CSS

Wednesday, February 1, 2012

Marble Cheese Brownies


Assalamualaikum..

Hari ni orang bekerja di wilayah bercuti sempena Hari Wilayah. Jadi en suami bercuti tapi si Bais sekolah cam biasa sebab sekolah dia dalam Selangor. Jalan pun lengang tak mcm semalam bersondol sodolan. Jom nikmati kelengangan dan ketenangan pagi ni dengan brownies cekelat bercheese ni. Sebab ada cheese sangat membantu dalam keenakkannya. Cuma,bagi saya brownies ni tang kek cekelat tu agak kering, kurang basah. Suami pun kata gitu sebab dia suke kek yang basah2 moist. Apa pun nanti boleh diejas menggunakan adunan yang sedikit basah.  Terpulang pada selera masing2 la kan.Tapi yang memang suke rasa brownies yang asal, memang inila resepi idaman anda. Best!! Terima kasih kak yatie dan tuan resepi Kak Rinnchan. Lain kali nak cuba lagi. ;-)



MARBLE CHEESE BROWNIES
resepi: kak Rinnchan
sumber: Kak Yatie  


 Bahan-bahan Brownies :

250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor *izah letak 3/4 cwn
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder*
1 tsp soda bikarbonate*
1 tsp esen vanilla


Cara-cara:
Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
Masukkan susu cair dan kacau sebati.
Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.

* Bergantung pd oven masing2




Bahan-bahan lapisan cheese:

250g cream cheese
1 cwn gula castor *izah letak 1/2 cwn
1 biji telur gred B


Cara-cara:
Pukul cream cheese hingga gebu.
Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.


58 comments:

quinnie said...[Reply to comment]

sedapnya brownies..nasib kita pun buat kek hari ni...hehehe..kalau dak terbayang2 je...

ady said...[Reply to comment]

as-salam izah
ngancam betui tgk brownies izah ni...cantik dan menarik..

anymz said...[Reply to comment]

ermmmm..cis?..ada lagi seketul dok termenung lam esbok tu..nak buat apa tu jah..? nak try cotton tu pulak rasanya..kalo rajin lah kan?..kalo rajin..malangnya sedang tak rajin nih..

pernah try bronis ni masa dulu kala..fav bebudak lah kalo ada cis..eh fav abg tapa ai jugak...huhu

rahel said...[Reply to comment]

Wah...tergodanya gue ngan marble brownies itew..cam nak cubit je...

Mieza said...[Reply to comment]

izahhh..salam...lamanya tak datang sini..brownie ni mmg best..hari pun kak mieza dapat order brownie ni...ramai yg suka..senang nak buat dan sedap sgt!

tun_telani said...[Reply to comment]

tun suka mkn brownies.. tp bila suap dlm mulut tu mesti rasa bersalah sbb ratio fat n butter yg sgt tinggi.. to of cos laa rasa bersalah tu dtg lepas suapan yg dh ke berapa x terhitung kan. hoho..

Chah said...[Reply to comment]

hamboi2 godaan demi godaan nih! tepis! tepis!

jah...nakkk!

Anonymous said...[Reply to comment]

aduisss...mengecisss selalu...terasa arora MCB kat sini..

HALAMANKU said...[Reply to comment]

mmmm yummy sedapnyer lemak2 combinasi yang memang best coklat n cheese mmm nak join juga sedap nyer Zah..

Kerull said...[Reply to comment]

Salam izah..rajin betul ko ye..aku ni ntah bilalah nak membrownies..kek pun aku semput nak buat..hu hu

AbbotCottage said...[Reply to comment]

Baru 2 hari aku tak datang umah ko, dah bederet kuih aku tak dapat bedal. Rugi!!! Hah ha yang Zah, aku nak, mandangkan ko coti, bleh aku bedal semua eh.

♥♥azatiesayang ♥♥ said...[Reply to comment]

salam Izah...sedapnya!!!mai sepotong,k.atie singgah bawak piring ni...

Hanim said...[Reply to comment]

salam izah...kek cis lagi...baru je buat kek coklat lapis cis kukus yg izah tayang aritu. memang sedap kek marble ni kan dah buat dah dulu, asben pon suke. lain kali la buat, cis ade lagi hehehe. izah pregnant ye? brape bln dah?

Yatie said...[Reply to comment]

wallaweyyyyyyy geram tngk browniesmu itew...mcm mengidam plk nak makan brownies taw...nak wat malaslah pulak....meh bagi akak 5 potong...

Mama Ann said...[Reply to comment]

Rajin sungguh Izah ni..kek ni nampak cantik dam kemas sekali..mama berminat juga nk buat tp masuk dlm list dulu..tk tau bila nk buat..TQ

Only Fish Recipes said...[Reply to comment]

wow...u create like an artist dear....simply droolworthy n delicious !

Qasey Honey said...[Reply to comment]

hmmm...mengancam kek u ni...mengoda2 aje tgk...mintak 2 potong bleh...

Zalieda Zaliedana said...[Reply to comment]

Wah arini cuti2,mesti klr g mna2 ngan laling lomantik kan..Sorry ganggu akaktadi eks,n tq ya kak,jasamu sentiasa dikenang..Tenet kadang ok,kadang xok,sejak 2,3 arini,semalam lagi teruk,adeiiii cam nk cll marah telekom jerk..Akak brownies akak tuh mmg siyes nmpak cantik jer marblenya..Comey n cute.

Unknown said...[Reply to comment]

mahu naik lagi 10kg nih..hehe

nOOrsha said...[Reply to comment]

salam.. aku dtg lmbat..ade lg ka..ihii..oo mntang2 cik abe cuti n bais skola puasla ko berdating sambil mkn cis bronis lovey2 tu ek..huh menchi...bawak lari bronis ni sepinggan..haha..

maceh eh atas ucapan tahniah tu.. same2 kite teruskan berblog, mana tau esok lusa giliran ko masuk tv plak.. :)

hazila said...[Reply to comment]

Akak pun pernah buat tapi lama dah. Masa makan tak henggat dunia, lepas tu baru buat buat tepuk dahi kekononnya nyesal makan banyak....

mala said...[Reply to comment]

selalu guna resepi ni kalau buat creamcheese brownies. mmg sedap!

Nadz Nazharzan said...[Reply to comment]

Izah, makan banyak2 kek ni. Esok kita dating gi jogging sama2 yer..hehehe.. Lawa pinggan. Akak nak sebiji boleh?

Unknown said...[Reply to comment]

simple tapi mewah. Good job!!

izahdaut said...[Reply to comment]

@quinnie
Makan sorang je ke kak. Meh ler kongsi kek ngan saya. Ngeheh

izahdaut said...[Reply to comment]

@ady
Terima kasih.. Idea tuan resepi ni hebat kan. Kita try je resepi dia. Mmg cantik

izahdaut said...[Reply to comment]

@anymz
Akak buat ler kek tu. Nanti bagi saya sikit nak rasA. Skrg ni malas betulnak pecah2 telur asing2 bagai. Tapi tekak nk makan. Tula kak, ase pegang cheese je tringat abg tapa.. Eh silap silap.. Teringat kak animmm.. Hahaha mampus kene ketuk karang. Kiki

izahdaut said...[Reply to comment]

@rahel
Sila sila rahel. Banyak lagi ni. Hehe.. Makan sikit2 baru sedap. Simpan lama sikit biar dia jadi moist

izahdaut said...[Reply to comment]

@Mieza
Kan kak. Simple je. Kalau butter cair2 gini mmg suke la saya mmbuatnya. Kalau pakai mixer tu kene temenung dulu la nampaknya. Hee

Gee® said...[Reply to comment]

HIsy...lariiiiii..... melampau tau dak ijah ni... takmo tergoda cheese tu... tolong aku nk diet....

Nur-nba said...[Reply to comment]

Tergoda sangat2 dengan brownies ni.. :)

Nuwairani said...[Reply to comment]

xde stok cream cheese lagi ni...dh lama x buat sumthing berasaskan cheese..

izahdaut said...[Reply to comment]

@tun_telani
TUN SAMA LA kita.. tapi badan ko kurus lagi ok lagi nak balun brownies gini. ahak.. tapi tula, rasa lagi bersalah kalau dibiorkan cheese tu expired je kan. kiki

izahdaut said...[Reply to comment]

@Chah
aik kata tepis, takkan terkono jugak kot.. huh.. nak bagi dah ditepis brownies tu. abis masuk longkang

izahdaut said...[Reply to comment]

@chikadakbiru
arora.. ko ayat puitis sangat dina. haha.. best best brownies ni. meh join lemak2

izahdaut said...[Reply to comment]

@HALAMANKU
aa suke suke..meh join sama erma. boleh tolong sebarkan lemak2 ni. haha

izahdaut said...[Reply to comment]

@Kerull
meh aku tolong buat. upahnya separuh loyang ek. hehehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@AbbotCottage
ko lama tak datang sini, ko noreh tak berenti2 ke? bawak2 berehat lah. orang lain ada kalanya mengeteh sambil main dam jugak kat kedai kopi. hahaha

izahdaut said...[Reply to comment]

@♥♥azatiesayang ♥♥
aa bawak piring siap2 senang saya nak bagi.. karang kalau bagi sekali ngan piring tahun depan pulak kak atie pulangkan. hahah.. gurau je kak tie

izahdaut said...[Reply to comment]

@Hanim
heheh preggy? tu cerita lama ..dah selamat d&c dah pun. tak de rezeki la hanim. insyaAllah nex time..

kek ber cheese ni mmg sedap kan

izahdaut said...[Reply to comment]

@Yatie
kalau akak dekat setipuware saya bagi akak. hehehe.. ada lagi dlm peti es. makan sikit2 baru siok kan

izahdaut said...[Reply to comment]

@Mama Ann
tak pe mama, bila anak2 ada balik, mama boleh la buat. makan ramai2 seronokkk kan

izahdaut said...[Reply to comment]

@Only Fish Recipes
tq dear ;-)

izahdaut said...[Reply to comment]

@Qasey Honey
nah double saya bagi, 4 ketul. org kata lemak2 ni kena share2 bagi tepek kat badan orang lain. hahaha

izahdaut said...[Reply to comment]

@Zaliedana
sabo ct sabo.. hehe.. ala tak de kemana pun. gi jalan2 cari maakn je kejp. masa ct sms tu akak tengah drive amik si bais dari sekolah

izahdaut said...[Reply to comment]

@Sally Rashid
huh sapa naik 10 kg..sapa sapa katakan..tidaakkk.. hahaa

izahdaut said...[Reply to comment]

@nOOrsha
cceeetttt masuk tv kunun. hahahaha..

eh ada lagi ni lam peti es. ko nak gi amik sendri. malas aku nak angkat montot.

izahdaut said...[Reply to comment]

@hazila
tu la kan kak. saya kena berhati2 ni, takut tepuk dahi lak nanti 2,3 hari pas ni. hahah.. kunun la berhati2.. padahalnya dah banyak telan. kiki

izahdaut said...[Reply to comment]

@mala
alhamdulillah mmg sedap. cume kalau ada yang cerewet nak brownies moist sikit tu kena ejas sikit la kan. sebab yang ni agak kering

izahdaut said...[Reply to comment]

@Naz / Nadz COSK
nah kak pinggan murah je ni. hahahha.. ala nak joging jugak. baby cam ne? kita dukung sambil jogging ke kak? hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Puspha
tq puspha!

izahdaut said...[Reply to comment]

@Gee®
hahahhaa.. mari sini kak gee.. ke mariiiii kauu..mari aku suapkan kau ini cheese.. hahah dah mcm setan je bunyi nye .. kiki

izahdaut said...[Reply to comment]

@Nur-nba
apa lagi nur, jom kite menggodek brownies best ni.

izahdaut said...[Reply to comment]

@nuwairani ismail
apa lai wani. beli 2 ketui crimcheese. leh buat mcm2 ni dan menambahkan lemaksss dibadan. ahakkss.. hehe

Sheery Dream Cakes said...[Reply to comment]

izah... cantik ler brownies yg izah buat tu... coraknya pun cantik.. suka akak tgk..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...[Reply to comment]

huiiii sedapnyerrrr....
kalau izah anto sepiring pun akak tak kecik ati ni.. hehehe... mmg best brownies... mmg betul brownis sifatnya kering sikit berbanding kek.. tambah2 bila kita kurangkan gula jd tambah kering sebab sifat gula dlm kek/brownis sedikit sebanyak mempengaruhi tekstur kek/brownis yg kita buat..
akak selalu perasan bila akak buat cupcake.. bila akak kurangkan sukatan gula memang akak nampak bezanya.. cupcake orang lain nampak moist & berkilat.. tp akak punya nampak mcm kering jer..

Anonymous said...[Reply to comment]

Salam,
cantek sungguh brownies tu. Memang suke cuma dah terlalu lama x buat. nanti buleh cuba resepi ni...tq izah

Rohah said...[Reply to comment]

salam Izzah, akak ada byk tupperware kosong nie..nti bolehlah masukkan beberapa potong brownies ni ye..sedapnyeeerr