CSS

Wednesday, April 27, 2011

Award: Dari Sazahaiza, Tahniah kak Antan dan Tag Fie Jom Berkenalan


Assalamualaikum..

Memula sekali buat kak Antan, tahniah kerna blog kak Antan kita ni dah berumur setahun.
Baru juga berkenalan dengan kak Antan yang peramah tu.
Tapi agak sibuk dengan tugas2 sebagai guru.
Suka masuk blog kak Antan ni.
Tetibe je nak nyanyi lagu "antan bertingkah sahut sahutan.."
Paling suka dan khusuyuk masyuk masuk blog kak Antan ni mendengar nasyid kat situ.
Siapa belum kenal ngan kak Antan meh la jenjalan blognya.
Banyak menu2 yang menawan kalbu tau.
Jemput KE : ANTAN BERTINGKAH



Cantik tak award ni?
Sangat suke sebab belum pernah lagi dapat award ni.
Kreatif dan cantik.
Dari sazahaiza. Baru juga berkenalan.
Mekasih akak..eh akak ke ek.. Hehe.
Apa pun mekasih kerna mengingati jugak blog saya untuk dianugerahkan award ni.
Ada lagi...
Award untuk follower blognya.
Kira tamak jugak saya petang ni, dua dua saya amik. Hehe..


Cantikkan?
Mekasih sazahaiza.
Nak tengok empunya nama ni jemput ke: SAZAHAIZA resepi@ petua




Yang ni pulak TAG NAK BERKENALAN dari Fie.
Wah kena tag pulak. Mekasih sebab sudi berkenalan dengan saya ni ek.
Ececeh..
Walaupun tak de apa yg istimewa sangat saya ni, tapi orang dah nak berkenalan, kite sudi sudikan aje.
Nak ke rumah Fie?

Soalan tag.

STATUS?
Mak dara.
aiiyakkk.. hehe. isteri orang. emak orang. anak orang.

CERITA TENTANG DIRI?
Simple person.
Tak berapa reti bergaya mengikut trend.
Suka yang selesa, nyaman dan of course menutupi mahkota wanita anggun. Ececeh..
Seorang isteri yang sentiasa berusaha menjadi yang terbaik.
Sentiasa mahu mendapat redha Allah yang datang bersama redha suami.
Seorang ibu yang sentiasa belajar memahami karenah anak-anak.
Juga sentiasa berdoa anak2 dan keturunan menjadi orang yang benar2 beriman.
Tak mahu anak2 dan keluarga dalam kategori " mereka kata mereka beriman sedangkan mereka tidak beriman". Nauzubillah..
Bercita2 nak ada kedai mapin dan roti.
Sangat suke mapin.
Suke memasak tapi tak suke kemas pinggan mangkuk.
Surirumah sepenuh masa.
Asal orang Pahang. Tetibee.. haha


CERITA TENTANG BLOG
Titik tolak bermula berblog adalah, saya beriya iya nak bukukan gambar2 anak.
Encik suami, telah suggest pada saya buat blog.
Masa tu dia suruh buka blog via weebly.com.
Saya pun dengan bersemangatnya, mereka la blog tu. Semua kena buat sendiri.
Coding html..apa kejadahnya..susah lah..
hampir putus asa..tapi ada la jugak hasil gambar2 anak..
gambar2 masa dara, masa kawin, gambar family semua saya letak kat situ.
Lepas tu adik saya, yang tahu saya suke masak cadangkan ngapa tak buat blog macam Chef Hanieliza.
Dia juga lah yang rekemenkan  blog kak Lieza tu.
Masa tu saya suke sangat buat mapin sebab, hubby suka makan dan Bais pun suka.
Tak pikir panjang, masa memula hubby create blogspot ni, terus saya sajes guna nama Mapin lover.
dari blog kak Lieza, saya suke dengan blog Mamafami.
Dari situ terus saya kenal sifu2 dalam berblog.
Rupanya berblog ni memberi satu dimensi yang lain.
Seperti kita berada disebuah alam yang lain, alam yang mesra, berkenalan penuh ukhuwah.
Sehari tak online bertegur sapa dengan kawan2 blog rasa..
errr... susah nak kata.. anda rasa?hehe
Jadi seperti maklom, blog saya sarat dengan menu masak2.
yang saya rasa sedap untuk dijamu, akan saya masukkan resepinya.
Suke kan berkongsi resepi ni.
Jadi sokong lah saya. tetibe..

PENDAPAT TENTANG DUNIA BLOG?
Dimensi berbeza.
Tempat luahan rasa.
Tempat beerkongsi rasa.
Tempat mengeratkan silaturrahimm.
Tempat merempit. hehe

NASIHAT PADA NEWBIE BLOGGER?
teruskan usaha anda untuk berblog.
Jadikan blog tempat menambah ilmu dan kenalan.
Ikhlaskan diri..hiasi peribadi..moga kuntuman senyum bersemadi.

KEUNIKAN BLOG ANDA?
Unik blog atas nama Muffin kot.
Iye ke? Ada tu yang mencebik.. haiishh tak beekk tau!!
ce crite ce crite apa yang uniknya blog ni?
hehe

SAMPAI BILA BERBLOG DAN IMPIAN BLOG?
sampai rasa tak boring dengan blog.
sampai kertuuuuu...
sehingga masih duduk dlm kawasan berinternet kan ku gagahi jejari ini berblog.


4 comments:

Mas said...[Reply to comment]

makcik....gitu ceritanya yerk....
sambil angguk2 kelapa dan tersenyummm....

Sheery Dream Cakes said...[Reply to comment]

izah ~... akak pun angguk2 kan kepala gak mcm mas.. hehehee.. seronok baca tau ... ;)

saza_haiza said...[Reply to comment]

Thanks Izah kr sudi ambil award dr saya.Siap puji2 lg,sampaikan ank saya trsipu2 malu.Nk panggil akak pn tkpa...Smoga blog Izah d kenali ramai dgn resepi2 yg best2,hendaknya..

Adiweyah said...[Reply to comment]

Salam ziarah Izah...hari ni cuti boleh lah jln2 blog kawan2...thanks ya sudi joint segmen jom berkenalan tu...nanti dtg blog Fie ambil 2 awards ya...1 award joint segmen dan 1 lagi award followers...syukran2..semoga persahabatan ini akan berkekalan selamanya..