dlm list ko tu anna. ke ko nak buat list pekasam. hehehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Yani
mekasih kak yani.. saya ikut cikgu kuih talam buat kalerpul. ;)

izahdaut said...[Reply to comment]

@Zaliedana
aippp.. cepuk jugak dak ct neh.. hehehe.. eh akak tak gune silicon pun. guna acuan apam tu je. tapi senang gak nak keluar kuih ni. pss SM nak order boleh? ikikiki

izahdaut said...[Reply to comment]

@inahar ali
kak ina, lagi sayang kalau tak ngap. hehehe.. simple je kuih ni tapi sedap dan cantik..

izahdaut said...[Reply to comment]

@KakAsma
tak pe kak asma.. beli dulu sagu nya baru buat projek... suke nengok warne tu.. cantik elok je adunan ni

izahdaut said...[Reply to comment]

@Naz
kak naz masalah jogging kat dapur ni bukan makin kurang lemak tapi makin membanyak kan lemak tau.. haishh tak sesuai!! hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@tun_telani
e eh.. org nak balik semenanjung ni... sabo je la... hehe.. suke la dia tu ekk ekk ekk.. kerja sekolah siap ke belum?

izahdaut said...[Reply to comment]

@Yatie
waalaikumussalam warahmatullah..
tu banyak dapat satu adunan ni kan kak. maknanya satu family akak suke kuih talam ye. sah sah mak akak pun suke. hehehe...best la balik kampung!!

izahdaut said...[Reply to comment]

@Juwita Jamaludin
tu la kuih lapis dari amatur. kdg2 jadi kadang tak.. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Nieza
tu la, sebab adunan ni pun elok gitu. kemas je nanti jadinya. nieza, kadang2 menjadi kuih gini , kadang saya buat senget benget bercampur pun ada. hehehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@anymz
akak.. kalau makan ngan santan bertambah lemak la gaya nya. saya makan sebijik pun dah pening2 lemaknya tu. hahhaa.. mcm mcm gaya nak sesuai dengans selera kan kak

izahdaut said...[Reply to comment]

@Yana
tu la, bila tengok kuih gini, dan dan nak buat kan... hehe.. leh try cube. gi beli sagu dulu ye

izahdaut said...[Reply to comment]

@Mas
makcik.. ko tu cepat je nanti masuk dapur kui talam ni. hehe.. try la, mana tau kena ngan selera family kan kan