Assalamualaikum..
Sana sini masak nasi ayam ek. Nasi ayam ni saya buat simple je. Tapi rujukan dari nasi ayam butter yang dah lama simpan dalam list nak buat. Masa tu, amik kat rumah Mas yang dicilok dari rumah kak Hana. Ayam tu saya ikut resepinya, cuma nasi tu saya ada ejas ejas ikut citarasa anak-anak.
Saya buat ni simple je. Tak de sambal pun, sebab anak anak yang makan, (menunjukkan macam mak dia tak makan kan, ayat cover line). Tapi dalam resepi tu lengkap la dengan sambal semua anak cucu cicit nasi ayam bagi melengkap setnya tu. Mekasih mas, dan kak Hana yang masih senyap di negara yang digemparkan dengan tsunami itu. Doa kami semua mengiringi kesusahan mereka di sana.
NASI AYAM BUTTER
Bahan :
Untuk Nasi :
3 cawan beras (hana gune beras thai )- basuh dan toskan
31/2 air rebusan ayam - bergantung jenis beras
Rempah tumis (kayu manis,bunga lawang, cengkih, pelaga..)
1/2 biji bawang besar - dihiris
1 inci halia - ketuk
1 sudu serbuk pati ayam knorr
1 helai daun pandan simpul
1 batang serai ketuk
2 sudu besar butter
*saya tambah halba-memang mewangikan nasi. Sedap!!
garam
*saya tak letak rempah semua tu, sebab anak2 kurang suke.
Panaskan butter. Masukkan rempah tumis, hingga naik bau.. Masukkan bwg, halia.. Tumis lagi. Masukkan pula air rebusan ayam, daun pandan, serai, serbuk pati ayam dan garam secukup rasa. Masukkan beras dan pindahkan ke dalam rice cooker. Masak seperti biasa.
Untuk Sup :
1/2 ekor ayam size kecil - potong
1 sk serbuk@kiub pati ayam
1 batang saderi - potong
2 inci halia - ketuk
Air secukupnyer
garam
daun bawang dan bawang goreng
Rebus semua bahan sehingga ayam masak. Toskan ayam dan ketepikan. Masukkan daun sup dan bawang goreng. Siap utk hidangan sup.
nota: sup ni memang sedap walaupun simple.
UTK SOS MERAH
3-4 batang lada merah*
2 ulas bwg putih*
2 biji tomato*@bleh juga gune tomato puri
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos chili
1 sudu kecil cuka
1 sudu besar gula
>>blend yang bertanda *. Masukkan dlm periuk@kuali dan masukkan sos,cuka, gula n garam. Didihkan sehingga kuah agak2 pekat n matikan api.
Untuk Sos Hitam@Kicap
3 sudu besar kicap
1 sudu kecil madu
2 sudu besar air rebusan ayam
Campurkan semua. ketepikan.
Untuk Ayam Goreng Madu
Ayam rebusan tadi
3 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar madu
1 inci halia - parut
2 ulas bawang putih - parut
blackpepper - optional
bleh tambah minyak bijan jika inginkan lebih wangi
Campurkan semua bahan. Perap lebih kurang satu jam atau lebih. (hana perap 20min jer) Panaskan minyak (gune minyak sedikit sahaja asal tenggelam paras setengah ayam). Goreng ayam tadi hingga keitam2an. Jgn hangus sudah! Jika ingin dibakar boleh juga.Hidangkan dengan nasi ayam, sup n sos tadi dan juga dengan daun salad@ kubis, tomato dan timun.
nota: Ayam ni memang best! Cuma kena duduk depan kuali takut terhangit.
17 comments:
Salam..npk dek ank dara akk ni pstu suruh wat..kira semua le suka mkn nasi ayam..nak rasa bolehhh
lawa laa timun tuh...langsung tak pandang ayam n nasik......mintak sepinggan boleh
sedap nampak nasi butter ni..
mesti lemak2 butter gitu rasanya ya izah..ngam habis makan dengan ayam tu..cantik timun dihiris begitu..good idea!!..
zah,kecur nengok ayam tuh..pukul baper leh anta rumah aku nih?..aku tunggu :))))
nasi ayam biasanya memang kegemaran anak2 termasuk anak2 akak jugak.. lama tak buat.. tp selalu jugak mkn hok kedai punyalah.. hehe...
mengancamnya tengok nasi ayam butter tu... boleh try buat ni...
makcik....terliur weh tengok nasi ayam kau tu...
sedappkan makcik nasi ayam ni..aku pun suka...
huhuhuuu banyak tertinggal n3! aku tapau semuaaaaaaaa...
thanx eh atas doamu wahai sahabatku! mmuahhhhh!!
wahh ada nasi ayam disini....sedapnya! lama dah tak buat nasi ayam ni....ambik bau dulu yer zah...haha
izah..memang lengkap resepi yang izah bagi ni..siap dengan sos dah supnya..
terima kasih izah..
wahh.. set lengkap. senang makan macam ni.. senang licin semuanya..
sedapnya nasi ayam nie... tergoda tgk.. :)
Assalamualaikum..
Datang ni bukannya nak minta nasi ayam tapi nak copy resepi puding mangga. Semalam dah buat. Sedap gitu.
Assalam kak izah,wah da nasi ayam kat sini,rugi betoi smp lmbat,psstt,akak,cik abe xblk lagi ke.?
nasi ayammm satuuuuuuu!!!!
bila laa nak mengayamkan nasik nih..nmpk nasik ayam ko terus nak gi singapore ciken rice jer rasanya...terbaek di sarawak..hehe..
ko masak lebih,lunch nanti aku sampai
nasi ayam lima bungkus..ayam x nak yg isi ye..nak drumstick...
nmpk menariklah Izah timun potong mcm tu...sedapnya nasi ayam butter ni..laporlah..
Post a Comment