CSS

Saturday, April 9, 2011

Quick Pizza Dough dan psss nak gossip..

Assalamualaikum...

Amboii amboi.. pagi lagi nak gosip. Ye la, ari ni sabtu, tak ramai nak BW atau singgah blog ni pun, boleh la crite crite menda luar linkungan sikit. Eh ada kaitan ke? Tak de la nak gosip pun, cume nak share sikit pengalaman diri sendiri dengan karenah manusia. Semua perangai manusia yang buat saya speechless..cume tegumam dan tercengang..

Nak crite dulu ke nak tunjuk pizza dulu? Tak pe, sambil makan sambil berborak ye. Bajet2 menyembang kat kedai kopi yang ada jual pizza lah ye. hehe. Aaa jemput jemput..



Tu diaa.. quick pizza..simple and elegant. Muekeke. Tak yah tunggu doh kembang. Bukan apa, ase bangun pagi je pening nk masak apa tuk budak berdua neh. Sarapan untuk hubby tak pening mana sebab senang je sarapan kat kedai kopi je, ala cam tak biasa. * buat-buat bangun lambat, pastu buat reason tak sempat masak lak. Weii mana ada.. hubby kuar rumah kul 7 suku. Kadang2 sempat kadang2 tak sempat, lumrah la tu.. 

Berbalik pada doh pizza ni, senangnya..saya godek dengan senduk je tak uli uli pun. Lembut sampai tengahari. Ye saya dah 2 kali buat pizza ni. Bebudak suke makan sampai kan roti tu pun habis diorang makan. Biasa kalau makan pizza roti tu kengkadang diorang tak makan cume kutip isi je. Isi pizza saya ni bodo bodo je. Asal diorang suke sudahhh..


Berbalik pada gosip yang tak gosip tu. Sebenarnya, perangai manusia ni sangat tak dijangka. Jika hati kite bersih insyaAllah perkara berlaku disekeliling kite, cepat2 menginsafkan dan menjadikan kita beristighfar. Dunia ni pentas kehidupan yang sangat sebentar. Ada orang yang hatinya mati akan memjadikan prinsip hidup sebentar ni la masanya nak merasa semua nikmat dunia yang palsu ni. Bagi hati yang hidup dengan cahaya, insyaAllah sebaliknya.

Panjang benor muqadimahnya ye... hikhik. Sebenarnya saya pun pernah terbabas dengan prinsip hidup didunia atau pun kata lain tiada prinsip tetap. Alhamdulillah Allah temukan saya dengan jodoh yang mengcloroxkan pemikiran saya sehingga bertukar 360 darjah. Susah saya nak terangkan di sini sebab saya bukan bijak bermain kata-kata. Tapi alhamdulillah..kesabaran dan kesyukuran dan kesederhanaan sangat penting. Ikhlas dan redha atas ketentuan Allah..walau apa yang mendatang...kuatkan Iman. Tetibe feeling drama NUR KASIH. ngahahaa...

Cerita pasal perangai manusia pulak ye. Sebelum tu kan, pada hemat saya,orang yang bergaul dengan ramai orang akan didatangkan dengan ujian yang bermacam2 pasal perangai orang. Betul tak? 

Contoh, saya ada sorang kawan masa belajar kat Uia dulu. Kawan saya ni saya namakan sebagai T. T ni ada ramai kawan samada di uni atau di luar. Tapi kan dia suka berkenalan dengan kawan maya melalui chatting. Bukan berkenal di maya saja, tapi dia suke pulak berjumpa mata bertemu mata. Macam2 cerita pengalaman dia berjumpa dengan kawan maya ni. Buat kami yang mendengarnya tertawa dan juga beristighfar panjang. Yang dijumpa tu mesti lah lelaki kan, bahaya tu. Ada sekali tu blind date dia dengan seorang lelaki yang dah lama dia chat. Bila jumpa dari jauh nampak gemuk yang teramat, sampai T buat2 tak kenal dan kata tak dapat jumpa sebab sakit perut. Aishh mcm mcm. Tapi ada juga T diduga bila kawan chat ada masalah kononnya nak tumpangkan adik perempuannya di asrama T. sedangkan esoknya T bangun dengan wallet dan barang berharga hilang dibawa lari oleh 'adik' tersebut. Itulah risikonya. Dan banyaakk la lagii. Tapi bagi saya bila dikelilingi ramai orang yang ada contact, maka banyak juga masalah yang datang. Slalu juga saya pesan, jangan cari masalah.. berkawan dengan org buat minyak wangi, kita pun dapat wanginya..berkawan dengan org buat arang kita dapat itamnya..berkawan dengan org pandai masak, kita dapat makan keknya..ececehh..



Punya panjang pot pet baru nak masuk drama sketsa pendek lak.

Drama Pertama:
Saya pernah mendapat call dari seorang wanita. Masa tu saya ada side number untuk hal tertentu. Memula saya terima  sms seorang ibu yang merayu anak perempuannya supaya pulang ke rumah. Jangka saya sms sesat seorang ibu yang hilang anak mungkin.  Tak la saya hiraukan.
Kemudian saya dapat call dan angkat. Tanpa salam satu suara wanita bertanya saya siapa dan dimana. Pelik. 
masa dia call tu bebudak berdua ni tengah gaduh. Pening kepala. Jadi masa dia call tu layan tak layan jugak la saya kat dia. Jadi nyer saya balas balik cik puan ni nak cakap dengan sapa. Dia kata nak cakap dengan anak dia. Saya balas balik cik ni salah number, harap maaf. Dan dan pulak dia kata awak amik number ni kat mana, curi ke, dengan nada yang tak sedap nak didengar. Saya bagitau ler, saya beli kat kedai la. Tetibe..
"eh perempuan sundal..mana anak aku ha?"
erkkk....

*nampak..nampak... apa pikir kamu?


Drama kedua:
Satu pagi yang tak berapa pagi dan ceria. Kami turun nak keluar berjalan jalan. Masa tu time orang tengah busy buat rumah terbuka sempena hari raya, sana sini semuanya cantik berkerudung dan berbaju kurung. Baru kami keluar lif, ada satu kereta berhenti parking depan lif, sorang perempaun berbaju kurung keluar dari kereta dan seakan2 beriring dengan kami yang sedang menuju ke parking. Laju je dia jalan nampak cam tau kemana arah tuju.Tapi saya terus ke pondok buang sampah dan hubby ngan anak2 ke parking yang tak jauh dari situ. Perempuan yang nampak sopan tu terus berjalan ke parking berdekatan dan lalu dekat dengan sebiji kereta sambil tangan kanan pegang henpon mcm mendail dan kepala seakan2 mencari kawan dan tangan kiri memegang kunci kereta dan...
"srrrrrttttttttttttttttttttttttttttttt...."

Apa dia tu? Tangan kiri dia ke bawah je, sambil jalan sambil dia calarkan satu kereta ni dengan kunci dia. Nampak..nampak.. Reality wok. Hubby saya melopong, saya lak tercengang!



Drama ketiga:
Satu petang hubby saya ke Low Yat Plaza nak cari barang komputer.  Saya tak ikut. Tak minat lelama kat situ. Tapi yang ini bukan pengalaman saya, tapi pengalaman hubby. Hubby kata nak tersuke pun ada. Situasi di parking kereta. Saya tak ingat macamana situasi sebenar dan tak berapa ingat ceritanya. Cuma dapat saya bagitau disini, ada berlaku pergaduhan rentetan minor eksiden yang disaksikan oleh beberapa orang yang lalu lalang.
Maka ada seorang saksi, dia ni cuma saksi bukan pihak yang terlibat pun, masuk campur. Dengan ayat yang lebih kurang macam ni..
"awak jangan tipu tau.. saya ni kerja dekat kementerian per*** dan pangkat ***. Awak tak tahu saya, saya ni kerja dekat kementerian per***." dan mengulang ulangnya beberapa kali. Yang mana hubby kata tak de kaitan pun dengan situasi tersebut.

nampak, nampak tak? Tiba tiba bangga dengan jawatan dan pangkat ditempat yang tak sepatutnya. Hahaa..



waaahhhhhhhh.. panjangnya... letih aahh. Ada lagi nak cerita. Nanti2 lah ye. Malas lak nak masuk resepi pizza. Nanti-nanti lah. Babaii..



21 comments:

K.Nor said...[Reply to comment]

ehh akak kawan dgn izah yg pandai buat kek, buat muffin, buat pizza kan.. abis, bila akak boleh merasa sumua tu nih.. hehehe

masyaallah.. tu jer yg boleh dikata.. mcm2 perangai manusia ni kan.. hati perut kena bersih la kan izah.. ermmm....

lizahanum said...[Reply to comment]

salam pagi sabtu izah...akak dtg nie nak kecek itu pizza..ada lagi ker....
hehehe.

terlopong jap akak fikir2 bile baca drama 2-3 babak yg izah paparkan...itulah realiti kehidupan.....kuakuakua....:)errmm

izahdaut said...[Reply to comment]

kak nor.. meh mapin cup nanti leh makan mapin ye..ikikikikiki... ampeh kak nor..

tu la kan.. tak tau nak kata.hope kita bersihkan diri dan hati..

izahdaut said...[Reply to comment]

kak liza..
tu la.. semoga kita tak cam tu...kan.kadang2 lalai dan alpa.

fashah84 said...[Reply to comment]

kak izah...

mcm2 ragam...kalo dulu org selalu kata,rambut sama hitam,hati lain2..tp skrg akhir zaman ni colour rambut pon dah x sama..haha..

kak...masukler resepi pizza tu...x baik tau simpan2 resepi...huhu

Nuridah said...[Reply to comment]

Salam pagi Sabtu Izah,

Aah hari Sabtu sunyi sikit kan blog?? Tak apakan Izah...kak Nur ada nie dah masuk umah izah...ada kopi tak kalo nak gosip2....hehe....

ragam manusia mmg selalu begini dan begitu...sebab tu kak nur punya org suka buat hal sendiri...jadi tak banyak songeh....hehe...boleh gitu??Izah, byk cerita hari Sabtu ini?
k songm

Nuridah said...[Reply to comment]

Izah, harap maalum ada teknikal problem...hehe ada typo error lah!

Azlita Aziz said...[Reply to comment]

amboi mak cikkkk... panjang nyer bergosip last2 tunggu resepi piza tak muncul...
eceh2... ngelat tau!
tipah tertipu... hihi

Sizuka said...[Reply to comment]

izah,

memang kalau pikir perangai some people, tak terjangkau dek pemikiran kita. nauzubillah.

Sheila Shafeareen said...[Reply to comment]

Hai iazah hehehe habis sekeping pizza tuuuu sambil leka baca gosip..siap drama besiri lagi hheheh....nak lagi x cukup leee

Kak Sam said...[Reply to comment]

Assalamualaikum..
Punya le baca gosip tu dari atas sampai bawah tiba...ehh mana resepi pizzanya.. Bukan apa balik kg minggu lepas mak mentua ada kasi 2 pan untuk buat pizza. Bila le nak buat perasmian agaknya.

Sally said...[Reply to comment]

tak peduli..tak peduli,,nak gak resepi doh pizza tu,,dah habis baca samapai bawah ni..

cik cek said...[Reply to comment]

Penglipurlara.....Izah...seronok kak cek baca alkisah yang diceriterakan...bukan cerita dongeng tapi kenyataan...
Itulah kehidupan yang tak terduga dan tak kita sangka....

Scroll lagi sampai ke bwh...
Waaaa....mana resepi quick Pizzanya ....hu hu....

Nadz Nazharzan said...[Reply to comment]

Salam izah.. Zah, tu lbh kurang kisah benar la tu kan.. Boleh jd drama pendek kt tv tu.. Itulah yg dinamakn kehidupan..
Dok cerita pnjg2 ingatkn Ada resepi pizza tu kt bwh.. Rupanya x de???? Bilo nak tulih tu???

Liza @ Adzriel AB said...[Reply to comment]

laaa aiihhhh... boleh buat 3-4 entry tu. dah sekali rap ni. pelik sungguh perangai depa ni.

suri solehah said...[Reply to comment]

salam izah..baca coretan izah tu..mmg realiti manusia camtukan..ada mcm2 ragam..beruntung kalau disekeliling kita hanya manusia yg jujur sahaja..

Mas said...[Reply to comment]

makcik...aku baca cerita kau tu...ada yang lebih kurang sama ngan pengalaman hidup aku...
manusia ni macam2 perangainya...
aku pun kekadang pelik nengoknya......

tapi tu hanya sebilangan jerk...mungkin satu peringatan untuk kita juga...agar berhati2 dalam mengenali sesama umat ni...

ada ramai lagi yang baik, jujur, bertimbang rasa, bersikap bertanggungjawab,berbelas ehsan sesama manusia..yang ada disekeliling kita....
jadi kita harus bersyukur dengan apa yang ada disekeliling kita....yang baik dieratkan...yang buruk dijauhhkan..he..he..

masa aku tolong mak aku berniaga dulu....macam2 ragam manusia aku jumpa...
mula2 terkejut juga....lepas2 tu...aku dah boleh biasakan diri...
memang salah satu pengalaman hidupp buat aku...

wehhhh..dok celoteh..mana resepi pizza tu makcik....montok gebu jerk pizza kau tu....

Sheery Dream Cakes said...[Reply to comment]

Assalamualaikum izzah... wah.. panjang lebar... ehhehee... a'aa ler kan.. mmg bermcm2 ragam manusia yg pernah d temui... macam nie ler dunia yg bersifat sementara nie kan izzah...
ermmm... ingatkan tadi resipi pizza n ie ada kat bawah.. rupanya... bersambung... hihiiiii ^_^

Unknown said...[Reply to comment]

assalamualaikum
terima kasih sebab add dalam FB dan follow blog ayu..

ayu minta izin boh blog izah ke bloglist ayu yer....

PS: tak suka dgn watak2 kat atas tu...semuanya membuatkan ayu malu bergelar wanita..
mujur lah izah tayang pizza..sangat2 menyelerakan...nyami

desperate mama said...[Reply to comment]

hahahahahahaha....... gelak guling guling untuk cerita yang last sekali tu.... apa kes?!!

HaSue said...[Reply to comment]

ehh..napa komen aku x masuk smlm ekk?huhuhh..brokband x buat keje agaknya..sia2 jer aku mengomel pepanjng..huhu..

cerita ke 3 tuh mmg x boleh blah laa mek jah..ce lenkali suh laki ko amik gmbr..hehehe..

tp apa2pun mintak2 dijauhi laa kan dari manusia2 yg ntah apa2 nih..aku nih pun bkn laa thp alim ulama..antu tu ada jugak..tp mmg seboleh2nya nk jauhkn perkara x baik laa kan..mekasih mek kongsi cerita..aku suke je baca entri pepanjang nih..ko nak tulis novel pun aku ok jer

piza dah abis?dah?dah ke belum?