Monday, January 30, 2012

Sweet Potato Bread


Assalamualaikum..

Jom kita berselawat kejap. Saja nak ingatkan diri sendiri.
Masuk minggu baru, menu pun baru.
Dah lamaaa tak meroti. 
Sehingga ku jenguk tepung roti setengah kilo dah tak boleh guna. Nampak tepung tu mcm ok tau, tapi saja tergerak hati nak ayakkan tepung roti tu. Nauzubillah.. mcm2 dijumpai dlm tepung yang nampak mcm ok. Pada mata kasar nampak belum tercemar, bila diayak ada putih2 mcm telur lalat tapi size yang kecikkk je. Uiii.. ngeri mak. Lepas ni sah sah kan ku ayak tepung2 yang lain.

Berbalik pada tajuk, roti kedek ni memang sangat lembut gebu. Boleh la tengok pada bahannya, bila ada penggunaan agen pelembut, memang roti akan lembut basah gitukan. Boleh la kita berpikir sejenak roti yang kita beli tu brapa banyak lah pelembut yang diletakkan. Kan kan kan..  Pernah juga terbaca satu artikel yang roti di Mesia ni, bahan kimia yang diletakkan telah melebihi piawaian. Wallahua'lam. Gosip atau kebenaran. Tapi roti tu la yang kena ada kat rumah ni. Cume tak kerap mana la. 



Untuk satu adunan ni, banyak jugak dapat nya. Saya buat ni dapat 16 biji comel. Saya tak buat kastard pipe kat atas tu. Buat kosong makan ngan sambal tumis. Sedap. Terima kasih Mas, dah lama simpan resepi. Bila tengok orang meroti mula dapat idea nak meroti juga menghabiskan keledek berbaki dlm peti ais. Tq Mas dan tuan resepi kak Tulip 77.



SWEET POTATO BREAD
Resepi asal : Tulip77@myr
sumber: Mas Duniaku 

Bahan : 

300g tepung gandum
3 sudu kecil emplex @ bread softener *izah letak 1 1/2 sk
2 sudu kecil bread improver *izah letak 1 sk
3 sudu kecil yis segera
1 sudu kecil garam
2 sudu besar butter 
60 gram ubi keledek -  direbus di lenyek baru timbang
2 sudu besar susu tepung
4 sudu besar gula halus
1 biji telur - pukul sikit - simpan sedikit kuning telur untuk disapu atas roti
130 ml air sejuk 

Inti Kastard :
3/4 cawan susu segar
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula
1 sudu kecil butter
1/2 sudu kecil esen vanilla


Cara membuat inti kastard :
Satukan susu segar, tepung kastard dan gula dalam periuk dan sebatikan. Kemudian masak menggunakan api perlahan hingga sos kastard pekat. ( sentiasa kacau menggunakan whisk ) Masukkan butter dan esen vanila dan sebatikan, apabila butter cair dan sebati, tutup api dan biarkan sejuk baru masukkan dalam bekas paip..


Cara membuat bun roti :
Masukkan tepung gandum,emplex @ bread softener,bread improver dan yis segera ke dalam mangkuk besar. Gaul biar sekata. Kemudian masukkan gula, susu tepung dan ubi keledek. Gaulkan biar sebati.
Masukkan pula butter, telur dan garam. Gaul lagi supaya bahan semua sekata. Last masukkan air sejuk sikit2 sambil tepung diuli. Uli hingga jadi doh yang licin selama 20-25minit. Jika terkurang air boleh masukkan sikit demi sedikit.
Jika anda uli menggunakan bread maker, skip step 1 & 2 masukkan semua sekali bahan dan uli hingga jadi doh yg licin.
Kemudian perap doh dalam mangkuk yg besar dan tutup dengan cling film selama 40 minit di tempat yg panas supaya adunan naik elok.
Tumbuk doh untuk mengeluarkan angin. Bentukkan doh menjadi bebola seberat 20g dan letakkan di dalam loyang pembakar yg telah di gris sekelilingnya. Ini untuk mengelak dari roti melekat. Perap lagi sekali selama 40 minit.
Sapukan telur ke atas roti dan paipkan sedikit adunan kastard. banyak pun tak mengapa sebab kastard tak meleleh turun masa bakar nanti.
Bakar pada suhu 180C dengan api atas bawah selama 15 - 20 minit atau hingga permukaan roti nampak perang. 
Simpan dalam bekas bertutup untuk mengelakkan roti mengeras sebab terkena angin.


 *walau menggunakan tepung gandum, tapi roti ni mnghasilkan texture yg sangaaat lembut.


55 comments:

Tina Othman said...[Reply to comment]

walah, sedap & gebu, ingat lg roti ni dulu kemain pemes kat Jusco kan, skrg mahanya lah

izah, nak tanya tepung roti tu elok ke, sebab aritu saya penah try buat roti guna tepung roti bagus, keras lah jadi roti tu

Mas said...[Reply to comment]

makcik.....
aku baru jerk buang 1 balang tepung roti...
nampak dah berkulat...muahahaha

wehhhhh...
serius makcik..
rasa meleleh air liur aku nengok roti ko ngan sambal ikan bilis tu..
menggoda wehh.....

aku pun bercadang nak meroti ni...
tunggu laki aku off dulu..he3

maceh makcik sudi mencuba resepi ni..
memang terbaik roti keledek manis tu..
aku suka sangat....

izahdaut said...[Reply to comment]

Tina..
tepung roti mmg elok. maksud elok tu elok cemana ek? haha tetivbe tak paham soalan lak. maknanya jenis tepung roti kot. saya guna tepung roti yg jual kat bakery. mmg elok. pastu guna jenama nona namanya tepung istimewa. pun elok. tapi saya pernah guna tepung roti tak ingat jenama apa, tapi dibungkus dlm kotak. tak elokkk roti keras. nyampah. tak pernah dah beli lepas tu.

izahdaut said...[Reply to comment]

mas..
tu la.. tepung2 ni mmg tak leh lelama disimpan. kalau simpan dlm peti es ok tak? hehehe.. teringat akak aku suke je simpan dal peti es. sedap mas.. makan ngan sambal tumis. aku pun suke gak roti ni. mmg lembut sampai 2 hari ni.

Anna Qawina said...[Reply to comment]

weh...aku pun nak ayak gakla tpg roti tuh..hahaha..lama bnr tak meroti, tp kan, biasanya dlm tepung tu ada ulat tepung, yg putih2 ke itam2 halus ke tu telur/tahi dia tau..hakhak..aku bgeri ni sbb dah terkena , siap uli lagi ada ulaatttt...sah buang..hhuuuu..erkk..ada lg roti? nak...

izahdaut said...[Reply to comment]

anna..
aku pun ngeri dengor cerita ko. aku nengok bebetul tepung roti tu. nampak line clear tau. tapi tak sedap hati, pi la ayak. rupanyaa.. haaa tu dia.. kalau buat tadi sah sah makan roti perencah ulat. huhu.. ada lagi neh. meh la bf 2nd round ngan aku.

mala said...[Reply to comment]

gebunya roti .. copy resepi dulu

Nuridah said...[Reply to comment]

Morning Izah

roti mu buat kak Nur jeles tau...gebusss sekali ngan sambal ikan bilis pulak tu...lagi kak Nur terliur...sampai hati mu mengoda ku.

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...[Reply to comment]

Mak aii montoknya..geram tenguk

ady said...[Reply to comment]

as-salam IZAH
gebunye roti yg izah buat tu...npk lembut je texture nye...

suri solehah said...[Reply to comment]

izah..tiap kali tengok apa izah buat..akak mesti doa dalam hati suatu hari nanti roti akakpun cantik cam izah

Chah said...[Reply to comment]

tomei loti mu itu jahh!!! saya perasan mmg hi protein cepat berbubuk. Penah dulu bila angkat je plastiknya, penuh lubang2 kecil mungil..tengok2 dlmnya, tu diaaa... so tklehla salahkan kita kalau asik buat roti kembang, then badanpun jadi kembang 4 taman kan? kita nk selamatkan bahan2 jew...hihihihi...

Kamalia said...[Reply to comment]

pagi-pagi lagi dh tayang roti..bagila seketui dua kat aku ni..nampak gebu je roti tu..
aku semalam baru beli tepung roti,niat nak meroti,tapi bila ntahla..

Naz / Nadz COSK said...[Reply to comment]

Assallamualaikum Izah..
Nak roti 4 ketul dengan sambal tumis satu mangkuk tecik jer..hehehee..

Oppsss..hati2 yer. Bukan tepung roti jer yg kalau disimpan lama akan ada ulat.. Tepung2 lain pun sama gak.. Nanti jadi menu berulat lak..huhuhuhuuu..

Yatie said...[Reply to comment]

alahai comey2nya rotimu itewwww..akak mmng suka tngk roti2 yg Izah buat...berangan terus nak wat secantik ini...he3...

::Azura Rahman:: said...[Reply to comment]

nak roti seploh ketoi.. nk cicah kopi O... :)

Kak Sam said...[Reply to comment]

Zah, baik mai sikit virus hang tu. malaih betul le la ni.

CT Delima said...[Reply to comment]

As'salam Izah

sangat jelez okey tengok orang meroti sana sini. k.ct ni bila nak buat jer mood tu hilang balik. masuk balik BM dalam kotak. lama2 lunyai gak kotak BM tu kan..hehehe

Lembut dan sanagt sedap tambah2 lagi diakan dengan sambal bilis..emmm mana nak cekut roti pagi2 ni..hehehe

Qhaifa Nur said...[Reply to comment]

memang sweet potato bread ni...
dapat pulak cicah dengan sambal lagi terangkat..aduh

memang lembut dan gebu..

Liza said...[Reply to comment]

salam izah...gebu dan montok ajer roti tu....geramnyaaaaa, nak sikit boleh...hihihihii

~K Ham~ said...[Reply to comment]

as salam sayang...nak roti..lapoooo..bila dtg sini je lapo..bila lapo je dtg sini....hahahahaaaa

K.Nor said...[Reply to comment]

jah... gebus gebas roti tu.. tu la kan.. guna water roux gak yg elok utk buat roti jd gebu dan lembut dr guna bread softener

HALAMANKU said...[Reply to comment]

Salam wah rajinnyer meroti.. tgkpun nampak kegebuannyer.. sedap tu makan ngan sambal tumis.. cicah tea o pun umpphhh tu he he he kerajinanmu usah disangkal lagi he he he

Sue @ Nenie said...[Reply to comment]

Salam Izah...lembut gebusss betul roti ni, tambah-tambah lagi makan ngan sambal...mesti lagi besttttttt.....

Zaliedana said...[Reply to comment]

Kak Izah,kalo emplex tuh bkn ke utk rangupkan sekut bagai,sama juga ke fungsi ngan bread softener,ai tanya nih,sbb emplex ai punya guna time nk wat sekut rya jer,byk g,tapi taun depan dah nk expired..Nmpk gebu gebas toi roti kak izah tu..

cik cek said...[Reply to comment]

Ayark!...lambatnya sampai...izah ooo izah...ada lagi ke roti lembut ni...bak la bagi kak cek rasa sikitttt...kempunan akak tau...bwk macaron tuk Izah ni...jgn jemu udah la yaaaa..:)

..::Zue::.. said...[Reply to comment]

Alamak..
lemah tenaga batin kawe klu tgk bab meroti ni.. Memang minat betul nak buat.. tapi BM tak de.. nak tgg laki bagi dia suruh bli roti kedai mamak jer.. izah dah show pulak.. rasenyer HARUS dicoba ni.. Anyway it's look delicious n make me lapoooo...(kat opis ni.. x sempat makan..byk keje)

tun_telani said...[Reply to comment]

tun pun pernah wat donat, siap uli dh tgk ada ulat gemok2.. geliiii!!!!!!!!!!!!!
omey je kecik2 roti tu. senang masuk mulot.. tun pun akan minimizekan bread softener/ improver tu. kalau resepi suruh letak dua2, tun letak salah satu je. kdg2 x letak lgsg kalau ramai org mkn, sbb tau mesti kejap je dh habis licin. duk 2 org je kt umah ni, tun akan letak jugak sikit bread softener sbb kdg2 4 hari baru habis. so hari ke 4 tu roti still lembut n gebu =)

izahdaut said...[Reply to comment]

@mala
silakan.. boleh jadikan resepi simpanan. mmg elok gebu

izahdaut said...[Reply to comment]

@Nuridah
ya ampunnn kak nur dah tergoda ye. hehe.. sedapkak.. memang roti kalau makan ngan sambal tumis cepat nyer laku.

izahdaut said...[Reply to comment]

@Paty's Kitchen - Cook with passion.
alhamdulillah.. menjadi kak paty. kadang2 roti ni tak leh jangka juga. kadang menepati selera, kadang tidak. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@ady
memang gebu ni ady..maybe penggunaan softener tu mmg membantu roti ni jadi gebu ringan dan basah2 gitu

izahdaut said...[Reply to comment]

@suri solehah
insyaAllah kak. semuanya datang dari Allah kan. kita jagn putus asa dan berdoa dan bertekad. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Chah
eh i like ur reason. haha..peh tu ditanya pulak. pesal ko rajin benor membeli tepung roti? nak jawab apa? nak jawap suka hati aku lah ye. hahaha

izahdaut said...[Reply to comment]

@Kamalia
ngapa yang entah la tu? mcm cerita tegantung je lia? hahah.. ala time bebudak senyap ko meroti la. sian ko, meh aku suap 2 ketul roti ni meh

izahdaut said...[Reply to comment]

@Naz / Nadz COSK
waalaikumussalam warahmatullah..
tu la kak naz.. memang tepung ni nak kena tengok bebetulkan. kalau tepung lain tu tak bimbang sangat, sebab memang dah rosak pun. haha.. sebab nampak je kalau ada ulat. tapi tepung roti ni tak pasan la kak

izahdaut said...[Reply to comment]

@Yatie
alhamdulillah.. kadang2 elok jadinya kak. bila elok tu mmg sukee tengok kan. insyaAllah roti2 akak pun apa kurangnya. teringat2 lagi kecantikan pintalan roti pintal akak tu

izahdaut said...[Reply to comment]

@::Azura Rahman::
kak zura.. ko nak makan ngan jiran sebelah ke sampai 10 ketui.. akakak

izahdaut said...[Reply to comment]

@Kak Sam
jap nak babab montot akak sikit. nanti kot hilang mood malas tu. haha

izahdaut said...[Reply to comment]

@CT Delima
waalaikumusslaam warahmatullah..
aduhai kak ct dan kotak bm tak habis2 ye. hahaha.. adehh.. sabo jela. akak, kalau nak buat lepas keluar kena terus masukkan tepung. kalau tangguh sah masuk ke dalam kotak balik. ehe

MaDiHaA a.k.a Ratna said...[Reply to comment]

comelnyer roti.... geram pulak tgk... dlm peti azimat akak pun ada lagi setengah kg tepong roti... entah bila nak dikerjakan.. skrg badan lemau ajer.. nak eksperimen kat dapur pun mcm malas jer..

izahdaut said...[Reply to comment]

@Qhaifa Nur
alhamdulillah mmg lembut gebu roti ni. walau guna tepung gandum maybe sebab ada agen pelembut tukan

izahdaut said...[Reply to comment]

@Liza
nah kak liza rasa setengah ketul je. cicah ngan minyak2 sambal jelah kak nampak nya. hehehe.. dah stok last dah ni. nampak gaya akak kena godek la roti ni. huhu

izahdaut said...[Reply to comment]

@~K Ham~
kak ham.. bila lapoo je datag sini, bila lapoor je datang sini. tak gitu. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@K.Nor
betul kak. tapi tula kan. alkisah malasnya sedepa pulak nak cerita .. kikikiki... skali skala nak guna pelembut kak. aci ye

izahdaut said...[Reply to comment]

@HALAMANKU
ermaaaaa.. ala biasa2 je ni. eecehh..malu lak. haha.. mmg erma, lembut elok kejadiannya ni

izahdaut said...[Reply to comment]

@Sue @ Nenie
ye sue..memang laju je suap makan ngan sambal tumis.

izahdaut said...[Reply to comment]

@Zaliedana
tu la akak muskil jugak tu. rasanya emplex ni untuk rangupkan sekut. tak tau lak kot jadi pelembut roti. tapi akak guna softener tula. tak guna emplex sebab mmg tak de pun. tak nah beli

izahdaut said...[Reply to comment]

@cik cek
nanti saya terjah blog akak nak amkan macaroon. nampak lawaa mac akak tu. saya tak leh bw lagi ni kan. lappy slow asik sangkut2 je masa loading

izahdaut said...[Reply to comment]

@..::Zue::..
hehehe.. ala bisnes kan untung..guna la sikit duit biz beli BM. senang kerja. banyak menda gak leh dibuat ngan bm tu. tapi kalau uli tangan pun ok gak ni

izahdaut said...[Reply to comment]

@tun_telani
betul tu tun. kalau guna softener bagai ni, roti mmg lembut sampai 4 hari pastu lama daya tahan dia. kalau roti biasa2 buat takde bahan ni, dah berbau kan.

izahdaut said...[Reply to comment]

kak madihaa..
napa tak sihat ke? ke nak geng ngan mas? kiki.. ok la tu kak.. jom meroti

Sumijelly said...[Reply to comment]

alamak.... nampak macam menarik la..

harus cuba ni...huhuhu


Sumijelly.com

fatinhamidah said...[Reply to comment]

slm kak izah, bread softener dgn improver tu nk dpt mne? :(

izahdaut said...[Reply to comment]

@fatinhamidah
boleh beli kat kedai bahan2 buat kek, atau beli kat pasaraya besar cam tesco jusco giant ada kat bahagian bahan2 kek. tengok dlm bekas botol kecik ada tulis menda alah 2 tu