CSS

Tuesday, January 3, 2012

Donut Ubi Kentang


Assalamualaikum..

Donut pilihan sesuai untuk minum petang. Ada la tu yang tersenyum simpul tu. Donut lagi ke Jah.. soalan biasa seseorang itu. Hahaa.. Tapi saya memang tak pernah jemu untuk mecuba pelbagai jenis donut. Sebab saya sukeee donut. In fact walaupun saya suke buat donut, tapi kalau saya jumpa donut yang jual kat pasar mlm ke, kat tepi jalan ke, kat dlm pasaraya ke.. Pun saya beli n tibai jugak. Ngeee.. Padanla badan pun dah mcm .... macam apa? Macam... ye jawab slow slow dalam hati ye.

Resepi donut kali ni saya amik dari MyR. Pengirim nya ialah Nurul Hafez yang dikatakan berasal dari resepi maklang. Tak dapat dipastikan resepi maksedara dia atau mak Lang blogger. Tapi apa pun terima kasih buat nurul.

*Saya buat separuh dari resepi di bawah


DONUT UBI KENTANG

Bahan-bahan ( 3 0rang makan )

2 Biji Ubi kentang (direbus dan dilenyek)
4 Cawan Tepung Gandum (diayak 2 kali)
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu teh yis segera
sedikit garam
1 cawan air
2 sudu besar planta
1/2 cawan gula pasir


Cara-cara

Rebus ubi kentang sehingga lembut. Kemudian lenyek sehingga halus.
Ayak tepung gandum sebanyak 2 kali.
Gaulkan Tepung gandum, Planta, Gula, Garam, Susu tepung, Susu Pekat manis dan Yis bersama air dan juga kentang lenyek tadi
Uli sehingga tepung menjadi doh
Biarkan doh tersebut seketika sehingga doh tersebut naik. Perapkan lebih kurang 2 jam. Lagi lama lagi bagus.
setelah doh tadi naik, ambil acuan donut dan tekapkan pada tepung tadi.....
Goreng sampai nampak kekuning-kuningan......taburkan gula icing (gula yang telah dikisar halus)
hiaskan diatas pinggan....... selamat mencuba




40 comments:

nOOrsha said...[Reply to comment]

salam....amboiii.. berdesupppp2 entry ko..x larat aku yg mengesot ni nak mengejor..hahaha....sodapnye donut... aku nak 5 gelung ek.. hihi...

Zue El Razak said...[Reply to comment]

slm Izah..yang ni MUST TRY lak.. mesti sedap tu..

Sue @ Nenie said...[Reply to comment]

Salam Kak ... Wahhhhh sedapnya donut...saya lebih suka donut salut gula macam ni dan makan time suam2...Dapat lagi kopi panas...

Oohhh..pasal soklan umur tu tak jadi hal punya..may be kita terkeliru kottt mana nak panggil adik mana nak panggil akak..Sue tahun ni 33thn lahir 1979...Jadinya ni Kak Izah atau Izah...?

Unknown said...[Reply to comment]

kita pun tak jemu2 buat donut. wpun diri sendiri tak suka tapi anak2 suka sgt

mala said...[Reply to comment]

Gebunya donut. Donut mmg laku kat rmh ni :-)

sitiezahim said...[Reply to comment]

donut aje yg gebu..tukang buat mana ada gebu kak..hehehhe

Unknown said...[Reply to comment]

jahhh...kalo kt sini bak sepinggan...(7-8 gelang)..gebuss jerr... sedap kn donut kentang nihh....

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...[Reply to comment]

rESIPI INI MUDAH DIKUTI Thanks.

dZana said...[Reply to comment]

tq izah .. akk lum ada smgt lagi nk cooking2.. kene ambik masa sikit lagi agaknya.. huuu.. tgok makanan fav2 anak mmg rasa sayu.. hohoho..

Unknown said...[Reply to comment]

sedapnya donut ni zah..gebus dan bolatx2 jer nampak ni..memang best ni kalau dapat rasa.:)

tun_telani said...[Reply to comment]

wahh... montok2 donat nyer.. terliur tun nengok.. tiba2 tangan terasa gatal je nk mendonat nih.

Rima said...[Reply to comment]

Izah
Donut memang fav semua orang kan.. tak kira lah beli kat mana pun or yg buat sendiri... sure bedal sampai terlebih dari had laju hehehe.. gebus and shiok donut mu!

Cute Oven said...[Reply to comment]

boleh jual donut ni.....

quinnie said...[Reply to comment]

bulat nye donut..geram tengok..sama la izah..kita pun suka makan donut...hehehhe

fara dean said...[Reply to comment]

Assalammualaikum..
tak tertahan air liur melihatnya..
pantang boleh mkn x donut?
menu ayam tu mmg sesuai utk sy kan? haha

Yatie said...[Reply to comment]

mmng gebus gebasss donatmu itewww..akak suka donat kentang ni, kalau buat pagi pun still lembut lagikan sampai petang..

Chah said...[Reply to comment]

ahkak memang senyum, tapi idak le senyum sumbing...senyum sebab memang feberet mu itu feberet ku jua...

AlzURa said...[Reply to comment]

seeeeeeeeeeedapppnye....lame dh xmakan...

Treat and Trick said...[Reply to comment]

Tahniah untuk Izah dan IML semoga terus munyumbangkan resepi yang best2! Kalau donat yang gebu ini, sekejap aje dah hilang kat rumah akak...

izahdaut said...[Reply to comment]

@nOOrsha
aku banyak lagi ni entry yang tertunggak jaman2 aku meloya dulu. haha.. ko jgn lemau la nak mengesot ke blog aku ek.. kikiki...

izahdaut said...[Reply to comment]

@..::Zue::..
biasanya kalau donut yg ada letak kentang ni memamg tak menghampakan. mmg lembut kak. must try..hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Sue @ Nenie
betul la.. kadang2 berblog ni mmg keliru, tak reti nak jangka umurkan. kdg2 bila tengok anak2 dah besar rasa cam nak panggil kakak.. sedangkan umur sebaya je. hehe..

rasanya terbalik ni, saya yg kena panggil akak ni. kak sue ek. hehe.. saya baru masuk 31.

izahdaut said...[Reply to comment]

@Sally Rashid
oo tak suke donut ek. sama la cam hubby saya. saya kalau buat donut mmg time dia tak de la. kami ber3 je yg laju makan donut ni

izahdaut said...[Reply to comment]

@mala
tu la... senang nak buat minum petang kan

izahdaut said...[Reply to comment]

@sitiezahim
hajar... hakak suka statement ko tu ja.. kalau lah benar..... wohooo

izahdaut said...[Reply to comment]

@Sugar 'n' Spice
hehhe.. kalau sebelah rumah dah dapat dah sepinggan tanpa dipinta ek.. tula kalau ada kentang ni mmg sedap

izahdaut said...[Reply to comment]

@Paty's Kitchen - Cook with passion.
sama sama kak

izahdaut said...[Reply to comment]

@dZana
aduh kak, saya pun tumpang sayu jugak ni . tringat anak yg pertama kali jauh dari mata saya setelah 4 tahun tak pernah berpisah. hehehe.. cemana la si dak Bais kat skul tu. tabahkan hati kita ye kak. sob sob

izahdaut said...[Reply to comment]

@Nieza
hai kalau ada donut ni kan nieza.. memang tak berenti ngunyah. hehe.. non stop

izahdaut said...[Reply to comment]

@Rima
betul kak rima.. donut mmg pujaan semua. nak pulak kalau ada filing y bertatahkan coklat, cheese, starwbery ke. wahhh

izahdaut said...[Reply to comment]

@Cute Oven
insyaAllah..boleh try

izahdaut said...[Reply to comment]

@quinnie
sama ye kak Q. sukekan donut. tak berenti kunyah

izahdaut said...[Reply to comment]

@fara dean
heheh dlm pantang kalau BW gina la jadinya .. semua trasa nak makan. kalau donut ni awal2 tak boleh lagi. sebab ada yis tu katanya mengembangkan rahim. kata orang la. kita ni, kalau pnatng nak aje rasa sikit kan.

izahdaut said...[Reply to comment]

@Yatie
tu la kak yatie. mmg kegemaran. ada satu lagi donut yg ada kentang nak try. donut cakcibur. mcm best je

izahdaut said...[Reply to comment]

@Chah
hehehe... senyum.. tak perlu kata apa apa kan kak chah

izahdaut said...[Reply to comment]

@AlzURa
akak kalau lama je tak ngunyah mula la trasa2 lapar donut. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Treat and Trick
terima aksih kak untuk ucapan dan doa. mmg la.. donut ni feberet .. best

izahdaut said...[Reply to comment]

@tun_telani
hai tun.. tun pun mcm akak. pantang nampak org mendonut mula la tangan ni gatal2 jugak nak mendonut

mia_nas said...[Reply to comment]

assalamualaikum..thank you sis..for this lovely recipe...gebu sgt...snang nk buat bg kmi student kt perantauan..hehe..

Anonymous said...[Reply to comment]

feveret ni...nanti leh try...blog saya https://cararesepi.blogspot.com/