CSS

Friday, April 1, 2011

Daging Kandar


Assalamualaikum..

Lauk ni memang sedap. Recommended bagi sesiapa yang nak cube rasa gabungan rasa daging kari, daging masak merah dan daging masak kicap. Yeke gitu mek sue? Dia yang cakap gitu. Kite iye kan aje.. hehe. Tapi muskil sikit ngapa rupa kejadian daging neh tak serupa yg kat rumah mek Sue. Mesti dia dah derhaka kan kejadian daging dia tu. Ce crite ce crite. Rasanya menu daging ni dah popular seantereo blog masak2 kan. Saya je baru nak try testing. Sedap, makan cicah ngan roti pun sedap ni. Mekasih Kak Asma berkongsi resepi dan Sue yang rekemankannya. Mintak izin nak tepek kat sini ye. 


Daging Kandar
Source: kaksma@myresipi.com
Sharing By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( 6 orang )

* 1/2 kg daging
* 6 ulas bawang putih/1 inci halia(tumbuk/blend)
* 2 sudu besar kicap pekat maggi
* 2 sudu besar sos tomato
* 2 sudu besar sos cili
* 2 pkt serbuk kari daging babas(1 1/2 pun boleh)
* 1 labu bawang besar(dimayang)
* 1 ulas bawang putih (dimayang)
* kulit kayu manis dan bunga lawang
* sedikit daun kari
* garam dan perasa


Cara-cara

1. daging dibersihkan hiris dan direbus(simpan air rebusan)
2. Tumiskan bawang besar,bawang putih,kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
3. Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk halus dan juga daun kari.
4. Kemudian masukkan campuran rempah tadi(kicap pekat,sos dan serbuk kari).kacau sebati.
5. bila dah sebati kuah masukkan daging dan air rebusan daging.
6. Masukkan garam dan perasa.kacau lagi
7. Perasakan dan masak lah sehingga kuah menjadi pekat.
8. sesuai dimakan dengan nasi dan roti



16 comments:

Diana @ Melley Mey said...[Reply to comment]

Assalamualaikum izah... wah tgk pun dah nmpk sedap... diana pun lom perna try lagi... nak juga try nnt...

Kak Sam said...[Reply to comment]

Assalamualaikum...
Ala tak heran kita hari2 tengok kedai nasi kandar. (ayat tak pueh hati)

izahdaut said...[Reply to comment]

@Diana @ Melley Mey
waaalaikumussalam.
leh terai diana. sedap nih.trasa2 lagi kesedapannya.cicah ngan roti pun sedap

izahdaut said...[Reply to comment]

@Kak Sam
walaikumussalam..
hahahhahaa..gelakkan dia gelak kan..ayat tak pueh hati ye kak sam..kikiki

Puan Ros @ Tadika Sinaran Intelek said...[Reply to comment]

Hai Izah,kak ros tengah potong daging sebab tengok resepi yang lebih kurang serupa dalam try masak.Sementara tunggu time masak do the BW dan nampak izah pun masak ni.Izah kata sedap lagi la semangat kak ros nak gi masak ni.

Mas said...[Reply to comment]

aku dah buat daging kandar ni...
memang sedappp la makcik..
tengok daging kandar kau ni buat aku teringin lak...
bak semangkuk....he..he..

Zaliedana said...[Reply to comment]

Assalam kak izah,sedap yer,meh org penang nak rasa ckit..Wah ramai juga dah try daging kandar nih ya..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...[Reply to comment]

SETUJU!!! lauk ni memang sedappp... teringat2 lagi kesedapannya...

Nieza said...[Reply to comment]

sedapnya!....teringat kedai nasi kandaq la pulak...huhuhu

umi said...[Reply to comment]

unik juga tu; gabungan masak kari+ masak merah + masak kicap ek? camne rasanya tu..? nak try...(cam malas), minta semangkuk izah (buat muka tak malu), ada lagi tak?

ady said...[Reply to comment]

sedapnya...daging kandar..klu mkn dgn roti pun sedap..

Ezadlieza said...[Reply to comment]

sedap sedap mmg sedap kan izahhhh,,akak pun dah buat byk kali...

Wattie said...[Reply to comment]

Salam Izah,
WAhhh ada daging kandar, hari tu nampak kat rumah Sue, meh kita tukaq ngan ayam panggang

geraugebang said...[Reply to comment]

Daging Kandar? Huiii...lepas makan ni sah-sah akak menyandar...

anymz said...[Reply to comment]

sedap ya zah?..
ikut resepi si sue tu ek?.
takpe2 akak ikut cam sam..gi tgk kat kedai nasi kandar kat Tampin tu je..hehe
tapi resepi ni angkut gak bawak balik.hehe

HaSue said...[Reply to comment]

err...aku ada derhaka ke ek?haha..aku guna tomato masak,x guna sos tomato..pastu kari cap ayamayam brand)..tu je kot yg aku alter..ngeee..
tp sukatan tu aku x nyukat sangat ler..main buh ikut suka hati n anak tekak jek..hikhik..nampak sedap dah daging ko tuh?bak aku seperiuk!