CSS

Tuesday, February 28, 2012

Kuih Jongkong


Assalamualaikum..

Lama rasanya tak mengarang kat blog ni. Yuhuuu... pekabar semua. Harap semuanya sihat ceria dan berbahagia selalu. Terima kasih yang sudi jenguk blog yang dah mula nak berpenunggu ni. Maklum hantu blog Hasue dah kena cari sarang lain, mana tau kot2 nak nyewa blog saya lak kan. Kikiki... Hasue dah kencang update blog tu nampaknya kan kan.

Semalam saya warm up dengan gambor muffin kat FB, tup tup keluar hari ni kuih JONGKONG pulak. Ada yang panggil BONGKONG, ada jugak saya terbaca di sebut JONGKANG. Tak kisah mana satu namanya, apa la ada pada namakan. Ikiki.. Sebab rasa dia saangaaaaat best. Aroma daun pisang, kena dengn kuah santan lemak2 n lembik lembut isinya tu. Kan kak Q n ADIK Ika kan. Sedap sungguh. Anak2 saya pun suke.   Pernah saya tengok 1 rancangan TV mengenai kuih ni. Katanya kuih Jongkong ni kuih tradisional negeri Perak. Tapi ada saya terbaca pulak katanya berasal dari Penang. Wallahua'lam. Yang penting ini la pertama kali saya makan kuih ni dan pertama kali kenal kuih ni masa kak Q tyang kat blog.



Kalau buat search atas nama kuih ni, banyak jugak resepinya. Ada yang dibuat guna tepung gandum sahaja, ada guna tepung beras campur tepung sagu dll lagi la. Saya try resepi dari blog kk Q ni dulu dan Ika pun dh buat. Cantik kemas je balutan kuih diorang. Saya ni buat ala2 lipat tapai je. Yang penting tak melimpah keluar kuahnya dan gunakan daun pisang yang lebar dan keras sikit. Daun pisang ni import dari kampung, yang tebal dan lebor. Mak kata daun pisang cematu, atau pisang abu yang berkulit keras tu. Terima kasih banyak2 
kak Q dan Ika dan empunya resepi.



KUIH JONGKONG
Resepi Asal: Puteridapur@myr
Resepi Asal: Kakfida@myr
Sumber Olahan: Kak Quinnie 
Sumber lain: Ika Bangkok

Bahan2

Utk adunan kuih
250gm tepung beras
50gm tepung ubi
1 sudu kecil air kapur..- air je tak yah ambik isi dia tapi pekat la air tu ek
1 liter santan
500ml air pandan - saya guna dlm 4 helai daun padan saiz kecik
1 sudu kecil garam
30gm gula
sedikit pewarna hijau

utk inti
gula melaka secukupnya - dihiris2 halus
pati santan secukupnya di campur dgn sedikit garam - agak2 la garamnya ye..

* daun pisang secukupnya utk membalut- dilayur...daun pisang kena lebar dan cantik
*pencungkil gigi/ lidi tajam


Cara2

1. mula2 masak bahan adunan dulu....campurkan semua bahan2 adunan...kacau2 rata sehingga tepung tadi tidak berketul...selepas tu baru masak atas api yg kecil..kacau2 hingga pekat dan likat serta licin...atau berkilat...memang letih skit la nak mengacau ni sebab lama...hehhehe...pakai senduk kayu....dah likat tutup api dan biarkan sejuk skit.

2. kemudian layur daun pisang dan potong daun ikut saiz 20x24cm..saya agak2 je sebenarnya...tapi kalau nak senang ukur le...lepas tu potong jugak daun saiz kecil utk lapisan kedua... kemudian hiris2 halus gula melaka...tepikan.

3. bila semua bahan dah siap...boleh mulakan proses membungkus...mula2..letak daun atas tempat yg rata....cedok dlm 2 senduk kecil adunan badan dia....kemudian....tutup tepi sebelah kiri...boleh tengok kat cara2 puteri dapur....pegang kuat sebelah kiri yg dah bertutup tu...condongkan skit...dan masukkan satu sudu besar gula melaka hiris...lepas tu satu senduk kecil santan pekat....tutup pulak sebelah kanannya..kemudian letakkan atas daun yg kecil pulak dan matikan dgn pencungkil gigi/ lidi tajam. gunting bahagian atas yg lebih tu..biar dia cantik skit atau sama rata je.

4. susun kuih atas loyang pengukus....sementara proses membungkus tadi...boleh didihkan dulu air kukusan....bila dah didih airnya...kukus kuih selama 30m...api besar...kuih ni kalau buat byk...tak boleh tindankan loyang tu pada 2 tingkat...masak setingkat je...sebab takut daun dia kemek akibat loyang yg ke2..nanti kuah dia terkeluar dari daun pisang. bila dah masak kuih ni..alihkan kuih tu dari air kukusan...alihkan loyang pengukus dari periuk kukusan tu atau angkat dan letak kat bekas lain..ni utk pastikan kuih tu lembut dan tak pejal isi dlm dia bila kena wap air panas tu...

(nota: kuih ni kalau betul cara masaknya...akan ada air gula kat dalam dia....tapi kalau air gula tu tertumpah ke apa ke...jgn risau..kuih ni masih boleh dimakan lagi...tapi kena la buat air gula merah standby...hahahhaha..saya masa 1 time buat tu..akibat tindankan kuih ni kepada 2 loyang...loyang yg kena tindan tu kuahnya tirih....habis tinggal isi je..jadiknya kena la masak air gula yg lain...dia kena ada air gula jugak baru sedap...pati santan utk kuah/inti tu...elok pekat...sebab kalau terlalu cair...susah nak balut dan santan mengalir keluar...tapi kalau beli pati santan dah siap tu...tambah skit je air...jgn la pekat sgt lak..agak2 la ye.. selamat mencuba.)


45 comments:

mala said...[Reply to comment]

mesti sedap kuih ni. tak pernah makan pun. kuih ni dari penang? tak kot?

Anonymous said...[Reply to comment]

heheh salam kak izah...amboi org pahang dh cuba buat kuih traditional negeri perak...org perak sendiri tak buat lagi nih... :)) banyak nyerr laa wishlist yang nak kena buat...hahah...semalam tgk kak besah tayang perigi buta...tuh pun teringin gak nak buat...kuih jongkong ni..ala2 som som jugak kan..tp nih versi lebih lemak2 ...

izahdaut said...[Reply to comment]

@mala
tu la.. memang tradisional perak la kuih ni. sedap sangat. lebih lemak dari kuih som som n lompat tikam n tepung pelita.

izahdaut said...[Reply to comment]

@chikadakbiru
perigi buta? waah menarik tu. akak ni sejak dua menjak memang feberet la pulak kuih2 orang lama yang lembut2 gini. aaaa ini la kelebihan dunia blog kan. kuih2 negeri org dpat kita sama2 share.. i like

Mama Ann said...[Reply to comment]

Jiran mama selalu bagi mama kueh ni..tapi mama tk tahu nama dia...Dia pun bungkus mcm tapai..sedap..lemak2 manis..Tapi jiran mama tu org kelantan...

izahdaut said...[Reply to comment]

@Mama Ann
o ye ke mama.. tu la. tahan gak mama pernah rasa. saya sebelum ni tak tahu dan tak pernah tengok dan tk pernah rasa. bila ada yang share kat blog baru la merasa ..

rahel said...[Reply to comment]

Salam Izah,saya tengok macam sedap betul kuih jongkong ni..aiyak..telan2 liur je la..

tun_telani said...[Reply to comment]

fuhh.. kuih tradisional yg tun skt fail tang buatnyer.. nak makan jugakk!!!

Melly Octaviana said...[Reply to comment]

hmm..kelihatan nya enak yah, Melly belum pernah makan kue ini, bagi 2 kak..mau cobain rasanya.. ;)

Sue @ Nenie said...[Reply to comment]

Salam Izah..Sue pun suka juga kuih2 cenggini tapi nak membungkus tu fail..tak pandai..

Ada sekali sue buat kuih koci labu yang ada yogurt santan tu...sekali time ngukus, habis membuak-buak keluar santannya..sayang kuih sedap tapi buruk rupa...sedayyyyyy....

Hanim said...[Reply to comment]

Tengok sekali trus teringin, nak buat xde daun pisang....klu buat dlm daun pisang lg sedap la kan :))

Hezrin Ahmad said...[Reply to comment]

huwaaa.... nakkkkk... org Perak ni malas nak wat...

FnF Simple Life said...[Reply to comment]

salam kenal dari Chiba...selalu singgah cni belajar masak2 ;)

Unknown said...[Reply to comment]

Izah..gigihnya membalut kuih tu. Saya nak balut kuih koci pun tak passs lagi..huhu

Anonymous said...[Reply to comment]

tak pernah makan & tgk pun kuih ni, ni first time tgk

Unknown said...[Reply to comment]

Jahh./....nampak best n sodappp.... cam kombinasi dari kaswi ado, koci pon adooo, lepat pon adooo... akk jer nan hadooo...huwaaaa....
bak ler sini nk raseee....

Qasey Honey said...[Reply to comment]

asslm cik puan iza...hehehe
dh lma yek xmuncul...skali muncul dgn kuih jongkong la...
ingatkan td jongkong emas...hahaha...

nmpk mcm sedap lak kuih ni...
sok2 dh terer lipat mlipat ni...bleh la nk mcuba pula...

izahdaut said...[Reply to comment]

@rahel
memang sedap rahel. rasa ddia lembut2..mcm tepung pelita. pulak2 aroma daun pisang tu kan. mg sedap

izahdaut said...[Reply to comment]

@tun_telani
hmmm sama je la tun. kuih2 tradisional ni nampak simple. tapi teknik yang mahir diperlukan. tak pe... kalau rajin cube. lama2 pandai kan kan.. yang kuih ni alhamdulillah menjdi.

izahdaut said...[Reply to comment]

@Melly Octaviana
betul enak bangat kuih nya... tapi kalau mahu cubain kena buat sendiri la melly. sudah habis..hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Sue @ Nenie
tu la cakap tadi sue.. teknik tu nak kena pandai kan. kuih jenis gini kena banyak kali tengok org buat, belajar n banyak kali test sendri. pulak2 main ngan bungkus2 ni. hehehe.. tapi tula, kalau kat kampung rajin je kenduri, jadi leh la blajor2 sikit kuih gini. walaupun buat sendiri mmg kelam kabut habis nak dapatkan rentaknya tu. hehehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Hanim
mmg daun pisang tu menambah lazat kuih ni. klu xguna daun pisng cam cacat jek rasa nyer kot

hana said...[Reply to comment]

berpinor2 aku masuk blog korang... skill photography yg semakin mengancam jiwa dan raga... bravo beb bravo! skill aku dah karat! haha...

EmbunRosaliza said...[Reply to comment]

Assalam izah, dari pagi lagi akk dok nganga sini nak mkn kuih jongkong mas ni heheh, memandai tambah mas. Sedap ni lemak2 manis, akk pun bab membalut ngan daun pisang mmg jarang sangat nak buat, kekadang masa beli daun pisang x tau nak buat apa, bila tgk org tayang menu guna daunpisang, xdak la pulak huhu.. ambik seketu ek izah nak rasa

Gee® said...[Reply to comment]

Hmmmmm....wangi jer bau daun pisang ngan pandan...ditambah pulak gula melaka...aww!! menggoda la izah...

Kak Sam said...[Reply to comment]

Walau apapun namanya tak mengapa yang penting enak dimakan

Mama Hawa/Mama Nani said...[Reply to comment]

Salam Izah :)
Mama sihat allhamdullilah. Izah n family sihat?

Kat sini kuih jongkong nie mmg fufular time bln pose.. mmg sedap kuih nie diltk dlm daun pisang. Tapi ada jgk yg telah dimodernkan ltk dlm bekas tapi rasa nyer beza lah..

izahdaut said...[Reply to comment]

@Hezrin Ahmad
ate kome ngape la malas pulak. i cepat buat, nak rase air tngan anak jati perak lak.

izahdaut said...[Reply to comment]

@FnF Simple Life
tq sudi singgah blog saya... sama2 la kita belajar ekk

izahdaut said...[Reply to comment]

@Sally Rashid
haha.. mcm la sya pas sangat nak buat. ada yang tak brapa nak terima rupanya sorok2 kat blakang tuha.. kiki.. e kuih koci pun sama la. susah gak nak membalutnya. pendek kata kita lipat je la daun pisang tu asal menjadi. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Tina Othman
aaaa mcm saya dulula. bila dah merasa kesedapannya ni.. fuh.. lenkali balik kg leh buat. sedapp

izahdaut said...[Reply to comment]

@mimie
pasai apa nan ado kak? yag ado ado ajo kak ni. kikiki

izahdaut said...[Reply to comment]

@Qasey Honey
hhaha.. mcm saya 1st time tengok kuih ni teringat ke jongkong emas gak kan.. tu la.. bila dah merasa kesedapan kuih ni, mmg taksia2 la buat

izahdaut said...[Reply to comment]

@hana
ceettt.. kaka hana.. skil aku tahap biasa2 je.. tak pe kak, ko skil lain yang tajam.. auuucchh.. kikiki

izahdaut said...[Reply to comment]

@EmbunRosaliza
waalaikumussalam warahmatullah.. akak pun mcm saya gak. time beli daun pisang tak tau nak buat apa. tapi mcm ada je menu sedap dri daun pisang kan. last2 buat balut nasi lemak je. hhaha

izahdaut said...[Reply to comment]

@Gee®
betul kak gee.. sedap bukan main2...kalau y suke kuih tradisional bau2 daun pisang n gula melaka.. mmg kuih ni idaman hati

izahdaut said...[Reply to comment]

@Kak Sam
setju!!

izahdaut said...[Reply to comment]

@Mama Hawa/Mama Nani
tu la.. saya tengok rncangan masak2 kat tv tu pun bulan puasa. juadah berbuka.

HaSue said...[Reply to comment]

Kencang update yer mekk..hantu2 dr blog aku patah balik jadinya,x jd nyewa kat blog ko.hehe..

kat swak panggil apa ekk..jap aku nk ingat balik..kuih tongkol rasanya.sedap kalo yg lembut tuh..aku suka!ko watkan tuk aku bebanyak

quinnie said...[Reply to comment]

hasil dari inovasi kreativiti kita duk derhakakan resepi kak fida ngan putri dapur..hahhaha..lama wei tak buat nih...huhuhu

kita kalau kuih yg guna tepung beras je memang tak suka....memang kalau versi perak guna tepung gandum ...yg tu kita tak cuba lagi...hehhehe

Sheery Dream Cakes said...[Reply to comment]

sedaaapnya kuih nie izah... suka sesgt makan kuih nie.. tgk lg gambar yg siap d tunjuk dengan sudu tu.. mcm nak ngaap jer tau... sedap2!!

parishiltonblog said...[Reply to comment]

Kuih ni kegemaran keluarga saya, kalau bulan puasa mesti buat, aruah ayah memang suka kuih ni. Tak tau pulak asal perak, tapi tradisi keluarga resepi dari nenek. Memang tak ada jual kat bazar, sbb proses membuatnya agak remeh

parishiltonblog said...[Reply to comment]

Kuih ni kegemaran keluarga saya, kalau bulan puasa mesti buat, aruah ayah memang suka kuih ni. Tak tau pulak asal perak, tapi tradisi keluarga resepi dari nenek. Memang tak ada jual kat bazar, sbb proses membuatnya agak remeh

parishiltonblog said...[Reply to comment]

Kuih ni kegemaran keluarga saya, kalau bulan puasa mesti buat, aruah ayah memang suka kuih ni. Tak tau pulak asal perak, tapi tradisi keluarga resepi dari nenek. Memang tak ada jual kat bazar, sbb proses membuatnya agak remeh

parishiltonblog said...[Reply to comment]

Kuih ni kegemaran keluarga saya, kalau bulan puasa mesti buat, aruah ayah memang suka kuih ni. Tak tau pulak asal perak, tapi tradisi keluarga resepi dari nenek. Memang tak ada jual kat bazar, sbb proses membuatnya agak remeh