CSS

Thursday, February 2, 2012

Kuih Kaswi (kak Madihaa)


Assalamualaikum..

Memula sekali nak ucapkan tahniah buat Noorsha kerana gambar2 dari hasil tangannya telah disunting oleh pihak majalah Jelita. Bila tengok gambor dalam majalah tu nampak mewah je hasil sentuhan dan kombinasi warne yang digunakan dalam menu2 nya. Tahniah sha. ;-)

Tetibe tekak terasa nak makan kuih kaswi. Kalau tekak ni nak kaswi memang tak menahan2 lah. Buat peminat2 kaswi memang saya dapat bayangkan kalau tekak tetibe nak makan kaswi. Ingat kaswi ingat kak Yatie. Hehe.. Kalau time puasa, saya boleh berbuka dengan makan sepinggan kuih kaswi, tanpa makan nasi. Saya boleh ulang2 makan sampai habis apa yang tak habis, jika ianya kaswi. Dan kaswi tu pasti kena ada wangi2 pandan, fuh lagi naik selera.  Kali ni saya mencuba resepi kak Madihaa yang sempoi dan hasilnya memang best. Lekit2 lembut lembik2 senang je nyior masin tu nak melekat. Wah i likeee.. Saya buat separuh dari resepi di bawah. Terima kasih kak Madihaa a.k.a kak Ratna.



KUIH KOSUI / KASWI

Bahan2 

3 cawan tepong gandum
2 sudu besar tepong ubi kayu
1 1/2 cawan gula merah (kalau utk mkn sendiri.. MaDiHaA letak 1 cawan je)
2 sudu besar gula pasir (ikut manis yang dikehendaki)
6 cawan air (gunakan separuh dari air untuk dimasak dengan gula merah)
3 ~ 4 sudu  besar kicap manis
2 sudu kecil air kapur 
*Izah tambah sehelai daun pandan dimasak bersama air gula 

Bahan salutan
Kelapa parut putih
sedikit garam  


Cara2 menyediakan
1. Masak gula merah & gula pasir bersama dengan  3 cawan air sehingga gula larut.  Tapiskan & campurkan dengan 3 cawan lagi air lalu sejukkan betul2 air gula tadi.  Sementara itu.. panaskan periuk pengukus.
2. Campurkan tepong gandum &  tepong ubi kayu lalu tuangkan air gula yang telah sejuk, air kapur & kicap manis lalu digaul rata.  Tapiskan.
3.  Sapukan loyang dengan sedikit minyak.  Tuangkan bancuhan yang telah ditapis lalu kukuskan selama 45 minit atau sehingga masak.  Sejukkan  betul2 sebelum dipotong & ; dihidang bersama kelapa parut yang digaul dengan garam.

Nota MaDiHaA : kukuskan sebentar kelapa parut supaya ianya tahan lebih lama.

Zaliedana pun dah cuba resepi ni DI SINI




40 comments:

mala said...[Reply to comment]

suka kaswi ... :-)

Qasey Honey said...[Reply to comment]

asslm...
dh lama xmkn kuih kaswi ni...mak mentua dulu rajin jugak buat kuih ni...kita rajin mkn aje...hehehe...bleh la cuba buat sendiri...

CT Delima said...[Reply to comment]

As'salam Izah

k.ct baru nak terlelap ni dah ada kuih kaswi dari Izah juga. memangkan kuih kaswi ni banyak sangat pengemarnya. begitu juga dengan k.ct. apa kata tukar suka sama suka pasti berbeza dari segi rasanya, sebab lain tangan lain rasanya kan Izah :)

semalam dok ronda2 kat Ampang, jenuh jammed sana sini...ingat nak colling2 Izah mintak air segelas..hehehe

mummyseri said...[Reply to comment]

Izah, ni dtg nk mkn kuih kaswi sini plak, td dah rasa yg kak ct munyer kuih ;)

Mas said...[Reply to comment]

jahh..aku pun suka sangat kaswi..
wehhhh...aku tak pernah try lagi resepi yg letak kicap...
nanti2 la aku try resepi kak madihaa ni..
stok tepung ubi kayu tarakk la..he3

ko ni..
sajerk tau...
buat aku terliur jerk nengok kaswi tu..

KakAsma said...[Reply to comment]

makan kaswi kat sini pulak laa yer..td gi umah ct delima...hehehhe len len rasanyer kan

HALAMANKU said...[Reply to comment]

Salam Izah.. nampak menyelerakan.. join bekpes sisni..

Yatie said...[Reply to comment]

Assalamualaikum Izah,
Ingat kaswi ingat K.Yatie..he3..nasib baik tak ckp ingat pengukus ingat akak..ekekekeke...klakorlah Izah ni...Hamka pun suka sangat kuih ni walaupun tak ijau, kalau makan mcm biasalah dia cakap, mama suapkan ya.. nnti Hamka makan bnyk..dia takmo tangannya lekit..he3 ada je taw Hamka ni..manje sokmo....

hai ingatkan nak mintak 1/2 loyang, tapi memandangkan Izah wat separuh adunan..tak jadilah nak mintak....kenalah wat sendiri nampaknya...

izahdaut said...[Reply to comment]

@mala
saya pung ;-)

izahdaut said...[Reply to comment]

@Qasey Honey
hehe mujur ada mil yang nak buatkan ek. dulu2 saya beli je kalau nak makan. rupanya bila buat sendiri lagi puas hati.. fuh best

izahdaut said...[Reply to comment]

@CT Delima
akak ronda ampang tang mana kak? klcc ke? mmg la time cuti ke tak cuti ke area ampang ni banyak krete la kak. semua bersondol sondolan. hehe..

jom tuko kaswi kak. saya rasa nak ngap2 je kaswi kat rumah akak tu tapi annti berebut ngan laling akak lak. auww.. hahaha

Chah said...[Reply to comment]

huuuu ni antara kuih yg mula2 kita reti buat, sbb ari2 kita tolong mak kita buat kuih ni, ni namanya kuih wajib kantin mak kita....syahdu ler plak...sib baik ujun minggu ni kita nk balik kg utk ketemu sama itu mantan makcik kantin....:)

anymz said...[Reply to comment]

kuih kaswi..kuih yang mula2 sekali akak belajar buat masa zaman remaja..kira kuih tradisi yg pertama lah..tak silap masa tu umur akak 14 tahun.....
ai like resepi ni..ptg nanti nak buat lah..

ady said...[Reply to comment]

as-salam Izah
tadi tgk kat rumah kak CT ada kuih kaswi..kat sini pun ada kuih kaswi..mmg sedap kuih org dulu2 ni..

Nadz Nazharzan said...[Reply to comment]

Suka kuih ni..suka kuih ni... Tapi tak pernah lagi cuba resepi yg hasilnya akan lembut dan goyang2 giutw.. Yg ni nyer goyang2 tak kuih tu kalau kita goyang2 kan pinggannya?

tun_telani said...[Reply to comment]

kuih kaswi yg ni pun goyang2 inul jugak ke kak izah? hihi.. dh lama x buat kuih kaswi, bahaya nii.. nnti kalau dh stat buat, 2-3 kali nk mengulang2 buat.

Liza said...[Reply to comment]

peberet niiiiii....sedapnya kalau ada org bg...hihihihihi

Sheery Dream Cakes said...[Reply to comment]

Assalamualaikum izah cayang..
kuih nie kegemaran hubby akak nie izah... akak x perna lg buat kuih nie.. asyik beli jer.. tgk kuih yg izah buat nie nampak sedap.. terasa plak kat tekak nie keenakan kuih nie...

NHML said...[Reply to comment]

salam akk saye budak baru belajar....kuih kaswi nie fav sangt...
tapi sejak pindah sini (kuching ) tak pernah jumpa lagi hehe nak mkn tggu balik kg sebb ayah selalu beli kuih nie...kalau buat tak letak air kapur apa jadi yer????

liemaopurut a.k.a ana said...[Reply to comment]

izah...sedapnye kuih kaswi tu..telan air liur ajer la ni.

eina said...[Reply to comment]

psttt kak..ade lg ke kuih kaswi tuh?kot ye pun pos la cni sikit...hihihi

izahdaut said...[Reply to comment]

@mummyseri
nak habis dah ni. cepat seri kita makan sesama . hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Mas
aku ni suke aje kaswi letak kicap ke idak. pada aku sedaappp je kuih kaswi ni. pulak lumut nyior banyak2 tu. fuh bestnya kan. ko suke gak ek. gi buat mas. sedap woo

izahdaut said...[Reply to comment]

@KakAsma
memang lain kak. air tangan nyer lain. resepinya pun lain. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@HALAMANKU
aii saya kalau kaswi memang berselera sokmo. hehe.. sedap

izahdaut said...[Reply to comment]

@Yatie
waalaikumussalam.. teringat jugak akak bila tengok pengukus. hahaha.. teruk tul ek. oo hamka manja ye. mentang tak de adik ek.. sama la bebudak ni pun. tapi diorg makan guna garfu. ulang2 makan...ada geng la saya makan kaswi ni. dah en abg saya tak berapa suke

izahdaut said...[Reply to comment]

@Chah
hahaha.. macam best bebenor dah titile mantan makcik kantin kan. saya ada kawan arwah kakak dia pun mantan kakk kantin. pun pandai masak. so saya menjangkakn datin chah mcm dia la. pandaii masak. ritu nak try jugak datin nyer kaswi tu. tapi tunggu dulu. sebab dlm mission ngabiskan tepung ubi.

izahdaut said...[Reply to comment]

@anymz
semua hebat2. umur 14 tahun dah pandai buat kuih.kiki.. akak nak tau kuih apa yang saya memula try buat, masa tu maybe darjah 6 kot. kuih donut. tapi kuih donut tu tak mo naik2. hahaha

izahdaut said...[Reply to comment]

@ady
kuih ni evergreen kan. masa2 bila pun tetap digemari ramai

izahdaut said...[Reply to comment]

@Naz / Nadz COSK
kak naz, saya dah ada satu resepi yang kuihnya goyang2. sedap giler kaswinya. nanti saya buat entry. tunggu mood dtg nak ngedit gambo dulu

izahdaut said...[Reply to comment]

@tun_telani
memang tun. akak ni tetibe rasa sebu perut dah ni. melantak kaswi tak hengat. hahaha

izahdaut said...[Reply to comment]

@Liza
berangan tau kak liza ni. ehhe..gi buat sendrik nanti hantar 1/2 loyang plak kat saya.

izahdaut said...[Reply to comment]

@Diana @ Melley Mey
waalaikumussalam warahmatullah..
dah sihat ke tu kak diana? merendang bagai tu.hehehe.. akak kalau buat sendiri puas hati kak. try la buat. mesti hubby akak pun suke

izahdaut said...[Reply to comment]

@ceritera-chinta
kalau tak letak kapur ek? uish tak pasti la pulak dik. kapur ni fungsi dia mewangi kan kuih tu. baru trasa kekaswian nya tu kan. kalau tak letak kapur maybe rasa mcm kuih talam kot. kot je. akak pun tak pasti la.maybe rasa mcm kuih lompang. aaa sedap gak tu

izahdaut said...[Reply to comment]

@liemaopurut a.k.a ana
jangan ler telan air liur. gi godek2 kat dapur. senang je kuih ni. habiskan pun senang jugak. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@eina
jauhnya nak ngepos. meh jadi jiran .senang nak hantar. hehe

Zue El Razak said...[Reply to comment]

izah..
org pantai timur panggil kuih ni..kuih tepung kapur.. memang sedap..!!

izahdaut said...[Reply to comment]

zue..
saya ada juga terbaca. tapi katanya kalau kuih tepung kapor tu memang sengaja di buat kenyal sikitkan? pastu biasanya saya tengok resepinya tak de letak tepugn ubi kan?

Sue @ Nenie said...[Reply to comment]

Salam Izah...emmmm Sue pun sukakan kuih kaswi...Cuma setakat ni beli jeee belum pernah cuba buat sendiri lagiiii

MaDiHaA a.k.a Ratna said...[Reply to comment]

eh ehh... lorr.. tak sangka pulak resepi kuih kaswi akak izah sudi gak nak mencuba.. hehehe... kaswi ni mmg kuih yg simple amat kan? tp sedap di makan bila2 masa... tiba2 rasa nak makan kaswi la pulokkk.... tepong kapur pun dah lama tak buat.. akak semua suka kaswi goyang ke tak goyang ke.. tepong kapur yg agak keras tu pun feberet akak jugak.. hehe.. tiba2 teringat kat arwah tok.. arwah tok rajin buat tepong kapur... Al-Fatihah..