CSS

Monday, March 5, 2012

Bingka Cheese Sarawak


Assalamualaikum..

Bersua di minggu yang baru.
Apa agaknya dibuat sarapan pagi ni?
Bingka ni saya buat malam, keesokkannya baru dipotong.
Jadi bingka ni dibuat sarapan dan minum petang dan dibagi2 kepada jiran.
Satu adunan ni, memang banyaak dapatnya.
Jadinya, bagi yang nak merasa dengan seisi keluarga yang kecil, boleh disetengahkan adunan ni.
Resepi saya dapat dari orang Sarawak yang menetap di Mukah yang berasal dari Miri, yang berkawin jugak dengan orang Miri. ^_^
Terima kasih dear Hasuriah. Memang lembuuuttt dan lemaaaak kuih ni.
Upss bagi yang hanya suke kuih lemak2 kurang manis, eloklah dikurangkan kadar gulanya ok.



BINGKA CHEESE SARAWAK
Resepi: Hasue

Bahan A:
1 peket agar2 cap ros (13g) *izah guna agar2 serbuk 10gm
3 cawan air
1 cawan gula pasir *izah kurangkan sedikit

Bahan B

250g mentega
250 cream cheese Philadelphia
½ tin susu pekat manis(jika ingin kurang manis,guna krimmer pekat pun ok)
1 ½ cawan tepung hong kong *izah guna tepung gandum
3 biji telur ayam
1 sudu kecil esen vanilla/jus lemon

Cara2:

1. Bahan A dimasak sehingga mendidih dan ketepikan buat seketika
2. Pukul telur ayam sehingga kembang.
3. Masukkan mentega dan susu pekat manis. Pukul rata
4. Masukkan tepung,cream cheese,esen vanila dan pukul sehingga benar2 sebati.
5. Masukkan agar-agar (yang masih panas) sambil dipukul laju
6. Tapis adunan ke dalam loyang dan bakar didalam oven yg sudah dipanaskan pada suhu 175c selama satu jam atau sehingga masak(bergantung pada jenis oven)
7. Selamat mencuba.. ^_^

NOTE:sukatan adalah menggunakan cawan metrik~














29 comments:

HaSue said...[Reply to comment]

Eh yeke Hasuriah tu asal n kawin ngan org miri?huehue..
Aku rasa bingka ni kalo diperisakn dgn horlicks pun sedap jah..gula tu harusss pepandai adjust.heh.. :D

mekasih sudi cube n ngetag kat fb yer faizah yg asal pahang kawin ngan org kedah..ahahak..pepandai aku jerr,mrh incik daud

::Azura Rahman:: said...[Reply to comment]

masih menunggu entry gulai lemak cili api dari izah.. haish~keciwa...

*memula pelik gak kenapa nama bingka ni ada sarawak.. ingatkan bahan dia ada nenas sarawak ke.. gambir sarawak ke.. hahahaha..

izahdaut said...[Reply to comment]

@HaSue
aa betul la tu sue. petembungan 2 arah. timur dan utara kan.

tu la, nanti ko modify la resepi ni. ko buat dlm amaun yg sikit. senang aku nak try. ikikiki./. banyak sungguh dpt kuih ni kan.

izahdaut said...[Reply to comment]

@::Azura Rahman::
ngengada la kak zura strawbery. huh.. hasuee tengok kak zura ni dia cakap cam tu... marah dia hasue.. marah dia.. ikikiki..

bingka ni asalnya sarawak. or srwk kan mewah2. makan cheese sokmo.kan

IeRA said...[Reply to comment]

Salam Izah....

Nampak mcm sedap je, nanti nak trylah. stok cheese pun ada lagi. Dah muak asyik dok buat cheese tart je

Chah said...[Reply to comment]

Cis! nak kena pepagi tayang cis dah nih...yaa ampun izah! terasa2 dipanggil pergi ke ampang neh... mengujakan jugak resepi dak pale senget tu ek? hihhihi...

Ayu said...[Reply to comment]

assaalm izah,
nampak menarik recipe ni..
cheese dibuat bingka ya..nampak pun lembut aje tu..very creativelah!!

Gee® said...[Reply to comment]

Aduiiii Izah, baru jer k.gee tergoda ngan kuih talam 3 kaler ituhari, dh kuar pulak kuih bingka sarawak nih... k.gee tak tahan godaan tau.... tolonggggg!!!!

Tina Othman said...[Reply to comment]

tak sangka agar2 campur cheese boleh jadi bingka, menarik

Mas said...[Reply to comment]

assalamualaikum,selamat pagi izah...
Hulurlah 3, 4 potong bingka cheese tu, lapar ni hihihihi...

hazila said...[Reply to comment]

Izah,
Kalau ada lebih lebih tu hantar la kat Shah Alam sikit. Kalau akak buat, maunya boleh bagi satu taman perumahan ni....

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...[Reply to comment]

Boleh tryla first time tenguk agar-agar diadk sekali dan bakar...hem tapi memang nampak cantik dan sedap

Sheila Shafeareen said...[Reply to comment]

salam... negok pun menarik dan tepikat....suka kuih bakar....boleh le try nnt...kat rmh ni kena sentiasa ada kuih...maklum le duduk gan org tua......

Yatie said...[Reply to comment]

uwaaaaa nmpk menyelerakan sungguh..lama dah akak berangan nak wat bingka cheese ni..pasni bolehlah cuba...geram nak merasa je tngk gambar Izah ni...

Mas said...[Reply to comment]

jahhh..aku pun ada plan gak nak buat bingka ni..
sedapppp yerk jahhh..
boleh try la nanti...he3

~K Ham~ said...[Reply to comment]

izahhhhhhhh kau mmg kejammmmmmm....akak lapoooooooooo

The ShomeL TwinZ said...[Reply to comment]

sdaapppnyer....terliur saya....

Atie iskandar said...[Reply to comment]

wah sedpnya kak. kite suke gile bingka2 nie. slalu mkn bingka biasa je. tgok ade cheess2 nie msti sdp gile kan. nak sikit. hehe :D

izahdaut said...[Reply to comment]

@IeRA
betul tu. bebudak kat rumah ni pun nak muak dah tengok cheese tart. tak layan dah pun. hehe..

Vivi Lim @ Mrs.Nurulazmi said...[Reply to comment]

sedap nya bingka tu kak izah =0).
kalau ada lagi sedekah sikit kat vi. i like cheese =0).

izahdaut said...[Reply to comment]

@Chah
hahaha saboo jela kak cah ni. tu keluarga chef chef kak. mmg mengujakan belaka resepinya

izahdaut said...[Reply to comment]

@Ayu
tu la.. tak tertjangkau kan ..dicamur pulak dengan agar2 serbuk. rupanya2 boleh jadi bingka pulak. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Gee®
kak gee.. akak ingat saya tahan godaan ke? hahaha.. senggol kepala sikit kak. kiki

izahdaut said...[Reply to comment]

@Tina Othman
tula tina, memula tu saspen je cemana la kejadiannya. puding ke? bingka ke? rupanya masih texture bingka tapi lembuuuttt

izahdaut said...[Reply to comment]

@Mas
waalaikumussala warahmatullah..
tu la, ni kalau buat elok sangats edekah tempat kenduri ke. makan ramai2 lagi syok

izahdaut said...[Reply to comment]

@hazila
betul kak. boleh buat kenduri bingka cheese nanti kak. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Sheila Shafeareen
disajeskan akak buat separuh, sebab dapat banyaaakk.. try la

CT Delima said...[Reply to comment]

As'salam Izah

nak komen kat sini pulak, ada masa free ni, hakim kata diberi pelepasan 2 jam aje lepas solat zohor, lepas tu masuk balik rumah...hahahaha

Jah..k.ct terpesona dengan kelembutan bingka cheese mek sue nilah, tapi sukatan tu nampak macam banyak jer, tak apa k.ct cuba dulu kot2 ada lebih dermalah kat sesiapa eh..hehehe

Diana @ Melley Mey said...[Reply to comment]

menarik ler tgk bingka nie... akak x pernah lg rasanya makan bingka cheese.. simpan dulu resipi nie.. nanti senang2 nak buat juga... tergoda lg nie.. ;)