Thursday, May 19, 2011

Cakoi


Assalamualaikum..

Selamat pagi semua. Hari ni nak share kesedapan kuih cakoi pulak. Kalau kampung saya kuih ni dipanggil kuih kocok. Hahaha.. ada nada nada tak best ke? Udah gitu panggilannya. Ingat lagi masa balik kampung, duk sibuk kata nak buat kuih cakoi. Mak pun kata, uishh tak sabo rasanya nak tau cemana rupa kuih cakoi. La.. lupalah pulak, orang kampung duk panggil kuih kocok. Patutla mak excited je bila panggil cakoi.

Sebelum ni saya pernah buat cakoi resepi menggunakan tepung roti. Tapi yang ini, guna gandum je. Sangat berbaloi, memang best. Lembut..dan perfect cakoi dah bagai saya. Berbaloi2 sebab anak2 pun suka makan. Cuma saya tak dapat resepi yang betul tang sos manis atau kastard pandan untuk cicah cakoi ni. Saya try and error je. Tapi anak2 duk suke je cicah tu kira alhamdulillahhhh... 

Mekasih buat MamaFami untuk resepi ni. Kesahnya ternampak cakoi ni kat rumah kak Azura Rahman. Tapi kak Zura tak ingat sumber. Rasanya asal dari rumah mamaFami kot kan. Mekasih buat keduanya.


CAKOI
resepi: MamaFami

Bahan-bahan :

400 g tepung ~ diayak
1 cawan air
1 sudu besar majerin ~ dicairkan
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat manis
1 kuning telur
2 sudu kecil yis segera
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
minyak untuk menggoreng

Kaedah :

1. Satukan air, majerin, garam, gula, susu pekat manis, kuning telur, yis dan soda bikarbonat dalam mangkuk besar. Kacau agar sebati.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan di atas.
3. Ulikan sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari. Biarkan selama setengah jam. Bekas berisi doh hendaklah dibalut di dalam beg plastik yang bersih.
4. Canaikan doh setebal 1/2 sm, kalau boleh dalam bentuk segiempat tepat.
5. Potong kepada kepingan bersaiz 1 inci.
6. Rendamkan lidi di dalam air. Tekankan lidi basah tersebut di atas setiap kepingan 1 inci tersebut.
7. Cantumkan dua kepingan dengan bahagian yang bertanda lidi bertemu antara satu sama lain .
8. Panaskan minyak. Tarik kedua-dua hujung cakoi dan goreng hingga keperangan.

*saya uli menggunakan BM dan kaedahnya masukkan bahan-bahan mengikut turutan BM.



SOS MANIS

1 1/2 sudu makan tepung kastard
1 cawan susu segar
3-4 sudu besar susu pekat manis
sedikit pandan paste

Masukkan semua bahan2 ke dalam periuk kecil.
Masak atas api sederhana. Kacau selalu sehingga sedikit pekat-pekat manja.
Angkat dan sejukkan untuk dinikmati bersama cakoi.



40 comments:

ijayuji said...[Reply to comment]

Izahhhhh! nak cakoi! nak mkn dgn sambal tak mo kuah manis2 nanti kena potong kaki wakakaka... uuwaaaaaa.. tak de mood lah izah :-( tp makan2 mcm biasa hihihi

Sheila Shafeareen said...[Reply to comment]

Salam Izah slmt pg
lama akk x mkn kuih ni suami suka kuih ni biasa beli dan di sedikan sos sekali...sdp mkn gan sos manis pandan ni.....leh le try resepi dah ada ni...

Anna Qawina said...[Reply to comment]

huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....*jerit kuat2*

ko tau tak..tiap x aku balik perak, mesti singgah Sabak Bernam beli kuih ni, siap yg kaya manis tu..huhu..nnt aku nak wt ler..haha...tegQ jah..lap u..hihi

Mieza said...[Reply to comment]

suami selalu mintak buat cakoi..lps ni nak cuba resepi cakoi ni la pulak..cantik je nampak izah buat..

HALAMANKU said...[Reply to comment]

wah... Zah lajunyer n3 menu sedap2 hu hu hu.. kalau belah Johor kami cicah ngan sambal..mmm cam sambal keropok lekor tu.. he he he sejak duk KL masa blaja tau cicah ngan kaya pandan he he he.. aperpun sedap Zah...

izahdaut said...[Reply to comment]

@ijayuji
napa tak de moodnya? tak pe, kalau tak de mood, tapi makan2 mcm biasa kire ok lagi la tu kan. hehe..weh memang terbayang2 je makan ngan sambal best jeee

izahdaut said...[Reply to comment]

@Sheila Shafeareen
kak shiela try la buat resepi ni. sedap la.. memang mcm kat tempat saya biasa beli tu. tambahan kuih ni tak berminyak sangat sangat. kire sedang2 je la..tang kuah tu, saya try buat sendrik je kak. kalau berkenan alhamdulillah,

izahdaut said...[Reply to comment]

@Anna Qawina
aku pun slalu beli je kuih ni. tapi jarang jugak jumpa yang berkenan. kengkadang tu tak de kuah. aku mmg suke kuah manis. ko try la buat. banyak gak dari 400gm tu. kira kalau ko tu skali hadap la kan.

CT Delima said...[Reply to comment]

As'salam Izah

sangat sedap!! kalau nak makan kena beli kat pasar malam jer. Pas ni k.ct nak cuba resipi dari Izah ni jer. macehhhhhhh... muahh!

izahdaut said...[Reply to comment]

@Mieza
boleh la try. suke sangat nak membuatnya kalau ada yang gemarkan.. saya buat ni untuk kami kami je. hubby tak berpa gemar

izahdaut said...[Reply to comment]

@HALAMANKU
ma.. sama la, masa belajar kat KL pun baru tau cicah sos manis ni. biasa makan gitu je, tak pun cicah sos atau sambal tumis.. tapi kalau ikutkan the bestnya masa makan time belajo dulu kat cafe. sos manis dia sedap betul. mungkin 1st time merasa. rasa sedap sangat la kan

izahdaut said...[Reply to comment]

@CT Delima
waalaikumussalam warahmatullah..
kak ctt.. boleh try kak. saya rekomenkan sangat resepi ni. senang n sedap. untuk cicah tu terpulang citarasa famly la kan kak

Wanieyra said...[Reply to comment]

Salam izah... ira mmg suka makan cakoi ni cicah sos manis pulak tu. apatah lagi kalau makan panas2. kalau dulu kalau hari cuti sanggup gi cari kat KG Baru...cakoinya sedap sgt

izahdaut said...[Reply to comment]

@Wanieyra
kampung baru area mana cakoi sedap tu ira? biasa gak kat situ. kalau nak makan mmg kesitu la slalunya. hehe..

tapi rasanya yang buat ni pun tak kalah jugak ira. boleh la try skali skala menghadap tepugn kan

Mas said...[Reply to comment]

makcik..lambat lak singgah sini..
ada lagi ke cakoi tu...
aku asyik bertangguh jerk nak buat cakoi ni...
bila la nak sampai seru.....kikiki

wehh..cantik jerk aku tengok cakoi kau...

Hafizah Mohamad said...[Reply to comment]

sedapnya...fiza suka...suka sgt cakoi ni...selalu beli kat pasar malam...selalu diaorg bg kuah mcm sos...sedap ni...!!! makan pulak panaih2...terangkat...=)

tun_telani said...[Reply to comment]

waaaahhhhh.. nk makan!!!!!!!!!! dh lama x makan kuih cakoi nihh. kalau tun, mmg xmkn ngan kuah manis2, kalau xde kari nk cicah tu mkn kosong gitu je.. bestnyer resepi nii. tun duk cari, org biasa wat letak alum (what ever it is.. i have noo idea..)..
dh dpt resepi yg bhn2 semua familiar.. best! best! nk tunggu mood R dtg je. hihi

Kak Rosaliza said...[Reply to comment]

Assalam izah..cantik je kejadian cakoi tu..akk pernah buat gak tapi mcm padat, jadi kayu gitu...heheh..ikut resipi ni mesti jadikan...best tu cicah2 tu, ank2 mesti lebih cicah dr cakoi kan heheh

Ayu said...[Reply to comment]

izah, akak kalau buat donut & cakoi confirm tak jadi..mesti keras at the end..kuih cakoi dah banyak juga recipe akak try..tapi yang ini belum lagi..lembut aje kejadiannya ya izah?..

Yatie said...[Reply to comment]

Assalamualaikum Iza,
Dah lama akak berangan nak wat sendiri cakoi ni..tapi bab lidi basah tu keliru sikit...maksudnya lidi tu celup kat air, kena lap dulu ke tidak...ke terus buat je...harap membantu ya..

::Azura Rahman:: said...[Reply to comment]

Yatie - lidi tu lepas celup dlm air terus lekatkan kt adunan yg dipotong tu then amik satu lg adunan nk tekap.. fungsi air tu utk melekatkan.. =)

Izah.. patutnyer izah wat style step by step.. br org paham.. kzura x berapa ngajin nk wat gitu.. ekeke..

izahdaut said...[Reply to comment]

@Mas
aku buat satu adunan. banyak dapat/. haha tamak tul. malas nak sukat separuh alkisahnya. lenkali kalau nak makan sikit2 leh buat setengaha dunan je ni. kenyang sampai ke petang la nampaknya makan cakoi. heheh

izahdaut said...[Reply to comment]

@Hafizah Mohamad
a ah mcm mcm kan sos. kadang2 ada jugak jual sambal tumis skali. tapi saja melayan bebudak ni suke la sangat cicah manis2 gini kan

izahdaut said...[Reply to comment]

@tun_telani
betul tu tun, biasa ada resepi yg masuk skali air tu kan. tapi rasanya dah dua resepi akak try. mmg dua dua memuaskan hati. resepi ni pun best. akak melayan budak berdua tu je. nak cicah manis2. kalau ikutkan dak Bais tu nak cicah cekelat je krojenya. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Kak Rosaliza
akak try resepi ni mesti suke. tapi adunan cakoi ni mcm biasa la lembik2 sikit. elok kalau uli tangan uli dlm plastik. akak ada BM lagi seng masuk bm je. nak kena main tepung la sikit kan. cakoi ni memang texture mcm beli kat kedai tepi jalan tu. best

izahdaut said...[Reply to comment]

@Ayu
akak , pernah try donut kentang fatma tak? sure lembut sepanjang hari. cakoi ni pun lembut. sampai sekarang kelembtannya terserlah.. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Yatie
mcm jawapan kak azura tu, fungsi lidi basah tu mcm gam la nak kasi lekat dua adunan. saya sajes akak potong adunan cakoi nanti kecik2 je. kalau tak nanti jadi besar bagak gitu. hehehe.. sebab nanti nak cantum dua kan. masuk kuali nanti dia kembang lagi. masa nak goreng tu pun saya kasi tarik lagi bagi panjang sikit.

akak paham je kan cantum dua tu kan? saya ada jugak ngelat. sebab ada terpotong besar, jadi saya letak lidi basah tenagh2 tu lipat dua. hehe..

izahdaut said...[Reply to comment]

@::Azura Rahman::
ooo pandai kak zura suh kite.. akak buat la.. kak zura lagi tak aci. dah banyak kali buat cakoi tu tak mau letak step. hehehe

nanti akak buat step dia tau.sebab akak nyer cakoi lagi lawo

chikadakbiru said...[Reply to comment]

kak izah..baru sy tau..kuih cakoi nih makan dgn sos manis /kastard

kat2 belah tepen nih..cicah dgn kuah ala2 kuah kacang gituww....

Sedap nampak cakoi akak tuh...leh wat berniaga tepi jalan ni hihihi

izahdaut said...[Reply to comment]

chikadakbiru..
tu la, akak dah uk kl baru tau makan cicah manis. pernah try tak? sedap tau.. kalau betul2 dapat kena ngan org buat sos manis tu sedap, angau rasanya nak makan lagi.. hahaha..

CT NoArIzAh ArIs said...[Reply to comment]

oiitt cakoi leee.. baru hr ni ternmpak tapi sy suka mkn dgn sos pedas2 tu... blk keja kang nk singgah kat p.cik tepi jln tu cakoi dia sedap gak panas2... nk g mintak kt umah izah dh habis kottt !!

Aqil said...[Reply to comment]

kite suka cakoi tp penah try jd keras xlembut cm beli kt kedai tue..hu3 hurm nk try resepi akk plak r..harap menjadi ;D

MamaFaMi said...[Reply to comment]

Semenjak dua menjak dah dok Malaysia, cakoi mama... pasar malam mariiii... hahaha... siap dengan kastad pandan lagi taw!

ceritera-chinta said...[Reply to comment]

salam akk saya try wat tak menjadi ler ish mmg fail betul bab2 wat kuih2 nie hehe tapi hubby suka, erm jadi keras tapi rasa ada......masa perap adunan tu jadi turun bukan nye naik mcm mana tu??? heehehe

dah tak tahu nk wat mcm mana.....wat donut pun tk menjadi adessss malu dekat hubby hehe ader cadangan tak kak??? mklum ler saya budak baru belajar ^_^

semarakjaya said...[Reply to comment]

Mohon izin copy resepi

Sembang said...[Reply to comment]

ngapa resepinya berbeza dengan yang saya punya.

cikLah said...[Reply to comment]

salam akak, nak tanye ^^

1 sudumakan margerin-dicairkan

maksudnya kena cairkan margerin n then amek 1 sm
or
1smakan margerin y belum cair lg?? anggaran cne ye?? full cup sudu ke kena perez pulak eh??

hee =D

nampak sedap sos tu.. dr mula kenal lg kmi ingtkan nama dia sekaya.. kihkihkih

Anonymous said...[Reply to comment]

Assalamualaikum. Nak tanya apa makna BM tu....{uli guna BM??}Jazakumullah.terima kasih.

Norini Latif said...[Reply to comment]

Bm tu breadmaker. Betul x tt

Norini Latif said...[Reply to comment]

Bm tu breadmaker. Betul x tt