CSS

Wednesday, February 29, 2012

Gulai Masam Tempoyak Keladi


Assalamualaikum..

Punya lama gambar ni bertapa dalam kamere. Pastu baru je trasfer ke lappy. Pastu tunggu mood edit n update blog datang, maka keluar lah dia menjadi post di IML. Haaa itu lah proses kejadian blog masak2 yang unik dan lain dari blog ngomel2 yang lain kan. Keladi ni pemberian mak masa balik kampung duluuuu, laama dah. Mak ada berkebun petang, dan inilah antara hasilnya. Saya suke tang batangnya berbanding isi keladi. Sukee sangat. Kalau makan gulai ni, cara paling best, kuahnya mesti banyak macam sup soto dari nasi. Perhh tetibe air liur merembes dalam mulut. Huhuhu.. Kak Animm ingat dak? Hehehe ini ler kejadiannya. 

Resepi saya ikut cara mak. Atau cara orang Pahang masak gulai masam. Tanpa bawang bagai. Bagi siapa nak try gulai masam Pahang leh la buat. Simple tapi terbaikk.. Musti le terbaik, masakan negeri sendrik khaaan. Hehhe..



GULAI MASAM TEMPOYAK KELADI
by: izah

bahannya

3 batang keladi bersama ubinya
sejemput ikan bilis
10 biji cili padi
1/2 inci kunyit hidup
2 keping asam gelugur
3 sb tempoyak @ ikut suka
garam n gula jika perlu

caranya:
Keladi dibuang kulit, potong sederhna kecil dan basuh dengan air garam bagi hilang lendir.
Batang keladi dibuang kulit dengan cara menyiat kulitnya. Rendam kejap ngan air garam. 
Tips diberi oleh kakak, kalau dlm batang keladi tu ada anak keladi batang kecil putih, buangkan. Sebab itu lah yang datang miang time makan. 
Dah basuh kedua2nya, masukkan dalam periuk. Ketepikan.

Tumbuk kunyit dan cili. Masukkan ke dalam periuk tadi.
Masukkan air tinggi dari aras keladi. Banyakkan sikit sebab keladi menyerap air.
Masukkan ikan bilis, tempoyak n asam keping.
Masak hingga keladi n btgnya empuk.
Rasakan garam n gula.
Hidang.






19 comments:

Anonymous said...[Reply to comment]

sukaa nih...sedap batang keladi...makanan fav mase pregnant dulu...

izahdaut said...[Reply to comment]

dina.. akk pun suke btg kladi. mcm rasa cendawan pun ada kn.

sabar dubai said...[Reply to comment]

kite dtg menjilat gambar lg...xbaikk tau..mengeces kite kt dubai nih....mane nk carik keladi kt sini??uwwaaa

tun_telani said...[Reply to comment]

tun suka batang keladi masak lemak.. kuah lain x pernah pulak try. tp tun suka tempoyak, mesti kene ngan selera lauk nih.

nonierahman said...[Reply to comment]

sedapnya masak batang keladi.selalu makan masak asam pedas jer.sedap nie.

HALAMANKU said...[Reply to comment]

Izah.. wah cam sedap masakan tempoyak kegemaran SK.. selalu kalau batang keladi ni erma wat masak asam rebus.. resepi baru ni.. tqvm.. t nak trylah SK suker masak2 tempoyak ni..

Anna Qawina said...[Reply to comment]

mana aku tahu sedap? ko knala buatkan ek..bak aku seperiuk jah oii..air liur ni bkn takat merembes dah ni..siap macam air terjun bagai nih..hahaha,,aku suka gak batang keladi, kalo isi die suka buat pengat jek..

Gee® said...[Reply to comment]

Adoyaii...menjejes air lioq sudah...

IeRA said...[Reply to comment]

Salam singgah!!!!!

Yatie said...[Reply to comment]

uwaaaaa..lauk mcm ni yg tahan godaan ni....lama tak makan btng keladi, sesekali masak menu mcm ni mmng sedapkan..makan sampai tak hengattt orng sebelah...eekekekekek..

Mama Hawa/Mama Nani said...[Reply to comment]

As salam Izah :)
Mama pernah mkn lauk cam nie.. mak mama pernah msk batang keladi ngan siput sedut..tapi da lama sgt..

ummiaisyah said...[Reply to comment]

terer izah msk sayo kladi ye....sy tak reti nk mengerojekannya!

Yat Maria said...[Reply to comment]

Naisb baik akak tak reti makan tempoyak..kalo tak mangkok tu ngan lesung2 dia sekali akak bawak balik arr

rahel said...[Reply to comment]

Tumpang lalu,gue ada bawak mangkuk kecik ni,nak letak sini..mana tau dapat gulai keladi semangkuk..hihi..

quinnie said...[Reply to comment]

wahhh izah keladi sedapnya...kesukaan kita nih...huhuhu

inahar ali said...[Reply to comment]

salam rindu izah..akak x pernah lg masak keladi sbb dulu pernah termakan keladi gatal..mak aiihh..teruk punyer gatal rasa cam nk garuk2 anak tekak sampai xleh tido malam..trauma abiss! tp sekali sekala beli gak lauk asam pedas keladi bila teringin..hehe!

anymz said...[Reply to comment]

puas tunggu.baru muncul lauk ni..akak baru je buat semalam tapi buat asam rebus je..maleh nak buh tempoyak (yg benarnya terlupo)..hehe
jah...oooo...jah..durian ku berbunga dgn lebat..semoga buahnya juga lebat kan?..boleh akak buat kenduri duyan nanti..pakat2 jemput korang..tapi lauk bwk sendiri ya..akak masak nasi je..boleh tak gitu?..hahaha

Sheery Dream Cakes said...[Reply to comment]

dulu akak x reti makan batang keladi.. tapi bebaru nie kat kenduri jiran akak cuba makan.. sedap rupanya yer.. :).. tgk gulai masam tempoyak keladi tu terliur plak akak tgk.. tp x tau kat mana nak cari tempoyak... ermmm

HaSue said...[Reply to comment]

Aku paling malas nak nyiang batang keladi..kalo nak mkn,nak masak..aku beli jer..ko dpt bygkan x betapa malasnya aku?
kat blkg umah keladi ada yg x berdaun dah skrg..haha..dah beranak pinak pun..aku ada amik isi jek buat kuih..hee..ada kena ngena ngan n3 ko x komen aku nih?