CSS

Thursday, March 1, 2012

Roti Goreng Puree Keledek


Assalamualaikum..

Sentap mak bila buka note dalam phone, resepi roti goreng ni dah hilang.
Saaah, kerja budak berdua tu la.
Yang sorang tu memang suke duk tekan sana tekan sini. Macam pandai sangat.
Habisss semua resepi2 yang disimpan dalam note dah hilang.
Masa tengok note semua dah 'bersih', rasa nak tercekik bingka cheese ditelan.
Ngurut dada rasanya. Nak ditegur pun tak  guna.
Bukannya diorang tahu pun. Pasrah je ler.
Jadinya.. resepi ni berdasarkan ingatan yang tumpul ni.
Haii baru nak ngengada sebab leh cipta resepi roti goreng sendrik kan. Akakaka..
Niattt... teeeetttt..
Tapi tak rugi klau nak mencampurkan keledek dalam donut atau roti, sebab lembut nyer lain mcm. Sedaaaapp bangatt. 



ROTI GORENG PUREE KELEDEK
by: izah

200 gm tepung roti @ gandum
1 3/4 sk yis mauripan
3 sb gula 
1/4 sk garam halus
2/3 sk baking powder
2 sb mentega @ marjerin
1 biji telur
1/4 cwn puree keledek
2-3 sb air *bergantung semasa menguli


Caranya: *uli tangan
Satukan tepung, yis, gula, baking powder dan garam dalam mangkuik besar.
Kacau sebati.
Buat 'perigi' di tengah2 tepung.
Masukkan telur , mentega dan puree.
Gaul dengan tangan perlahan2 sambil masukkan air sesudu demi sesudu.
Bila dapat doh yang elok diuli, uli hingga licin.
Perap doh dlm bekas bertutup sehingga doh naik 2x ganda.
Kemudian, tumbuk doh untuk kluarkan angin.
 Ambil doh bulat kecil dan intikan dengan inti kesukaan masing2.
Buat sehinga habis dan biarkan roti kembang sedikit dlm 20 minit.
Kemudian baru digoreng menggunakan api kecil supaya masak sehingga kebahagian dlm roti.
Angkat n hidang.

*puree: ialah keledek yang dikisar bersama sedikit air.



Bais si penggemar kuih muih berunsur donut
.
.
.
.


Bila budak ni demand donut, dgn senang hati uminya membuat. Sebb share kegemaran yang sama.. ^_^



42 comments:

anymz said...[Reply to comment]

huk aloh,ingatkan cucur badak tadi jah...
eh!awal akak sampai kan?apa kata hulur roti goreng tu 5 ketui..nak share makan dgn abg tapa ai..haha

Sheila Shafeareen said...[Reply to comment]

salam izag menarik ni boleh lah try..dah agak Bais suka mkn roti2 yeee.....cam ni kena buat inti dulu lah.....
rasanay keledek dlm sebiji yg sedang2 cukup tak utk buat puree tu

rahel said...[Reply to comment]

Kak Izah,gebu2nya roti goreng ni..suka tengok,nanti nak try gak.

Naz / Nadz COSK said...[Reply to comment]

Izah, sebijik rupa cucur badak..Sedap jer nampak tu. Bak mai seketul jer la. Baru lepas bakar lemak ni. Buat syarat jer nak rasa..heheheh

CT Delima said...[Reply to comment]

As'salam Izah

pasal butterscotch tu tak tahu pulak kena betulkan lah tu. tapi tak apalah tak banyak sangat guna hanya 3 sudu jer kan. tapi maintain lembut gak jah..hehehe

k.ct ni bab2 nak nguli guna tangan ni macam lemau jer Jah. kalau nguli guna bibik tu boleh jugakan. kesian tau buang2 duit jer beli tapi tak guna..hahaha. nanti bolehlah k,ct cuba ya Jah.

balik dululah...tekak dah kering macam ada duri jer sebab tuan umah tak sediakan air...hahahaha

Qasey Honey said...[Reply to comment]

sedapnye tgk budak hensem tu makan...
rasa mcm nk rampas aje dri tgn bdk tu...hehehe

u skali tgk mcm cucur badak la...
mesti sedap ni kan...

bleh nti nk mguli jugak resepi ni...

mala said...[Reply to comment]

salam izah, sampai tersentap resepi hilang. mesti sedap ni! kena copy dulu :-)

Mas said...[Reply to comment]

makcik....sedappnya tengok roti goreng tuu....
aku tngh rebus kentang ni....
agak2 klu tuko boleh takk....ngeeeegeee
gebuuuu jerk aku nengok roti goreng ko tu..
tergodaaaaaaaa

Chah said...[Reply to comment]

eleh...ummi yg benornya gemor n gedik nk makan...seme salahkan anak..patutlah deme tu dilit seme file...hukhuk...advance gitu, cipta resepi lagik...kuakuakua..

chikadakbiru said...[Reply to comment]

sedapnyee tgk bais makan...ade lagi tak roti puree keledek nih... :)) boleh mintak sikitt

~K Ham~ said...[Reply to comment]

as salam...kak ham ketuk2 pintu..xde org kat rumah ya...kempuan roti puree keledek....merajukkk

IeRA said...[Reply to comment]

Salam izah..

kreatifnya dia...

Tina Othman said...[Reply to comment]

aa ada tukang makan best lah, kalau kat rumah tu, tukang masak jugak yg kena jadi dbkl kalau kuih2 mcm ni, hati teringin tapi nanti2lah

Liza said...[Reply to comment]

salam izah..nmpk lembut jer donut tu, mmg lembut eekk...tergoda i tawww...hihihhii
Izah, kuih tepung pelita semalam tu kan, dua2 adunan tu mmg kena masak sampai tpg tu likat dan masak sbb kita dah tak yah nk kukus....sori yer, lmbt reply...hiihhihi

tun_telani said...[Reply to comment]

alalala... suci murni je nmpk bais pakai kopiah, baju sekolah ke tu? mcm pau goreng la kan kak izah? hmmm... keledek mmg x pernah ada kt umah ni, puri labu pun dh habis la pulak, kalau x blh ganti ngan labu. nmpk gaya kene wat stok baru ni. agak2 akak mukah ku sorang tu ada x labu kt umah nk kecek? hihi

Nieza said...[Reply to comment]

tu la sekali pandang nampak mcm cucur badak juga..hmmm sedapnya teringin pulak nk mkn ada wat lebih tak izah?...hehe

kakna said...[Reply to comment]

salam ijah..
kakna ingatkan cucur badak..
gebunya.. mesti sodap!

F.A.R.A.H. deeb said...[Reply to comment]

selalu dgr org kate boh keledek sedap. Nanti nak terailah! Theee...
My latest Entry :)
Bosa dah diaaa...!

ummiaisyah said...[Reply to comment]

beshnya mkn kuih tu...nmpk lembut ja..isy...keledek dh 2 hr bertapa lam peti ais..awat maleh sgt ni...

quinnie said...[Reply to comment]

memang betul tu izah..kita pun suka kalau letak keledek or kentang..tapi tak pernah buat lagi..selalu kat donut je...hehhehe...boleh cuba lain kali...:)

Diana @ Melley Mey said...[Reply to comment]

Assalamualaikum izah...
comelnya roti goreng tu ... geram akak tgk... bla tgk roti goreng nie teringat plak kisah akak dulu2 yg suka makan pau goreng.. alahai sedapnya tu.. agak2 nya rasanya lebih kurang juga ler kan izah...

n semakin comel akak tgk anak izah tu... nak p sek yer tu... comel!

Malay-Kadazan girl said...[Reply to comment]

Sedapnya. Tak pernah lg cuba roti inti keledek.

HaSue said...[Reply to comment]

Eh mcm tak caya lak aku ko buang dah verification words tu..patut la aku komen td 2x cubaan dah masuk..hihi...senang sikit ha..kalo ada spam tu ko tenyeh jer guna cili api ye jah.

keledek aku yg tahun lepas masih wujud ld rasanya..ntah masih idup atau sedangg koma skrg..maklum,jangka hayat dah lama kan.
anak ko suka donut ek..best tgk dorg suka mkn kan!
note ko tuh lenkali tulis tinggi dlm hp,baru bdk2 x boleh nak padam..kakaka

Mieza said...[Reply to comment]

waaa sedapnya jahhh..lagi2 bila nampak anak izah yg comelll ni makan..terus buat kak mieza lapar..dah la ni tgh ngajar dalam kelas belum bekpes lagi..lapar tahap gaban nih..kalau dapat bun ni seketoiii mmg berbaloi..terliur!

izahdaut said...[Reply to comment]

@anymz
tett. gi buat sendiri.. tak men la mintak2..

izahdaut said...[Reply to comment]

@Sheila Shafeareen
tq kak shiela yang dah sudi try roti ni. api kena kecikkan.. nanti takut tak masak ke dalamnya kan

izahdaut said...[Reply to comment]

@rahel
boleh la try rahel. kak shiela pun dah try tu.. ;-)

izahdaut said...[Reply to comment]

@Naz / Nadz COSK
kak naz..gi buat sendrik. kejap je nak godeh. lama menunggu kembang je kan. ;-)

izahdaut said...[Reply to comment]

@CT Delima
tu la kak. lagi kak ct letak butermilk betul2 tu llagi la lembut kak kan ;-)

izahdaut said...[Reply to comment]

@Qasey Honey
tu la mcm cucur badak kan. hehe wii mana aci rampas2.. gi buat sendrik. hehhe

izahdaut said...[Reply to comment]

@mala
hahaha bukan aje resepi maslaahnya. habis semua dideletenya. kuss semangat dgn bebudak ni kan

izahdaut said...[Reply to comment]

@Mas
aipp gi la beli keledek dulu. tapi kalau nak guna kentang pun ok gak kot.

izahdaut said...[Reply to comment]

@Chah
pss kaber line kaber lina.. ko ni kakk.. kaber2 la aku.. akakaka..

hah kombang idung makcik cipta resepi kan.. haha

izahdaut said...[Reply to comment]

@chikadakbiru
dah lama dah buat ni dina. kompom2 dah habis. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@~K Ham~
tenyeh idung kak ham.. ngengada merajuk ek.. kikiki.. kak ham gi uli sana. tambah mascle

izahdaut said...[Reply to comment]

@IeRA
tq iera

izahdaut said...[Reply to comment]

@Tina Othman
tak de geng makan kuih2 gini ye tina. saya kalau buat gini mmg feberet org kat rumah. kalau donut aje maybe saya ngan anak2 jela yg makan.

izahdaut said...[Reply to comment]

@Liza
ooo mcm biasa la kan.hehe.. saya tak nah buat tepung pelita kak. kena study dulu. kalau ada bekas kecik2 tu lagi la semngat nak membuatnya kot

izahdaut said...[Reply to comment]

@tun_telani
a ah... dia ni jenis, kalau kita amik balik sekolah, kuar pagor sekolah je terus tanya. umi masak apa rini. mcm la kat sekolah tak makan. tapi dah gitu, balik mesti ada kuih. tu yang dengan baju2 sekolah makan kuih tu. hehe.. gi beli keledek. akak pund ah trikut tun tuk frozen

izahdaut said...[Reply to comment]

@Nieza
cukup2 mkan je nieza kuih gini. sebab anak2 memang suke. hehe.. gi uli nun. boleh wat frozen

izahdaut said...[Reply to comment]

@kakna
tu la ramai kata cam cucur badak. hahaha... ala mcm pau goreng la kan. warne tu gelapla sikit nak kasi masak sampai ke dalam.

Ummi Anie said...[Reply to comment]

salam Izah...ani selalu masuk dapur u au.resepi ni ani dah cuba n...sedap banget sih!....tq 4 resepi yg mabeles.n ani mintak izin tepek resepi kat blog ani.tq dear....