CSS

Monday, May 23, 2011

Crazy Chocolate Cake (eggless)


Assalamualaikum..

Selamat pagi semua. Sebelum tu masih belum lewat untuk kita sama-sama sedekahkan al-fatihah buat anak-anak yatim yang terkorban tanah runtuh hari sabtu baru ni. Setiap kali tengok berita, setiap kali tu juga air mata berlinang melihat kejadian tu dan melihat kaum keluarga yang bersedih, apatah lagi melihat rakan2 yang menangisi pemergiaan korban2 tersebut. Rasanya bukan berlinang dengan aman je, dah tersedu-sedu sedan dah. Doa saya semoga roh mereka aman seaman-amannya di sana.

Berbalik pada kek ni, sesuaila dengan namanya. Saya sukeeee kek ni. Simple sangat sangat. Bahan senang yang seadanya di dapur, cara buat semudah abc. Masaknya pun tak lama. Rasanya.. wallllaa... sedap. Cuma kalau nak lebih rasa cekelat boleh tambahkan lagi serbuk koko. Atau tambah sikit coklat emalco, atau tambah sikit nescafe. Saya ada tambah sikit oren sunquick. Baru tambah ummphh!! Kek ni naik cantik elokkk je. Gebu dan moist sangat sangat. Terima kasih aludra@myR.

Sorry guys.. gambar tak elok, potongan kek pun tak elok. Kek ni dipotong time suam2. Anak2 tak sabo nak makan. Pastu kek ni lembut sangat2 dan moist , so potongan tak berapa nak elok.


CRAZY CHOCOLATE CAKE

Bahan-bahan ( 18cmX18cm )

1 cawan / 120 gram tepung gandum
1 cawan / 180gram gula halus
3 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1/3 cawan / 80ml minyak sayuran atau minyak masak
1 sudu besar cuka
1 sudu kecil vanilla
1 cawan air sejuk
1 sudu besar oren sunquick *saya tambah

Cara-cara

Dalam mixing bowl, masukkan semua bahan yang kering (tepung, gula, koko, baking soda, baking powder, garam). Gaul sebati.
Pastu, masukkan semua kandungan cecair, (minyak, cuka, vanilla, air) dan gaul sebati.
*Saya masukkan semua bahan cecair kecuali cuka. Gaul sebati. Last sekali baru masukkan cuka. Gaul sebati.
Masukkan dalam loyang yang dah disapu mentega/minyak sedikit.
Bakar dalam oven pada 180C selama 30 min atau hingga tester bersih bila dicucuk keluar dari kek.
Boleh dihias dengan frosting kegemaran masing2.

NOTE: Saya guna measurement cup untuk resepi ni. Kek ni sesuai diimakan begitu sahaja tanpa frosting, sebab dah cukup rasa manisnya. Terpulang dengan selera masing-masing.


29 comments:

Sally said...[Reply to comment]

Saya pun Alfatihah jugak untuk anak2 yatim tu...yummy tengok pun dah rasa nak buat jugak ni..senang jer nampaknya!!

tun_telani said...[Reply to comment]

tu laa.. sgt sedih tgk berita anak2 pasal anak2 yatim tu :( rasa mcm nk amik semua jd anak angkat je.

tun suka wat kek ni =) senang n cepat nk wat. kak izah mmg suka perasa oren coklat, ye. hihi

Sheery Dream Cakes said...[Reply to comment]

Al-Fatihah..

izah.. pepagi dtg dapur izah nmpk kek choc ler... sedap tu izah.. nk sepotong.. ada lg x nie? hehee

izahdaut said...[Reply to comment]

@Sally
alfatihah..senang sangat kan. should try this cake.yummeh

izahdaut said...[Reply to comment]

@tun_telani
tun dah buat ye.. aloo ngapa tak recommend kat akak.. best la akak suke. portion nya pun kecik sesuai sekali hadap je kan. hehehe.. a ah akak kengkadang muak rasa coklat. kalau letak oren sikit, baru tak muak. sedap coklat n oren tu bersatu

izahdaut said...[Reply to comment]

@Diana @ Melley Mey
akak saya buat ni petang semalam. pepaham je la,, kek ni pun kecik je. kejap je dah habis kak. hehe

anymz said...[Reply to comment]

zah,sebab hari ni ada berita sedih kan,akak pun dtg dgn sopan je ni...:(

ko sama dgn akak zah.akak pun suka letak oren dlm kek cekelat.kalau beli cekelat cadbury tu kan mesti akak beli yg ada perisa oren kat dalam.sedap kan?.kek ni moist eh..boleh try lah nanti.

apa macam.okay tak dgn kesopanan akak ni?leh jadi wanita melayu terakhir tak?

Sheila Shafeareen said...[Reply to comment]

Saalm Afatihah buat meraka semua....Amin
Izah langsung x pakai telur yeee..snng npk resepinya..mmg gebus dan moist..letak dlm cup ok kot...

izahdaut said...[Reply to comment]

kak anymz..
sangat sopan, tapi wanita melayu terakhir tu tak berapa nak jadi sangat. tapi kalau ibu mithali tu saya setuju. hahaha..

eh kak nim, memang sangat sangat moist n lembut naiknya kek ni. tapi kalau akak ramai yang nak makan, kena doublekan adunan. sebab dapat sikit je ni. loyang kek paling kecik saya guna ni.kalau kak nim nak lebih rasa coklat leh tambah lagi serbuk koko. ni rasanya lite lite coklat je

Nazrah said...[Reply to comment]

kita nak cuba gak ler..campuran oren dan coklat..gambar izah sekarang makin cantik dan terang...apa petua??

izahdaut said...[Reply to comment]

kak shiela..
betul tu kak shiela. tak guna telur pun. rasanya kalau nak letak dlm cc pun senang nak makan. ni nak potong pun aduhai lembutt jee

izahdaut said...[Reply to comment]

kak nazrah bakery..
kalau akak nak letak oren saya cadangkan tambah sikit lagi serbuk koko tu. baru rasa dia melawan sikit. hehe..

gambar tu sebenarnya, saya baru lagi guna lens 50mm.jadinya itulah hasil amatur saya ni kak. jadi la tengah2 nak belajar ni.. akak dah ada 50mm lens tak?

HaSue said...[Reply to comment]

Al fatihah untuk mereka yg terkorban..semoga roh mereka lebih tenang di sana..aminnn..

kali ni kuar lak gamba kek ceklat ko nih..n3 main bola tu dah kuar 2 gambo..anak2 ko main..hehe..
tak abis2 lg oren sunquick ko tu yer..
eh,ko penah buh oren sunquick dalam masakan tak?aku tanya je..aritu penah buh skali cam best jer..sbb penah tengok masakan india ke apa dia buh oren sunquick tu haa..

mintak aku banyak kek ceklat ko nih

izahdaut said...[Reply to comment]

hasue.
ye ke.. aku rasa cam sedap je kan. ras oren2 wangi gitu.. aku tak pernah la try lagi. boleh jugak la lauk2 yang sesuai nak letakkan. takkan nak letak dlm gulai lemak kot? ke boleh je? aku tanya betui2 tau. hehe..

tu la, aku rasa blog aku ni pun slow jugak kot loading nya. dah berat sangat la tu kot. hubby kata dia masuk pun slow jugak. aku je masuk ok cepat aje loading nye.. ishh..

ijayuji said...[Reply to comment]

Izahhh niiii kacau org jerrr! tgh marathon nii :D asyik tyg kek jer budak niii, asyik ke laut lagi ke? walaupun egglesss tp ttp sama mcm mkn kek biasa wakakaka...

Nuwairani said...[Reply to comment]

kak izah! kalau kek yg eggless sy suke makan tanpa topping.xtau napa rasa mcm sedap makan gitu aje

KakAsma said...[Reply to comment]

agak agak crazy tak makan kek nih..kalau crazy akak takut ler nak buat hehehehe...tapi kalu buh perasa orange mmg sedap..wangi ajerkan

Nadz Nazharzan said...[Reply to comment]

Betullah Izah.. Lagi dibaca, lagi ditengok berita ttg korban tanah runtuh tu, makin bertambah sayu hiti nikan.. Al-Fatihah utk mereka. Allah lebih sayangkan mereka. Cuma tak sanggup nak ingatkan bila fikir keadaan mereka sewaktu musibah tu menimpa. Sedangkan kita ni, kalau jari kaki terpijak oleh org lain pun rasa sakit..apa lagi mereka yang tertimbus dan terhimpit di dalam rumah tu kan...

Izah pn suka letak sikit rasa oren pada kek coklat eh.. Akak pun mmg suka. Kombinasi dua jenis rasa..Mmg best kan..Takut lak tgk nama kek tu tp kalau makan tak takut hehehee...

cik cek said...[Reply to comment]

WaH!...sume org pun dok pakat buat kek coklat..tak kiralah yg bakar ke yang kukus...ada telur ke tak de telur...janji sedap kan Izah...coklat kek...sume org pun suke...:)

izahdaut said...[Reply to comment]

@ijayuji
hahaha.. memang kelaut pun.. adeh... buat tuk bebudak ni. diporang suke sangat kek coklat. nak wat cemana . tu yang maknya pun ngembang.

izahdaut said...[Reply to comment]

@nuwairani ismail
betul tu. tak yah topping pun. sebab dah rasa padat moist gitu kot yang tak payah guna topiing. sedap ada kerak2 lak

izahdaut said...[Reply to comment]

@KakAsma
akak crazy jugak kak. sebab crazy lepas mengira lemak2 kat badan. hahaha.. a ah sedapkan kalau ada oren sikit rasa tu

izahdaut said...[Reply to comment]

@Naz
tu la kak naz. bila ingatkan ni, terasa piluuu je. hari pun cam mendung je.. semalam lagi la terasa2 sayu sangat.

akak.. memang suke kan rasa oren. kek tu jadi takmuakkan

izahdaut said...[Reply to comment]

@cik cek
tu la kuasa coklat. semuanya suke...kan kak.. hehe

Sal Saari said...[Reply to comment]

tak boleh tahan tengok kek coklat,
tergedik2 rasa nak makan..

izahdaut said...[Reply to comment]

sal ..
hahaha.. tergedik2 ye.. pastu kite tergedik2 nak kurangkan lemak.. adeh

Anna Qawina said...[Reply to comment]

Zah : aku selalu buat dulu kek ni, tp ank2 je yg ngadap sbb aku kurang suka..rasa cam padat je..ke aku yg buat padat eh? kekeke...
ni nak wat kek pisang lak..jom join..

izahdaut said...[Reply to comment]

anna..
pada aku kek ni tak padat. cantik je naik. gebu gitu. tapi aku pernah buat gak egless yang agak padat. aku pun kureng suke. tapi yang ini aku suke

Lieza said...[Reply to comment]

Izah....ada lg ker apam tu yg mekar sejambak tu...pssttt izah camner elok jer apam tu dok dlm paper cup tu..kuncup jer tak kembang badan apam tu...