CSS

Wednesday, May 18, 2011

Vietnamese Spicy Lemongrass Chicken


Assalamualaikum..

Selamat pagi semua. Pagi ni nak share satu lauk ayam yang sedap. Memang sedap dan simple. Yang penting penyediaan yang mudah, bahan yang mudah dan hasil yang sedap. Tapi... sebab lauk ni untuk anak anak kecil saya tu, jadinya part spicy tu saya skipkan. Tapi for sure saya akan buat lagi untuk santapan para ahli dewasa pulak. Dan memang dapat bayangkan manis masam bergabung dengan pedas tu akan menjadikan lauk ni sangat sedap. Tak pelik bila ada yang duk ulang2 buat lauk ni kat myR. Dan antara yang dah cube Kak Nor, kak Yatiezaini dan kak Hana.

 Mekasih buat kak tulip77 untuk resepi yang memang kena dengan selera anak anak saya.



VIETNAMESE SPICY LEMONGRASS CHICKEN
sumber: tulip77@myR

Bahan-bahan ( 5 org )

3 keping isi ayam, potong saiz kecil2 *saya goreng sebentar 
3sb gula
2sb minyak masak
3sb sos ikan
3btg serai - ketuk
1sb cuka
1sb sos tiram
1bj bawang besar - potong dadu
lada merah & lada hijau - potong menyerong

Cara-cara

Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan gula dan biarkan sebentar hingga bertukar warna gelap. Masukkan ayam & bawang.
Lepas 5minit masukkan serai & lada. Perlahankan api & masuk bahan2 lain &gaul biar sekata. Jika kering masukkan sedikit air.
Rasa & adjust apa2 yg terkurang. Hidang panas2 dgn nasi putih.


33 comments:

Ryo Azhar Rahza said...[Reply to comment]

masyaAllah..sedapnyerrr!teringat lak makan2 di vietnam hr tu..memang sedap2 makanan vietnam...i likeeeee

kak izah,penuhkan satu tiffin,hantar sini taw

Sizuka said...[Reply to comment]

izah, thank you! definitely will try out this recipe. the girls would love this :D

izahdaut said...[Reply to comment]

@Ryo Azhar Rahza
sedap ye ryo makanan vietnam, mana best ngan thailand?

ala, buat susah susah je.. ko gi buat sendrik.. hahaha

izahdaut said...[Reply to comment]

@Sizuka
u are welcme kak.. boleh try. simple n delicious

Diana @ Melley Mey said...[Reply to comment]

Assalamualaikum izah..
wah nmpk sgt sedap n dah terlir dah nie tgk ayam tu izah... akak nak ... hehehe

MaDiHaA a.k.a Ratna said...[Reply to comment]

mesti anak2 suka lauk ni kan? akak samalah mcm izah.. kalau masak khas utk anak terpaksalah skip yg pedas2.. hehe..

ijayuji said...[Reply to comment]

Izah! ni dtg bwk pinggan kotor nanti nak tumpang basuh kat sini pastu tumpang basuh kain sekali kat sini dah siap gosok bgtau ya wakakakaka... lama lah tak buat ayam niii... tumpang makan sekali ya :P

CT Delima said...[Reply to comment]

Assalamulaikum Izah

boleh cuba ni kebetulan ayam dah keluar kan dr tadi. semoga mendapat keberkataan sebab berkongsi resipi yang sedap ni ya Izah :DD

tun_telani said...[Reply to comment]

wahh.. senang nyer masak ayam ni? terpinga-pinga tgk kene panaskn guna dlm minyak dulu.. mmg camtu ek? (erk.. pesal ayat skema ni? siap terpinga-pinga lagi tuu.. kui kui)

K.Nor said...[Reply to comment]

baru2 ni dah plan gak nak buat ayam ni, tapi pospone dulu .. alih2 lupa terus..

izahdaut said...[Reply to comment]

@Diana @ Melley Mey
waalaikumussalam warahmatullah..
kak.. boleh dicuba nanti...sedap. rasa manis masam semua ada

izahdaut said...[Reply to comment]

@MaDiHaA a.k.a Ratna
betul tu kak, kalau masak pedas, kena la ada lauk yg tak pedas untuk diorang. kdg2 diorang makan jugak pedas2 tu, kesian bila tang sakit perut tu la.. tak boleh lagi kan perut budak kecik

izahdaut said...[Reply to comment]

@ijayuji
tak senonoh betul perangai mak orang neh.. huhh.. bil air tak bayo ke mek? kena potong ye.. hehehhe

izahdaut said...[Reply to comment]

@CT Delima
waalaikumussalam warahmatullah..
terima kasih kak ct... share sebab kena dengan selera ni.. try la kak

izahdaut said...[Reply to comment]

@tun_telani
tun ko baru lepas buat kerja sekolah ye? tu yang mental je ayat skema.hahaha..

a ah memang gitu. unik kan cara dia tu. tapi mmg wangii je bau dia tau. lekit2 sikit memula. tapi depend pada kita la nak berkuah ke tidak. sedap

izahdaut said...[Reply to comment]

@K.Nor
hehe.. tu la tengok kak nor buat kat myR tu, kata sedap. tu saya try jugak buat. ni buat tak pedas pun sedap. kalau pedas..sah sah la.. meletopsss

TopsyTurvyMum said...[Reply to comment]

Wah wahh..nampak sedap..dan penting SENANG!
Nanti aku mesti try!

AZLITA AZIZ said...[Reply to comment]

aiii... mmg nampak menyelerakan sangat ni... nanti boleh akak cuba bila anak2 balik...

Mas said...[Reply to comment]

makcik....
boleh aku try nanti resepi ayam ni...
memang sedapp jerk, aku tengokkk...

Rima said...[Reply to comment]

Izahh
Looks so so sedap lah ayam ni.. nak try lah besok.. yg mana senang dan sedap memang fav ku hehe

HALAMANKU said...[Reply to comment]

Salam Izah nampak sedap n menyelerakan..mkn ngan nasi panas2 sdp tu.. mula2 tgk tajuk cam takut ha ha ha masuk list.. suker menu mudah2 ni he he he ayat power tu.. he he he

indahhouse said...[Reply to comment]

Salam kak izah,
huhu.. laparnya saya bila nengok ayam vietnam tu. stok ayam dah abes ni. mesti sedap masam manisnya tu.

Nieza said...[Reply to comment]

Assalammualaikum Izah, lamanya tak singgah sini...mcmx2 menu best dh tertinggal ni..huhu ayam simple tu pun menarik memang harus dicuba tambah bila time tgh nk cari mood mskx2 ni...dh lama cuti msk lambat lak enjin nk panas..hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@TopsyTurvyMum
tu la aku suke aje yang hiris2 campak campak ni. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@AZLITA AZIZ
a ah kak.. aluk ayam gini anak2 suke sangat kan.boleh la try. tapi simple je lauk ni kak

izahdaut said...[Reply to comment]

@Mas
tu la, kalau anak ko suke pedas leh la taruk cili, anak2 aku ni memang kepantangan kalau rasa pedas ni.. tu yang skip cili tu

izahdaut said...[Reply to comment]

@Rima
ye ke kak rim... bukan kak rima masak special special ke? hehe.. memang simple..sesuai sangat la yang suke masak campak2 mcm saya ni kak rimaaa

izahdaut said...[Reply to comment]

@HALAMANKU
a ah.. erma.. tengok tajuk mcm susah sangat kan nak dibuatnya. tapi jgn risau, balik kroje kejap aje hiris campak2 gini.. senang kan

izahdaut said...[Reply to comment]

@indahhouse
hai nurindahhh.. lama dah tak ke sini ye...tu la senang tu. nampak menyelerakan dan memang sedap

izahdaut said...[Reply to comment]

@Nieza
waalaikumussalam warahmatullah..
ye la kan nieza... berehat2 kan diri dulu. amik mood baru masak.hehehe.
selamat kembali dari mngerjakan umrah buat nieza d family ya

Yatie said...[Reply to comment]

Assalamualaikum Izah,
sedapnya tngk ayam ni..menyelerakan sungguh, akak nak wat gaklah bila2 nanti..sedap ni..sorry singgah sini lmbt sbb smlm mak dan kaum keluarga dtng rumah..bnyk masak tapi tak sempat ambek2 gambor...malu seh nak ambek gambor bila tetamu dah sampai..ekekekeke..dpt bayangkan kan...

Anonymous said...[Reply to comment]

Assalam....Akak pakai BM brand apa n nk cari kat mana ye. ssh nak carila cikBM ni

izahdaut said...[Reply to comment]

@Anonymous
akak guna brand keenwood. ada jugak pakai brand cosway.. try carik. kna rajin nk mencari. mmg susah sikit