Saturday, May 28, 2011

Ikan Asam Daun Kari


Assalamualaikum..

Buat semua, selamat bercuti hujung minggu dan bercuti cutian sempena bermulanya cuti sekolah ni. Seronok ye cuti-cuti ngan anak-anak . Ramai yang balik kampung musim2 kenduri kendara ni. Kat rumah emak saya pun insyaAllah berkenduri kendara aqiqah jugak. Tapi peluang nak balik tu tak de. Jadinya bayangkan ajelah dari Ampang ni ha orang berkenduri. Hehe..

Ikan ni, asalnya kak Asma guna ikan tenggiri. Tapi sebab saya guna ikan selar, jadi saya ubah tajuk tu. Boleh ye kak Asma? Anak saya suke  buat lauk ikan cenggini. Berselera si kecik makan. Saya tak buat pedas pun nyata memang sedap. Mekasih kak Asma. Mintak izin tepek resepi kat sini pulak ye.


TENGGIRI ASAM DAUN KARI

Bahan2:
4 keping ikan tengiri
1 labu bawang besar*
2 ulas bawang putih*
sedikit halia*
1 biji lada merah dan hijau*(*bahan bertanda dihiris )
1 batang serai(ketuk)
sedikit daun kari
garam,perasa,air asam jawa

Bersihkan ikan,lumurkan dengan serbuk kunyit dan garam.panaskan goreng hingga garing.angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak dari kuali tinggalkan sedikit,masukkan bahan yang telah dihiriskan tadi,tumis hingga layu.
masukkan lada,serai,daun kari,garam,perasa dan air asam.
biarkan sebentar,baru masukkan ikan tadi.
kalau suka berkuah agak2 hampir pekat matikan api.


12 comments:

Yatie said...[Reply to comment]

Assalamualaikum Izah,
nmpk menyelerakan lauk ni..akak mmng suka msk yg simple mcm ni..senang keje...laporlah..lum masak lagi ni....

atie @ ejay said...[Reply to comment]

nak seketul..lapar nasik nih:)

Nazrah Bakery & Dunia Kuih said...[Reply to comment]

kita belum masak....nanti suruh my bibik masak yg ni pulak..(sebab kita tak pernah masak makan tenghari..)

lina_pg said...[Reply to comment]

sedapnya..lapo la plak tengah2 hari gini

izahdaut said...[Reply to comment]

@Yatie
waalaikumussalam warahmatullah..
a ah kak. simple je. time anak2 duk merengek ni boleh aje buat simple gini. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@atie @ ejay
hehe.. boleh je. dak kecik makan abis sekor. ada tinggal 2 ketul lagi

izahdaut said...[Reply to comment]

nazrah bakery..
a ah.. senang ada bibik ni kan. suruh ajeee.. hehehe..simple je ni... bebudak ni lauk simple nak makan, kalau kite buat lauk susah2 sikit, pelik tak nak makan pulak

izahdaut said...[Reply to comment]

kak lina..
saya pun kelaparan lak time hujan sejuk2 gini.. hehe

Mas said...[Reply to comment]

makcik...
aku suka ikan masak gini..
sedappnya tengok...
boleh try nanti..
tunggu beli ikan dulu.....kikiki

DJ Dayang said...[Reply to comment]

lapoooooooo..... :D

kiEyn kiNah said...[Reply to comment]

nmpak menarik je....

Liza @ Adzriel AB said...[Reply to comment]

ada cili api..menggiurkan