CSS

Monday, March 14, 2011

Donut Hasue


Assalamualaikum..

Selamat berjumpa diminggu yang baru. Ramai je yang bercuti ye. Bawak anak-anak jenjalan cuti cuti Malaysia kan. Sesambil tengok berita pasai tsunami di Jepun ni, leh ngunyah donut ball ni. Buat pun mudah sesangat. Bak kata tuan resepi, orang tak reti mendonat pun musti menjadi buat donut ni. Ramai dah yang cube, serata blog dah try donut mudah ni. Tengok report kat myR tu pun berpuluh2 yang dah try. 


Saya buat bentuk bola gini, saja bagi menarik minat anak-anak nak makan.  Bais panggil donut ni, 'donut moon'. Hehe..eh dia dah pandai cakap 'donut' tau sebab dulu dia sebut  'konat'...opsss..  Ok lah meh nengok cemana ke nak membuat donut mudah neh. Tak yah peram bagai. Tu yang senang tu. Tuan resepi, aku tempek resepi kat sini ye. Mintak izin berwalikan hakim nak amik resepi ko neh. Ni belog tuan resepi. Tapi resepi ni saya amik yang dia tepek kat myR. Ah sapa tak kenal mek Sue ni kan. Maceeh sue!



DONUT HASUE
sumber: Hasue@myR


Bahan-bahan ( Untuk Pelbagai Jenis Kuih-Muih Yg memerlukan doh yg lembut) )

500g Tepung Berprotein Tinggi (guna tpg gandum pun ok) *saya letak separuh gandum separuh tepung roti
1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)
50g Marjerin
1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak adunan)
2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
1 Biji Telur
1/2 Sudu Teh Garam
190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)

Topping:
Gula Halus @ susu tepung @ apa2 topping kegemaran

Cara-cara

Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.
Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).
Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap dan jika ingin membuat kuih 5 spice roll,boleh la dibahagi 2. Utk resepi dan teknik membuatnya sila rujuk http://www.myresipi.com/top/detail/6526
Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.
Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)
Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda.

nota: donat ni memang gebu dan lembut dan best walaupun tak perlu diperam. Selamat mencuba!!

16 comments:

K.Nor said...[Reply to comment]

mulat2nyer donut tu izah.. :)

cik cek said...[Reply to comment]

Comey2 donut izah...anak2 mesti suka....

izahdaut said...[Reply to comment]

;p...hehehe.. tu yang jadi donut moon tu..

izahdaut said...[Reply to comment]

cik cek.. ha ah kak..memang diorang suke n excited sangat bile buat gitu.

Eliza said...[Reply to comment]

Cantiknya donut tu Zah.

Berderet2 akak save resipi tapi terbuat lagik..malas betul akak skang nih Izah. yg nih pun kita kiv gak lah. hehe..

ain (sweet thots) said...[Reply to comment]

hehe... ada ka bais sebut *onat ... ish, ish, ish ...

umi said...[Reply to comment]

mmg sah kena buat ni, time cuti macam ni anak-anak boleh dikerah masuk dapur memenuhkan stok frozen food!
i like!

Mas said...[Reply to comment]

aku suka donut mulat2...
sekali masuk mulut jer...wakakaka...

Diana @ Melley Mey said...[Reply to comment]

salam izah... comey nye donut nie.. geram tgk eh.. kalau irfan dpt 1 cucuk pun jadi ler dia tu.. tapi mungkin nak mintak lagi tu dia.. hehehee...

Zaliedana said...[Reply to comment]

Assalam kak izah,wah dah sombong xnak datang umah kita dah lani..Bz yer kak..Btw,BOLAT N GEBU JER DONUT AKAK..

Ayu Safieza said...[Reply to comment]

ngeeeeeeeeeeeeee, dah kateeee...INI RATU DONUT YANG PUNYER.....NGEH3!!

Ada note utk hang izah, keh3...dlm entry aiii

DJ Dayang said...[Reply to comment]

izah, nak donuuuuttt! akak dh lm x buat donat tau...hehe.

izahdaut said...[Reply to comment]

kak eliza..ngapa plak malas tu..hehehe..biasala angin pompuan ni kan.saya pun kalu dtg malas, haa hadap nasi bunkus je la..kiki

kak ain..
muahahahhaaa.. tu la namanya pelat ..adehhh klako lak ngingat kan nyer

umi..
siok ada anak boleh dikerah ni ye.ala lagipun simple.cepat je godek dah boleh anak2 makan kan

mas..
betul mas. bahaya betul buat bulat gini.bahaya sebab banyak masuk mulut aku..kiki

diana..
hehehee..tu la suka lak bila bulat gini kan.bulat kecik2 senang bebudak ni nak makan.

zaliedana..
hihihi..ct akak dtg je tau..aipp kata sombng lak..sape le kite ni nk sombong2 tau...hihi..try la.sodap

ayu..
hahaha.. ayu..u memang tau..sekeh pale mek ayu neh

kak DJ..
akak, ngapa tak buat.anak2 tak gemor ke?tak pun beli je.best jugak mcm2 perasa ada kan

HaSue said...[Reply to comment]

wahhh..baru aku nampak konat yg molat2 nih..smlm x nmpk2 gambo nyer..ekeke..cantik jek ko molat2..kalo aku mls bebeno ler..hrpkn yg tengah acuan tu jer kalo nak cucuk2 pun..haha..
mekasih ko sudi try resepi mudah nih..

Syimama said...[Reply to comment]

Salam... sedapnya. lebih roti bolehlah buat puding ni.. cumanya serbuk jelly tu takde... tunggu

TAWADIM said...[Reply to comment]

Salam, kak Izah. Menarik betul donat bulat tu. Saya sering berhadapan masalah masa menggoreng donat bulat tu. Bila goreng donat bulat2 ni... dia asyik pusing satu arah sahaja. Sukar untuk control donat dalam minyak tu agar warna nya sekata. Tapi saya tengok kak Izah punya donat cantik, gebu dan warna pun sekata. Ada tips tak masa untuk menggoreng tu?. Kalau boleh share dengan saya. Sekian terima kasih.