CSS

Tuesday, March 13, 2012

Kuih Kaswi Lapis


Assalamualaikum..

Bertemu lagi kita dihari yang nampak ceria pagi ni dengan sang mentari menyinar. 
Tapi forecast nya petang karang hujan.
Malam semalam sebelum beradu, sempat saya jengah FB, dan saya diselimuti kesedihan dan pilu.
Berita kematian anak kecil yang hilang bertukar kematian.
Jika benar suratannya, banyak dapat dijadikan iktibar kepada semua rakyat Malaysia.
Tak perlu saya detailkan pengajarannya, kerana hal  tersebut membawa kesedihan dan kekesalan.
Kita haruslah berdoa dan berdoa kerana itulah senjata kita paling kuat.
Saya doakan anak kecil itu tenang 'di sana' dan Allah akan membalas apa jua pelaku si durjana.

Kuih kaswi yang enak.
Kepantangan saya, kecuali kalau perut dah betul2 sendat.
Terpaksalah korbankan kuih kaswi dan mengambil bau nyer aje. ;-)
Kuih ni, hasil lapisan saya tu agak sememeh sikit.
Kaber2 ngan kelapa parut.
Terima kasih kak Yatie. Kak Yatie juga berkongsi minat yg sama dengan saya.
Suke kuih kaswi, dan beraneka resepi kaswi boleh jumpa di blog kak Yatie ni.
Dan terima kasih Cik Mat Gebu dan Kak Rinchan.



KUIH KASWI LAPIS
by: kak Rinchan
sumber: kak Yatie


BAHAN A
1 1/2 cawan tepung gandum*
1/2 cawan tepung ubi*
1 camca besar tepung pulut*(*digaul rata dan ayak)
1 cawan gula merah ( guna gula melaka pun boleh)
1/2 cawan gula pasir
3 cawan air
2 camca teh air kapur


BAHAN B
7 helai daun pandan, kerat kecil2*
150 ml air*(*kisar dan tapis untuk jusnya)
3/4 cawan gula pasir
400 ml air
150 g tepung beras*
70 g tepung ubi*(*digaul rata dan ayak)
1 camca teh air kapur
Beberapa titik pewarna hijau


BAHAN C
Kelapa parut secukupnya, kukus sekejap
Sedikit garam halus



CARA MEMBUATNYA :
Panaskan kukusan, balut tutup kukus dengan kitchen towel bersih. Sapu sedikit minyak pada dasar dan tepi loyang. Alas dasar loyang bulat dengan plastik bersih (potong ikut saiz dasar loyang). Ketepikan.
Dalam alat pengisar, kisar semua bahan "A" hingga sebati dan halus, tapis ke dalam satu bekas. Kemudian kisar semua bahan "B" hingga sebati dan halus, tapis ke dalam satu lagi bekas.
Sukat bancuhan "A" sebanyak 400 ml, tuang dalam loyang tadi dan kukus 10 minit. Kemudian tuang pula bancuhan "B" sebanyak 400ml, kukus 10 minit. Buat secara berselang seli hingga habis. Masa kukusan untuk setiap lapis selama 10 minit.
Akan menghasilkan 3 lapisan gula merah (bancuhan "A") dan 2 lapisan pandan (bancuhan "B"). Biarkan kuih betul2 sejuk sebelum dipotong. Hidangkan bersama kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam.


** Saya lapis ikut macam kuih lapis...selapis demi selapis, terpulang pada masing2 ya...
CATATAN :- Kacau bancuhan tadi bila hendak menyukat dan ketika menuang ke dalam loyang.




56 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...[Reply to comment]

salam Izah..k.atie singgah nk bekpes kat sini..

Gee® said...[Reply to comment]

Uik....sodapnya kuih kaswi...bak sepiring...

Unknown said...[Reply to comment]

rajin nyerrrrrrrrrrrr...

Anonymous said...[Reply to comment]

tulah, sedih baca pasal adik dirang tu, bagi peringatan lah ke kita semua jgn senang sangat nak lepas2 anak ni

sedap tu kaswi, selalu tgk, tapi tak terbuat2, alasan sebab takde kapur hehe, pergi kedai mamak tak teringat nak beli

Unknown said...[Reply to comment]

slm kak izah...

asz pun sedeh bila dgr dirang dah meninggal sbb dibakar..takut pun ada..sian anak kecil jdk mangsa sifat x perikemanusiaan manusia...menarik btl kueh kaswi...nnti kn try :))

Mama Hawa/Mama Nani said...[Reply to comment]

Salam Izah..
Nk tympang bekpes kat sini hehehe
fav mama pun lama tak mkn yum3x

Qasey Honey said...[Reply to comment]

cedapppnya kuih lapis belang2 tu...nyummm

Atie iskandar said...[Reply to comment]

sedih kan kak. apelah salah budak yg xtau ape2 tue. :(

btw, kuih akak sgt mnyelerakan atie la. bile nak balik umah mak nie. nak soh buat. hehe

Mas said...[Reply to comment]

makcik kaswi...muahahaha
jangan marah yerk izah..
aku pun suka gak kuih2 ala kaswi ni...
resepi ni masuk list dulu sbb aku nak balik kg ni..
nanti2 aku try..
memang tergodaaaa sangat nengok kaswimu itu izah....

Unknown said...[Reply to comment]

Wahhhh...sodapp nyer kaswee yg dah dimekap nihh.....peberet kami nih....
msuk list yg berjela dulu yerr....

Mama Ann said...[Reply to comment]

Mama pun suka kaswi ni tapi nampak macam tk comfident mama nk buat..tk pa masuk list dulu...

kakna said...[Reply to comment]

kakna belum sarapan ni..tergoda..
bak sepiring.

rahel said...[Reply to comment]

Salam Izah,sedapnya kalau dapat makan kuih kaswi pagi2 ni,ambik dua potong ye..

dapurCikWan said...[Reply to comment]

rajinnye kak izah melapis.. =)

indahhiasan said...[Reply to comment]

sedapnye..nyum nyum..

Yatie said...[Reply to comment]

rajinnya Izah melapis...kalau akak kuih kaswi ni lebur je dlm loyang...bila dah masak mmng tak sabar2 nak rasa, padahal dah selalu makan...tapi tetap kecur gak...mmng sedapkan kuih lembut2 mcm ni...

umi oven said...[Reply to comment]

salam sedapnya ..nak sikit

hazila said...[Reply to comment]

Isteri sapelah yg rajin sangat ni.....

sabar dubai said...[Reply to comment]

kak izahh kuih kaswi lapis2...wahh rajinyeee....bile laa kite nk rajin mcm kak izah nihh hehe

Engineers Love Cooking said...[Reply to comment]

Kreatif dan sedap. Boleh cuba. Sila juga lawat laman blog saya di http://cooking-engineer.blogspot.com/
Terima kasih.

Chah said...[Reply to comment]

laling! aim bek! hehehe...rajin benor weh melapis kuih..kena ngap ilang seme lapisan lawo2, yang tinggal : lapisan di perut mu dan perut ku jua...huhuhuhu

ijayuji said...[Reply to comment]

Salam KAKAK IZAH yg rajin... Akak kena pakai sunglases tauu sbb kita baru balik dr dental clinic, bersinar sinar gg ai ahahaha.... kaswi lapis ni tak pernah buat, kenapa sana sini org main lapis2 ni???? minggu ni bz lerr tak sempat main lapis2 :D nah! bwkkan nasi daging sesenduk jerr :P

Ayu said...[Reply to comment]

Assalam izah..
waduh baru hari ni dapat nak bw dan tinggalkan comment..kuih kaswi nampak sedaplah izah..akak yang ni belum pernag cuba lagi..bolehlah masuk list..so far kaswi gandum yang izah & cmg share dulu tu yang best akak pernah cuba..

tun_telani said...[Reply to comment]

baru nmpk lapisan dia.. tadi x perasan.. tun kalau kuih yg lapis2 ni suka makan je, nk buat tu, mmg tunggu overdose vitamin R dulu..
ps: patut laa rasa silau je.. ada akak siam dtg dgn gigi bersinar2 rupanya.. hihi

dZana said...[Reply to comment]

mas melapis.. sni pun melapis gak.. akk jer yg lmbt sampai.. kaswi my fav.. akk jer yg tak rajin mcm izah.. buat ape2 suke yg main lebur2 jer..pas tu tunngu masak..

quinnie said...[Reply to comment]

ni nak mintak mesti dah habis dah ni..kekeke...kita kalau nak melapis ni memang malas betul..tak tau mengape..hehehhe...nak beli memang tak dek org jual kuih cam gini...kekeke

Watierman said...[Reply to comment]

Assalam Dik Izah.......muah...muah muahhh....rindunya pada Izah....wah rajinnya Adik Akak melapis kaswi...ni macam terseru jer....tapi nak melaksanakan entah termampu ke idak....Akak memang suka bab lapis melapis ni...TQ ya..masih sudi menjenguk Akak ni ha!!Salam Sayang & Rindu....!

MaDiHaA a.k.a Ratna said...[Reply to comment]

sejak zaman akak aktif berFotopages lagi nampak kak Rinn buat kaswi lapis ni... tp sampai skrg tak terbuat2 juga lagi.. hehe.. teringin.. cuma seru belum kuat..

izahdaut said...[Reply to comment]

@♥♥azatiesayang ♥♥
jemput la kak tie. sesambil kita ngunyah2 sesambil kite bersembaang. ;-)

izahdaut said...[Reply to comment]

@Gee®
kalau dekat dah saya bagi sepiring ke kak gee ni. memang banyak gak dpat walau buat half ;-)

izahdaut said...[Reply to comment]

@Sally Rashid
tq.. rajin bertempat. tu belum datng malas tak bertempat lagi. ;-)

izahdaut said...[Reply to comment]

@Tina Othman
tu la. besar pengajarannya tu pulak2 buat ibubapa yang mudaah lepaskan anak2 ni..

tina, kedai runcit biasa pun ada kpaur ni. tak yah tunggu gi kedai india. ;-)

izahdaut said...[Reply to comment]

@ASMAH YUSOF
tu la.. kita anggap jela org yang buat tu sakit mental kan. sbb kalau dia berakal dan waras , kita tak reti nak ungkapkan kata2 apa lagi kat dia.. sedihh

try la. tapi anak2 saya suke kaswi gula merah aje. bila lapis gini tak brapa kene lak ngan selera diorg.

izahdaut said...[Reply to comment]

@Mama Hawa/Mama Nani
buat la mama. mudah je kan buat kaswi. cume yang ni ngengada pulak nak melapis.. saja la kata org nak try jjugak kelainan.;-)

izahdaut said...[Reply to comment]

@Qasey Honey
antara kuih yang enak dan santapan yang tak pernah ditolakkan. ;-)

izahdaut said...[Reply to comment]

@Atie iskandar
tu la.. mengingatkan kita tuk slalu berdoa kita dikelilingi dgn insan2 yang baik dan dijauhkan kejhatan dunia ni. amin.

amboi atie. mana aci, balik kmpung buatkan untuk mak tau. biasaaa dia.;-)

izahdaut said...[Reply to comment]

@Mas
hhahaha ko memang kan. tu la, aku buat ni masa giler kaswi hari tu. lepas tu rasa setahun tak yah buat kaswi. asik2 kaswi je. kikiki..

buat la mas. aku buat half pun dapat banyak sangat ni. tapi lapis aku tak berapa menjadi. huhu

izahdaut said...[Reply to comment]

@mimie
hehehe.. kak mimie.. masuk jangan tak masuk.. memang beejela kan. tah bila nak cantas list tu. sikit2 la kan. at list merasa jugak kuih orang

izahdaut said...[Reply to comment]

@Mama Ann
ye la sebab kaswi ni dilapis2 kan. kalau compiden boleh la try ma. klau tak buat aje kaswi yang terus lebur tu. sedap pun lagi sedap kot. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@kakna
jom join sarapan sambil kunyah sambil emnyembang. hehee

izahdaut said...[Reply to comment]

@rahel
tu la, kalau kaswi ni pagi petang pun sedapkan rahel. mmg enak kalau dapat pulak disalut kelapa muda tu kan

izahdaut said...[Reply to comment]

@dapurCikWan
cik waan , ni memang masa rajin..sebab meroyan asik nak makan kaswi je. hihi

izahdaut said...[Reply to comment]

@oli-go
klau suke kaswi mmg sedap aje kan ;-)

izahdaut said...[Reply to comment]

@Yatie
kak yatie lagi rajin tau. ni saya jadikan akak sumber kerajinan la ni. hahaha

izahdaut said...[Reply to comment]

@Umirosmah rosmah
meh bagi mangkuk kosong. 2 ketul je ek. hehhe

izahdaut said...[Reply to comment]

@hazila
auuwww.. isteri buat kuih feberet sendiri ni kak. hahaa

izahdaut said...[Reply to comment]

@sabar dubai
kembng idung bila dikatakan nyer rajin. ala ni rajin sebab meroyan nak makan kaswi sabar, klau idak makan sekut kering je la. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Chah
lapis? perut? uwaaaaaaaaaaa.. cam insaf tahap gaban dah ni. huhu

izahdaut said...[Reply to comment]

@ijayuji
huweeeyyy memang bersinar2.. kalah ikelan kolgate. kikiki.. la sesenduk aje mana cukup.. buat lekat celah gigi kunin ai je. hahahaha

izahdaut said...[Reply to comment]

@Ayu
betul kak. yang tu memang sedap.. saya pun suke. satu lagi saya buat kuih kaswi citarasawan, yang tu pun mmg kena ngan selera... klau nak kelainan boleh la pulak cube resepi ni kak

izahdaut said...[Reply to comment]

@tun_telani
tu a pasal tun, akak senyum tutup mulut je ni sbb gigi kuning, tapi bersinar2 jugak macam gold gitu. hahahaha...

hmm tun, best ayat overdose rajin ek. heheh mcm2 la kome nih

izahdaut said...[Reply to comment]

@dZana
saja je menggatal nak melapis kak. last2 anak tak brapa suke lak makan. diorg suke yang lebbur aje tu. hahaha padan muka. sendiri buat sendiri makan.

izahdaut said...[Reply to comment]

@quinnie
sama la ngan saya kak Q.. tak rajin ngat pun nak melapis. ngengada je nak try eklainan kata khhaannn. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Watierman
kak watiee.. tq dtg lagi blog saya niha..ingat akak tak sudi dah jenjalan sini... akak terus kan update blog kak. rindu ngan gambor bekal bekallan akak tu. hehee

izahdaut said...[Reply to comment]

@MaDiHaA a.k.a Ratna
kena seru cara sergah pulak kot kak madiha. hahaha

aa said...[Reply to comment]

Salam K.izah...teruje ayda tgok gmba kasui lapis ni...ayda tumpang belajar same ye...:)0