CSS

Tuesday, September 13, 2011

Gulai Lemak Kacang n Petai


Assalamualaikum..

Menu dinner yang simple. Petai 3 ikat yang di bawa balik en suami. Biasa wat sambal tumis petai. Kalau buat sambal tempoyak karang, en suami tak berapa lalu makan pulak. Dah brapa kali buat sambal tumis, tukar masak lemak la pulak. Selebihnya buat jeruk petai jela nampaknya. Jom ler layan masak lemak simple saya ni. Untuk gulai lemak gini saya lebih suke guna santan diperah sendri berbanding santan kotak. Lemaknya tu pure kan. Ok.. da..

GULAI LEMAK KACANG PANJANG N PETAI
by: izah

1 mangkuk kacang panjang
1/2 mangkuk petai
7-8 ekor udang
santan secukupnya
7-8 biji cili padi - tumbuk
2 biji bawang merah - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
1 /2 in halia - ketuk
1 btg kecik serai - ketuk
2-3 helai daun limau purut
garam

Masukkan santan, cili, bawang merah, putih, serai, halia dan petai ke dalam periuk. Masak ke atas api dan kacau selalu. Dah menggelegak masukkan garam, kacang panjang, daun limau purut n udang. Masak hingga kacang sedikit empuk dan udang cukup masak. Sedia untuk dihidang.




20 comments:

Mas said...[Reply to comment]

makcik..aku nengok jerk lauk ni..
tak reti lak nak menguyah petai..he3
setakat kuah ngan kacang panjang dan udang tu...aku sauk jerk..he3

eliyaezlinalias said...[Reply to comment]

hurm...xpenah campur petai dlm glai lemak...suke petai! leh cuba neh....

Rabiatun Adawyah said...[Reply to comment]

sedapnyer gulai lemak cenggini..suka..suka...

Ina Mohamed said...[Reply to comment]
This comment has been removed by the author.
izahdaut said...[Reply to comment]

@Mas
hehe.. tak pe..banyak je lagi makanan sedap2 kan dari petai. tapi aku neh memang giler petai. satu family memang suke.tapi sekarang perut pun tak tahan, lepas makan musti perut meragam

izahdaut said...[Reply to comment]

@eliyaezlinalias
petai ni memang menjadi pemanis bagi gulai2 lemak gini. kalau masak gulai lemak ikan atau sardin, cer masukkan sekali petai. maniss je gulai tu. tapi biasanya pemanis untuk gulai ikan la

izahdaut said...[Reply to comment]

@Rabiatun Adawyah
dan sangat elok untuk menambahkan lemak..kan kan..hehe

Ina Mohamed said...[Reply to comment]

adoi! sedapnya ijah weii. klu mak akak biasa msk lemak kacang dan petai ni yg kaler putih tu, pastu letak isi ikan sket x silap, hehe...tau mkn jer resepinya x tau. tp msk lemak tu x pedas la so kena match dgn sambal belacan. mmg syiiokkkk!

P/s: ish henpon ni jd ngong plak time nk komen.. dan petai ni yg kaler putih tu, pastu letak isi ikan sket x silap, hehe...tau mkn jer resepinya x tau. tp msk lemak tu x pedas la so kena match dgn sambal belacan. mmg syiiokkkk!

P/s: ish henpon ni jd ngong plak time nk komen..

izahdaut said...[Reply to comment]

@inaku79
oo biasa jugak masak gitu. sedap sedap.. pekena lak ngan ikan goreng garing2 ngan sambal belacanke tempoyak ke. mak aih berpeluh makan tu

izahdaut said...[Reply to comment]

kak inaaa.. ngapa tu? hehehe... biasa la kan masalah teknologi moden ni.. hehe

Ina Mohamed said...[Reply to comment]

waaa.,.sori ijah, henpon ni nape kluar bterabur plak ayat2 ni jdnya..

tun_telani said...[Reply to comment]

sama cam kak mas.. xreti nk makan petai byk2.. tun kan, kalau mkn petai tu, sebiji petai gigit sikit2 mkn ngan sepinggan nasi. hihi

Suzi said...[Reply to comment]

salam izah...akak suka petai...tapi yg tahannya kesannya tu hehehe...

Sofea said...[Reply to comment]

selalu masak sambal petai dgn udang @ ikan bilis..x pernah lagi masak cara izah nii..insyaallah leh cuba nanti :)

Anonymous said...[Reply to comment]

first time ni tgk gulai lemak letak petai, boleh lah cuba nanti =)

DYatie ABakar said...[Reply to comment]

menarik sungguh! dah sms encik suami suh cari petai ngn udang. leh masak petang nanti. hehehe.

Kak Sam said...[Reply to comment]

kecur ni

quinnie said...[Reply to comment]

izah kita semalam masak gulai lemak jugak...tapi nenas..gulai lemak bila ditambah petai memang sedap..makcik suka masak cam gini...hhehehe

Sheery Dream Cakes said...[Reply to comment]

nampak sedap tp akak x reti makan petai.. huhuu... kacang n udang tu pandai ler makan... hehhehee... tp mmg terliur tgk

Jamesueax said...[Reply to comment]

kecur ni