CSS

Sunday, May 29, 2011

Sup Kentang Berkrim


Assalamualaikum..

Hmmm macam tak de idea nak mengarang. Perut pun kekenyangan. Hari makin kepanasan membahang. Si kecik ketiduran tak sihat badan. Kerja rumah tak settle lagi. Tibe-tibe mata ngantuk lak ni. Jom ler nengok sup kentang  niha. Sup ni buat 2 hari lepas tuk breakfast si abang yang tengah sakit gigi hari tu. 2 mangkuk tu dia makan dicicah roti. Kalau dah lembik roti tu senang dia kemam dan telan aje. Tapi hari ni alhamdulillah, dah makan macam biasa. Dah nak ngunyah roti dan muffin kesukaannya.

Resepi sup kentang simple ni saya tengok kat buku Aneka Sup dan Bubur alaf21. Saya sharekan di sini pulak.


SUP KENTANG BERKRIM

2 biji kentang sederhana
2 cawan santan
1 sudu besar minyak sapi@mentega
sikit lada hitam
sikit garam
sikit serbuk pati ayam

Caranya:
Rebus kentang hingga empuk. Lecek hingga halus. Ketepikan
Masak santan hingga mendidih. Masukkan kentang lecek.
Masukkan pula mentega.
Perasakan dengn garam, lada hitam dan serbuk pati ayam.
Masak hingga sedikit pekat atau ikut citarasa.
Hidangkan bersama roti bakar.


31 comments:

Nazrah said...[Reply to comment]

hmmm..pakai santan ker?

izahdaut said...[Reply to comment]

nazrah bakery..
aa ah pakai santan. ada gak pakai susu cair. ikut citarasa la..

Mama Hawa/Mama Nani said...[Reply to comment]

sedap utk org tak de gigi nih Izah hehehe...
Alhamdullilah si Bais dh mula mkn walaupun sup & bubur..
Si kecik deman ke?

Mas said...[Reply to comment]

hmmmm...tengah bayangkan rasanya macam mana......
tapi kalau bais makan pun sampai 2 mangkuk..sedappp bangat tu...
nak tanya sikit...kalau bais 2 mangkuk..agak2 mak bais berapa mangkuk yerk...kikikiki

boleh try nanti...

K.Nor said...[Reply to comment]

mek, nanti kalau akak sakit gg tulun buatkan sup ni seperiuk ya... kiut roti tu :)

LiNa_Pg said...[Reply to comment]

hmm..sedapnya..cicah ngan garlic bread lagi bestt

Anawahid said...[Reply to comment]

alahai izah... sdap nmpk sup tu, roti munger pon cun je posing... heee

izahdaut said...[Reply to comment]

@Mama Hawa/Mama Nani
a ah ma.. jangkit ngan anak ika bangkok ni gamaknya. hehehe.. tetibe panas badan semalam. ni ngadap dia je la. betui ma, kalau tak de gigi senang je makan menda cam ni

izahdaut said...[Reply to comment]

@Mas
lemak sangat mas, au rasa sikit2 je sebab kekenyangan melantak burger hari tu. hahaha... sedap la jugak. lemak kentang tambah lemak santan. diorang suke je..ok lah tu

Yatie said...[Reply to comment]

Slmt berhari minggu Izah,
sedap tu sup kentang...guna susu cair pun bolehkan....nak wat gaklah...nak suruh Seri buatkan utk mamaNya, mcm senang je ni....Hamka mesti sibuk nak menolong gak...bayangkanlah ributnya kat dapur nanti...ekekekeke...

Zaitun Palestine said...[Reply to comment]

Boleh guna minyak zaitun Palestine ke?

ijayuji said...[Reply to comment]

Izaaahhhh! masak apa tuuuu?? tumpang makan! betul kata kak nor kalau sakit gigi takd e gigi leh order sup kentang kat sini :D FOC eak?

Ummi Alesya Sofea said...[Reply to comment]

haiyakkkk...x tahan tgk,sedapnyer!

Anna Qawina said...[Reply to comment]

wei..aku lewat sampai..ada lg sup tu? hihi...baru balik dari poye2 kat kampong nih, dtg sini bawak pisang setandan..ko agak2 n3 aku akn dtg apa ek? hahaha..
eh..santan pekat ke cair ko guna tu?

Juwita Jamaludin said...[Reply to comment]

Salam kak izah.. Betul ke kakak.. Ihik.. Ihik.. Sup camni kanak2 suka.. Leh la try nanti

Juwita Jamaludin said...[Reply to comment]

Izah kita sebaya la.. Perasan muda plak ita ni.. Hahaha.. Anyway thanks jawab ye

HaSue said...[Reply to comment]

aku datang nih..yg paling awal skali pd tarikh ni..ngee ngee.. :D
caye nak mamam bubur jugak!td caye buat bubur jugak!sapa suh caye terliur nengok bubur awak cemalam!x pasal2 mkn bubur nacik ari ni..ngahaha..

amboii..roti munger2..cumil!
dah ok yer anak bujang ko tuh?syukur laa...x laa kite risau sgt kan

Unknown said...[Reply to comment]

sedapnya sup ni zah...layan lak time sejuk-sejuk hujan tu kan memang best...tgk bubur kat bawah tu pun sedap gak....lama dah tak mkn bubur mcm tu...semoga anak izah cepat baik yer..

CT Delima said...[Reply to comment]

As'salam Izah

first time ni dengar sup kentang berkerim. mcmana rasanya ni erk, ada rasa alah2 mcm sup kat McD tu ker.. hihihi.

ni kalau nk tahu kena buat lah kot baru tahu.

izahdaut said...[Reply to comment]

@K.Nor
seperiuk? tu bukn akak je sakit gigi, dengn saya saya pun sakit kak. hihi

izahdaut said...[Reply to comment]

@lina_pg
a ah klu ada roti perancis tu elok je kan buat garlic bread. sedap

izahdaut said...[Reply to comment]

@Anawahid
roti tu bile bebudak tengok excited kanmain lagi. pastu parahhh aku nk membunga kan roti tu. hhaha

izahdaut said...[Reply to comment]

@Yatie
seronok dah ada ank dara boleh ke dapur ni kan kak. amboii hamka.. mcm budak2 ni jugak la, pulak2 klu kite meroti atau mendonat. "rajin" betul menolong kitee..hihi

izahdaut said...[Reply to comment]

@Zaitun Palestine
tq sudi ke sini

izahdaut said...[Reply to comment]

@ijayuji
foc la kan.. buat sendrikkk!!!.. kikiki

izahdaut said...[Reply to comment]

@Ummi Alesya Sofea
hihihi.. boleh try. simple je. tuko susu segar or cair pun boleh

izahdaut said...[Reply to comment]

@Anna Qawina
meh bbling pisang sesisir kat aku!!!
aku guna santan sedang2 je. tak cair tak pekat.

izahdaut said...[Reply to comment]

@Juwita Jamaludin
bila tau sebaya senangkan ita.. hihihi.. budak2 mmg laju mkn sup gini. tpi nk cicah ngn roti la.klu mkn gitu tak nk pulak diorang ni

izahdaut said...[Reply to comment]

@HaSue
ko buat bubur gak yee... kire klu mkn tk trasa bersalah secara berjemaah sangt kan. hihihi...

a ah ko, bile budak2 nmpk bunga roti tu, nk mkn yg bunga2 je.. sudahhhh

izahdaut said...[Reply to comment]

@Nieza
terimakasih nieza...
a ah panas2 sedap sup ni. bila sejuk dia agak pekat.

izahdaut said...[Reply to comment]

@CT Delima
hmmm nk ke rasa2 mushroom sup pun ada jugak kak ct.. budak2 ni suke cica roti.layann.hihi