CSS

Wednesday, March 14, 2012

Sosej Blossom Bun


Assalamualaikum..

Meroti lagi. Dah kabor, kena semangat dari hakak KT tu. ;-)
Roti ni slalu dah buat.
Klau nak buat roti sosej gini memang sokmo guna resepi CMG ni.
Dah 6-7 kali dah kot buat roti ni.
Selama pandai meroti ni la...bukan la seminggu 7 kali meroti. ;-P
Memang elok sangat kejadian roti yang dibantu oleh pelembut ni.
Buat bun kosng je ngan roti ni pun sedap. Peh tu cicah sup.
Saja ikut CMG buat bentuk bunga pulak.
Ada cara2 langkah demi langkah untuk buat bentuk gini kat blog nya.
Terima kasih CMG.
Dan rata2 blog masak2 banyak gune resepi ni, especially kak Yatie kan kan. ;-)




SOSEJ BLOSSOM BUN
resepi: CMG


BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 g mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
10 batang sosej "Ayamas", celur sekejap, tos dan sejukkan
Mayonnaise secukupnya
Sos cili/sos tomato, secukupnya
Mix vege secukupnya



CARA MEMBUATNYA :

UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bahagi doh kepada 10 bahagian sama besar (kurang lebih 50 g setiap satu). Ambil satu bahagian, canai memanjang, letak 1 batang sosej ayam dan bungkus, kemudian kerat kepada 8 bahagian (seperti dalam gambar).
Kemudian, bentukkan seperti dalam gambar dengan menolak setiap bahagian keluar hingga keratan terakhir ditolak ketengah2 bahagian membentuk sebagai tampuk bunga. Tekan sedikit biar kelihatan kemas. Alih alam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Jarakkan antara satu sama lain. Buat hingga siap. Perap 45 minit.
Sapu dengan baki telur tadi (30 gram) rata2. Tabur mix vege, kemudian paipkan sos cili/sos tomato dan juga mayonnaise. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 20 - 25 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan....



Sya buat roti ni masa anak2 sedara datang ke rumah.
Seronok tengok diorang makan. Aksi mengada2 mereka.






44 comments:

Gee® said...[Reply to comment]

Jah, pos kat k.gee 2 ketoi roti blossom tu ek...

ijayuji said...[Reply to comment]

Salam kak! tgh imejin kalau KAKAK Izah seminggu 7 kali meroti, larikkks** ehehehe... eh? ank2 yg makan kan? bukan maknyer :P bagus ya letak sayur campur atasnyer, kalau kita togel gituuu jerr lerrr :D

tun_telani said...[Reply to comment]

kene semangat hakak KT, sampai bahasa pung kene ganu ye.. 'dah kabor' tu kene tulis 'kabor doh' baru betul.. hihi..
sosej blossom bun ni pun roti yg plaing laku kt umah. biasa laa, kalau ada sosej nk mmg laju makannyer..

ps: tu kain penuh satu bakul tu dh habis lipat belum? kui kui.. nmpk aje kan? ;p

umi's cup cake said...[Reply to comment]

Nampak sedap sgt izah, anak2 umi pun suka sgt roti macam ni..cuma vege yang dia makan karot dan jagung je..nanti nak buat la...terliur...

Sue @ Nenie said...[Reply to comment]

Salam Izah..hamboiiiiiihhhh senonok tul tengok bebudak tu ngadap roti sambil baring2 kat lantai...

LinRosly said...[Reply to comment]

Assalamualaikum Izah Cayang..

Wah! enaknya roti blossom tu..mesti lembut ni...terliur gitu...

Qasey Honey said...[Reply to comment]

sedapnya tgk bun sosej tu...mcm selalu beli kat kedai gitewww rupanya...teruja tgk...

K.Nor said...[Reply to comment]

tak mo komen tang roti.. tp nak gelak tang komen tun.. hehehhehe

Watierman said...[Reply to comment]

Assalam Dik Izah....wah memang kembang blooming awesomelah roti ni....kena sebijik terus kenyang sampai petang ni....!! Rajinnya!!!

Errah said...[Reply to comment]

geramnye tengok..

NORLYDA YUSOFF said...[Reply to comment]

Assalam. Sedapnya tengok roti ni. Keliur akak dibuatnya. Kat rumah ada bahan-bahan mcm kena cuba. Tq 4 sharing. Insyallah kalau tak penat malam akak akan cuba. Insyallah. Keep yr gd work.

Qhaifa Nur said...[Reply to comment]

salam...

kalau pergi pasaraya memang roti nih yang dicari...

aduh sedapnya...

Chah said...[Reply to comment]

Amboi anggun weh blossom2 mu itu...mana ilang tu? Idang2 bun terus tuan umah gi merayap eh?

Tina Othman said...[Reply to comment]

sedap tu, selalu beli je, tapi mahal lah skrg, nak buat malas, agak2 ada lagi ke balance, nak mintak sikit

mimie said...[Reply to comment]

mekkk...sajek jerk menggumukkan mata ahkak ni kan.....bestnyer mkn time hujan sejuk2 ni kn....bak sini skit...jgn perabihkn duluuu...

Nieza said...[Reply to comment]

izah!! saya pun suka bangat roti blossom bun ni.dah pernah buat dah resepi CMG ni memang best.Baru jer buat demo kat kwnx2 kat sini tapi guna doh lain pula.

zila4ever said...[Reply to comment]

salam izah,tergoda betul tengok roti tue..mesti dah habis kena ngappp kan..ha ha haaa..insaallah akan dicuba didapur saya kelak..;D

Ezadlieza said...[Reply to comment]

izahhh... ada blossom ler... cam power puff girl lak blossom ni... cantik dan kemas jer izah buat kalu akak sure celubut jdnya....

mama sara nur said...[Reply to comment]

assalam izah
isshhh rajin sungguh izah ni tabik spring he he
macam kat bakery, buat sendiri lg puashati kan izah tambah2 tgk anak2 yg berselera tu..

julia said...[Reply to comment]

Wah, sebiji cam roti kat kedai lah!! Hm,yum yum..

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said...[Reply to comment]

Wahhhh pagi2 tengok roti sosej yang sungguh berseri! Cantikkkkk dan rasa nak ngap je lah...kikiki.

Psst...yang soy made meat tu memang untuk vegetarians ;)

izahdaut said...[Reply to comment]

@Gee®
ok set.. 2 ketui 20 hengget. hahahha... cekik darah betul. bajet2 macam kedai kat isetan klcc lak kan

izahdaut said...[Reply to comment]

@ijayuji
hahahaa... kalau 7x seminggu mak pun tak dapat imejin dik. kiki.. tu la anak2 sedara akak tu suke sayur bertenggek tu. diorang duk kutip sayur tu makan.. anak2 akak hmm sowii ler

izahdaut said...[Reply to comment]

@tun_telani
tu bahasa pahang tun, tunggang tebalik sikit je dari lorat ganu kan. hehe..tu la.. sama la tun, roti ni mmg budak2 suke, tapi jarang2 jugak buat bila kenngkan time bebudak ni makan hanya korek tang sosej tu je. haishh.

hahaha.. ko tunn nampak je kan. huh. amik sebakul ni gi tulun lipatkan ;-)

izahdaut said...[Reply to comment]

@umi's cup cake
tu la. anak2 saya makan jagung je. kdang kalau rajin saya pilih tabur jagung je. tapi bila anak2 sedara dt ni diaorang mmg suke sayur. bior beljor gak makan mcm sepupu diorang. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@Sue @ Nenie
tu la.. saja je tu beraksi meniarap.. maunyer lama makan mcm tu. penat kan. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@LinRosly
waalaikumussalam ..
memang lembut roti ni kak lin. kalau roti ada pelembut ni, mmg tak gundah. mmg gebu gitu. roti ni zman saya buat roti uli tangan lagi memang menjdi elok

izahdaut said...[Reply to comment]

@Qasey Honey
tu la.. bila tengok kat blog cmg ritu, mmg nampak mcm beli kat kedai. then bila buat.. hmm gebu dia pun mmg kat kedai. alhamdulillah... ;-)

izahdaut said...[Reply to comment]

@K.Nor
hehe tumpang gelakkan je ye kak nor.. ;-)

izahdaut said...[Reply to comment]

@Watierman
betul kak watie.. tapi perut saya kene makan sebiji setengah baru kenyang. hahaha.. saboo jela kan

izahdaut said...[Reply to comment]

@Errah
tu la, dpt kongsi tengok jela kan. klau dekat leh kongsi rasa ;-)

izahdaut said...[Reply to comment]

@NORLYDA YUSOFF
terima kasih..
boleh la try kak cube. seingat saya masa saya uli tangan lagi memang roti ni feberet. memang menjadi gebuuu je. anak2 pun suke ;-)

izahdaut said...[Reply to comment]

@Qhaifa Nur
sejak2 reti meroti ni mmg jrang dah beli roti bentuk2 gini. bukan apa nanti ada yg perli, BM kat rumah tu nak buat apa. hahaha tapi roti sandiwsh gardenia tu boleh la beli. kikiki

izahdaut said...[Reply to comment]

@Tina Othman
tu la tina.. tu yang suke buat tu kan. tepung tu main sikit je dah boleh dapat 10 ketul. boleh simpan makan sampai esok kan. ;-)

izahdaut said...[Reply to comment]

@mimie
kak mimie.. cemana menggemukkan mata tu? haha adeh. kalau gemuk mata aje tak gemuk badna leh tak kak? ada kaedah nyer? ;-)

izahdaut said...[Reply to comment]

@Nieza
tu la tegok demo nieza mcm2 roti tu.. waahhh memang suke la ;-)

izahdaut said...[Reply to comment]

@zila4ever
ye memang habis di ngap. kena buat lagi the nex day nyer. hehe.. nanti boleh la cume. recommended roti ni

izahdaut said...[Reply to comment]

@Ezadlieza
ala kak try la dulu. tak try tak tau. memula tu rasa cam susah je. bila dapat rentak tu dah ok dah. hehe

izahdaut said...[Reply to comment]

@mama sara nur
alhamdulillah.. memang elok roti ni mcm kat kedai kak. kiranya plus sikit roti kita buat ni suci n bersih nak banding kedai kan. insyaAllah kak, try la anak2 suke ni

izahdaut said...[Reply to comment]

@julia
hehehe menagis kedai tengok roti ni nanti kan. ;-D

izahdaut said...[Reply to comment]

@♥LOVE2COOK MALAYSIA♥
tq love..

aaa betul la tu kan.. my neigbour cakap tu.. ;-)

izahdaut said...[Reply to comment]

@Chah
tu la kak chah.. lepas hidang roti kena kemas rumah..gi noreh getah bagai.. ala ala cenderella katakhhaann. hakhak

Yatie said...[Reply to comment]

mmng bestkan roti ni..akak mmng kerap buat roti ni sbb anak2 suka sangat....cantik roti bunga Izah ni.leh jual..

ogyep yummy mellow said...[Reply to comment]

Meroti la pulak ogyep lepas ni... Tak leh tahan gitu..