CSS

Tuesday, May 17, 2011

Apam Gula Hangus II


Assalamualaikum..

Selamat pagi dan happy happy untuk yang bercuti hari ni. Apam gula hangus lagi. Kali ni guna resepi kak Jun pulak. Memula cadang nak buat apam yogurt mcm rumah kak Nor ngan rumah Anna Qawina tu. Tapi memandangkan ada bahan tak cukup, gi merayau kat myR. Jumpa resepi sempoi ni. Sempoi tapi sedap. Cume bagi saya agak manis sikit walaupun dah kurangkan gula. Next time kena kurangkan lagi. Biar rasa lemak2 manis sedang2 gitu je. Apam ni saya buat petang semalam, dan merangkap breakfast pagi ni. 

o ya.. saya ada tambah cream cheese yang tak habis buat apam pisang hari tu. Fuhh.. pepaham je la cemana rasanya kan. Kiki.. Mekasih buat kak Jun untuk resepi ni. Love yaaa..


APAM GULA HANGUS
sumber: kak Jun@myR

bahan:

150gm gula dan 100 ml air-dibuat gula hangus
70gm butter-cairkan
75gm susu cair
1 biji telur dipukul
150gm tepung
1 sudu teh baking soda
secubit garam
75gm gula *saya kurangkan sikit

Cara-cara

Masukkan butter, susu cair dan telur kedalam gula hangus.
Dalam mangkuk lain, ayak tepung dan soda. Masukkan garam dan gula. Masukkan campuran gula hangus tadi. Kacau sebati.
Masukkan kedalam loyang yg dialas kertas dan di gris. Kukus selama 30min atau lebih.

35 comments:

Yat Maria said...[Reply to comment]

Cik Izah Daut..

Ko pagi2 dah tayang apam wat akak cam nak cekut seketui dua wat sarapan..grrr...pass ahhh sket..

fiza damia said...[Reply to comment]

sedapnya..anak mesti suka ni kalau saya buat...

Mimiey.. (^-^) said...[Reply to comment]

tok...tok...tok....ade org x????
dtg nak mintak apam nih....
2la,tayang lagik apam pepagi nih...
kang dh bawak bekas besar punya nak menapau....
lallalalalallala....

izahdaut said...[Reply to comment]

@Yat Maria
heheh kak yat.. jom aa sarap sama sama. sedap ni ngap berapa ketui pun tak pasan.

izahdaut said...[Reply to comment]

@fiza damia
a ah ni ngikut kan selera anak2 la ni fiza.. leh try..simple je ni. cume kalau tak suke manis, leh kurangkan sikit gulenya

izahdaut said...[Reply to comment]

@Mimiey.. (^-^)
uii anak dara.. mana menghilang lama tak nampak..busy bebenor anak dara ni ye.. hehehe.... meh meh srapan sama2.. amboi2.. tobat tak mo berjiran ngan ko mie.. hahaha

Mas said...[Reply to comment]

apam ada cheese....
sedapppnya...
kasi aku sepinggan....

ijayuji said...[Reply to comment]

Izahhhhhh!!! lepuk 88x huh! apa niiiiii ada inti cheeseeee yg lemak2 tuuuu???? wakakaka.. mana boleh mana boleh!!! kena mkn tang itam2 jerrr yg cheese tu tgglkan :D kita nak 3 ketul kasi kelapa parut sekali ya nak kelapa parut yg gebu2 n putih jerr yg itam2 i reject wakakaka..

Zaliedana said...[Reply to comment]

Kak izah,amboi comeynya pic baru,barulah perasan muka bais n muaz mmg ikut muka akak nih,hihi..Pstt meh nak rasa apam cis cikit..Dahla lama xgurau2 ngan akak..Eh klmarin menu sama,asam pedas,cuma sy wat asam pedas lain,hihu..

Zaliedana said...[Reply to comment]

Ops mai lagi skali kak..Akak rugi xwat apam yogurt,mmg sedap n cantik jer mekarnya kak..

Antan Bertingkah said...[Reply to comment]

Salam, Amboi sedapnya tengok apam tu,nak jugaklah...ada lagi ke, dah ramai yang mintak tu...

HaSue said...[Reply to comment]

zah..aku tengok sedap jer apam ko nih..aku nak gak try apam kukus kak nor tu..yogurt ada golek2 tu..aihh.. rajin lah..rajin lah..sebelah lak kate,diet lah..dietlah...

TopsyTurvyMum said...[Reply to comment]

Aku pun nak mengapam jugak la..tengok semua bahan ada je kat dapur aku tuu..

Wehh..cuti mende hari ni?? aku taktau pun sana cuti hahahha

anymz said...[Reply to comment]

huwaaaaaaa...nak apam yang ada cheese kat dalam tu..nak jugak..nak jugak...nampak sodap tul tu..

eh!ko ngajuk ke zah?camne akak leh tak tau?..?..?...
nah sepiyok masak lomak ikan sepat masin..hehe(ni exclusive nih sbb takde lam entri)

CT Delima said...[Reply to comment]

AssalamulaikumIzah

menayang apam eh..ni yang tak boleh jadi ni. dah lah letak CC kat dalam tu...kecur deh. selalunya apam2 ni memang sangat lembut kan. tambah sedap lagi kalau dapat bawak balik sikit.. hehehe

cik cek said...[Reply to comment]

Izah...wah! sedapnya apam gula hangus ada filling cream chesse lagi kat tghnya...kechur kak cek dibuatnya....mintak sepiring...Wah! :)

AZLITA AZIZ said...[Reply to comment]

amboiiii... siap ada filling lagi... uh! mmg sesuai sangat tuk tambahkan berat badan zah... hahaha

tapi mmg nampak sangat sempoi... nanti akak nak buat jugak lah.. lembut aje nampak tu..

Nazrah Bakery & Dunia Kuih said...[Reply to comment]

Dah petang ni...apam tu ada lagi ker.. ada cheese tu yg sedap

dZana said...[Reply to comment]

mengapam jugak.. berlawan2 dgn mas nmpknya .. akk lum rajin lagi.. huuu

Naz said...[Reply to comment]

Izahhhh..cantiknya apam..gebu2..tomei2..kiut-miut.. Akak nak..w/pun mesti dah abis kan..Lambat la datang... Tak berapa sihat ni.

Ayu said...[Reply to comment]

Assalam izah,
apam gula hangus ni akak belum pernah buat kek gula hangus dah ler..ada lebih kurang rasanya tak?..
mungkin yang ini sebab dikukus lagi lembut kot?..

izahdaut said...[Reply to comment]

@Mas
tu yang mahalnya tu.. ada cheese kan..hehee

izahdaut said...[Reply to comment]

@ijayuji
hahaha.. eh mek sorang ni demand tau... ala apam gini tak best sangat makan ngan kelapa parut. makan gitu je.. nah amik.. lebih2 cheese ni pun amik..

izahdaut said...[Reply to comment]

@Zaliedana
tu la akak memang nak buat apam yogurt tu. tapi tak de ovallete malas la. nanti tak menjadi lak. eh mcm muka dak dua tu ye.. mana tumpah kuah kalau tak ke nasi.. ececeh.. hehehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Antan Bertingkah
a ah .. belum org ramai mintak pun dah habis dah pun apamnya kak antan.. hehehe.. anak2 suke. cume agak manis sikit apam ni. kena kurangkan gule

izahdaut said...[Reply to comment]

@HaSue
tu la.. diet tu la yang menjadi isu utama.. tapi ngenangkan anak2 yang nak ngunyah tu, ku gagahkan juga kaki ku. tapi pepaham la kalau menda bergolk depan mata.. mau tak disambut.. hahaha.. diet ke mana? jawab sendrik!!huh

izahdaut said...[Reply to comment]

@TopsyTurvyMum
ye kak tim, nasib jugak dibumi orang sebab tak tahu, saya dibumi sendrik pun nyaris tak tahu hari ni cuti wesak.. hahaa..

izahdaut said...[Reply to comment]

@anymz
fuhh... tayang2 lak masak lomak ikan sepat masin.. akak ni mmg ratu masak lemak la. semua menda dilemakkan.. sedap ye kak anim? ishhh

izahdaut said...[Reply to comment]

@CT Delima
a ah.. ni kategori apam yang naik tinggi ni kak ct. memang lembut. tapi kalau nak buat cadangan saya letak separuh je dlm bekas. sebab naiknya meninggi sangat

izahdaut said...[Reply to comment]

@cik cek
kak cek nak sipiring ke? kena buat sendrik la nampaknya...hehehe.. anak saya makan sepiring sebelah petang, esok breakfast sepiring lak lagi.. habis...

izahdaut said...[Reply to comment]

@AZLITA AZIZ
a ah sempoi je kan bebahannya. tapi kalau akak bukan pemanis sangat rasanya kena kurangkan gula. tapi kalau suke kuih manis2 sedap dah tu kot..

izahdaut said...[Reply to comment]

nazrah bakery..
kak naz... dah pinis dah pun.. tu la.. terasa la cheese masam2 tu berlawan dengan manis tu. sedap anak2 suke tu ok la tu

izahdaut said...[Reply to comment]

@dZana
kak zana.. tu la.. senang nak buat apam ni kan. tu kalau terpikir nak buat apa kui tuk budak2 ni., terpikirkan apam je la. diorang suke makan

izahdaut said...[Reply to comment]

@Naz
laa kaka naz demam ke? makan ubat n cukupkan rehat ye kak. nanti boleh buat apam gula hangus ni.. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Ayu
hmmm rasa dia tak la sangat sangat sama dengan kek gula hangus tu. tapi lebih kurangla... kek gula hangus lagi lemak, yang ni biasa biasa aje.. tapi ada la irasnya.. dah bebahan pun sama kan.. hehe.. lembut dan naik tinggi apam ni kak