CSS

Thursday, February 2, 2012

Nasi Kari Ayam


Assalamualaikum

Ramaiii yang dah tahu kesedapan nasi ni. Saya je terlambat nak mencuba. Kunun alasan beras basmathi tak de. Tapi bila saya buat dengan beras siam aje, fuhhh memang kagom dengan kesedapannya. Sangaaaaat sedap. Anak2 makan bertambah2. Saya buat ni memang untuk anak2 makan lunch. Jadi saya dah ejaskan kepedasan kekarian dan kerempahan dalam nasi ni. Tapi still... alhamdulillahh.. kesedapan disetiap butir nasi! Terima kasih kak Pah dan teman2 blogger yang sudi berkongsi kesedapan nasi ni. Musti diulangi lagi. Anak2 suke sangat, sebab ayam nyer sangat lembut bila dimasak cenggini kan.  Skali lagi kak Pah TQ. Dan kak Nor, sebab saya duk teringat yg kak Nor kata nasi ni sedap!



NASI KARI AYAM




Bahan:
3 cawan beras basmathi *izah guna beras siam
1/2 ekor ayam ataupun lebih dipotong biasa
4 sudu besar butter atau majerin
8 cawan santan dari sebiji kelapa
3 sudu besar rempah kari
4 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 inci halia dihiris panjang
rempah tumis empat sekawan
1 cube stok ayam kalau suka
sedikit daun ketumbar *izah tak letak
daun kari ~ yg ni k.nor tambah
1 sudu besar lada hitam ~ ditumbuk (yg ni k.nor tambah gak)
garam


Cara:
Beras basmathi dibersihkan dan di tos kering airnya. Ketepikan.
Panaskan butter/majerin dalam periuk. Masukkan bawang merah, bawang putih, rempah empat sekawan, dan halia. Tumis sehingga naik bau. Masukkan rempah kari. Tumis sehingga rempah kari masak. Masukkan ayam. Kecilkan api dan biarkan air ayam keluar. Apabila air ayam kering, masukkan santan, garam, stok ayam dan daun ketumbar( k.nor letak daun kari sbb daun ketumbar k.nor masukkan dlm nasi bersama ayam). Masak sehingga ayam lembut dan masak. Padamkan api. * K.Nor masukkan lada hitam yg ditumbuk tu sekali dgn bahan2 lain spt santan, garam dll tu..

Kemudian curahkan kesemua bahan yang dimasak tadi ke dalam penapis. Ambil kuahnya dan masukkan ke dalam beras di rice cooker. Pastikan kuah itu cukup untuk menanak nasi sebanyak 3 cawan beras itu. Kita dah biasa masak nasi dan tentu tahu berapa banyak air yang nak digunakan. Tapi untuk nasi ini, sila lebihkan sedikit airnya daripada ukuran biasa. Kalau kuah tak cukup, tambah sikit dengan air. Kalau kuah terlebih, jangan habiskan. Boleh buat kuah untuk makan nasi nanti.

Apabila nasi sudah 3/4 masak, masukkan ayam dan segala macam tok nenek yang ada bersama ayam itu ke dalam periuk nasi. Gaul dan tanak nasi hingga masak.

Nasi ini boleh dimakan dengan lebihan kuah kari, sayur salad sempoi dan sambal belacan.



*izah ikut cara kak Nor 


55 comments:

Mas said...[Reply to comment]

nasi kari ayam....
jahhh...rasanya sama tak ngan nasi ayam goreng tu..
rasanya aku tak pernah try lagi kot...
ingat2 lupa lak..he3

izahdaut said...[Reply to comment]

mas..
pada aku, nasi ni sedap sikit kot. sebab ada penggunaan santan tu mmg naik la rasa dia. budak2 suke sangat. tapi aku kurangkan sikit rempah2 n kari tu. tak mau heavy sangat

Kak Sam said...[Reply to comment]

yea..yea...yea..
akak belum buat lagi, bila nak buat ni, huhuhuhu tolong buatkan noleh????

Unknown said...[Reply to comment]

Jahh...nampak cam beshhh...nasik ni cam ditengah2 nasi lemak basmathi n nasi briani ker jahh..?? harus ku cuba...ehhh..nk cuba rase dulu blehhh..???hihihiih

Kak Nik Ja said...[Reply to comment]

apa2 jenis nasik sudah tentunya sedap bagi mokwo si pencinta nasik...huhu.alangkah bes nyerr dapat makan nasik gini!!

Love2cook Malaysia said...[Reply to comment]

Huwaaaa...sedapnya tengok nasi tu Izah! Dah lunch, tapi terlapar pulak...hehe!

Sue @ Nenie said...[Reply to comment]

Salam..wahhhh tak tau bila ada masa nak mencuba juga ni....

Wanieyra said...[Reply to comment]

Dah lama copy resepi ni tapi tak try lagi....

ibundo said...[Reply to comment]

salam zah. Kpah bawak pinggan ni... sebab dah lama tak buat.

hazila said...[Reply to comment]

Amboiiii izah, "kekarian dan kerempahan" tu yg tak tahan. Nanti boleh cuba sebab cik abg hantu kari..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...[Reply to comment]

salam izah..
kat rumah akak pun jarang ada stok beras basmathi... mahal nokkk!! tak larat nak beli... kekekeke... tapikan.. lately ni cik abang akak mcm lebih pada health concious gitu... dengan tak kedekutnya dia membeli beras perang a.k.a eco brown rice yang mahal tuu tiap2 bulan.. hehehe.. walaupun akak rasa seronok dgn tindakan cik abang akak sbb beras tu elok utk kesihatan tp tak tau kenapa akak ko nih masih mengamalkan sikap kedekut dengan mencampurkan beras tu dengan beras biasa masa nak masak... muahahaha.... tp dengan nisbah 2:1 aje... hehe.. bukan apa.. kesian kat beras biasa tu mcm dah ada bubuk sebab lambat nak habis.. hehe..
ehhh! panjang lak komen pasal beras padahal ni kisah nasi kari ayam... wawawaaa... nampak sedap sgt2 tu... kalau guna beras eco brown tu sedap tak ye?

Hanim said...[Reply to comment]

Mmm sedapnyer...masuk list dulu sbb skrg xleh nak masuk dapo huhuhu.

HALAMANKU said...[Reply to comment]

Salam Izah wah cam sedap jek.. Izah ingat tak pernah wat NASI AYAM GORENG.. erma pernah wat dari resepi izah tu.. cam tu ker? rasanyer...

Engineers Love Cooking said...[Reply to comment]

Caranya lebih kurang masak nasi ayam cuma berempah. Nanti nak try kukus pula dan dengan lauk ayam goreng kuah madu. Insyaallah kalau dah jadi akan masuk blog http://cooking-engineer.blogspot.com/ resepinya.

tun_telani said...[Reply to comment]

tun pesen yg x suka rasa basmathi.. haha.. bagus x? tun kalau nasi perasa2 ni mmg suka guna beras wangi. sedap sgt! rasa mcm dh buat nasi kari ayam ni. ke tertukar ngan nasi ayam goreng?? byk ngat dh nasi yg di try, kdg2 lupa nk tulis n3. hihi

dZana said...[Reply to comment]

sedapnya..hr tu akk dah cuba nasi daging..bila2 nnti akk nk cuba jugak nasi kari ni..

Liza said...[Reply to comment]

masa tgk nasi ni akk dok terpikir dah buat ke belum..tp bila tgk ada guna santan, sah2 xbuat lg...hihihihi
apm pandan tu kan zah, rasa dia lbh kurang cm apam dot dot..akk rasa kalau xletak inti pun ok kot...

HaSue said...[Reply to comment]

Aku sukakk..yg pasti incik abg aku suka jah..tp dah lama x buat. dulu buat ikut resepi sndirik jek..mmg sdp kan nasi kari..mcm masakan india pun ada rasa dier..sesuai sgt utk jamuan2..lariss..sbg ganti nasi minyak atau nasi kismis.hehe

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...[Reply to comment]

K...K faham tumis nasi pakai rempah kari..orite boleh masuk list cuba untuk cuti maulud nabi..ha..ha...anak2 akan pasti suka

nOOrsha said...[Reply to comment]

jah..camane ko buat timun tu jadi gitu...cantik lahh.. macam bunga tulip ke ape... ajo ajo ajo.... hehehe... sedap ek nasik kari ayam ni.. aku teringin nak wat.. pedas x jah? tkut darwiah x leh mkn pedas2 sgt..hihih

Asmara said...[Reply to comment]

mesti nak cuba ni zah. sesuai kot buat hidangan tetamu kan! ;D

Chik Mimi said...[Reply to comment]

assalam izah tq ye,benonya line kat ofc tadi menggong akak upload gambo asyik fail je dah tgk kat setting tak de gambar tup2 bukak blog mengucap panjang akak hehehhe
nampak sedap nasi ni satu kelainan boleh dicuba.

Chah said...[Reply to comment]

Ai pasan kan, semenjak jah bkn nama sebenar tu panda mengari, kemain lagi dia...asik ngan menu2 yg menggamit2 dakoo.. Tengok bundo buat dulu mmg tingin nk buat...tp x terbuat pun...bak je lah yg tu...awak tu bkn boleh mkn kari byk2 mlm2 jemahat ni, napas berbauu nnti...hihihi...

LadyD said...[Reply to comment]

wah sedap2 tuuu....siap hiasan bersimpul2 lagi.

Rohah said...[Reply to comment]

hummm,,,harum sampai sini bau nasi karinya tu..

Ida,Japan said...[Reply to comment]

sodapnyer nasi kari ayam izah ni...ada lg ker?? ishhh mlm2 mana boleh mkn dh...konon

Ayu said...[Reply to comment]

assalam izah, tengok aje gamabr akak dah dapat rasakan kesedapan nasi ni..mesti bertambah nasi dgn ayam ni kalau akak yg makan....

K.Nor said...[Reply to comment]

punya la lama duk menanya dulu tak buat2 ya.. akhirnya buat gak! kan dah tau kesedapan nasi tu.. org cakap dulu tak nak caya hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Kak Sam
meh bgi ayam sekor saya tlon masakkan. hihi

izahdaut said...[Reply to comment]

@mimie@Sugar 'n' Spice
lebih kurang la kak. sebab ada rasa lemak santan tu..pastu wangi bahan ditumis tu. lebih kurag la tu

izahdaut said...[Reply to comment]

@mokwo®
sah mokwo kena try nasi ni. mmg best!!

izahdaut said...[Reply to comment]

@♥LOVE2COOK MALAYSIA♥
love.. ia pun sama.. kalau nampak menu orang lain especially bila BW, mesti kelaparan tau even dah kenyang. haha

izahdaut said...[Reply to comment]

@Sue @ Neniekdg2 menu mcm ni elok benor time stok dah nak kurang kat rumah. bila ada ayam je.. hehe.. tak banyak menda nak dibuat, kalau makan biasa2 la. kalau nak makan jamu kengkawan tu kena la juga ada lauk2 lain kan

izahdaut said...[Reply to comment]

@Wanieyra
jgn tunggu lama2..rugi tau

izahdaut said...[Reply to comment]

@ibundo
terima kasih kak pah share resepi yang best ni. kak pah datang bawak pinggan, skali periuk saya dah kering dah kak. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@hazila
hehe.. bebudak ni tak berapa tahan sangat rempah2 ni kak. takut muntah pulak

izahdaut said...[Reply to comment]

@MaDiHaA a.k.a Ratna
saya pun pernah beli jugak beras merah tu, tapi tak boleh dimakan. hahaha.. terus je masuk bubuk. tapi kalau dah biasa makan ok je kan. mcm beras apa ye kak yang tak de kanji tu. makan tak kenyang2 beras tu. tapi mahal jugak

izahdaut said...[Reply to comment]

@Hanim
napa ? tengah uwek uwek ek.. tahniah weh.. hehehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@HALAMANKU
lebih kurang tu la jugak erma, tapi pada saya sedap sikit kot sebab ada santan bagai

izahdaut said...[Reply to comment]

@Engineers Love Cooking
sound great.. sedap gayanya tu

izahdaut said...[Reply to comment]

@tun_telani
tun, sebenarnya kita sama la.. akak rasa cam kering sikit kot kalauguna berammathi, ke akak je tak reti masak. hehehe... guna beras wangi, nasi pun wangi jee kn

izahdaut said...[Reply to comment]

@dZana
harus dicuba nasi ni kak memang sedap n terbaik

izahdaut said...[Reply to comment]

@Liza
tu la, bila diletak santan tu memang sedap kak.lemak2 mcm rasa nasi lemak tapi ada rasa tumis kari tu. tq kak. nanti kalau terseru nak jugak try sebab anak2 suka

izahdaut said...[Reply to comment]

@Paty's Kitchen - Cook with passion.
tu la kak, memang kena study sikit caranya. bila dah dapat gambarans ekejap je nak membuatnya kan

izahdaut said...[Reply to comment]

@nOOrsha
sha.. nasi ni tak pedas setelah aku ejas karian dan kerempahan dalam ni. ko try la, anak2 aku suke sangat. sampai bertambah2 makan,

nak membuatnya, jgn ler tanya aku segan lak. ko lagi terror. la, ko hiris je kulit tomato ngan timun guna pemotong kulit. pastu ko buat la mulat2 mcm kelopak tulip tu. potong senget tepi.

izahdaut said...[Reply to comment]

@HaSue
betul tu sue. buat makan ramai2 kan. tapi rasanya lebih sedap dari nasi minyak lagi kan

izahdaut said...[Reply to comment]

@Asmara
sesuai as.. memang laris mcm kata si hasue tu

izahdaut said...[Reply to comment]

@~K Ham~
hehehe saja la tu kak ham tu..

izahdaut said...[Reply to comment]

@Chik Mimi
ooo memang kes nyer terjadi gambo gitu la ye. hahah ingat kan pc saya ke yang mengong. terkejut juga napa gambor besau besau tu

izahdaut said...[Reply to comment]

@Chah
hahahhaha.. datin !! u memang tau.. jah *bukan nama sebenar tu tak de kena mengena ngan nasi ni tau. adui laaa

izahdaut said...[Reply to comment]

@LadyD
hiasan senyum simpul namanya tu. ahakss

izahdaut said...[Reply to comment]

@Ida,Japan
a ah kak ida... kunun la kan kita tak makan malam kan.. kiki

izahdaut said...[Reply to comment]

@Ayu
kompom kak. memangg bertambah rasanya ni. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@K.Nor
ala kak nor, nasi nasi ni memang nak kena rite time nak membuat nya. hehehe

Sheery Dream Cakes said...[Reply to comment]

Nasi nie mmg best sgt!! Akak pun suka... Teringat lg keenakan nasi nie... Sedap!