Assalamualaikum..
Morning ebebady..
Jom bf dengan karipap roti yang best ni.
Simple tapi memberi kepuasan ketika menikmati hidangan pagi anda.
Juadah begini harus menjadi pilihan suri2 yang mahu cepat2 sahaja didapur.
Paling suke bila melihat cik abang dan anak2 enjoy mengunyahnya.
Terima kasih buat Puan Ros yang memberi idea2 yang kreatif dalam menghasilkan juadah dari roti.
Kak Rose dan kak Liza pun dah mencoba nya. Anda bila lagi?
KARIPAP ROTI
resepi: Puan Ros
Bahan-bahannya
* 12 keping roti
* sebiji telur untuk egg wash
Bahan Inti
* 3 biji kentang didadu
*1/2 biji bawang besar didadu
* 2 1/2 sudu besar rempah kari
*2 biji bawang putih potong halus
* 1 keping chicken stock
* 1 cawan air
* Garam dan gula secukup rasa
* 3 sudu besar minyak
* 1 mangkuk serunding daging (boleh guna isi ayam atau daging sebagai alternative ya)
Cara menyediakan
1- Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih hingga naik bau.Masukkan pula bawang besar dan kacau rata.Masukkan pula rempah kari yang telah dicampur sedikit air.Goreng hingga sedikit garing.
2. Masukkan kentang dan kaca rata.Tuang air dan biarkan bahan mendidih.Masukkan serunding daging(Serunding ni biasanya panjang2 so P.Ros gunting kan menjadi lebih kecil).
3- Masukkan bahan perasa dan tambah apa yang patut mengikut selera masing-masing.Masak dgn api perlahan hingga kentang empuk dan airnya kering.Angkat dan sejukkan.
Cara membuat karipap.
1- Gelek roti hingga nipis dan potong bentuk bulat mengunakan bentuk cawan atau mankuk.
2-Letak sesudu inti dan cantumkan kedua bahagian tepi dan picit sekeliling tepinya.Lepas itu gunakan garpu saiz kecil untuk menekan bahagian tepi karipap.
3- Susun karipap atas dulang dan sapu telur hingga rata (pastikan tidak banyak telur meleleh dibawah karipap sebab takut ia melekat pada dulang .
4. Bakar karipap roti dgn oven yang dipanaskan pada suhu 180C selama lebih kurang 15 minit atau hingga kelihatan perang
42 comments:
sarapan pagi ni ker ni..?? mintak sebiji...hehe
sally rashid..
cukup ke sebijik tu sally. baik hati hari ni. nah amik 3 bijik. hee hee
As'salam tulah semlm pun dah npk kat rmh kak Ros pg ni muncul kat sini pulak hemmm x leh jadi ni....kena cari bahan inti nak buat dulu...apa pun mkn yg izah buat dulu lah...
kak shiela.. cepat buat inti kak. saya ni separuhnya saya buat inti telur je. budak2 suke makan inti gitu.. buat 10 ketui, habisss..
emm semalam nampak kat rumah kak rose..teruja nk buat..tapi tak buat lagi hehe kena cari kentang balik keje nnti
makcikk.......
perhhhh..berseri2 kuning tu makcik..
kau guna telur onmega yerk...
masuk list dulu resepi ni......
sebelum tu, curi dulu karipap kau sepinggan....
cabuttttttttt........
Resepi dah salin tapi belum buat-buat lagi :-)
Assalamualaikum izah....
alahai!! lapar terus tgk karipap roti yg izah buat nie tau... cantik jer kejadiannya... kemas gitu.. nak ckiit... :)
sedapnya... mesti cuba ni...
sedap tgk menu ni...rasa xsesabo nk cuba...
isss.... terliurnyer..nak buat jugak..!!!nak buat jugak...!!!
alahai.. nk makan karipap roti kene wat roti putih sendiri.. uhuk uhuk.. xde ke sape2 nk bukak kilang gardenia kat sini??? hehe
idea yg bagus lah izah... sesuai utk akak yg tak rajin nih..izah buat kemas dan cantik ler..
fuhhhh..tngk pun dah tau mmng sedap..nak buat gaklah, tapi malaslah plk nak wat inti..mcmana ni..nak makan mestilah kena ghajen kannnnnn...meh rasa 1/2 ketoi..jadilah wat ghase2 jek..
bestnyer.. mudah.. x yah nk uli2 tepung nk wat kulit karipap.. nk cubalah nnti.. cantik la karipap roti izah ni..
aha inti ni boleh buat siap2 kan, lg senang tak payah nak goreng2 bagai
tapi malasnya nak buat hehe, mintak lah sikit barang 3 4 ketol haha
blh try ni..rspi yg sgt simple..tq izah..
izahhhhh... wau cantiknya... kak rose buat asik hangus jer...tp mmg suka yg garing2 gitu.
simple n sedap kan!
bleh cuba nnti...masuk list dulu ya hehee...mekasihhhh...sambil tu tangan amik seketul lariiiiii....zila66
As'salam Izah
morning dear..speking london ya jah..hehehe
k.ct pun semalam kot teperasan resipi ni kat blog kak ros. rupanya cepat betul dah sampai ke dapur IMZ ni..hehehe
nanti kena buat inti dulu..roti dah beli tadi. nak potong2 keledek kentang jer belum lagi..hehehe
Selamat pagi Kak Izah
lewat lagi sampai...orang dah ambik semua karipap tu kan..ayoyo kreatif sungguh,bole cuba gak ni..
@Faiz
aa memang senang kalau inti dah ada sesiapkan.sedap.. ada separuh saya letak telur je.telur scramble. untuk bebudak
@Mas
tepaksa a makcik guna telur omega. anak aku gatal2 kalau telur ni. tapi kalau omega ok la sket. try la buat si daniel n ain mesti suke ni
@mala
ni kalau ada inti kejap je kan nak membuatnya. bercita nak membuat inti tu jugak ..hehe
@Diana @ Melley Mey
waalaikumussalam..
ala tak de la kemas mana kak. terpeleot jugak nak membuatnya. tapi saya letak sikit air keliling roti tu bagi mudah bercantum.
@kakna
harus kakna. memang ngancam kalau dibuat bf
@Qasey Honey
hehe... buat inti dulu. agak2 kemalasan sumbat je apa2 yang ada. saya sumbat telur scramble. suke je bebudak ni.
@..::Zue::..
buat laa buat la.. 2 ketui plzz.. ngee
@tun_telani
aduh sedis nya. mmg harus la buat dulu ek tun. mmg tak de ye kat situ. haishh patut la tu rajinmeroti ek
@Ezadlieza
ada sebab yg lagi best sebab, ayah diorg pun makan berselera. ni kengkadang kena buat 2 bf. satu untuk ayah, satu untuk anak. tapi kalau bua gini semua makan. suke.. tak de la kemas mana kak. tapi kalau roti tu susah nak cantum akak letak sikit air keliling dia. insyaAllah mudah
@Yatie
kak yatie. kalau setengah ketul tu segigit je kak. tak mencukupi buat rasa. kalau rasa kene 2 bijik. hehe.. ala kak, buat inti banyak2. lebih2 buat karipap ke.. kan.
@::Azura Rahman::
kak kak. mcm kata karipap segera. tak berminyak tu yg sedap tu. mmg suke la makan cara gini
@Tina Othman
hahah semua malas nak buat tang inti tu. haishh kena pikir alternatif lain ni camana nak buat inti mudah
@kha
sama2.. kita kongsi2 la cara mudah untuk bf ni. tq to puan ros. mmg berbaloi buat
@Kak Rose
kak rose.. saya pun suke buat garing2 sikit. dah garing gak tu. tapi ada 1/2 nya kena buat lmbut2 je. sebab anak saya tak suke garing2 hangus tu. mcm2 bebudak ni kan. tq kak rose
@Anonymous
kejor kk zila... hehe.. leh la try kak. simple n nice
@~K Ham~
ala kak ham. karipap roti ni kena makan pas kuar oven. kalau simpan2 tak best. nanti kham buat saya tumpang tea kat umah akak. hehee
@CT Delima
aa keledek kak ct tu mmg elok la dibuat inti. separuh leh buat karipap tepung separuh makan karipap roti .aa best best.. tu la.. lepas nampak kak rose buat tu mmg geram je nak buat
@rahel
kan rahel. mmg kreatif. puan ros kata sebagai pendidik kanak2 ni mmg otak pun kena kreatif. cumil je kan.
Salam Izah,wah dah buat ya.sorry la kak ros naik kapal yang akhir ni.Tadika baru buka memang sibuk sungguh.Tak sempat nak jalan2.Bagus la izzah dan family suka.
simple dan menarik resepi ni zah...harus dicuba ni:)
new to me...looks super delicious n tempting :-)
Post a Comment