CSS

Thursday, March 15, 2012

Kek Marble Keju (kukus)


Assalamualaikum..

Rasanya lama dah tak post menu kek.
Kek ni dah lamaa saya buat, cume lmbat nak posting.
Ada sebabnya... ;-)
Alkisahnya, kek ni totally terpesong dari tajuk yang dlm kurungan tu.
Memang kompiden je makcik gi bakor dalam oven.
Patut la sepanjang pembakaran nyer tu, terasa2 mcm ada je tak kena.
Macam ada perkara yang tak sudah.
Tup tup baru teringat yang kek tu kaedahnyer di kukus.
Alhamdulillah.. still elok dan tak kering.
Bermakna, kek ni jika dikukus memang elok moistnyer.
Cume maybe next time boleh tambahkan lagi kepingan cheese tu bagi kuat sikit rasanya.
Tapi terpulang pada citarasalah kan. Bagi saya kek ni enak.
Terima kasih Sarinahamis@myR berkongsi resepi.




KEK MARBLE CHEESE (KUKUS)


Bahan-bahan 

*5 keping slice cheese
*1/2 cawan susu cair
1 cawan gula kasar
1 cawan marjerin
2 cawan tepung kek
2 sudu besar serbuk koko
1 penutup esen vanilla
3 biji telur

Cara-cara

panaskan bahan yg bertanda* hingga keju cair dan padamkan api,biarkan suam.masukkan gula kasar kacau sampai gula hancur. pukul telur dengan marjerin dan masukkan ke dalam bancuhan keju tadi,..masukkan tepung sedikit2 kacau sampai sebati,masukkan esen vanilla,..bahagi kpd 2 bahagian,..1 letak serbuk koko. tuangkan berselang seli ke dalam loyang yg telah di gris dgn marjerin,..lorekkan menggunakan hujung garpu supaya jadi corak marble,..da siap boleh kukus selama 45 minit hingga 1 jam atau hingga masak.





57 comments:

Gee® said...[Reply to comment]

Silap teknik pon elok menjadinya... lama dah tak mkn kek keju.... terlior

Anonymous said...[Reply to comment]

aa ini tersangatlah menggoda jiwa, coklat dgn cheese, sedap tu

rahel said...[Reply to comment]

Waaa...awal Rahel sampai..maknanya bole dapat satu slice kek keju ni...gebu jer kek tu Izah..

rahel said...[Reply to comment]
This comment has been removed by the author.
Mama Ann said...[Reply to comment]

Buka aja blog nampak kek keju..Ia sangat menggoda..salah teknik ka..kalau mama salah teknik langsung tk bleh makan..masuk che tong la jawab nya..

hazila said...[Reply to comment]

Elok je kejadiannya walau silap kaedah. Yang penting still boleh di makan.

Mama Hawa/Mama Nani said...[Reply to comment]

Salam Izah..
Aah lah wpun silap tak nmpk menjadi jer.. gebusss

Ni mama dah try muffin pandan eggless..best lah tq yer share resipi..

Yatie said...[Reply to comment]

walau salah teknik tapi tetap cantik kejadiannya..akak mmng suka kalau kek yg di kukus...boleh cuba ni..tq Izah..

Anna Qawina said...[Reply to comment]

jaaahhh..rindu aku tak? ,mesti rindu kan? hikhikl...meh sikit kt sini takde menda nk mkn nih..hihi

KakAsma said...[Reply to comment]

yang penting ada ciss tu yang buat kek nie sodap hehehehe..selalu camgitu kan ada ajer yang tak kena..ko berangan yoo...kalau bakar rasanya kena buat letak atas air kot kan Zah

Hezrin Ahmad said...[Reply to comment]

best ni utk try.....

Unknown said...[Reply to comment]

alamak..pengsannnnnn..
cheese lagi...

dZana said...[Reply to comment]

masuk pintu sni baca rspi dulu.. huuuu.. balik la... huwaaaaa...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...[Reply to comment]

nasib baik menjadi gak kek tu ye izah.. nampak sedap walaupun silap teknik waktu masak.. hehe..

Unknown said...[Reply to comment]

Assalamualaikum Izah Cayang...

Mcm senang jer nak membuatnya....Insya Allah boleh cuba ni...hehehe...

NORLYDA YUSOFF said...[Reply to comment]

Assalamualaikum Izah.
Kalau tangan memasak, silap pun pasti menjadi. Satu teknik baru terserlah. Keep up.

roza said...[Reply to comment]

nampak ok je..

ijayuji said...[Reply to comment]

Salam kak! Sambil sedut2 udara kek kat sini :D nk buat tp mood nk mkn belum mari lg :D bila tgk org buat teringin jugak nk buat tp sapa lerr yg nk mkn ni :D kompem klu ada cis2 bdk2 tak mkn huh!

Balqis Nazid said...[Reply to comment]

hari-hari nak singgah tengok ressepi sambil telan air liur he..he..

Amie said...[Reply to comment]

Yang berkeju itulah yang sangat sedapppp!

Unknown said...[Reply to comment]

Jahhh...sajek jer nk bg tempolok (refer bawah dagu)akk ni eyh...dah..dah...jgn bg mata akk ni gumuk lagiii...chetttt....

Zue El Razak said...[Reply to comment]

wah..wah..wah.. sedapnyer.. br nak diet.. x bleh jugak nampaknyer.. aduhai.. pos seketul bleh?

Qasey Honey said...[Reply to comment]

ok aje la QH tgk kek ni walaupon dlm versi bkr...nk cuba jugak la...nmpk mcm sng...hehehe

dapurCikWan said...[Reply to comment]

mintak sikit kak izah! hehe

sue_eila said...[Reply to comment]

Salam perkenalan kak..minta izin nak ambil resepi ni yer..sedap sgt nampak tambah2 ada saya penggemar cheese cake :)

Unknown said...[Reply to comment]

betul la Izah, nampak elok jer rupanya.rasanya kaedah masak tu boleh jer dua-dua cara kot kan.tapi kalau kukus moist lagi kot yer.

izahdaut said...[Reply to comment]

@Gee®
ni lite lite je kak, sebab guna slice cheese je kan. ;-)

izahdaut said...[Reply to comment]

@Tina Othman
boleh tahan la tine sedap jugak kek ni.. kalau dikukus lagi moist ni ;-)

izahdaut said...[Reply to comment]

@rahel
hehehe.. ala rahel kan lagi pandai buat kek.. gi buat sendiri la rahel. kek ni dah habis laaaa.. lama dah buat ni hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Mama Ann
maybe kek ni boleh juga dibuat bakar kot mama. tapi tu la.. tidak la semoist di kukus. alhamdulillah masih boleh dimkan. ;-)

izahdaut said...[Reply to comment]

@hazila
alhamdulillah masih boleh dimkan. ;-) kalau tak.. memang telan air liur je la sebab time teringat tu memang kek tu dah nak masak dah pun. tinggal saat saat akhir je sebelum oven berdeting ;-)

izahdaut said...[Reply to comment]

@Yatie
tu la kak, kanmain dlm hati teringin nak makan kek yang dikukus, sekali baru teringat bila dah tibe disaat saat akhir sebelum oven berdeting. hehehe... memang tak de rezeki nak merasa kek kukus la kan. tapi bila dibakar not bad juga. elok jugak.

izahdaut said...[Reply to comment]

@Anna Qawina
kene rindu ek? hahaha.. aku rindu tengok kek ko jek.. hahah tak gune nyer kawan kan.. ko dah balik ek. best sangat la cuti tu ek.. nyampass aku

izahdaut said...[Reply to comment]

@KakAsma
hahaha kak asma tu la pasal.. tengah berangan la tu kot. kiki.. sabor jela kak.. kalau buat teknik waterbth tu ok kot juagk kan

izahdaut said...[Reply to comment]

@Hezrin Ahmad
boleh la try kot2 kena ngan selera kan ;-)

izahdaut said...[Reply to comment]

@Sally Rashid
slice cheese je.. aci tak ;-P

izahdaut said...[Reply to comment]

@dZana
aik baca resepi mcm baca surt kekasih mintak clash je kak? hahahha

izahdaut said...[Reply to comment]

@MaDiHaA a.k.a Ratna
tu la kak.. ntah apa yg berangan sampai silap tu. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Lin Rosly
waalaikumussalam warahmatullah..
insyaAllah mudah je kak. tak de la susah sangat. cume diakhir tu boleh pulak tersilap teknik. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@NORLYDA YUSOFF
tu time menjadi kak. kalau tak jadi senyap2 je.. tak de nyer nak masuk blog kan;-)

izahdaut said...[Reply to comment]

@roza
ok.. tapi maybe tak semoist di kukus la kan ;-)

izahdaut said...[Reply to comment]

@ijayuji
ko amik bau je la adik ika oi. hehe.. aik anak2 tak makan ke? anak2 akak ok je, tapi kalau yang chilled tu memang diorang tak makan

izahdaut said...[Reply to comment]

@Balqis Nazid
alaaa siannyer dengor. nanti tengok n buat ye.. cian kalau dekat dh bagi 2,3 slice ek ;-)

izahdaut said...[Reply to comment]

@Amie
tu la kak amie.. apo nak dikato.. yang ngumpul lemak tu jugak sedap kan. ;-)

izahdaut said...[Reply to comment]

@mimie
tempolok ye.. hahaha.. adeh gelak guling2 ;-D

izahdaut said...[Reply to comment]

@..::Zue::..
memang musuh diet.. cuti buat kek setahun!! hhaha

izahdaut said...[Reply to comment]

@Qasey Honey
kek ni cam simple je kan. cume kena dikukus la. kurang moist bila dibakor ;-)

izahdaut said...[Reply to comment]

@dapurCikWan
huwaaa kalau dekat akak dah lama beri cikwan.. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@sue_eila
amik la sue.. cume kek ni tak de la kuat sangat rasa cheese nya. sebab guna slice cheese jekan. rasanya kalau ditambah lagi, baru bertambah umpph ;-)

izahdaut said...[Reply to comment]

@Nieza
a ah rasanya gitu la nieza. moist bila sehari dua dibiar. kalau kukus lagi la elok kan

Farah Deeb said...[Reply to comment]

Seb baik lak tak keringkan? Hmm nampak so yummeh nih! Wajib cuba! ;) Jemput singgah my latest entry: Lelong! Lelong!

Sue @ Nenie said...[Reply to comment]

Sebelum ni pernah cuba slice cheese versi bakar resipi Ros Jintanmanis..nanti2 nak cuba versi kukus macam ni plaklah...Sue suka kek yang guna slice cheese pasal rasa cheesenya yang tak kuat sangat...

zila norazila said...[Reply to comment]

salam izah..
walaupun salah teknik tp ttp nampak cantik..rasanya sama ke dgn yg kukus?

rieda_ffya said...[Reply to comment]

alamak...sedap la kak...nak kene buat..haaa

izahdaut said...[Reply to comment]

me comei..ye memang cheese keping2 tula.yg makan ngan roti tu

yanmaneee said...[Reply to comment]

nike basketball shoes
yeezys
nike air max 270
hermes handbags
air max 270
nike huarache
yeezy shoes
fitflop
jordan shoes
golden goose sneakers

teautheauth said...[Reply to comment]

visit this page important site Web Site click here to investigate see this click site