Tuesday, May 31, 2011

Pau inti Coklat


Assalamualaikum..

Morrniingggg...
Sarapan dah? Jom sarapan dengan pau yang terbaiikkk ni.
Buatnya petang semalam dah. Tapi dapat banyak, kukus balik untuk hasil yang sama. Tapikan, tak kukus balik pun tetap lembuttt sangat. Lembut dan gebu mcm pau yang kat highway tu. *yang gebu lah, bukan pau keras tau. Sangat suke dengan resepi dari kak Yani ni. Cume mungkin next time nk kurangkan sikit baking powder. Sebab ada trasa sikit kat pau tu. Tapi no hal punya, sebab mmg gebu yang amat! Mekasih kak Yani!!!


PAU
sumber: kak Yani@myR

Bahan-bahan ( 8 biji )

300g tepung gandum *saya letak 1/2 tepung pau
6g baking powder
2g garam
162g air suam
6g dry yeast
30g gula halus
18g lemak sayur

Cara-cara

Masukkan tepung, baking powder dan juga garam. kacau biar serata.
Campurkan air, dry yeast dan gula dalam bekas lain. kacau biar gula larut.
Masukkan no.2 ke dalam no.1. Uli sehingga hampir licin.
Masukkan pula lemak sayur. Uli sehingga licin. Buat bentu bulat.
Penaikkan sehingga 2 kali ganda atau 40C selama 30 minit bagi sesiapa di negara sejuk.
Utk uji naik ke tidak..Taburkan sedikit tepung di atas doh. Tekan dengan jari. Kalau tinggal lubang, maknanya doh dah naik.
Tekan-tekan untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
Ambik sebiji doh, canaikan dan letaklah inti ditengahnya. Tutup rapat-rapat.
Utk inti tu, boleh rujuk resepi pau dr mat gebu or pau kari ayam dr jun atau boleh juga letak apa saja inti ikut kesukaan masing-masing.
Saya letak inti krim coklat dan juga sardin. (Abihkan stok yg ada sebenarnya ni.. so takde sukatan yg spesifik utk inti)
Bila dah siap isi inti, biarkan dalam 5 minit. Bila dah nampak naik sikit, bolehlah kukus.
Kukus dengan api kuat selama 15~20 minit.. Masa tengah kukus jangan buka penutup kukusan.

*saya uli guna BM. Masukkan baahn2 mengikut urutan BM.


Kalau pau tu menjadi, kulit permukaan tu boleh tarik elok je. Kan?


38 comments:

Zaliedana said...[Reply to comment]

Tuan umah,nak tumpang bf sini leh x..Amboi putihnya pau tuh,jeles toi..Siyes nih kak,pau nih mmg putih gebu..

CT Delima said...[Reply to comment]

As'salam Izah

alahai Izah... tergoda kak ct dengan kelembutan pau ni lah. Semalam gi Jaya Jusco nak sambar gak tepung pau. tapi macam malas lak nak buat. kak ct suka makan yang kat highway tu sebab lembut. ni dah jumpa resipi boleh lah cuba. Thanks dear...muahhh!

Deliah's Deli said...[Reply to comment]

terkesima n teruja!

Rabiatun Adawyah said...[Reply to comment]

Salam Izah, ni antara resipi pau peberet ni..gebusss..hihihi..bestnyer ngn inti coklat tu nampaknyer..

Mama Hawa/Mama Nani said...[Reply to comment]

Wow!! gebu betul pau kacang Izah..meh tukar ngan kuih lobak putih mama hehehe

Nieza said...[Reply to comment]

amboi cantik gebusnya pau ni zah....terguda dah nengoknya ni...nanti boleh cuba resepi ni pula..:)

HALAMANKU said...[Reply to comment]

uuuuuiiihhh coklat...mmmm gebusnyer.. Zah erma bawa kek pisangni.. kita tukar ye.. he he he

Anna Qawina said...[Reply to comment]

hajatn ya nak ngepau jugak..nak alas dgn daun pisang kat bawah pau tu..kekeekeke....
Izah : ko uli pakai BM? lama tu, ke ko uli jap je pastu angkat?

izahdaut said...[Reply to comment]

@Zaliedana
tu la kejadian campuran tepung gandum ngan tepung pau. siyes gebu pau ni... tapi mungkin kena kurangkan sikit baking powder tu kot. tapi pau yang terbaikkk

Ketuhar Panas Yatie said...[Reply to comment]

Salam Izah,
Tengok gambar pun dah berkenan. Belum rasa lagi tu. Akak suka pau kacang merah. Pernah buat tapi tak menjadi macam Izah punya. Next time bolehlah cuba resipi ni....

izahdaut said...[Reply to comment]

@CT Delima
waalaikumussalam warahmatullah..
saya rasa donut ni gebu n selembut kat hgway tu kak. guna gandum je pun boleh kak ct.tak payah guna tepung pau pun. saya guna tepung pau tu nak perabih lebih2 hari tu. campurkan sekali dari membazirkan. terbaikk ni

honey bee said...[Reply to comment]

Assalam...gebunya pau tu makan dgn kopi panas2 sedap ni!

izahdaut said...[Reply to comment]

@Deliah's Deli
terkuja....heheh

izahdaut said...[Reply to comment]

@Rabiatun Adawyah
dah slalu buat guna resepi ni ye? bestkan. terbaikk dengan tahap kegebuannya tu. sukaa

izahdaut said...[Reply to comment]

@Mama Hawa/Mama Nani
pau inti coklatlah.. sabau je la.. hehe.. ok nak tukor..sedap tu

izahdaut said...[Reply to comment]

@Nieza
nieza.. recomended.. senang je kan. tapi hasilnya memang syok tengok

izahdaut said...[Reply to comment]

@HALAMANKU
nak tukor nak tukor ngan kek pisang!! sedap tu.. oye oye

izahdaut said...[Reply to comment]

@Anna Qawina
a ah .. ko dah menjawabpun persoalan soalan ko tu sendrik. hehehe.. alkisahnya aku letak dlm bm sempat 2 kali uli. pastu aku tengok mcm lembik sikit, jadi aku letak dlm bekas lain, uli guna tangan campur lagi sikit tepung.tapi memang berbaloi la resepi ni. sukeee

izahdaut said...[Reply to comment]

@Ketuhar Panas Yatie
akak boleh try resepi ni. saya rekemen sangat. memang sangat gebu menjadi. dah kukus tu pun dia mengembang lagi. jadi disarankan kena letak jarak2 pau ni. cuba kak!!

izahdaut said...[Reply to comment]

@honey bee
betul memang sedap. anak2 makan selera tengok. memang tak membazir walaupun buat satu adunan.heeh

Mas said...[Reply to comment]

haaa...nampak3....
gebunya pau tu...
gerammm lak aku tengok....
aku tak try lagi resepi kak yani ni.....
lembut lagi yerk makcik walaupun dah sejuk...
boleh try nanti.....

izahdaut said...[Reply to comment]

@Mas
mas.. kalau ko tak try lagi, aku rekemen kan sangat. memang gebu. anak2 aku makan excited sungguh. habis licin tak de yang terbuang.. bagusss

K.Nor said...[Reply to comment]

gebus gebas :)

izahdaut said...[Reply to comment]

kak nor... gebus gebas terus diet terbabas... kiki

TopsyTurvyMum said...[Reply to comment]

Izahhhh!!

gebusnya pau ekauuu!
Guna BM??
Aku copy ini resepi hehehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@TopsyTurvyMum
pau inti coklat la. bukan pau aku. hahahhaa.
a ah aku guna bm je. pastu cam terlembik sikit, aku uli darat pulak. uli ngan tangan ler.tapi kejap je la. memang gebuuuu

HaSue said...[Reply to comment]

teringat lak anak2 aku request pau sayur aritu tp x terbuat2 lagi..aku insaf n amik iktibar ni..hehe.. nanti aku nak wat gak laa..tepung pau ada,rajin je lom ada stok lebih

izahdaut said...[Reply to comment]

eh aku nak insaf la jugak.. hahaha.. nampak sangat tak insaf insaf lagi kan. pau sayur. sedap dengor nya tu. ce ko try buat, nak jugak aku rasa. ala pau ni makan seketul dah kenyang, cume aku je yang tak kenyang2. tu yang berketul jugak masuk mulut tu. haha

Diana @ Melley Mey said...[Reply to comment]

izah...
lemah terus badan nie tgk pau nie tau.. hehehee... gebunya.. putih plak tu... wah!! tergoda2...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...[Reply to comment]

dlm ramai2 bloggers masak2.. akak rasa.. izahlah yg paling rajin sekali buat kuih-muih tauu.. memang juara... hehehe.. gebusnyer pauuu! gerammm!

Yatie said...[Reply to comment]

wow putih melepak....gebusss gebaassss paumu itewwwww....geram tngk...kuih kegemaranku...

dZana said...[Reply to comment]

aduh.. mmg gebu n putih melepak pau izah ni.. akk suke inti kelapa..

izahdaut said...[Reply to comment]

@Diana @ Melley Mey
mcm tu la saya rasa kak masa duk jenguk pau ni kat myR. tu yang ter buat jugak tu. tapi berbaloi buat inti coklat ni sebab anak2 suke makan rupanya. dah lama tak buat pau.

izahdaut said...[Reply to comment]

@MaDiHaA a.k.a Ratna
akkaakk.. mana adaaa... ramai lagi tu kak. akak lagi juara.. tak terkejar menu akak tu walaupun berkerjaya... hehehe.. saya memang salute kat akak lah

izahdaut said...[Reply to comment]

@Yatie
akak dah pernah buat resepi ni kak? sedapkan kak yatie dia punya gebu tu..

izahdaut said...[Reply to comment]

@dZana
kalau ikut inti, saya suke jugak inti kelapa ngan inti kacang merah. peberet

Zack Zachoes said...[Reply to comment]

salam kak.. hehe, ptg ni nk buat pau la kot. bnyk lg inti kacang merah dlm gerobok. putih melepak pau2 akak ^_^

amazingnur said...[Reply to comment]

Boleh try ni, saya paling suka makan pau init kelapa.........