CSS

Tuesday, January 31, 2012

Puding Belang


Assalamualaikum..

Sejuk kat Ampang ni. Hujan lebat pagi tadi. Kelam kabut jalan raya bila polis trafik tak menunggu kat simpang2 besor. Habis lintang pukang kereta mahu bersondol sondolan. Nasib baik Bais ramai geng jugak datang lambat tadi. Ehehe.. Lambat tapi masih on time. Ok la tu. Mata lak mcm nak katup je niha time sejuk2. Perut pulak lapor mahukan sesuatu. Idok le teman nak ngidang puding pepagi sejuk2 ni. Tak kesior kate orang perok. Ate.. kalau time paneh2 sedap bebenor kome makan puding ni. Puding ni 2nd time saya buat. 1st time buat saya jadikan buah tangan. Sebab sedap sangat, jadi saya buat skali lagi untuk di share di blog ni pulak. Simple je nak membuatnye. Mesti jadi punya. Resepi saya amik dari kak Yatie dan tuan punya resepinya ialah kak Jun. Terima kasih kakak2 semua.

PUDING BELANG
resepi: kak Jun
sumber: kak Yatie


Bahan-bahan
10gm serbuk agar2
200gm gula
2 1/2 cawan air
1 tin susu cair
3 sudu besar butter
3 sudu besar tepung jagung
2 biji telur
 1 sb serbuk koko dibancuh dengan sedikit air (kak jun guna coklat emulco)
sedikit pewarna kuning 


Cara-cara
Masak agar2 dengan air dan gula hingga hancur.
Telur dipukul, masukkan tepung jagung dan susu cair. pukul sebati. tuangkan kedalam agar2 tadi.
Masukkan butter. mendidih, tutup api. bahagi kepada dua.
Satu bghn dicampur pewarna kuning dan satu lagi dicampur koko.
Tuang sesenduk warna kuning, sejukkan sekejap, tuang pula adunan koko dibahagian tengah sedikit..ulang hingga habis.
Sejukkan dan hidangkan.


*boleh diubah warne dan perasa mengikut kesukaan


57 comments:

Qasey Honey said...[Reply to comment]

belang2 pudingnya hari ni...mintak sikit...hehehe

mala said...[Reply to comment]

salam izah, setiawangsa pun sejuk. puding ni dah byk klai jugak buat tapi dah lama. masa tak ada blog. mmg sedap!

Yatie said...[Reply to comment]

pagi ni mmng sejuk lerrrr..Hamka siap cakap dah pagi ke mama?...syok sangat tido samapi tak sedor nak kesekolah..siap cakap bagi dia tido 5 minit lagi..hah3..klakorlah..

puding ni mmng best..time cuti2 akak kerap buat sbb penyelamat kalau ada tetamu tiba2 dtng umah...mudahkan..

izahdaut said...[Reply to comment]

qaseh hani..
nak mintak? dah habis.. nah rm2 hinggit gi beli serbuk agar2. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

mala..
dah laam tu. kena buat pulak tu nak ngingatkan kembali kesedapannya. hehe.. sedapkan. sukee yang ada rasa coklat tu

izahdaut said...[Reply to comment]

kak yatie.
hamka tu memang tau.. kelakor jee.. memang penyeri kak yatie sungguh... hehe.. nasib pagi tadi bais tak banyak bunyi. ok je siapkan dia. hehe.. kalau idak ada je ayat2 mcm si hamka tu jugak. sakit perut la. pening kepala la. haha

tu la.. sedap senang kan kak

Gee® said...[Reply to comment]

Izah, k.gee nak kuda belang...ops! puding belang laa... sori tersyasul...

izahdaut said...[Reply to comment]

kak gee.. ngengada tau.. bagi harimau belang karang baru tau.. hehe

quinnie said...[Reply to comment]

aduss izah..tetiba kita rasa nak makan puding hari ni..aduiiaiii malasnya nak masak...kekeke

Anonymous said...[Reply to comment]

nyum, dari aritu nak buat puding tapi giant tak jual pulak agar2 clear tu, semua berwarna

nanti nak buatlah

tun_telani said...[Reply to comment]

dh lama x memuding.. arini dr pagi matahari dh memancar2. mmg sesuai la kalau nk makan puding sejuk2.. tp takut bila dh stat memuding xleh nk berenti memuding lak. bahaya gak tu.

CT Delima said...[Reply to comment]

AS'salam Izah

samlah kat kat umah k.ct ni sejuk nak basuh pinggan pun macam nak curah air panas jer arsanya..hahaha

k.ct suka puding acam ni. konon2 nak buat, tunggu cuti2lah eh. gi sambung tido, kang terlelap depan laptop tu kang..hihi

rahel said...[Reply to comment]

Salam Kak Izah,bestnya..ada puding belang..segar dan nyaman rasanya.

Sue @ Nenie said...[Reply to comment]

Salam Izah..wahhhh pepagi lagi dah belang-belang yaaaa....Dah lah time sejuk2 gini....Buat desert untuk kudapan petang2 best gak ni....

cik cek said...[Reply to comment]

sejuk2..nyaman telan puding belang Izah...

Anonymous said...[Reply to comment]

datang sini nak tgk puding belang yg cun nih...dh lama tak buat puding mcm nih..selalu buat time ade event aje... :)

Wanieyra said...[Reply to comment]

salam izah....

singgah makan puding kat sini ye, lama tak makan

Mas said...[Reply to comment]

jah....nanti nak buat la puding ni..
sedapp bebenor makan masa ko kasi aku dulu..he3

HaSue said...[Reply to comment]

aku nak c n komen tun telani kat atas ni buleh dak ?

aku aritu memuding..siyes x ingat amik gambar..pastu nyesal..tskk..
terliur aku nengok puding ko nih

HaSue said...[Reply to comment]

*c n P

camner bleh tertinggal neh..ni mesti sbb ko x bg puding kat aku nih jah

Kak Sam said...[Reply to comment]

Atenye udah bebelang mata teman ni. Sian kat mike yea, pergi le berehat.

ucubakery said...[Reply to comment]

kt meru pun tadi hujan jg..tp x lah lebat..biasa2 je, kalau lebat boleh lah dtg ofis lambat -alasan-

menggiurkan puding belang tu..dah lama x buat...

Nadz Nazharzan said...[Reply to comment]

Memuding pulak ye Zah.. Cam rupa puding roti marble pun ada gak kan..
izah, Izah ni banyak pinggan mangkuk yg cantik2 kan.. Akak terpesona tgk bekas2 yg izah posing2kan dlm blog ni... Ada satu je ke yg ni. Kalau ada 2, akak nak satu boleh..hehehe..

anymz said...[Reply to comment]

kudaku lari gagah berani..sambil makan puding belang..erkkkk!!! takde kaitan pun kan?..keke

huuiih..brape mggu tak ke sini..rasanya baru 1 mlm je akak tinggalkan IML ni dah berderet2 menunya..rajinnya umi bais ni ya..mesti en daut tersenyum lebar..sambil ngap2 makan baki sweet potato bread tu kan?
akak baru masukkan ke dlm oben bingka susu..tup2 baru perasan kat bawah tu pun ada bingka susu..
balik dulu ah.......nak tido petang..dah lama tak tido petang..

Chah said...[Reply to comment]

syalu ai lambat tiba sini...huhuu...tp kan, ada kan jah kan untuk ai barang 4,5,6,7,8, 9 potong, kan? kan?

.:: Mrs Z ::. said...[Reply to comment]

salam..... Izah keje ke? saya ingat izah housewife sbb selalu tgk izah masak mcm2.. saya ni hah asyik tak sempat je nak buat mcm2, teringin sgt tapi asyik takde masa je... weekend jelah kalo nak buat mcm2 tu ^_^ tabik springlah dgn izah ^_^

Zue El Razak said...[Reply to comment]

bila dgr izah berbahasa perak.. teringat lak driver keta anak akak tu org perak.. 1st time nak guna servis dia.. ckp di tel.."haa..kamu nak aper?"!!.. suara garang giler..bila jumpa rupenyer baik orgnyer...

Anyway kek tu nampak sedap... dah lama tak memuding ni.. nanti berjangkit pulakkk...cam donut ari tu..hihihihiii..

Zue El Razak said...[Reply to comment]

**opss..kek lak.. puding laaa..

mrs kayrul said...[Reply to comment]

aduh menggoda betul la puding nie

nOOrsha said...[Reply to comment]

menggoda btol puding ko nih... tergoda aku.. sedap ni mkn sejuk2 nak2 cuaca kt pd ni dah mule memanas je akhir2 ni... hihi...bak mai kat aku 10 slice..tuko ngan bahulu sebalang..ehehe

Unknown said...[Reply to comment]

cantik!!

Rohah said...[Reply to comment]

Baru nak rase Puding Susu Izah, dah keluarkan puding Belang ni pulak..tak behenti mengunyah nampaknye nie..

Rima said...[Reply to comment]

Hujan ke kat sana?? memang shiok kan bila cuaca sejuk.. macam nak lelap.. kat sini mata tak boleh lelap lama lama pulak.. lebih rajin dari kat rumah.. nak tahu apasal?? ahhh lagi pagi merayap.. lagi bagus.. kedai tutup awal tu yg harus kalam kabut sikit nak merayap hahaha

Puding yg cam gini memang sedap.. tak kira lah makan waktu sejuk sejuk.. tekak tetap terima :op

izahdaut said...[Reply to comment]

@quinnie
ala kak Q. senang je. kejap je membuatnya. sedap makan sejuk2. sedap dari kek lagi ni. ehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Tina Othman
kadang tu kan tina, saya beli je agar2 berwarne. nanti bila tambah air warne dia tak kuat sangat. pepulak kalau kita buat agar2 warna mcm ni, ok je kalau guna agar2 kaler kuning ke.

izahdaut said...[Reply to comment]

@tun_telani
oo cam tu lak ye. peminat puding ke tun. akak mmg kena selang2 kalau emmuding tu bior lama sikit jangkanya sebab kalau slalu budak ni cepat boring. kalau kek mmg permintaan la kat rumah ni

izahdaut said...[Reply to comment]

@CT Delima
waalaikumussalam..
tu la mmg sejuk sebab subuh2 dah hujan kan. kak ct, kalau suke jom buat. enak dimakan sejuk atau belum sejuk. yang belen2 kat periuk tu pun sedap dicolek2 .. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@rahel
puding ni simple n mmg sedap rahel.. segar sebab makan sejuk2 kan

izahdaut said...[Reply to comment]

@Sue @ Nenie
tu la sue..kalau makan puding ni, once dah ada dlm peti es tak kira la time bila makannya. bedal aje kan. ehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@cik cek
nyaman ditekak kan kak. lagi suke bila tengok anak2 menikmatinya. lepas semangkuk nak lagi semangkuk

izahdaut said...[Reply to comment]

@chikadakbiru
cb, ngapa kat rumah tak brapa suke puding ke. kat rumah akak ni puding gini mmg anak2 suke.

izahdaut said...[Reply to comment]

@Wanieyra
tu la..dah lama tak makan, skali skala buat puding, kejap je licin. suke je tengok anak2 makan

izahdaut said...[Reply to comment]

@Mas
tu la.. aku ingat ko dah lupa. sebab senyap je kan. kot anak2 ko kurang suke puding ke kan. anak2 aku kalau puding gini suke je diorang. ada rasa lemak2 rasa coklat2 gitu kan.

izahdaut said...[Reply to comment]

@HaSue
ko buat puding apa sue. aku ni dah lama tak memuding. skali skala memuding tu diaa... berebut2 diorang ni makan. suke sangat

izahdaut said...[Reply to comment]

@Kak Sam
kak sam.. jom membelang. sedap ni kak

izahdaut said...[Reply to comment]

@Ucu Faridah
kat sini leh tahan juga lebat nyer.. tu yang kesejukan tu kak. sedap ni. antara puding kegemaran saya n anak2

izahdaut said...[Reply to comment]

@Naz / Nadz COSK
bab pinggan sebenarnya saya tak de koleksi pun kak. seriyes, yang dtg rumah saya diorang tahu la. serba kekurangan. hehehehe...

izahdaut said...[Reply to comment]

@anymz
le tau le tu..nak kabor kuda belang ler tu. huh..

tu la.. lenkali jenguk lebih kerap lagi ye. hehe.. ye la akak tu bizi kan.. mana nak kesana ke sini.. jemputan sana sini. tu belum jadi datin lagi tuh.. haha

izahdaut said...[Reply to comment]

@Chah
dah habisssss.. sila buat sendiri di dapur anda. dan pastikan anda menggunakan dapur dengan lebih berhati2 ye

izahdaut said...[Reply to comment]

@.:: Mrs Z ::.
saya surirumah.. kalau kerja lagi la tak sepat masak apa2 kot. slow motion je

izahdaut said...[Reply to comment]

@..::Zue::..
roomate saya dulu orang perak.. memang diorg cakap camtu. kita ingat cam kasar gitukan. tapi baikkk sangat orang nyer. hehe.. tu belum kalau call rumah diorang mak atau adik dia angkat.. camtu la soalan nye hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@kayrul-shah
keemaran saya. senang nak buat. kompom menjadi dan lazat

izahdaut said...[Reply to comment]

@nOOrsha
ko bagi jela bahulu ko buat tu kat aku. jgn diharap kan balasan orang kata. tak bekk.. hahaha

izahdaut said...[Reply to comment]

@Puspha
tq

izahdaut said...[Reply to comment]

@Rohah
tak pe buat lagi. sedap ni. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Rima
wah mood jalan2 lagi ye kak. tak menentu jugak kak rima, kdg2 panas.kadang2 hujan..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...[Reply to comment]

lawolah puding belang nih... kat rumah akak tak pernah ada serbuk agar2... kalau resepi puding guna serbuk terpaksa akak tukar ke agar2 tali... haha..