Monday, January 30, 2012

Bingka Susu Kak Fida

Assalamualaikum..

Kesian kakak sorang tu tengah demam urat, kesunyian dan kerinduan. Semoga kak Nor lekas2 sembuh dan rerajin online untuk mengisi keboringan nya.

Hmmm nak kata apa ye. Mood pun masih lintang pukang lepas dengan tak disangka terjumpa satu blog yang masih buat hal yang sama. Ambik gambar, copy paste resepi tanpa berkata apa2. Mungkin dia hanya..senyum ..tak perlu kata apa apa. Udah nya kita pun, terkilan tak dapat nak kata apa apa la juga. Hope perkara begini tak berterusan. Tak salah nak amik gambar, mintak izin, copy link dan kreditkan sikit la kat hamba Allah yang tertonggeng meniarap tersenget bahu memposing gambar menu masakan ni kan. Tu je..  huhu..


Bingka susu ni dah lama buat. Memang bingka ni jenis lembut je. Kalau suam2 jangan harap la nak dapat potong elok2. Memang kena tunggu sejuk betul2. haa.. memang lembik lembut gitu. Sedap weh, anak2 pun suke. Resepi ni amik dari belog mokcik Mas. Dia ni peminat resepi dari kak Fida. Kalau nak cari resepi2 mabeles dari kak Fida sila la jenjalan kat Myr. Tak pun singgah je belog Mas mesti banyaaaak resepi kuihmuih dari kak Fida.

Satu hal lagi, saya belum boleh BW sepenuhnya. Jeling2 kat tingkap tu je yang termampu dulu. Lappy saya slow sangat. Nak loading blog orang lambaaat sampai tetibe je lappy stop koma. Pastu tuko jadi biru, kena la off on balik. Malam nanti nak mintak abe kesayangan ai tu tengok kan apa yang patut. Klau dia tengokkan lappy baru kat kedai pun ai like. Haha.. verangan jela tu..  Ok jom semak resepi bingka yang lazat ni. Tq mas dan kak Fida.



BINGKA SUSU
Resepi : Kak Fida @myR

Bahan A :
Loyang 8x8 @ 9x6

1 cawan susu cair - Mas guna susu segar
3/4 cawan susu pekat manis
50 g gula pasir - opt ( Mas letak 25 g jerk )
1 cawan tepung gandum - diayak
2 biji telur

Bahan B :
500 ml @ 2 cawan air
100 g @ 6 1/2 sudu besar mentega @ marjerin
50 g @ 5 sudu besar tepung kastard
1/2 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil garam



Cara membuatnya :
Satukan Bahan A dan ketepikan
Satukan Bahan B dalam periuk dan kacau rata. Masak hingga pekat atas api perlahan.
Masukkan Bahan A ke dalam adunan Bahan B yang dimasak tadi, kacau rata dan masak terus hingga pekat lagi. Matikan api.
Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu mentega dan bakar pada suhu 160C selama 30 - 40 min atau hingga permukaan kuih garing.

Biar kuih benar2 sejuk di dalam loyang, potong dan boleh dihidangkan. 
Kuih boleh disimpan dalam peti sejuk jika ingin dimakan dingin.



25 comments:

Sally Rashid said...[Reply to comment]

sekali pandang mcm Bingka Ubi...

izahdaut said...[Reply to comment]

@sally..
2 kali pandang baru bingka susu kan. hehe.. saly tak dapt nak jenjalan lagi blog kamu. lappy slowww

Tina Othman said...[Reply to comment]

ada lagi ke kes curik gambar ni, hem tak tau nak ckp lah kan

apapun, nampak sedap bingka tu

Yatie said...[Reply to comment]

uwaaaa membingka gak ya..mmng sedapkan bingka ni, akak pun dah pernah buat mmng mudah dan sedap...tang kerak2 tu yg jadi rebutan.....

Asmara said...[Reply to comment]

wah nmpak senang ni zah. harus ku cuba jugak. hehe.. tq!

Cik Rose Cute said...[Reply to comment]

sedapnya...follow sini...

Mas said...[Reply to comment]

jahhhh...cakkkkk..he3
hmm....sedappkan bingka susu kak fida ni..
aku pun suka sangat..

maceh yerk makcik sebab ko sudi mencuba....
wat aku terliur lagi jerk nengok bingka ko ni...

suri solehah said...[Reply to comment]

sedap nampak izah,-bab ayat yg akhir ngan i like tu yang tak tahan tu hehe

Chah said...[Reply to comment]

Dlm sehari x goda ai x sah??? Jah...sapa yg habat benor pangai men curi2 gmbor lg tu...cer citer sket..

dZana said...[Reply to comment]

aduhai...menderu2 menu keluar ... klau ada kuih bako msti nk tgok... huuu.. rasa lemak2 kt tekak ni.. roti kt bawah tu.. akk suke coz guna tpg gdm.. senang nnti bila nk buat..

Liza said...[Reply to comment]

sekali baca ingatkan bengkak susu, ghuper2 nya bingka susu....haiiiisshhh spoilt betul la....hihihihi
nmpk menarik la bingka tu...

KakAsma said...[Reply to comment]

akak lum dapat nak buat,selalu lupo nak beli susu..biasa arrr nak beli kena memborong2 gitu..kodai jauh bonar..hihihihi..tengok roti kat bawah nun lahai tepung ado kerajinan takdo..

Naz / Nadz COSK said...[Reply to comment]

Hai adik Izah sayang.. Akak kalau kuih2 bingka ni suka gak terutama bahagian2 yg sedikit hangus2 tu..sedapppp tapi kalau di rumah akak, anak2 kak Naz tak berapa gemar lagi. So sebelum lemak2 dan selulit2 di badanku menari2 beronggeng dan berdisko kesukaan dengan kehadiran teman2nya yg baru, baiklah akak tak buat dulu kan. Kang sah2 perut ni jugak yg menghadamkannya..

Erm.. ada lagi ye isu copy paste? Mmg kesian kat org yg tertonggeng meniarap tersenget bahu memposing gambar menu kan. tu tak masuk lagi yang terlondeh kain batik masa kerja2 fotography dijalankan. Tapi nak buat cam ne..Kak naz rasa isu ni tak kan ada hentinya..Mungkin kita perlu bagi kopi kot kat org2 cam ni.. Kita bagi kopi cap badak nak..hehehe..

HaSue said...[Reply to comment]

Bingka susu ni aku mcm pernah teringin nak buat dulu tp aku lupa bila..hehee.. tu laa banyak sgt mende teringin kan..sampai x terbuat lak..
Ko tak teringin ke nak buatkan aku?

Org yg curi2 gambar ni teringin gak aku nk tengok muka dorg camana..mesti jenis buat muka x bersalah je.eheh

tun_telani said...[Reply to comment]

owh.. ade blog baru yg menculik2 ye.. blog yg culuk gambo kak anim aritu pun tun x jumpa lg blog sape. hehe..
bingka ni mmg nmpk sedap sbb ade kaler2 kopi atas tu kan.. hehe.. tun suka la kalau camtu.

rahel said...[Reply to comment]

Kak Izah,Rahel bole terhidu bau bingka susu tu kat sini..hehe..tentu lemak manis rasanya..adoii..

ummiaisyah said...[Reply to comment]

alamak ada bengkang la...(org perak panggil bingka tu bengkang..) tp x penah mkn bengkang susu...mesti lemak2 manis

nuwairani ismail said...[Reply to comment]

ingatkan laptop nani je mengong2...hihih.. resepi ni memang resepi yang amat direcommend oleh kak fida kepada nani...tapi sampai skrg belom terbuat lagi..

cik cek said...[Reply to comment]

Izahhhhh...kak cek nak sepiring...mlm ni akak buat bingka suji...amik resepi dari blog akak sayang kita tu Kak Nim...he he..meh kita tuko suka sama suka...leh kan..:)

izahdaut said...[Reply to comment]

@Tina Othman
a ah tina.. terserempak sebab dia link blog dia ke fb. tengok2 la ada 3 resepi yang gambarnya di ambil dari blog ni

izahdaut said...[Reply to comment]

@Yatie
memang kak. kerak dia tu manyak siok. tapi oven saya ni kadang2 kerak dia tak berapa menjadi. kena setting lain kot

izahdaut said...[Reply to comment]

@Asmara
senang je as. bahan2 pun senang nak buat pun senang. nak makan.. kena tunggu sejuk dulu ye. mencabar tahap tu, sebab budak2 ni alert sangat kalau bunyi oven dah siap masak. haha.. panas2 mana boleh potong. sebab lembik lagi

izahdaut said...[Reply to comment]

@Cik Rose Cute
terima aksih sudi follow.kuih ni mmg sedap

izahdaut said...[Reply to comment]

@Mas
aku pun suke bingka ni. lembuttt je. time suam2 pun payah nak potong. bila sejuk baru cantik

izahdaut said...[Reply to comment]

@suri solehah
hehe tu ayat berangan je tu kak. tapi mana tau ada rrezeki kan