Wednesday, May 25, 2011

Donut Ball (pandan)


Assalamualaikum..

Sihat semuanya? Semalam saya busy melayan anak-anak yang pelbagai ragam tu. Si adik dah settle sembelitnya. 2 round meneran sambil menagis.. aduii hazab betul menegoknya. Kite ni tukang bagi semangat je la kan. Seharian sebelum tu, dia memang tak de mood. Asyik baring dan tak mau main apa pun. Apa pun tak boleh. Dah settle adik, abang pulak hilang mood. Puas tanya tak pasti kenapa, tapi tak ceria, tak mau main, tak mau makan tapi tak demam bagai. Rupanya pagi ni bangun tidur, pipi dah kembung bengkak. Rupanya si abang sakit gigi. Macam orang tua pulak sakit gigi sampai bengkak gusi. Kesian betul, patut la dia merengek kata sakit dalam mulut. Ingatkan tak serius mana. Ada tips tak budak sekecik ni kalau sakit gigi nak kurang sakit buat apa ek?

Ok berbalik pada donut ball ni, donut comel ni dibuat setelah tergoda melihat kat rumah kak dayang. Sedap sebab rasa pandan tu bertambah wangi. Saya guna tepung gandum, jadinya saya biarkan donut ni naik kembang lebih sikit masa dari kak dayang suggest tu. Terima kasih kak Dayang yang comel. Nanti leh try kek velvet yang lawa giles kat blog kak dayang tu pulak..ngigau ngigau dah ni.. ihihi..




DONUT BALL

bahan-bahan :
2 cawan tepung high protein atau tepung gandum
1 sudu besar marjerin
1 biji telur
1 sudu kecil pelembut doh *saya tak letak
1/2 sudu besar yis segera + 1/4 cawan air suam (direndam sehingga berbuih)
90 ml susu segar (-/+)*kurangkan sikit
1/2 sudu kecil pes pandan atau pandan emulco
2 sudu besar gula pasir
1/2 sudu kecil garam
gula icing atau gula halus untuk saduran

Cara-cara :
Kisar/putar semua bahan (kecuali tepung, pelembut doh, yis dan gula saduran) hingga sebati.
Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya. Tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi, yis dan pelembut doh. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.
Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian dan bentukkan seperti bebola. Gunakan sedikit tepung untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di tangan). Susunkan di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung. Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka.
Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi hingga keperangan. Toskan.
Sadurkan dengan gula icing atau hiaskan dengan topping kesukaan.



39 comments:

anymz said...[Reply to comment]

wah!dalam sibuk layan anak2 yang berbagai ragam,sempat gak ko ke dapur ya jah..ibu mithali betul ni..
sambil2 kunyah donut..

izahdaut said...[Reply to comment]

kak nim... ala yg simple je kak nim.. time diorg melepek tu boleh je sambil nguli tepung sambil memberi semangat.. haha

Sheila Shafeareen said...[Reply to comment]

Salam izah
Cuba try komor gan air garam ..lama sikit bg kecut bengkak tu...buat selalu

Cantik dan comel aje donat boll tu dah sure sdp rasa pandan tu,,leh masuk list ni...

ijayuji said...[Reply to comment]

izahhhhhh!!! pinjam tuala kecik nak wat peluh wakakaka.... waaaaa... i leb u izah!!! nanti ptg2 antor ler kerumah 4 ketul ke 5 ketul ke nak antar byk2 pun akpe pintu umah terbukak jerr tuuu :D

HALAMANKU said...[Reply to comment]

Zah... hu hu hu kitapun demam.. sabo jek.. Zah menu kita sama tapi x serupa? he he he nak masuk list.. best tgk..comel2 molat2 he he he cam... opsh... caboottt.. he he he

indahhouse said...[Reply to comment]

Salam kak izah,
Comelnya... mini ball. hehe..
Kembang betul donut kak izah. Teringin nak tengok isinya, mesti hijau cantik. Suka budak2 bila lihat ni. Moga si abang cepat sembuh sakit giginya. Saya takde penglaman lg, tak tau nak suggest apa. :)

Ketuhar Panas Yatie said...[Reply to comment]

Salam Izah ,
Bulat2 montel gitu donutnya. Kalau sampai kat rumah ni licin sekejap je tu, maklumla askarnya ramai dan donut salah satu kegemaran mereka. Comel pulak susun dlm mangkuk tu...

Nuridah said...[Reply to comment]

Pagi Izah,

Eh2 sian nya anak Izah sembelit..Izah,beri buah papaya lah senang sikit nanti atau air prune...biasa kalau orang sembelit doktor syorkan minum air prune..tapi kalau budak air prune ok tk? Kesian kan kalau budak2 ni tk sihat atau ada prob.

Donut tu byk betul...geram pulak akak tengok, mcm nak masukkan tangan dlm screen computer.

Mas said...[Reply to comment]

ala cian hero2 kau....
moga cepat2 ceria2 balik yerk bais dan muaz....

makcik.....step yg pertama tu..kisar bebahan tu maksudnya blend ke makcik...
kau uli manual ke....
aku pun tergoda nengok donut tu...

Sizuka said...[Reply to comment]

izah,

sian nya ur sons, hope both of them dah ok. the best ubat utk sembelit is prune juice. cuba bagi pagi2, on empty stomach with lots of water. insyaAllah that will help.

Sari Yusa Ibrahim said...[Reply to comment]

Izah, akak jatuh cinta tengok kebulatan donutmu itu, kamu sungguh2lah rajin Izah

HaSue said...[Reply to comment]

lor..cian lak pas sorg ok,sorg sakit gg..tu baru 2 org..kalo 4 org?hehe..biasa laa tu mek,Dia bagi ko pengalaman lebih tu..cuba ko tuam ngan ais ke,kot2 leh kurg bengkak tu..aku nak sajes bg mkn eskrem tp mcm x logik je kan..sbb kalo pas cabut gg aku mkn eskrem..mmg feel better.bengkak pun kurang.heh
tp org sakit mana nak ada selera mkn eskrem kot..jawabku sendiri.

aku x nmpk gambo donut ko nih sbnrnya..jg aku imejin jela ia berwarna hijau dan molat2..pastu ko amik gambo dier golek2..hehe..
ke ko pacak kat stick

Mimiey.. (^-^) said...[Reply to comment]

kak izah....mehla kita bekpas ball2 tuh same2...
kak izah semangkuk,mie 2 mangkuk....
aci la kan....
lallallalla....

cik cek said...[Reply to comment]

Izah....

Montok2...mulat2nya donut Izah buat...comel je...makan...ngap je trus masuk dalam mulut...anak2 mesti suka ni kan...:)

Wanieyra said...[Reply to comment]

Tip budak kecil sakit gigi ke? gigi dia berlubang ke? biasanya HB kita buat...kumur dgn air garam, lepas tu letak ubat gigi kat gigi berlubang tu...kalau gi klinik dia org bagi ubat demam utk tahan sakit.

Cantiknya donut tu tapi rupanya jadi warna hijau tak?

kha said...[Reply to comment]

Kesiannya klu ank2 sakit kan,nk buat kje pun ssh ati..sya pun mcm dlu si'tengah' saya ni selalu sembelit,doc kata usus dia slow,prnh gk pergi ke klinik ms dia duk mengeram sbb nya drh yg kuar..doc suggestkan selalu amal mnum air vitagen.dlm tu mengandungi bakteria yg melembutkan najis..amlkan sebelum tdo setiap mlm..

izahdaut said...[Reply to comment]

@Sheila Shafeareen
mekasih kak shiela.. boleh try nanti. tungu masa yang sesuai dan semangat yang kental. ye la air garam kan.. budak2 paham aje la.. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@ijayuji
amboi amboi.. nak bagitau lepas jogging la tuh.. nyampassss

izahdaut said...[Reply to comment]

@HALAMANKU
aaa.. aaa.. nak kata apa tu.. sabau je la cik puan erma neh.. hehehe... eh demam lama tu, gi cek... kite ni org pompuan ni kalau demam biasanya demam dan spekulasi.. hahahha

izahdaut said...[Reply to comment]

@indahhouse
nur.. lupa akak nak siat isi nya sikit. bila dah pegang kamere malas tul nak pegang gula tu kan. hehe... warne betul nya memang hijau. tapi akak ni lite lite hijau je.. nur.. insyaAllah.. nanti ada la tuuu...

izahdaut said...[Reply to comment]

@Ketuhar Panas Yatie
kalau ramai lagi seronok nak membuatnya kan... pulak2 donut tak susah mana.. suke membuatnya.. hehe..

Jun said...[Reply to comment]

izah..nampak sedap..kalu dpt barang 3-4 ketul, leh la wat mkn petang..ape kata izah ulor sket...heeheee

Nur Ede said...[Reply to comment]

Assalamualaikum Izah...
Klu bab2 Donut nie.. anak2 mmg suke kan..Izah, tambah2 pulak d buat dalam bentuk Ball lagi ler suke nyer.. skali ngap jew..
Sian akak.. kat anak kecil Izah yang sembelit tu.. cer cuba Izah bagi dia minum vitagen oren anak akak pon masa kecik2 dulu si Alif tu.. mcm anak izah juga... tapi alhamdulillah sejak amalkan vitegen oren sebagaimana yang doc syorkan dia boleh buang air besar mcm biasa jer.. x ler berpeluh2 menung dan nangis dalam toilet..bila dah besar skarang x der masaalah sembelit lagi...

DJ Dayang said...[Reply to comment]

izah, ade lg x tuu?...akak nakkkk! cantek btl..mulat2..comei2...sukeeee!

mekasih darling...lebiuu!

izahdaut said...[Reply to comment]

@Nuridah
akak. tq kak. nanti nak try jugak amalkan kadang2 bagi air prune.. tapi budak ni sejenis alergic jugak. betik ni takut jugak nak bagi. sebab dia ada alergic. pisang pun dia tak leh makan sebab alergic. haishh mcm mcm kan...hehee

izahdaut said...[Reply to comment]

@Mas
mekasih mas doakan tuk kami niha... adehh mcm mcm kan. tu belum beranak ramai mcm hasuriah ngan anna qawina bukan nama sebenar tu kan.. kiki

a ah.. ko blen kan aje. senang cerita. aku uli ngan tangan je. sebab cam tak banyak sangat.

izahdaut said...[Reply to comment]

@Sizuka
akak tq kak.. sama mcm kak nur sg suggest... saya akan try..

izahdaut said...[Reply to comment]

@Sari Yusa Ibrahim
suke ek.. masa menggentel tu tak de la bulat sangat. tapi bila dah masuk koli tu dia kembang lagi dan kite golek2 kan dengan sudip lagi la dia bertambah bulat elok je

izahdaut said...[Reply to comment]

@HaSue
tu la aku rasa nak je tuam ngan ais. tapi bila dia tak merengek tu aku biarkan aje dia menikmati saat saat yang tak selesa tu. weh kalau 4 cemana sue? hehehe..

weh salah belaka apa yg ko imajin kan itu.. ce imejin lagi dan lagi...

izahdaut said...[Reply to comment]

@Mimiey.. (^-^)
weh mie.. bile ko nak sedor diri ni? hahaha.. ke ko dah tak de lemak? busy bekerja kan kan.. nah nah akak bagi 2 mangkuk khas tuk mie

izahdaut said...[Reply to comment]

@cik cek
a ah.. excited diorang temgok donut mulat2 ni. tapi bila si abang sakit gigi. dia tumpang excited je la.. makan nya tak d nafsu sangat. sebab sakit gigi..hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Wanieyra
ira thanks.. tadi dah ikut dah petua ur hubby tu. saya letak ubat gigi sikit pastu suruh dia kumur.tengok dia ok je nak cakap2 dah tu...hehe tq ye.. dia tak mau kumur air garam. dia buat cam nak muntah tu..

izahdaut said...[Reply to comment]

@kha
kha.. uishh bahaya juge tu kan sampai ada darah2 ni.. nebes aku dengor.. aku nak try mcm ko sujes jugak, nak try bagi vitagen oren. diorang ni suke je vitagen. lama jugak dah tak membelinya

izahdaut said...[Reply to comment]

@Jun
kak jun balas ulor menda lain jugak ek.. set je.. hahaha

izahdaut said...[Reply to comment]

@Nur Ede
mekasih banayk banyak akak. mcm si Kha sujes suh bagi vitagen.. vitegen oren ye kak. mmg dia ada masalh sikit klu berak ni... mekasih ye.. nanti nk bagi n bagi slalu ada dlm peti ais kan. senang sikit

izahdaut said...[Reply to comment]

@DJ Dayang
kak daaayyyyyyaaaaanggggg,.. tq muah muah.. hehehhe.. pengsan lagi tak.. ngengada tau. ketuk ngan rimekin ni baru tau.. hehehehhee

CT Delima said...[Reply to comment]

As'salam Izah

alahai..baru teringat tadi nak buat donat. tapi oleh kerana karen tak ada kat rumah malas pulak nak nguli2 ni.. hehehe.

siannya anak2 izah, sama lah dengan anak kak ct yang kecik tu, kalau gusi bengkak nak tunbuh gigi mesti mood nak makan tak ada.

Diana @ Melley Mey said...[Reply to comment]

comelnya donut tu izah... suka nengoknya.. Irfan mesti suka makan nie.. tp skg dia kurang sihat.. x boleh mkn donut dulu.. tp akak boleh.. hehehe.. nak2.. ;)

Ezadlieza said...[Reply to comment]

salam izah..akak yg ketinggalan ketapi ni haaa....tersenggut senggut mcm org kena senggugut huahuahua...
Izah...dulu kan anak akak yg sulong tu slalu kena sembelit masa umur die 2 tahun...kerap juga la...sampai doktor bagi uabt yg kena masuk kat situ...tp tak sanggup juga nak buat...at last akak beli ubat kat farmasi DUPHALAC ubat minum..lagi senang...takpun izah bagi dorang minum vitagen..