Saturday, January 28, 2012

Kek Lapis Kukus Cream Cheese


Assalamualaikum..

Ini la kek yang saya buat semalam. Ianya bukanlah semata2 cheese yang dikukus, tapi telah dilapisi oleh lapisan kek coklat yang sangaaat sedap. Buat sapa yang dah mencuba kek ni, memang mengakui kesedapan yang tiada taranya. Ewaah.. Kek macam ni elok dijadikan buah tangan, makin dibiar lama makin sedap kek ni dan makin moist kejadiannya. Jadi memang saya buat kek ni untuk dijadikan buah tangan dan takut bila sebijik kek ni ada di atas meja. Mak takutt tau tak berdaya menahan napsu. Heeee.. 


Kek yang enak ni telah diwar warkan kesedapannya oleh kak Anim, dan memang dah lama duk simpan resepi ni dari kak Yatie Ratu kuih Talam n kuih kukus tu. ;-) Terima kasih kak Yatie dan kak Anim. Sukeee sangat dengan kek ni. Tapi ada derhaka sikit tang kek coklat tu. Untuk lapisan kek coklat kak Yatie ni,   lebih kurang sukatan kek coklat kukus keju koktel yang mana memang menjadi feberet saya. Memang keknya ngam dengan tekak saya. Jadi saya ambil half resepi kek tersebut, dan gunakan dalam resepi ni. Caranya juga lebih mudah. Harap kak Yatie tak kisah ye, sebab sukatan juga lebih kurang cume penyediaannya saja lebih mudah. Mekasih..



KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE
resepi: kak Yatie
sumber: kak Anymzzz


BAHAN A
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
1 biji telur
25 ml air
1 sb tpng gandum


Cara-cara
Pukul cream cheese bersama dngn gula.
Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum.
Biarkan sebentar.


BAHAN B (Kek Coklat)
2 biji telur
1 cwn gula halus
1 sk vanilla
2 sb serbuk koko
sedikit garam
1/2 cwn air panas didih
1/2 cwn cwn susu segar/cair
1/2 cwn minyak jagung/masak
1 cwn tpng gandum
1 sk baking soda
1/2 sk baking powder

 UNTUK KEK COKLAT IZAH GUNA RESEPI KEK COKLAT KUKUS KEJU KOKTEL di separuhkan- resepi tersebut tidak perlu dipukul menggunakan mixer, cuma adunan dicampur dan digaul.

Cara-cara
Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang
Setelah kembang masukkan vanilla dan diikuti dngn koko dan garam
Masukkan air panas,susu dan minyak
Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda dan b. powder yg telah diayak dan gaul sebati.
Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian.ntar dan bahagi pada 2 bahagian.


CARA MEMASAK.
Panaskan kukusan dan balut dngn kain penutupnya.
Sapukan sedikit minyak di loyang dan alas dngn kertas minyak
Letak adunan coklat dan kukus selama 15 minit.
Tuang adunan cream cheese diatasnya dan kukus selama 15 minit.
Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya dan kukus lagi selama 20 minit.
Sejukkan dan boleh di hidangkan....


Nota kak Yatie: Sebenarnya kek ini adalah asal dari brownies lapis cheese kukus dari mrsdayat. Mengikut resepi asal brownies ini menggunakan tpng campuran brownies kukus premix. Saya di perantauan memang sukar untk mencari bahan2 begini. Jadi saya ubah sedikit ikut kesesuaian.
Inilah hasilnya dan memang sedap sangat....cubalah...
*masa kak Yatie di USA dulu.;-) 



73 comments:

tun_telani said...[Reply to comment]

pagi2 dh tergoda2. mmg xtertahan napsu nengok nih... haha.. bunyi pelik la pulak..
nasi lemak x terbuat lagi niii.. nk tambah pulak ngan cream cheese.. adoii..

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...[Reply to comment]

wow..melelh air liur..masuk list dulu la..

Tina Othman said...[Reply to comment]

adeh, copy resepi ye, tapi tak bilalah buatnya pun hehe

ini mmg agen penambah lemak ni, klu bwk balik kg boleh buat, sendiri makan pengsan

Qasey Honey said...[Reply to comment]

asslm...
wah pepagi dh menayang kek yg sedap ni...mintak sepotong...

Mas said...[Reply to comment]

ooooooooo...kek yang ni yerk..
rasanya macam aku dah try.....
memang sedappp gila kek ni...

ko ni..
sajerk tau..
buat aku nak terasa nak buat lagi jerk..
menci...menci....menci....

tapi kan...
mata ni tetap nak tengok kek tu...
menggoda betoiiiiii....

jahhhhhh...
mehhhh 1/2 biji..
ko kan baik hati sangat2...he3
ehhhh..bukan ko diet ke...
muahahaha

hazila said...[Reply to comment]

Kalau takut tak leh kawal diri apa kata sedekah kat kami sorang sikit....

ijan said...[Reply to comment]

Sungguh ler moist nampak kek itu. Tergoda betul tengok pagi2 ni. :)

mala said...[Reply to comment]

sungguh mengancam!

Yatie said...[Reply to comment]

wow....ada kek lapis cheese kat sini..nak sepotong, banyak tu..meh akak rasa sikit..lenkali nak cuba resepi kek yg Izah sarankan pulaklah....teringat masa akak kat US dulu..kek ni lah yg akak buat lagi dan lagi dan lagi..masa tu student kat sana suka sngt makan kek ni..he3..

Liza said...[Reply to comment]

perggghhh izah...buat akak telan air liur pagi2 ni...mmg nmpk moist sgt kek tu...

rahel said...[Reply to comment]

morning Kak Izah...sedapnya ada kek lapis cream cheese...telan2 liur je ni..

Chah said...[Reply to comment]

Menci!!!!!!

izahdaut said...[Reply to comment]

@tun_telani
tun.. minggu penuh lemak buat akak. haha.. penutup lemak minggu ini.. adeh

izahdaut said...[Reply to comment]

@Paty's Kitchen - Cook with passion.
masuk jgn tak masuk kak. hehe.. sedap sangat ni. anak2 suke sangat

izahdaut said...[Reply to comment]

@Tina Othman
betul tina, sebab tu saya jadikan buah tangan kek ni. rasa kalau ada depan mata melampo lampo karang ku kunyah. kiki

izahdaut said...[Reply to comment]

@Qasey Honey
nak sepotong kalu.. bulih bulih.. cepat nganga mulut nak suapkan.

izahdaut said...[Reply to comment]

@Mas
ko da buat ye mas. ye la sebab dah lama kan kek ni.. aku rasa pun mcm ko dah buat. sedap kan mas, terasa2 lagi semasa mengunyahnya. aku suke kek coklat yg kak liza tu, so aku guna kek tu la untuk lapisan kek tu. tapi aku tengok resepi kak yatie ni lebih kurang je. so sama la kot kan

izahdaut said...[Reply to comment]

@hazila
dah selamat disedekahkan pun kak. hehe.. saya rasa semalam 3-4 potong je. uihh banyak gak tu. haha

izahdaut said...[Reply to comment]

@ijan
ye memang mosit. kek coklat n cheese tu meman moist gitu. haiii cepat je masuk mulut kek gini

izahdaut said...[Reply to comment]

@mala
tq!

izahdaut said...[Reply to comment]

@Yatie
kak yatieeeeeee..
terima kasih kak. meh nak hug hug sikit ngan akak. heheheh.. sedap nye kak yatie kek ni. abg pun suke. nanti nak buat lagiiiii.. tu la kak yatie, saya tengok lebih kurang je sukatan dengan kek akak tu, cume beza nya penggunaan butter dan gula perang. pastu cara ada sikit berbeza. yang lain semua sama.

izahdaut said...[Reply to comment]

@Liza
udah ler moist kak, dicombine pulak dengan cream cheese tu.. fuh.. senyum..tak perlu kata apa apa ...hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@rahel
alaa.. tokey kek mcm rahel ni petik jari je dah siap kek nya. jom makan jom

izahdaut said...[Reply to comment]

@Chah
hak hak. eh datin tak mo geng tambah lemak kerr

haniaiman said...[Reply to comment]

adoyaiii....terliur la.jelesss tau..

Nur-nba said...[Reply to comment]

Wah.. sedapnya.. Nur telan air liur je ni..

quinnie said...[Reply to comment]

haishhhh...buat kukus memang lagi sedap la ye..lembut je kek nya...kita zaman dolu2 je pernah buat...kekeke...

Gee® said...[Reply to comment]

nk kena babab dak Ijah ni...kan dh k.gee terlior nengok kek sedap tu... adoyaiii

dZana said...[Reply to comment]

harap2 akk terlepas dari godaan.. sejak anak bujang akk tak de kt umah ni.. akk tak buat fav food dia.. takut banjir kt dapur akk nanti.. sobsobsob.. balik dulu la dik izah oii.. huwaaaaaa...

Melly Octaviana said...[Reply to comment]

hmm.. looks moist yah kek nya, coklat and cheese memang cocok.

mama sara nur said...[Reply to comment]

Izah...
sedapnye kek tu, hantar kat Keramat sikit bolehhhh he he
versi kukus mesti sgt2 moist kan..

anis asliza said...[Reply to comment]

anis dah tengok kek tu..memang tak kata apa2..menarik dan tertarik..baru wat tiramisu pas ni nak wat mcm izah punya lak..

Puspha said...[Reply to comment]

mewah!!

Ryo Azhar said...[Reply to comment]

salam2 dan tompang lalu ye...

inahar ali said...[Reply to comment]

fuiyoooo..mak nk pengsaaann!! larriiiiiiiiiiikkk!! huhuu...

Acik Erna said...[Reply to comment]

izah..acik pernah buat dulu tapi bukan kukus..bakar sebab tak rajin nak mengukus..sedap jugak jadinya..

ummiaisyah said...[Reply to comment]

mmg best combo cis n choc.....lemak berkrim tu......

anymz said...[Reply to comment]

salam mek, awatnya ada byk zzzzzzzzzz tu..suh tido ke?..

nak buat gak versi derhaka yg sikit tu lah..kek cekelatnya cam best je..:)

nOOrsha said...[Reply to comment]

terliur btol tgk kek ko ni..sekali imbas cam jalanraya..hihi...leh try wat nnti..tunggu aku borong krimcis dulu..tp masalahnye aku klo bercis2 ni x cukup sekali...kena berkali2 br puas ati..hihi

IXORAROXI said...[Reply to comment]

Salam ziarah, salam kenal

Wattie said...[Reply to comment]

Salam Izah,
Issshhhh terlepas bas pulak dahhhhh.....ada lagi ke kek cheese tu, teringin sangat nak rasa versi kukus, mesti lembut giler nih

Naz / Nadz COSK said...[Reply to comment]

Assallamualaikum adik Izah cayang..
Suara dah baik yer.. Tak bolehlah nyanyi lagu ella lagi ni..heheheh..
Amboi..amboi... Masak2 guna cheese yer.. Aippp!!! Jgn makan cheese banyak2.. Nanti ada sesuatu di dalam badan yang menari2 kesukaan..hehehehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@haniaiman
jgn jeles hani.. senang je tu... gi godek lekas. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Nur-nba
senang je nur buat kek ni. tak ssuah sebab saya guna resepi kek coklat yg mudah. kejap je dah siap

izahdaut said...[Reply to comment]

@quinnie
tu la kalau kek kukus ni kan moist je rasa dia. mmg ngam la

izahdaut said...[Reply to comment]

@Gee®
mmg nak bagi kak gee terliur. diet kita ke mana? kelaut la nampaknya.. haha

izahdaut said...[Reply to comment]

@dZana
aduh sedihnyaaa.. sabar ye kak zana. nanti anak bujang balik akak berkuntau lagi kat dapur ye.. sedihhh pulak

izahdaut said...[Reply to comment]

@Melly Octaviana
betul tu.. tak dinafikan keenakkannya

izahdaut said...[Reply to comment]

@mama sara nur
duduk kat keramat ye. keramat kat mana? dekat dah tu... saya rajin jugak jalan2 cari makan kat area keramat. sebab dulu duk keramat

izahdaut said...[Reply to comment]

@anis asliza
waahhh sedap ee makan tiramisu.. nanti dah buat kek ni jgn lupa antor 5 potong nak rasa pulak. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Puspha
ada cheese mmg rasanya mewah kan. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Ryo Azhar
ko lalu cari semangat ke ryo? haha

izahdaut said...[Reply to comment]

@inahar ali
laa baru nak bagi kek ni kat kak doc, kak dah lari la pulak. heheh

izahdaut said...[Reply to comment]

@Acik Erna
saya pun pernah juga buat versi bakar kak. sama sedap je pada saya. kukus ni bezanya lebih moist

izahdaut said...[Reply to comment]

@ummiaisyah
lemak berkrim disukai ramai..

izahdaut said...[Reply to comment]

@anymz
zzzzzzzz fire bagi berapi. hehe.. buat la kak. saya buat ni sebab suke kek coklat kak liza tu. alhamdulillah menjadi elok sangat. akak kan suke doublekan creamchese tu elokla guna satu adunan terus

izahdaut said...[Reply to comment]

@nOOrsha
tu la pasal noorsha. aku buat ni mmg buat tuk buah tangan. jadi aku makan sikit jela. kalau ada je depan mata, aku xtau nak kata apa la.

izahdaut said...[Reply to comment]

@IXORAROXI
tq sudi berkunjung ke blog saya. salam pekenalan

izahdaut said...[Reply to comment]

@Wattie
dah habis kak. hehe.. mmg versi kukus ni lembut moist gitu.

izahdaut said...[Reply to comment]

@Naz / Nadz COSK
waalaikumussalam warahmatullah..
tu la kak naz.. huhu.. nasib baik saya buat tuk buah tangan kek ni. jadi tak de la yang menari2 sangat menyambut kawan baru. hahaha

Diana @ Melley Mey said...[Reply to comment]

memang tergoda ler tgk kek tu izah... cantik... geram akak tgk.. gabungan 2 rasa tu sememangnya sedap...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...[Reply to comment]

aduhhh cheese lagi... tak tahannn woo....

selera4u said...[Reply to comment]

salam kak,

diambil resepinya. sdap!!!!!
halal ye :)

http://selera4u.blogspot.com/2012/02/resepi-kek-coklat-cheese-kukus.html

Azie said...[Reply to comment]

Wah mengancam selera ni. Let's excange link ya. I dah add izah punya link.

azie
aziejaya.blogspot.com

pacificblue said...[Reply to comment]

aa...geramm...saye buat x jadi sgt....len kali nak cube lg..sampai jadi..........saya copypaste resepi msk blog saya...supaye sng rujuk lain kali...tq for the recipe

nuraziera said...[Reply to comment]

salam akk.
terima kasih resepi kek ni
saya dah cuba.
mmg sedap!

hehe

yateeteetee said...[Reply to comment]

Slm kak..sy dh try buat semlm..tp hasil nya xberapa memberangsangkan..cheese menjadi..lapisan coklat xberapa menjadi..mungkin sy punya sukatan or jenis serbuk koko ke yg xsesuai..xpasti la..tp msih enak d mkn..walaupun lapisan kek coklat xbrapa rs sgt koko nya...

D for Dhiann said...[Reply to comment]

nak tanya la..sukatan sudu besar tu besar camna..sudu makan ker?

Jefry said...[Reply to comment]

Wah pasti lezat abis ni cakenya

Fauziah Fauzi said...[Reply to comment]

Salam izah, nak tanya rsepi nie utk loyang ukuran berapa yea. Tq ...
Fauziah Fauzi

Anonymous said...[Reply to comment]

What's up, yes this article is truly good and I have learned lot of things from it regarding blogging. thanks.

Feel free to surf to my web page http://ahs.schulinformatik.at/wiki/index.php?title=Chevy_All_Electric_Core_:_Single_Speed_With_Power_Of_More_Than_Six

Anonymous said...[Reply to comment]

Assalam. Loyang saiz berapa yg sesuai dgn sukatan ni?

Anonymous said...[Reply to comment]

tq kak